Berdasarkan sedutan transkrip temu ramah Lim Guan Eng dengan FCA di Singapura yang menyatakan 'Pulau Pinang berada di tempat pertama tahun lalu dari segi mengatasi jenayah iaitu sebanyak 27 peratus.Bagi tempoh enam bulan pertama juga jenayah dikurangkan sebanyak 25 peratus. TETAPI DI JOHOR, SESEORANG WARGA SINGAPURA BOLEH DICULIK'. Anda tidak akan alaminya jika datang ke Pulau Pinang.
Kenyataan yang tidak beradab ini akan menjejaskan pelaburan asing di Johor kerana antara faktur menarik pelabur asing ialah kestabilan politik, kemudahan dan prasarana dan tidak ketinggalan faktur keselamatan.
Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu telah menjejaskan hubungan setiakawan antara negeri-negeri dalam Persekutuan tetapi sekali gus membawa imej buruk kepada negara. Sedikit masa dulu, Menteri kanan Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) bernada sama ke atas Johor dengan mendakwa Johor adalah negeri yang tidak selamat kerana banyak berlaku jenayah. Adakah ini satu serangan berterusan ke atas Johor daripada sebuah negara yang berjiran dengan yang terbaru daripada Ketua Menteri sebuah negeri di dalam Malaysia?
Adakah ini satu taktik pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memburuk-burukkan negara sendiri di luar negara seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim di Indonesia yang tidak mahu mengakui batik Malaysia mempunyai pelbagai keunikan termasuk corak dan rekaan khususnya batik Terengganu.
Perkara seumpama ini tidak boleh dibenarkan berlaku dan berulang di masa hadapan. PERKASA Negeri Johor membantah keras tindakan biadap Lim Guan Eng seperti mana yang telah dibantah oleh UMNO Johor dan Pemuda Barisan Nasional Johor.
Desakan meminta Lim Guan Eng memohon maaf seperti rakyat Johor mendesak Lee Kuan Yew tidak mencukupi. PERKASA Johor mendesak Menteri Besar Johor membawa usul di Dewan Undangan Negeri untuk menyaman Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas keceluparan mulut Ketua menteri tersebut. Jika Kerajaan Johor dan Menteri Besar terus membisu, seolah-olah mengiyakan kenyataan Lim Guan Eng tersebut. Tindak balas ini adalah bertujuan memberi keyakinan semula kepada pelabur-pelabur asing dan menyatakan kenyataan Lim Guan Eng itu satu dusta.
PERKASA Johor mendesak Kerajaan Negeri dan Menteri Besar bertindak secepat mungkin untuk mengambil tindakan undang-undang kerana keceluparan Ketua Menteri itu meninggalkan impak besar kepada pelaburan di Iskandar Malaysia dan di Senai Hi-Tech Park.
Kelesuan Kerajaan Negeri bertindak tegas mengecewakan banyak pihak khususnya rakyat negeri Johor sendiri. Mereka berpendapat soal undi, sokongan dan politik kepartian dikesampingkan kerana yang lebih utama adalah maruah dan kedaulatan negeri telah diperlekehkan.
Kerajaan Negeri dan Menteri Besar harus bangkit daripada ketakutan kehilangan undi untuk menggerakan sokongan rakyat, pertubuhan-pertubuhan NGO, Badan-badan sukarela dan seluruh rakyat Johor untuk bangun menentang. PERKASA Negeri Johor tidak wajar bertindak dengan membelakangkan kerajaan negeri kerana ianya melibatkan kepentingan dan pentadbiran kerajaan negeri sendiri. Sedangkan PERKASA hanyalah sebuah Badan Bukan Kerajaan.
Cukup-cukup lah kita dihina dengan pembatalan jambatan bengkok, penjualan pasir , pencerobohan ruang udara oleh jet-jet pejuang tentera negara jiran dan kehilangan Pulau Batu Putih. Kini sekali lagi Johor dicabar dengan kenyataan yang dangkal, dendam dan mempunyai niat busuk, maka perlukah lagi Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar mendiam diri.
PERKASA Johor mahu Menteri Besar mengetuai kebangkitan dan kemarahan rakyat dengan mempertahankan Negeri Johor daripada berterusan dihina. Di dalam isu ini PERKASA Johor sentiasa di belakang Kerajaan Negeri dalam mempertahan maruah kepimpinan bangsa dan kedaulatan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
Amir Hamzah Mohamad
Setausaha,
Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Johor.
Wednesday, September 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
lim guan eng perlu bertanggungjawab atas kata2 nya..
Tanah orang Melayu telah diambilbalik di Pulau Pinang dan dibina bangunan batu. Bila siap banunan batu tu, orang Melayu tak mampu beli. Maka ia dibeli oleh orang Cina. Lama-lama orang Melayu tinggal lidah.
Bercakap jenayah kurang di PP. Guan Eng syok sendiri. PATI banyak di PP.Kongsi Gelap pun banyak.
Baru-baru ni aku balik Johor Aku gi Muar,kemudian makan nasi beriani di Batu Pahat. Kemudian gi Kulai, terus ke Kota Tinggi, balik Segamat,balik Muar.
Tiada apa-apa pun. Selamat semuanya.
Salam Tuan Tanah...
Sapa jaga penerangan kerajaan Johor? Takkan Hisahamudin???
Singapura bengang sebab isu ni telah dimainkan oleh Lee Kwan Yu tapi tak jalan. Sebab tu Guan Eng tolong bangkitkan isu ni lagi.
Kalau Johor tak selamat untuk singapore, pasti tak ada yang berduyun-duyun mereka datang shopp ing kat Johor Bahru dengan bawa bertroli2 makanan dan keperluan macam dunia nak perang. Dan Singapore tak buat undang-undang dan peraturan yang tak munasabah macam mesti ada petrol sekurang-kurangnya 3/4 tangki sebelum ke Malaysia...
Kris Pahlawan says:
September 30, 2011 at 5:11 pm
Mari kita berbincang secara ilmiah.
Saya nak tanya Lim Guan Eng beberapa perkara :
( 1) memang betul indeks jenayah di Pulau Pinang telah menurun tetapi tidak kah itu usaha baik yang dibuat oleh Polis Pulau Pinang ? Malah seorang penulis bebas yg menulis di Malaysiakini menyeru supaya LGE jangan masuk bakul angkat sendiri, yakni memuji dirinya sendiri. Yg bettul ialah indeks jenayah Pulau Pinang turun sebab usaha cemerlang pihak polis
(2) tidakkah pihak polis dibenci oleh banyak orang pembangkang ? Jadi kenapa nak ambil ” credit ” dari polis yang telah berjaya mengurangkan indeks jenayah ? Dulu apa perkataan yang selalu diguna oleh penyokong pembangkang terhadap polis ? Macam macam hingga malu saya nak tulis di sini. Perkataan yang hina hina.
(3) Tidakkah Johor lebih besar dari Pulau Pinang ? Jadi usaha memerangi jenayah di Johor memerlu lebih banyak tenaga polis berbanding Pulau Pinang yang kecil dan senang di bahagi kawasan untuk setiap Ibupejabat Polis Daerah,
(4) Jadi tidakkah usaha memerangi jenayah itu haruslah dilihat dari populasi penduduk dan saiz negeri, ini mesti ” proportionate ”
(5) Adakah LIm Guan Eng mengatakan jenayah culik tidak pernah berlaku di Pulau Pinang ? Jika itu amksud beliau, maka beliau pembohong dan cuba memperbodohkan rakyat.
(6) Adakah LGE boleh guarantee yang setiap rakyat Singapura ke Pulau Pinang tak akan diculik ? Jika ini berlaku sanggupkah beliau meletakkan jawatannya ?
(7) Tidakkah insiden seorang warga Ireland yang tua terbunuh di Pulau Pinang oleh sekumpulan anjing. Jadi bolehkan johor dan rakyatnya mendakwa yang Pulau Pinang tidak selamat kerana terdapat anjing anjing ganas yang nak membunuh di sana ? Sudah tentunya tidak kerana orang Johor bukan sebodoh dan se pembelit Lim Guan Eng.
(8) Dan kenapa buat statement ini untuk undermine Johor ? Sedangkan Johor tak pernah memburukkan Pulau Pinang. Di mana semangat Malaysia itu ? jangan DAP jadi hipokrit, mereka cuma melaungkan Malaysian Malaysia sedangkan di dalam hati mereka, mereka nak menjatuhkan negeri negeri lain di Malaysia.
(9) Kenapa LGE masih nak nafikan yang beliau beri kenyataan menghina itu ? Dan bila transkrip itu didedahkan ia nyata betul. Jadi sekarang LGE kata itu ” private statement “. Please lah, jangan nak masih cuba membodohkan orang lain. Apa pulak ” private statement ” kalau ia dalam temuramah dengan orang lain. Kalau ditemuramah makna nya ia untuk tatapan, pendengaran dan bacaan umum.
Harap Lim Guan Eng jawablah semua ini jika berani. Saya tak kisahkan jika ada penyokong DAP nak jawab bagi pihak LGE. Jawablah.
Pemimpin yang boleh dianggap KURANG AJAR.Pegi blahlah lu. Mampos lebih baik.
Pak Kuntong.......Orang macam ni selalunya lambat mampos.....hahaha
Mir,
Betul kata kau tu. Selalunya orang baik pergi dulu.
Mukhtar: Ada juga orang baik dipanjangkan umur supaya baiknya berpanjangan dan dicontohi orang. Orang baik yang pendek umur supaya kebaikannya terpelihara.
Post a Comment