Saturday, September 17, 2011

ISA - Selamat Tinggal Romeo.

Apabila Najib Tun Razak mengumumkan untuk menghapuskan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA (Internal Security Act) bukan sesuatu yang mengejutkan. Ini adalah kerana sejak kebelakangan ini ISA sudah tidak digunakan lagi walaupun sepatutnya ramai yang sudah ditahan kerana menghasut dan mengugat keselamatan awam. Bagi kerajaan mungkin tanpa ISA pun beberapa masalah seperti BERSIH 2.0 berjaya diatasi.

Apa maknanya jika ada ISA pun tidak berani menggunakannya atas keselamatan negara dan orang awam. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Dalam Negeri yang membolehkan beliau menahan sesiapa pun tanpa merujuk kepada mahkamah sudah tidak berani lagi digunakan ,maka lebih baik ISA dimansuhkan.

Saya yakin sebahagian besar rakyat menyokong ISA kerana atas kepentingan rakyat sendiri. ISA tidak terpakai untuk sebahagian besar rakyat yang tidak terlibat dengan kerja-kerja menghasut, subversif atau aktiviti-aktiviti yang mengancam keselamatan negara. Bagi rakyat keselamatan mereka dilindungi oleh ISA daripada tingkah laku individu-individu yang dengan sengaja mahu menghuru-harakan negara. Pemansuhan ISA menafikan tuntutan keselamatan majoriti rakyat yang cintakan keamanan. Menteri Dalam Negeri yang tidak menggunakan ISA juga sangat mengecewakan rakyat.

Sepatutnya kerajaan menggubal dahulu rang undang-undang baru bagi menggantikan ISA bukannya memansuhkan ISA sedangkan undang-undang baru masih belum ada. Jika sudah ada rang undang-undang baru, barulah boleh kerajaan memansuhkan ISA. Adakah kerajaan merasakan undang-undang yang bakal digubal nanti akan diterima oleh penyokong-penyokong anti ISA?

Saya yakin apa saja yang dibuat oleh kerajaan tidak mungkin diterima. Kalau boleh mereka mahu berpolitik tanpa sekatan apa-apa undang-undang pun.

Bagi rakyat yang rasional, mereka akan menanti dengan penuh minat undang-undang baru yang akan digubal yang dikatakan lebih baik dan diterima ramai . Harapan rakyat, walau apa pun undang-undang yang akan digubal lebih penting daripada itu adalah penguatkuasaan undang-undang itu.


Amir Hamzah Mohamad
Batu Pahat

4 comments:

whiteorange said...

Halo Bro Najib

Masa nak lancarkan Slogan 1 Malaysia pun macam tu

Umum dahulu sampai hari ini aku pun tak jelas

walaupun aku ahli UMNO, sampai hari ini aku masih tak nampak pun satu usaha untuk menjelaskan konsep 1 Malaysia, jangan kata kepada rakyat, malah ahli sendiri pun tak tahu

Kalau mahu kepastian, sdr berjumpalah dengan mana mana ahli UMNO , apakah mereka boleh menghuraikan konsep 1 Malaysiua?

Sekarang satu lagi tindakan diambil oleh Najib dengan bubar dahulu , cerita kemudian ..

Semalam kebetulan aku bersembang dengan bos SB tempat aku, dia sendiripun kurang jelas dengan tindakan Najib ....

alahai bro Najib ....

Kalau kamu rasa undi kami ni dah tak penting, tak apalah ,, aku akan mula belajar hidup macam Melayu singapura !!!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Tolong la jaga hati pengundi yang 'dalam tangan'. Najib masih mengharap 70% pengundi Cina masih kepada BN. Jangan harap!

wakketar said...

Tak blaar ke atau dah terlebih belajar? Labur juta2 termasuk pada sekolah2 venikular.. apa balasan? Kalah memanjang jer... woitt... bangunan baru sekolah tempat aku dah 2 tahun terbengkalai... Ada Najib @ Muhyidin kesah???

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Whiteorange: Tun Mahathir sampai sekarang tak paham konsep 1 Malaysia.....hehehe

Wak ketar: Aiman pun tak kisah......hehehe