Walau apa pun alasan ,pihak pentadbir sekolah mahu pun pengawas peperiksaan tidak boleh menghalang seseorang pelajar untuk menduduki peperiksaan. Seorang pelajar wajib menerima pendidikan selama 12 tahun atau pun paling minima 10 tahun iaitu daripada tahun 1 hingga Tingkatan 5/6. Mereka juga berhak untuk menduduki peperiksaan awam di mana yuran peperiksaan sudah dibayar sama ada oleh ibu bapa atau pihak kerajaan. Inilah yang dinamakan pendemokrasian dalam bidang pendidikan iaitu semua mendapat hak mendapatkan pendidikan.
Walau apa pun kesalahan disiplin yang dilakukan seperti faktor masalah ketidakhadiran ataupun salah laku di sekolah tidak perlu diambil kira kerana tidak ada pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan oelh kementerian pelajaran untuk menghalang mereka daripada menduduki peperiksaan.
Peraturan Lembaga Peperiksaan Malaysia masih lagi kurang jelas dan apa yang kita faham ini berbeza dengan peraturan di peringkat universiti iaitu penuntut yang tidak cukup waktu kehadirannya boleh dihalang untuk menduduki peperiksaan. Sehingga kini peraturan seperti ini tidak berlaku di sekolah.
Kekecohan berlaku setelah kes tiga pelajar dari sebuah sekolah rendah di bandar Bintangor dekat Sarikei yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaan pada 13 Sept dan 14 September lalu dan hanya menduduki peperiksaan pada hari terakhir iaitu pada 15 September.
Lazimnya yang berlaku, pelajar-pelajar yang dihalang untuk menduduki peperiksaan adalah pelajar-pelajar yang lemah dan pihak sekolah telah menjangkakan pelajar ini akan gagal di dalam peperiksaan. Kegagalan dalam peperiksaan akan memberi kesan kepada pelajar dan sekolah malah mempengaruhi peratus peningkatan atau penurunan kepada prestasi sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Misalnya jika keseluruhan calon ada 30 orang, diandaikan 3 orang akan gagal maka purata nilai gred keseluruhan sekolah akan merosot 10%. Ianya akan memperlihatkan penurunan yang ketara jika tahun lepas pencapaian nilai gred keseluruhan sekolah adalah 100%.
Tindakan menyorok dan mengkuarantin calon-calon peperiksaan ini memang berlaku sejak dahulu cuma tindakan pihak sekolah diketahui umum atau tidak. Jika ada 'pihak dalaman' yang membocorkan cerita dan diberitahu pihak media maka ianya akan menjadi berita sensasi. Hakikatnya mungkin lebih banyak sekolah-sekolah yang 'berani' melakukan tindakan ini tetapi tidak diketahui dan tersembunyi.
Keadaan ini berlaku apabila sistem pendidikan kita berorientasikan peperiksaan bukannya berorientasikan ilmu. Peperiksaan dilihat sebagai satu petunjuk kejayaan atau kegagalan hidup seorang pelajar. Peperiksaan bukan dilihat sebagai penilaian tentang pemahaman dan applikasi sesuatu cabang ilmu tetapi 90% keputusan peperiksaa dijadikan ukuran untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi, peluang kerjaya, peluang peningkatan satus hidup. Mereka yang gagal menutup peluang untuk menyambung pelajaran, menutup peluang dalam kerjaya dan dipandang sinis oleh masyarakat.
Setiap sekolah akan mengejar populariti peningkatan PURATA NILAI GRED KESELURUHAN PELAJAR
DAN PURATA NILAI GRED KESELURUHAN SEKOLAH. Maka dengan sebab itu pelajar-pelajar lembam, kurang displin, kaki ponteng, pemalas dijadikan alasan menghalang mereka mendapat hak menduduki peperiksaan.
Jka dizaman tahun 1970an dan 80an, masyarakat akan bertanya soalan lulus atau gagal tetapi sekarang masyarakat akan bertanya berapa A anak kita perolehi.
Saban tahun apabila musim keputusan peperiksaan diumumkan kita akan didedahkan dengan pencapaian pelajar-pelajar yang cemerlang. Bagaimana pula dengan mereka yang tercicir? Adakah mereka antara bakal penerima bantuan JKM atau bakal menambah jumlah bilangan golongan miskin dan daif?
Amir Hamzah b Mohamad
Batu Pahat.
Wednesday, September 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam tuan tanah...
Di mana agaknya pegangan kepada Falsafah Pendidikan Negera yang mehukan pendidikan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Sekarang ni, walaupun diubah kurikulum yang katanya mementingkan aspek JERI itu, hakikatnya, intelek yang berteraskan peperiksaan juga menjadi buruan... JER dah tinggal slogan semata2...
JERI dan jadi CHERI....hehehe...cemerlang peperiksaan dan akademik semata-mata tak semestinya cemerlang dalam akhlak dan budi pekerti......ada sesuatu yang tak kena dal sistem pendidikan kita.....
Post a Comment