Sunday, February 7, 2010

Perpaduan Tanpa Syarat!


Saya amat tertarik dengan temubual bersama Datuk Ahmad Talib dalam rancangan Soal Jawab yang disiarkan secara langsung oleh TV3 malam tadi 8.2.2010. Tetamu nya adalah Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang telah membangkitkan beberapa isu yang bukan asing tetapi menjadi menarik kerana ianya dluah dan didedahkan oleh pihak pembangkang sendiri. Pendedahan yang jujur dan telus ini membuka satu lembaran baru bagi politik Malaysia yang rata-ratanya dilihat terlalu banyak bermain politik, mempunyai niat yang tersirat, tidak telus dan bermuka-muka. Namun apa yang ditunjukkan oleh Zulkifli ini memang dinanti-nantikan oleh kebanyakan rakyat yang tidak berkepentingan.

Tindakan Zulkifli ini dilihat sebagai satu dimensi baru bagi memenuhi kehendak majoriti rakyat yang tidak terlalu terikat dengan kepartian tetapi kepentingan rakyat dan negara perlu diletakkan di tempat yang tertinggi. Jika keputusan atau tindakan parti yang merugikan rakyat dan negara maka ianya perlu dihalang dan dicegah. Dalam konteks amalan biasa apabila sesuatu keputusan parti yang mendapat sokongan majoriti kepimpinan utama parti maka ianya akan menjadi dasar parti. Namun begitu jika diikut kaedah Zulkifli ini, keputusan parti bukan lagi muktamad jika ianya belum mendapat sokongan majoriti rakyat. Tindakan inilah yang telah dilakukan oleh Zulkifli yang sentiasa melawan arus dengan mengenepikan keputusan parti tetapi menegakkan prinsip kebenaran Islam yang adil dan syumul. Adakah tindakan seperti ini akan popular di kalangan ahli-ahli politik di Malaysia?

Satu saranan yang menarik dikemukakan oleh Zulkifli ialah tentang penyusutan kuasa politik Melayu Islam sedangkan golongan ini menguasai 60% populasi penduduk dan kemenangan kerusi di Parlimen. Saranannya bahawa penyatuan Melayu-Islam antara PKR,PAS dan UMNO perlu disambut baik kerana kedudukan kerusi Melayu-Islam sebanyak 132 daripada 222 kerusi Parlimen sudah boleh menyekat kebiadapan DAP yang semakin menunjukkan belang nya yang sebenar. Kekuatan lebih 60% kerusi Melayu Islam ini sudah cukup untuk dijadikan tempat berpaut kepada MCA, MIC dan Gerakan. Walaupun Zulkifli menyarankan supaya kerajaan yang ada supaya sentiasa bersangka baik tetapi semudah itukah penyatuan dan perpaduan yang diharapkan oleh majoriti rakyat Melayu-Islam di negara ini?

Bagi mereka yang tidak lupa kepada sejarah, tentu masih ingat dengan ketegasan dan kedegilan Nik Aziz menolak kerajaan perpaduan dengan UMNO. Mengapa tiba-tiba sahaja menjadi lembut hati untuk berbaik-baik. Adalah ditakuti ianya ada muslihat terutama dalam memujuk Kerajaan Pusat menukar wang ehsan kepada royalti dalam kes tuntutan minyak di Kelantan. Taktik Nik Aziz ini bukan terlalu sukar untuk dibaca tetapi itulah strategi bodoh yang sudah mual dikalangan rakyat. Cadangan dan saranan Zulkifli itu nampak ikhlas tetapi ianya lebih mudah jika sebarang perbincangan jangan diletakkan pelbagai SYARAT yang boleh mengagalkan rundingan.

Secara peribadi, saya bersetuju agar PKR, PAS dan UMNO duduk semeja dan bermuzakarah atas nama Islam dengan mengenepikan fahaman politik masing-masing. Insyallah dengan penyatuan Islam banyak isu-isu akan selesai terutama yang berkaitan dengan soal agama, ekonomi, politik dan sebagainya. Zulkifli berjanji akan meneruskan usaha jihad ini secara bersungguh-sungguh dan kita bukan sekadar memerhati tetapi menterjemahkannya dengan sokongan dan penyertaan.

Seperkara lagi yang sangat menarik ialah pendedahan Zulkifli terhadap DAP yang disifatkannya sebagai duri dalam daging kepada Pakatan Rakyat. Perkara ini sudah didedahkan sekian lama oleh pihak kerajaan dan blogger-blogger pro kerajaan tetapi diputarbelitkan oleh pihak PAS dan PKR. Hari ini, Ahli Parlimen PKR sendiri mendedahkan bahawa kemelut politik yang berlaku di Perak, Selangor dan Pulau Pinang adalah disebabkan oleh tindak tanduk DAP. Mengapa kekecuhan tidak berlaku di Kelantan dan Kedah?. Ini kerana kedua-dua negeri Melayu itu melibatkan perkongsian kuasa antara PAS dan PKR. Saya bersetuju 100% dengan Zulkifli dan pendedahan ini memberi impak yang besar kepada sokongan Melayu di Perak dan Selangor terhadap DAP selepas ini.

Andaikata DUN Perak dibubarkan untuk diadakan pilihanraya tidak lama lagi, kenyataan Zulkifli ini menjadi satu tamparan hebat terhadap DAP. Orang Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu tidak berparti dan Melayu atas pagar sudah tentu boleh berkira-kira untuk bergabung membentuk kerajaan negeri yang kuat. Jika UMNO mempunyai 28 kerusi Melayu, PAS mempunyai 6 kerusi dan PKR mempunyai 3 kerusi Melayu sudah tentu Melayu Perak akan mempunyai kuasa dan suara yang kuat dengan memiliki 37 daripada 59 kerusi DUN di Perak.

Jika sifir politik mudah ini diambil kira, tidak menjadi kesalahan untuk PAS, PKR dan UMNO bersepakat dalam masa terdekat. Bukan sahaja DUN Perak boleh dibubarkan tetapi PRU ke 13 boleh dipercepatkan bagi memberi mandat baru kepada PM.

Akhirnya Zul Nordin pecah tembelang...semua angkara DAP

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

C L J said...

Yang benar tetap terserlah jua. Kini sudah semakin jelas. Alhamdulillah.

PARPUKARI said...

Salam tuan.

artikelyg bagus.nanti sya linkkan

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Sikap YB Zulkifli sangat jelas dan terbuka, memungkinkan rakyat Penang tahu sikap kerajaan yang memerintah negeri tersebut pada masa ini. Tapi Apakah akan ada perubahan bagi kerajaan di pulau itu pada PRU ke 13 nanti?

mukhtar said...

Kalau melayu islam memerintah - banyak masjid, sekolah agama akan dibina

Kalau DAP memerintah,banyak bina Tok Kong dan tanah Melayu dirampas dibina bangunan kerajaan.

JADI NAK PILIH MANA...LU PIKIRLAH SENDIRI

Arif Omar said...

mokhtar,

tahniahzul nordin keran dedahkan wajah dap yang sebanar. biar melayu-melayu bodoh yang menyokong dan mendokong dap tahu siapa. mereka muda. mungkin mereka tidak tau siapa dap.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam pakcik C L J dan Hause PK
Selepas Zahrain bila pulak giliran Zulkifli nak buat kejutan.....

Salam Zedmagel
Sukar untuk meramal aliran undi Cina di Pulau Pinang. Adakah mereka lebih senang di bawah DAP dan Anwar atau memilih Gerakan dan UMNO. Pada kawan nampak sukar dan sulit.......Bagaimana peranan kerajaan pusat 'memainkan' kerajaan negeri sehingga peniaga-peniaga Cina tiada pilihan lain....adakah?

Salam Mukhtar,
Pulau Pinang memang tidak akan ada Melayu yang akan jadi Ketua Menteri. Cuma yang ada Cina mana yang boleh berkompromi dengan kerajaan Melayu di Pusat. Cina DAP kah atau Cina Gerakan kah?

Salam bro Arif Omar,
Hehehe.....Kalau Melayu dah boleh terima prinsip DAP...Kalau Melayu dah terima konsep sama rata sama rasa, kawan rasa Melayu tu dah berat tak leh diselamatkan lagi......hanya tunggu mati aje lah. hehehehe