Monday, February 15, 2010
Terima kasih Tok Yem!
Tahniah dan terima kasih kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kerana tetap akan memperjuangkan hak orang Melayu walaupun digelar pemimpin bersifat ultra perkauman. Satu ketika dulu, Tun Mahathir pun pernah digelar sebagai 'Ultra Melayu' dan menjadi satu kebimbingan kepada sesetengah pihak apabila beliau kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Tun Hussein. Namun selepas memerintah 22 tahun ternyata tidak ada apa pun hak-hak bukan Melayu yang dirampas tetapi Tun telah berusaha meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan, membasmi kemiskinan, memberi peluang lebih luas kepada bumiputera dan sebagainya tanpa merampas kepunyaan orang-orang bukan Melayu.
Perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu ini yang menjadi landasan perjuangan PERKASA apabila selepas PRU ke 12, hak-hak keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu semakin terhakis malah diperkotak katikkan oleh sesetengah pihak. Falsafah ketuanan Melayu digantikan dengan ketuanan rakyat, hak istimewa Melayu mahu digantikan dengan hak sama rata, kedudukan raja-raja Melayu tidak dihormati, kedudukan agama Islam ingin diliberalisasikan sedangkan semua itu sudah termaktub di dalam perlembagaan. Keinginan untuk mengubahsuai kedudukan yang ada bukan sahaja melanggar perlembagaan tetapi mencabar undang-undang kerana perlembagaan itu sendiri adalah undang-undang tertinggi negara.
Kesedian Tok Yem untuk terus memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Pribumi adalah satu jihad yang patut disokong oleh seluruh umat Melayu Islam dan Pribumi. Orang Melayu sebenarnya 'rindu' kepada kehadiran pemimpin-pemimpin Melayu yang berani, lantang, tegas dan keras dalam mempertahankan hak-hak mereka. Kelantangan dan keberanian ini dahulunya dimiliki oleh Pemuda UMNO yang berperanan sebagai pendesak dan pengimbang. Allahyarham TS Syed Jaafar Albar, Allahyarham Dato'Harun Idris, Datuk Suhaimi Kamaruddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Ketua Pemuda Umno amat petah menangkis, tegas dan keras, berani dan sentiasa ke depan jika diasak oleh DAP maupun dari Gerakan dan MCA. Tetapi keberanian dan ketegasan pemuda UMNO di zaman Zahid Hamidi, Hishamuddin Tun Hussein dan Khairy Jamaluddin telah hilang kerana diganti dengan sifat kepondanan dan penuh kelayuan.
Sekurang-kurang PERKASA telah membantu orang Melayu mengembalikan 'kehilangan' keberanian dan ketegasan itu dan seluruh kekuatan itu sedang dikumpulkan di dalam PERKASA. Kalau ada sesetengah pemimpin Melayu yang tidak senang dengan PERKASA adalah kerana takut kepada bayang-bayang sendiri. Mereka yang menentang itu tidak ada apa yang dibuat tetapi selalu bersangka buruk dan memberi persepsi yang salah kepada perjuangan PERKASA. Seperti yang dikatakan oleh Tok Yem, “Ingin saya tegaskan di sini, PERKASA tetap berdiri sebagai sebuah badan bebas dan bukannya badan politik,” Sekiranya ditakdirkan menyertai mana-mana parti politik, katanya, beliau tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Perkasa terutama apabila Perkasa cukup kuat untuk memperjuangkan nasib dan hak orang Melayu. Jaminan ini sepatutnya tidak menimbulkan satu kegusaran kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang sedang memegang jawatan di dalam politik. Sepatutnya mereka berterima kasih kepada PERKASA dan bukan menganggap PERKASA sebagai ancaman.
Bagi orang Melayu yang sedang berjuang untuk meliberalisasikan agama, memperjuangkan hak samarata, membuang institusi Raja-raja dan menafikan konsep ketuanan Melayu maka PERKASA sudah tentu menjadi penghalang kepada perubahan yang ingin dibawa oleh mereka. Jika PERKASA mendapat sambutan di mana-mana sudah tentulah majoriti orang Melayu masih mahukan sistem dan amalan yang ada dikekalkan. Keadaan orang Melayu hari ini masih belum bersedia untuk menerima perubahan itu seperti mana mereka menentang Allahyarham Dato' Onn yang ingin membuka keahlian UMNO kepada orang-orang bukan Melayu.
Selepas PRU ke 12, lanskap politik negara telah berubah. Kebanjiran pembangkang di parlimen sentiasa memberi ancaman kepada kerajaan yang memerintah. Setiap masa kerajaan yang ada bila-bila masa boleh bertukar ganti sama ada secara undi tidak percaya atau melalui pintu belakang atau lompat parti. Kerajaan yang diketuai oleh orang Melayu Islam ini tidak lagi selamat dan stabil seperti kebiasaannya. Disebabkan DAP mendapat sokongan daripada Melayu PKR dan Melayu PAS maka mereka mula 'naik lemak' dan bertindak sesuka hati terhadap kerajaan Melayu Islam ini. PKR dan PAS memang memerlukan undi Cina pada pilihanraya ke 13 jika mahu hasrat mereka menjadi kenyataan. Dalam tempoh menjelang pilihanraya ke 13, PKR dan PAS sanggup menjadi 'pelacur politik' dengan mengiyakan apa saja tingkah laku dan percakapan DAP asalkan undi Cina tidak beralih arah daripada mereka.
Keadaan ini tidak boleh dibiarkan.'Pelacur politik' seperti Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Nik Aziz perlu diberi tekanan supaya jangan terlalu mengikut telunjuk DAP yang sentiasa mengambil peluang daripada kelemahan dan perpecahan orang Melayu. Orang-orang Melayu yang telah terpesong dan menyokong secara membuta tuli tanpa melihat kejadian dan isu semasa disekeliling mereka terutama yang berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor perlu bersatu semula di bawah satu payung bagi menyelamatkan Malaysia daripada jatuh ke tangan Pakatan yang tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
PERKASA adalah flatform terbaik untuk memulakan perpaduan Melayu. Perjuangan PERKASA adalah selari dengan kehendak dan keinginan majoriti umat Melayu. Perjuangan PERKASA memenuhi selera dan nafsu umat Melayu yang mahu Melayu itu bangkit menangkis kebiadapan pemimpin-pemimpin Melayu yang menyundal dan DAP yang kemaruk mengejar kuasa. Perjuangan PERKASA memberi nafas baru kepada Melayu yang ketika ini sudah tinggal nyawa-nyawa ikan dan dinjak-injak oleh bangsa-bangsa yang asalnya adalah pendatang.
Sekali lagi terima kasih kepada Tok Yem yang telah berjaya merapatkan kembali Melayu, menyuntik semangat baru dan menjadi dahan yang kukuh untuk Melayu berpaut di bawah satu pertubuhan NGO. Saya akan tetap perjuang hak Melayu - Ibrahim Ali
PENYERAHAN MEMO BANTAHAN
Memo Bantahan Terhadap Kerajaan Australia
Satu Penyerahan Memorandum Bantahan oleh PERKASA melalui Ketua WIRA PERKASA, WIRA NITA dan WIRA WATI akan dilakukan pada Hari RABU bersamaan 17Hb. Feb. 2010 pada Jam 10.00 Pagi.Bertempat di Kedutaan Australia, Jalan Yap Kuan Seng, Kuala Lumpur.Semua warga Melayu Islam yang cintakan kedaulatan negara adalah dijemput.Presiden PERKASA YB Datuk Paduka Ibrahim Ali akan turut serta.
Amir Hamzah Hj Mohamad.
Batu Pahat, Johor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam bro,
Diharapkan agar bro dapat menwar-warkan kemunculan blog terbaru anti beruk hitam ini.
Tq bro.
, Kuda Jew cuba ambik nama di atas kerja keras Perkasa klik sini
Salam Bro Amir,
Tahniah buat Tok Yem dan PERKASA. Lantang bersuara dan memberikan pandangan atas ketidakpuasan hati Orang Melayu.
Tapi saya nak kata satu ni.
Jika kokok saja berderai, apa pedahnya? Perit suara menyalak, gunung tak bergerak, macam penat je bunyinya.
Salam AntiKJ,
Tahniah atas kemunculan blog baru yang sama-sama mewarnai politik negara kita.
Salam Hj.Zedmagel,
Kalau tak menyalak nak menonggeng ke bro....
daripada menonggeng biorle menyalak . hehehe
Ketua penerangan PERKASA Johor suka menonggeng ke? huhuhu
Amir,
Aku rasa elok PERKASA jadi parti politik.
Sekurang-kurangnya ada parti alternatif lain selain dari UMNO.
Salam Mukhtar,
Buat masa ini biarlah Perkasa bertaraf NGO. Memang itu tujuan asal penubuhannya. Melayu dah terlalu banyak berpecah. Perkasa tak tergamak rasanya nak meracik-racik Melayu ni lagi. Cukup lah dengan perpecahan yang ada.
Bagi kawan biarlah perkasa -Najib dan Mahathir satu link....huhuhu
Salam Tuan Rumah Sdraku Amir Hamzah,
Inilah dunia Melayu, ditegur melenting, dijolok melatah. Sangat sukar untuk saya berkata yang benar dan jujur untuk membetulkan keadaan Melayu sekarang.
Kadang-kadang saya terpaksa menelan segala pahit walaupun untuk berkata yang benar. Namun saya malu untuk berpura-pura.
He..he...bagi saya kebenaran harus diserlahkan, walaupun banyak hati yang berserakan.Perjuangan tetap diteruskan, tuan.
Salam bro Amir..
Tahniah buat Tok Yem & PERKASA.
Buat masa ini, hanya tinggal PERKASA sahaja yang menonjol untuk menyatukan Umat Melayu. Selagi PERKASA NGO, saya pasti Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR boleh duduk semeja di bawah bumbung PERKASA.
PERKASA mestilah berusaha keras untuk menambah ahli dari parti-parti tersebut untuk menangani masalah Perpaduan Umat Melayu setelah berpecah kepada tiga parti.
So, all the best n good luck.
wALLAHu a'lam.
Salam Hj Zedmagel,
Apabila kita sudah menjadi sebahagian daripada pertubuhan itu agak janggal untuk kita mengkritik dari luar....mungkin Tn Hj bole maklumkan pada presiden bukannya melalak di dalam blog. huhuhu....
Salam Selempang merah,
Melayu PAS dan Melayu PKR sebenarnya semakin jauh daripada PERKASA. PERKASA disokong oleh ahli-ahli UMNO akar umbi yang tidak berkepentingan, Melayu tidak berparti dan Melayu yang mempunyai semangat Kemelayuan dan keislaman yang menebal.
Post a Comment