Friday, February 26, 2010

Maulidurasul Dan Perlantikan Tunku Temenggung


Tunku Temenggung bersama Tengku Mahkota



Tunku Idris dimasyhurkan Tunku Temenggong Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini mengisytiharkan pelantikan anakanda ketiga baginda, Tunku Idris, sebagai Tunku Temenggong Johor.

Pengisytiharan itu dilakukan Sultan Ibrahim semasa bertitah pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Sultan Abu Bakar, di Johor Bahru.

"Sempena sambutan hari yang mulia ini, pada fikiran saya, adalah molek untuk saya melantik dan menjadikan anakanda Tunku Idris sebagai Tunku Temenggong Johor," titah baginda di hadapan kerabat diraja, pentadbir negeri dan seluruh rakyat yang hadir.

Berangkat pada sambutan itu, isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Idris dan kerabat diraja yang lain.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Datin Prof Jamilah Ariffin, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Abdul Latiff Yusof, barisan Exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan, turut hadir.

Tunku Idris, 22, yang berkhidmat dengan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) pernah menempa nama dengan mengetuai lintas hormat enam pesawat udara sempena perarakan sambutan kemerdekaan peringkat negeri Perak pada 2007.

Lintas hormat itu menggunakan helikopter EC120 yang diiringi dua helikopter EC120 lain, sebuah pesawat jenis Socata TB10 dan dua buah pesawat Eagle 150B buatan Malaysia.

- Bernama

Rakyat Johor menjunjung kasih merafak sembah takzim atas perlantikan Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail sebagai Tunku Temenggung Johor oleh DYMM Sultan Ibrahim di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

9 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, tahniah di atas perlantikan Tunku Idris bersempena Maulidur Rasul........

Arif Omar said...

daulat tuanku

zedmagel said...

Salam Semua,

DAULAT TUANKU,
DAULAT TUANKU,
DAULAT TUANKU.

SEMOGA JOHOR MAJU DI BAWAH NAUNGAN DYMM BADINDA TUANKU....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam YANG GAMBI, Arif Omar dan Hj.Zadmagel,

Daulat Tuanku Temenggung....

Semalam Tunku Ismail membawa kemenangan pasukannya JMC 8-3 mengalah Pasukan Doobey daripada Batu Pahat.

Patik rasa gusar terhadap Tuanku, Siapa yang nak bentes kaki, Tuanku. Lebih baik Tunku main polo, sukan kapal layar atau apa saja permainan yang tidak ada sentuhan fizikal.

mukhtar said...

ALLAH SELAMATKAN SULTAN
ANUGERAHKAN...ala Amir aku dah lupalah lagu Negeri Johor. Dah lama merantau. Kau tolong sambungkan.

Selempang Merah said...

Salam bro..

Tunku Idris pilihan terbaik Sultan Ibrahim. Daulat Tuanku 3x.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam mukhtar,
Allah peliharakan Sultan,
Nugrahkan dia, segala kehormatan,
sihat dan ria, kekal dan makmur,
Luaskan kuasa, menaungkan kami,
Rakyat dipimpini, berzaman lagi,
dengan merdeka bersatu hati,
Allah berkati Johor,
Allah Selamatkan sultan.

Tar,
YB Haji Mohsin Fadzli, ahli parlimen Bagan Serai tu bukan ke Hj Mohsin, pensyarah kita di MPKI dulu....
Boleh tahan juga Hj Mohsin ni....dulu kurus je....sekarang dah gemuk dah. Dah jadi ahli parlimen.

Hehehe....3hb Hj Mohsin keluar PKR jadi ahli parlimen bebas....pulak dah.

Salam Selempang merah,
Sesuai benarlah Tunku Yem melantik kekosongan dengan cepat dan betul.

mukhtar said...

Amir,
Yalah dia pensyarah kita dulu.
Aku pun sefahaman dengan dia, kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.
ALLAH bagi dema berbentuk,berbau dsb.

manakala ALLAH bagi orang Islam, tiada berbentuk,tiada yang serupa dengannya,tiada memerlukan ruang dsb. Otak manusia terhad untuk memikirkannya apa tah lagi jika dibicarakan di mahkamah sivil.

Aku kata murtad sesiapa yang membicarakan Allah di mahkamah sivil, juga murtad sesiapa yang menerima keputusan mahkamah itu

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam mukhtar,
Aku dah ulas dalam tulisan aku yang bertajuk:

1. Allah bukan untuk Kristian.
2. Allah Ada Dua Agama?