Monday, February 22, 2010

Semuanya Nak Di Punggah Ke Singapura!

Dahulu orang melihat BPR (Badan Pencegah Rasuah)sebelah mata sahaja dan beranggapan BPR hanya berani menangkap ikan bilis sahaja sedangkan jerung-jerung besar terlepas dan bermaharaja lela. Daripada BPR bertukar nama SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan sekarang ini dapat pulak boss baru yang semua rakyat tahu dimana beliau mempunyai komitmen tinggi untuk membenteras rasuah.

Masalah penyeludupan pasir ke Singapura tidak selesai-selesai sehingga mendapat rungutan daripada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Tun merungut tentang mengapa pasir masih lagi dijual kepada Singapura baik pasir darat atau pasir sungai maupun pasir silika.Presiden PERKASA juga berpendirian yang sama agar dihentikan penjualan semua jenis pasir ke Singapura. Sebenarnya masalah ekspot pasir ke Singapura adalah isu poltik yang sensitif kerana melibatkan hubungan dua hala antara kedua negara yang pernah bertelagah di masa lalu kerana sengketa penjualan pasir dan air.

Penyeludupan pasir ke Singapura ,puncanya adalah RASUAH.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 34 orang di lima negeri, termasuk dua ahli politik dan dan penjawat awam, kerana dipercayai menerima rasuah wang tunai dan nikmat seksual, melalui satu tindakan besar-besaran keatas kegiatan haram perlombongan pasir.Dengan penangkapan itu, SPRM yakin telah berjaya membongkar satu sindiket yang terlibat dalam penyeludupan pasir ke Singapura.

Belum reda cerita pasir timbul lagi cerita baru berkenaan penyeludupan tanah dan batu kuari dari Minyak Beku di Batu Pahat ke Singapura. Kisah penyeludupan terbaru ini dibongkar oleh Tv3 yang disiarkan melalui Buletin Utama stesyen tv terkemuka itu. Bagaimana kuari yang telah diarah tutup sebelum ini oleh Jabatan Auditor Negara tetapi lesen perniagaan kuari tersebut dilanjutkan sehingga Julai 2010. Sekali lagi puncanya adalah RASUAH. Ada sesuatu yang tidak kena antara Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor serta Kastam Negeri Johor. Apa nak jadi ni? Tak habis-habis nak jual negara. Pentingkan perut dan tembolok sendiri tanpa memikirkan langsung soal-soal keselamatan, politik dan ekonomi negara di masa hadapan.

Rasuah pasti berlaku di kalangan pegawai-pegawai kedua-dua jabatan ini berdasarkan kes penyeludupan pasir yang terdahulu di mana SPRM membuat tangkapan dan dakwaan ke atas seoarang pegawai Tanah dan Galian Johor serta 2 orang berpangkat Pembantu Superitendent Kastam Johor. Apa lagi yang hendak rakyat taruhkan kepercayaan kepada kedua-dua jabatan ini. Masih adakah lagi integriti di dalam dua jabatan ini setelah berlakunya kes penyeludupan pasir, tanah dan batu kuari secara berleluasa.

Masalahnya yang busuk adalah kerajaan negeri tetapi yang membuat onar dan memalit taik ialah pegawai-pegawai perkhidmatan awam. Apakah mereka ini cuba sabotaj kerajaan yang ada supaya kebobrokan perangai mereka akan dipertanggungjawabkan kepada kerajaan. Kami rakyat marhaen menaruh harapan tinggi kepada SPRM agar terus membersihkan pertualang negara bukan sahaja di Pejabat Tanah dan Galian serta Kastam tetapi juga dijabatan-jabatan lain seperti Pejabat Daerah, Jabatan Polis, Imigresen dan lain-lain. Kita juga amat yakin kepada ketua Pengarah SPRM yang baru .Perlantikan beliau sebagai KP adalah sesuatu yang tepat.


Terima kasih dan syabas SPRM!

Amir Hamzah
Batu Pahat

10 comments:

zedmagel said...

Salam Saudaraku Amir Hamzah,

Saya melihat payah untuk hidup disini. Nak berniaga pun dah susah. Jual pasir dan batu kena tangkap. Jika projek pasir sungai saya jadi tu hari, saya kira - saya dan beberapa rakan yang lain juga akan terlibat sama.

Apa jenis perniagaan yang boleh dicadangkan oleh tuan kepada saya, yang tidak ada risko?

Arif Omar said...

HATI BERTAMBAH SAKIT JADINYA. TAPI KASTAM DAN PEJABAT TANAH SERTA EXCONYA SYIK DOK NAFI BAB JUAL PASIR KE SINGAPURA. EXCO PUN ASYIK DIPEJABAT DAN BEROPERASI DI KARPET MERAH. ITU YANG SELAU DITIPU OLEH PEGAWAI KERAJAAN. TV3 YANG HANYA MEMPUNYAI BEBERAPA KREW BOLEH BONGKAR MACAM-MACAM.

KUNTONG said...

kepada Sedara Zedmagel:
Kalau nak meniaga (berniaga) juallah nasi lemak, dgn lauk-lauk yang berjenis-jenis.Nasi lemak dan lauknya mestilah Oummmmm punya rasa. Kalau nasi lemak yg awak jual dah established (macam kat Skudai yang sama-sama kita makan mlm tu)barulah x payah masuk politik. Sbb politik ni banyak risikonya.(Nasi Lemak Zedmagel)

mukhtar said...

Kome jual pasir, jual pulau, jual air dan jual tanah kepada Singapura.

Lame-lame kome orang johor tinggal spenda.

Kome tak pikio, anak cucu kome nanti nak duduk kat mane??

Geng Samudera said...

Ermmm...

Nak kasi SIngapore tanah?...ambil lahh...ambil...jgn tak ambil...

Bodoh punye orang....!!!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Hj.Zedmagel,
Tidak susah.....yang susah ialah kita susah sangat ikut peraturan dan undang-undang. Buat masjid pun kena mintak kebenaran apatah lagi jual pasir. kalau dah tak leh jual jangan la jual. Bukankah ada banyak benda lain yang boleh di jual? Tak payah nak 'jolok' sana 'jolok sini'...
hehehe

Salam bro Arif Omar,
Aktiviti menjual pasir ni bukan boleh disorok-sorok. Semuanya berlaku di atas jalan raya dan di atas laut. Lambat laun akan 'kantoi' jugak......Lain la kalau guna 'orang bunian' angkat pasir tu....cukup-cukup la pegawai-pegawai kita ni makan rasuah.....

Salam pakcik KUNTONG,
Bagus cadangan pakcik tu....sekarang mungkin sibuk sebab masih bekerja. Boleh dipertimbangkan selepas pencen. Tapi kawan pencen memang nak makan duit pencen je....makan nasi lemak orang lain.....letih mencari duit yang tak cukup-cukup ni....

Salam Hashim.....
Letih la baca hal Saiful....bagi tau le brother awk tu jangan tangguh-tangguh. cerita macam tak ada ending. Walau pun ceritanya 'sedap' tapi tak jumpa2 klimak. huhuhu

Salam Jebat...
Ok....

Salam mukhtar,
Yang jual tu Cina, yang belipun Cina, yang makan rasuah tu Melayu....ok la tu semangat 1Malaysia nak menghancurkan negara.

Dema ni mana nak pikio masa depan anak bangsa terutama pegawai-pegawai Melayu yang makan rasuah tu. Yang penting poket dema ni penuh....

Salam Geng Samudera,
Singapore ni asyik tambak tanah untuk kecikkan Selat Teberau...Pelabuhan Tanjung Pelepas saingan Pelabuhan Singapura. Dia nak kasi tutup itu pelabuhan Tanjung pelepas.

Arsad Mekanik said...

Kalau diambilkira segala punca menyebabkan orang melayu kita nie makan rasuah cerita sampai pagi pun tak abis,tapi kalau sekali dah buat tentu tak boleh tinggal,jadi sesiapa yang ada berkira-kira nak makan rasuah harap sedia maklum 'rasuah membawa padah' dunia tak selamat akhirat lagi lah!jangan makan rasuah makan makanan orang suapkan takpe-rehat nganga je mulut!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam sord87,
Benarlah seperti apa yang dikatakan. Rasuah dah jadi macam satu industri. Rasuah memang boleh membawa padah...bukan sahaja diri boleh tertangkap tetapi hingga boleh menggadaikan sebuah negara.

Selempang Merah said...

salam bro..

silap hari bulan, "penagih tegar duit rasuah" ni, bakal jual tanah bandaraya Johor Bahru yang dipenuhi tauke-tauke cina kepada Singapura. SPRM diharapkan jangan pilih bulu. Semoga SPRM terus dipercayai rakyat.

wALLAHu a'lam..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam selempang merah,
Bos baru SPRM nampaknya bersemangat dan komited untuk mengurangkan rasuah. Tangkapan-tangkapan terhadap kesalahan rasuah dan pecah amanah semakin banyak. Semoga SPRM akan terus memerangi rasuah terutama dijabatan-jabatan kerajaan tertentu.