Sunday, September 25, 2011

Mengalihkan pandangan rakyat ?

1. Isu Md Sabu mengatakan komunis adalah pejuang sebenar kemerdekaan.
2. Isu Md Sabu mahu mengubah fakta sejarah negara.
3. Isu pemimpin DAP mahu mengubah Bendera Malaysia.
4. Isu Hudud oleh Nik Aziz.
5. Isu Lim Guan Eng mengatakan Johor tidak selamat untuk pelabur.

Ini adalah isu-isu terbaru yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang. Apakah muslihat mereka membangkitkan isu-isu ini?

Pada PRU ke 12 dahulu, mereka mengambil pendekatan menyerang Barisan Nasional dengan isu-isu kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, kenaikan taraf hidup rakyat, rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan lain-lain yang akhirnya menyebabkan BN kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat dan kehilangan 5 negeri ke tangan Pakatan Pembangkang.

Tranformasi ekonomi dan politik yang dilakukan oleh Najib nampaknya telah membuatkan Pakatan pembangkang kekeringan modal dan isu. Antara tranformasi paling berani yang dilakukan oleh Najib adalah dengan memansuhkan ISA. Gerakan anti ISA terpaksa menelan air liur sehingga terlupa untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan.

Pemansuhan PPSMI, penambahbaikan SPR, menggagalkan demontrasi BERSIH 2.0 adalah antara perkara yang berjaya ditangani oleh kerajaan dengan jayanya. Ada yang berpendapat bahawa Najib dan barisan kabinetnya tunduk dan akur kepada desakan pembangkang tetapi dari sudut yang lain dilihat mengundur setapak kebelakang bukan bererti kalah. Mengundur kebelakang untuk mencari kebaikan kepada semua. Pada asalnya, ramai yang tidak bersetuju tetapi lama kelamaan pendekatan ini diterima.

Pendekatan menyerang BN telah ditukar kepada pendekatan menyerang 'minda rakyat' dengan isu-isu kontroversi yang mengambil masa beberapa minggu untuk rakyat memperkatakan isu-isu yang remeh temeh.

Jika PRU ke 12 dahulu mereka bermain dengan 'persepsi' sehingga rakyat percaya bahawa kerajaan ini zalim dan perlu ditukar kepada kerajaan yang baru. Dalam waktu yang sama mereka berjanji dan memberi harapan baru dengan kehidupan yang baik. Kali ini usaha memberi persepsi buruk dan harapan baru semakin berkurangan.

Sampai bilakah Pakatan Rakyat mahu menggunakan 'isu-isu kontroversi' mereka? Apakah muslihat mereka sebenarnya? Adakah ianya mahu mengalih pandangan rakyat tentang kebobrokan pemimpin-pemimpin utama mereka seperti berikut:

1. Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim yang sudah berada di pertengahan jalan.
2. Pendedahan video seks Anwar Ibrahim bersama pelacur China.
3. Pendedahan terbaru video seks Anwar Ibrahim di Thailand.
4. Pendedahan phoneseks antara Md Sabu dan Normah di blog-blog pro kerajaan.

Sebahagian besar rakyat tidak pasti apakah muslihat sebenar mereka. Yang pasti, apabila mereka menimbulkan isu-isu baru yang kontroversi, pandangan dan fokus rakyat beralih kepada isu kontroversi mereka dengan melupakan isu-isu seks pemimpin mereka malah terlupa untuk membicarakan transformasi dan kebaikan yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Amir Hamzah Mohamad
Batu Pahat

7 comments:

C L J said...

Eloklah kalau bulan depan Parlimen pun dibubarkan. Dan PRU dalam bulan Nivember.

wakketar said...

Salam tuan tanah,
Amerika dibawah tunjuk ajar Israel juga gemar melakukan tektik begini terutama apabila ada masalaah ekonomi, perkauman, bencana serius yang menggugat keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Ke mana lagi kuah nak tumpah ye...???

mukhtar said...

Mat Sabu sokong komunis,sokong Mat Indera maknanya dia tak sokong Tentera Selempang Merah pimpinan Kiyai Salleh.

Bapa aku berjuang bersama Kiyai Salleh menentang komunis yang menyeksa orang Melayu pada 1940an.

Mat Sabu buat aku dan orang johor marah. Ayuh orang Johor yang pangkah PAS dulu, balik pangkah BN

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Rasanya PRU awal tahun depan....ada beberapa isu yang perlu dijelaskan oleh Najib.

Keadaan sekarang momentum meningkat di pihak kerajaan....dasar transformasi dan juga belanjawan minggu hadapan akan menjelaskan beberapa transformasi yang telah dilakukan....adakah selepas belanjawan momentum sokongan rakyat kepada Najib semakin meningkat?....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

"Jika diadakan Pilihanraya Umum waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,”
- YABhg Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, 02/10/2011,
Dewan Wawasan, Jitra. Kedah

mukhtar said...

Tapi aku rasa UMNO boleh menang besar:

1. Mat Sabu sokong komunis - buat orang Melayu dan askar pencen marah.

2. Belanjawan 2012. Pembangkang terpaku.

3. Guan Eng - Sultan Johor murka.

4. DAP bantah hudud. Pembangkang tak sekata.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Mukhtar: Point yang bagus untuk spin Pakatan Koyak Rabak.....hehehe