Saturday, February 20, 2010
Kali Ini Hadi Faham!
Kedaulatan selalu dikaitkan dengan institusi yang bernama “negara”. Kedaulatan sesebuah negara wujud sebagai hak kemerdekaan dan berkuasa untuk mengatur urusan dalaman sesebuah negara. Kerajaan sebuah negara samada demokrasi maupun komunis atau sosialis mempunyai kuasa untuk menentukan keputusan tertinggi dalam mengendali negara, termasuk dalam mengendalikan sumber alam, guna tenaga ,undang-undang maupun manusianya.
Namun kedaulatan sesebuah negara semakin menghadapi cabaran terutama daripada golongan liberal yang mengatakan abad ini konsep kedaulatan akan berakhir. Dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah menerobos masuk ke dalam sesebuah negara dengan kekuatan pasaran ekonomi. Malah dengan kecanggihan teknologi ketenteraan kedaulatan sesebuah negara juga mudah ditembusi. Nilai-nilai norma universal seperti hak asasi manusia telah menenggelamkan kedaulatan sesebuah negara. Ini bermakna dalam hal-hal tertentu agak sukar untuk kita mengawal kedaulatan negara daripada dicampuri oleh kuasa-kuasa asing atau negara luar.
Di dalam kes Anwar Ibrahim, campur tangan 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak kerajaan menggugurkan tuduhan liwat ke atas bekas timbalan perdana menteri itu berkemungkin atas dasar nilai-nilai universal yang kononnya sudah diterima oleh banyak negara. Hubungan homoseksual sudah dianggap sebagai nilai dan perlakuan universal iaitu banyak negara sudah menghalalkan hubungan sejenis ini bahkan ianya sudah dijadikan undang-undang.
Bagi 50 MP negara kanggaroo itu, tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang pelik dan ganjil kerana sebahagian besar masyarakat dunia sudah menerima homoseksual dan lesbian . Malangnya di Malaysia kegiatan yang melanggar fitrah manusia ini belum lagi diterima malah dipandang jijik bukan sahaja budaya Melayu lebih-lebih lagi dari sudut undang-undang Islam. Maka liwat atau hubungan homoseksual adalah salah dari segi undang-undang negara. Adalah tidak wajar, kuasa asing atas dasar liberal dan universal boleh sesuka hati mencampuri urusan undang-undang negara ini. Biarlah Anwar dibicarakan di mahkamah secara adil dan saksama tanpa banyak kerenah.
Dalam hal ini satu pujian harus diberikan kepada Hadi Awang tetapi tidak untuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang cuba untuk memanipulasikan kes liwat ini untuk kepentingan politik sempit dengan membelakangkan kepentingan kedaulatan negara.
Hadi berkata,"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," Kenyataan Hadi ini disokong oleh PM yang mengatakan "negara lain perlu mematuhi proses perundangan dan juga peruntukan perlembagaan di mana keluhuran perlembagaan dan keadilan untuk semua serta pengasingan kuasa adalah merupakan tonggak dalam sistem perlembagaan negara dan semua negara mesti menghormatinya tanpa memperlekehkan kita dengan membuat sendaan yang tidak berasas sama sekali".
Sama ada kenyataan Hadi mendapat sokongan daripada Mursyidur Am mereka tidak penting kerana Hadi berkata sesuatu yang benar. Ini adalah kenyataan daripada Presiden parti, dan ianya tidak memerlukan ulasan daripada penasihat yang sudah diketahui umum sangat berkepentingan dan tidak konsisten.
Pakatan pembangkang kelihatan sudah tidak sederap dan tidak seirama lagi. Apabila Hadi mengecam campur tangan asing, LKS pula meminta satu sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan usul untuk menggugurkan dakwaan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa kena mengena kes Anwar Ibrahim nak dibawa ke dalam Dewan Rakyat? Kalau kepala otak sudah dipenuhi dengan udang maka kes liwat ini cuba dikaitkan dengan politik. Kes ini adalah antara Saiful dan Anwar. Berilah keadilan untuk Anwar dan Saiful dalam perbicaraan di mahkamah.
Kali ini, kenyataan Hadi tepat pada masanya. Harapan kita agar semua pemimpin PAS akur dengan pandangan dan kenyataan Presiden parti. Jika hal kedaulatan negara pun mau dipolitikkan, berkemungkinan ramai pengundi atas pagar dan tidak berparti akan menjauhi PAS kerana mereka ini lah yang banyak memberi undi kepada PAS dalam PRU ke 12 yang lalu.
'Selar' MP Australia: Hadi beri penjelasan
Amir Hamzah
Batu Pahat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
PEMIMPIN PAS LAIN? MASIH DALAM DAN DIBAWAH TEMPURONG LAGI SEMUANYA
Salam bro Amir..
Hj Hadi dn pengikutnya masih terbuka pemikirannya dlm PAS. Namun, terlalu ramai dlm PAS satu kepala mcm Nik Aziz.. Sebab tu Kerajaan Perpaduan tk tercapai. Tapi, bab Campur tangan asing, Hj Hadi lebih jelas pendiriannya dari yg lain yang byk kompromi dengan DAP dan bag aNoWar..
wALLAHu a'lam..
Salam Tuan Amir Hamzah;
Antara halal dan haram ada batas. Ada juga dikatakan taman larangan memisahkan antara batil dan benar.
Ahli hukum kenal hakikat ini. Begitulah nampaknya pendirian Tn Hj Hadi.
Yang lain nampaknya pakai langgar sahaja. Beza Lim Kit Siang dengan Anuar ... yang seorang bersunat yang seorang kulop. Antara kedua-dua tiada batas.
Itulah perilaku mereka terhadap Bumi Melayu ini.
Salam bro Arif Omar,
Yang lain hamPAS......huhuhu
Salam Selempang Merah,
Hadi kadang kala terbuka ,kadang kala macam gampang juga. hehehe. Tapi yang baik kita sokong.
Salam Dal,
Saya setuju.....mana yang betul kita sokong. Kalau di pihak kerajaan yang tak betul kita tegur jugak....samping menegur beri juga cadangan yang membina.
Aku pun heran, ada orang lelaki suka sodomi. Kan itu lorong najis, tekan dalam boleh kena taik. Gelinya....
Isterinya punya, lorong betul..tekan dalam lagi sedap
Salam Bro Amir,
YB Tuan Haji Hadi saya lihat dah lama sedar, YAB Azizan pun selalu sedar, tapi yang lain banyak yang belum sedar lagi. Apa agenda kita untuk memperkasakan Islam dan Melayu dalam masa terdekat ini selain dari bersatu?
Salam mukhtar,
Masa duduk bujang di Taman Cempaka, Ipoh dulu ko tak pernah rasa ke tar...hehehe...
Kalau ko nak tau....memang la lubang taik tapi dia 'kemut keliling' tar. Tu yang mamat tu jadi gian. huhuhu
Tapi nama ko jadi password untuk Saiful.....tak de nama lain ke Nuar nak pakai. Nama kawan aku yang baik ni jadi pilihan dia. hahaha.
Salam Hj.Zedmagel,
Hadi ni macam air laut jugak ada pasang surutnya. Bila dia cakap hal kedaulatan negara ni kawan sokong le. Kalau dia bercakap yang merapu-rapu kita sumbat je mulut dia dengan penyapu huhuhu.......
Post a Comment