Wednesday, February 24, 2010

Brutal Ekonomi Jahanamkan Melayu!


Apabila Francis Yeoh meminta supaya dihapuskan subsidi dan perlindungan kepada bumiputera, pewaris YTL itu mahukan wujudmya satu suasana persaingan yang 'brutal' dalam dunia perniagaan Malaysia. Seolah-olah pertolongan kerajaan dan 'tongkat' yang diberikan bagi membantu orang Melayu itu dianggap sebagai menyekat kepada perkembangan ekonomi negara. Terang-terang dasar kapitalis ini menjadikan yang kaya akan terus menghisap darah orang miskin di mana yang kaya bertambah kaya sementara yang miskin bertambah ramai serta hidup melarat.

Dasar ekonomi cadangan Francis ini akan melebarkan jarak dan jurang antara Melayu dan bukan Melayu dalam bidang ekonomi. Tidak adil untuk Francis meminta agar subsidi ditarik balik dan membiarkan orang Melayu terkial-kial mencari punca rezeki. Francis mungkin terlupa dengan kedaifan dan kemunduran orang Melayu yang berterusan sejak kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Orang Melayu ditindas oleh 3 penjajah barat iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris. Ini bermakna, Melayu telah ditindas selama lebih 400 tahun sedangkan kita baru merdeka selama 53 tahun. Hanya pada tahun 1970 apabila Dasar Ekonomi Baru itu disusun sedemikian rupa untuk membasmikan kemiskinan dikalangan orang Melayu disamping menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Itupun DEB hanya untuk tempoh 20 tahun dengan sasaran 30% kekayaan negara dikuasai oleh orang Melayu. DEB gagal mencapai matlamatnya.

Adilkah bagi Francis Yeoh, setelah gagalnya DEB mencapai target yang ditetapkan maka subsidi, pertolongan dan bantuan itu pula dihentikan.

Memang benarlah tuntutan Francis itu kejam, dahagakan darah, tak berhati perut, tak berperikemanusiaan, tak timbang rasa dan tak bertamadun.

Bagi orang Cina pula, walaupun mereka itu hanya pendatang tetapi layanan penjajah terutama Inggeris amat istimewa jika dibandingkan dengan orang Melayu dan pribumi. 100 tahun sebelum merdeka lagi, orang Cina sudah mendapat pelbagai keistimewaan daripada British khususnya dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Walaupun Malayan Union berjaya dihalang namun dasar-dasar British di bawah Persekutuan tanah Melayu 1948 sebenarnya tidak membawa banyak perubahan kepada orang Melayu.

Pada tahun pertama Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden UMNO, bilangan pelajar Melayu mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pelajaran hanyalah 16 orang sedangkan bilangan pelajar bukan Melayu yang mendapat biasiswa ialah 60 orang.

Pada tahun 1951 juga pendapatan digabungkan boleh cukai oleh 5,195 orang Cina ialah RM62 juta berbanding 773 orang Melayu yang mempunyai pendapatan terkumpul RM8.1 juta. Mengulas mengenai ini, ahli sejarah Victor Purcell menulis bahawa angka itu memperlihatkan perbandingan kekayaan antara kaum pada waktu itu.

Orang bukan Melayu yang majoritinya tinggal dibandar-bandar mendapat keistimewaan berbanding orang Melayu di kampung-kampung. Memang benar Perlembagaan 1948 memperakui kedudukan istimewa orang Melayu tetapi kerajaan penjajah British tidak memberi banyak ruang untuk orang Melayu membaiki nasib mereka.

Orang Melayu tidak digalakkan belajar bahasa Inggeris kerana British tidak mahu ”kehilangan kuli-kuli.” Bahasa Inggeris dan pendidikan Inggeris jika diberikan secara besar-besaran kepada orang Melayu akan membuka peluang kepada mereka untuk menjadi tuan dan menuntut kemerdekaan.

Malah pada tahun-tahun tersebut yang merupakan tahun-tahun darurat 1948-1960, orang Cina ternyata mendapat kelebihan yang tidak disangka-sangka berikutan suasana darurat.

Untuk mengelakkan orang Cina tinggal di pinggir-pinggir bandar dieksplotasi oleh komunis, kerajaan British menempatkan mereka di kampung-kampung baru yang kemudian mendapat peruntukan khas daripada kerajaan British untuk dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan penempatan moden seperti sekolah, pusat kesihatan dan jalan raya.

Pendek kata adalah tidak adil bagi orang Melayu untuk bersaing di padang yang sama rata. ianya boleh diumpamakan seperti perlumbaan lumba lari bagi pelari yang cukup sifat sedangkan seorang lagi kudung kakinya. Maka sistem ekonomi laissez-faire mengikut cadangan Francis ini tidak sesuai antara orang Cina dan Melayu.

Beruntung benarlah orang Cina ini yang mendapat kebebasan mengumpul kekayaan tanpa sekatan di bawah kerajaan Melayu. Mereka juga kaya kerana bantuan kerajaan juga. Selain kerajaan menyediakan suasana perniagaan yang kondusif, stabil dan selamat mereka juga mendapat bantuan perniagaan daripada kerajaan.

'Raja Gula' Robert Kuok jadi kaya raya kerana francais gula. Monopoli ni mula zaman bapa dia, Kouk Keng Kang, lagi. Pada zaman Inggeris, beras dan gandum pun mereka monopoli juga. Ananda Krishnan kaya kerana lesen judi dan lumba kuda, telekomunikasi, penswastaan padang lumba kuda Jalan Ampang yang jadi KLCC dan caruman modal kerajaan. Keluarga mendiang Tan Sri Lim Goh Tong kerana lesen kasino dan tanah di Genting Highlands. Tan Sri Tiong Hiew King, tauke surat khabar Sin Chew, kerana konsesi balak di Lembah Baram, Sarawak. Tan Sri Vincent Tan kerana penswastaan Sports Toto, tanah di Bukit Kiara dan Bukit Tinggi. Datuk Tan Chin Nam pemaju Mid Valley kerana kontrak rumah murah zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman dan pajakan tanah Bandaraya Kuala Lumpur.

Malah keluarga Yeoh sendiri jadi kaya raya kerana kontrak bina sekolah dan hospital, konsesi loji penjana elektrik, perkongsian dengan Syarikat Perumahan Negara dan tanah Keretapi Tanah Melayu di Sentul. Malangnya bagi seseorang yang bercakap dalam ekonomi yang kompetetif tetapi YTL sendiri pun mendapat tongkat daripada kerajaan.

Atas sebab itu juga Presiden PERKASA mencabar Francis Yeoh membatalkan semua perjanjian Independent Power Producer (IPP) dengan TNB atau menstruktur semula perjanjian yang dikatakan berat sebelah dan tidak masuk akal. Jangan jadi terlalu tamak dan perlahap sehingga sanggup menginjak-injak kepala orang lain. Inilah yang dikatakan sudah diberi peha hendak pula betis. Dasar pendatang tak sedar diri.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

10 comments:

Sharifahsya said...

Terima kasih atas maklumat ini. Saya percaya ramai orang melayu sendiri tidak sedar akan perkara ini dan masih menyanjung kemajuan ekonomi yang dicapai oleh kaum bukan melayu, konon2 nya mereka jauh lebih rajin dari kaum melayu. Saya sendiri adalah seorang guru yang pernah mengajar di sebuah sekolah yang majoriti pelajarnya adalah berbangsa Cina dan 80 peratus daripada mereka tidak dapat membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan BAhasa Inggeris dengan baik. Akan tetapi, setelah tamat pengajian peringkat SPM dengan keputusan gagal dalam hampir kesemua matapelajaran, mereka mendapat pekerjaan di pelbagai lokasi sebagai kerani-kilang, pejabat, bengkel kereta, dan sebagainya.- hanya kerana sektor-sektor ini dikuasai oleh orang Cina.

zamsalam said...

..MELAYU MALAS?

1. Kenyataan ini merupakan satu AMARAN supaya Melayu bersedia untuk bersatu di bawah payung ISLAM..

2. Pemimpin Melayu diharapkan dapat bertahan dengan cabaran pihak kapitalis ini..adat orang cina dan india majoritinya, kalau bumi Melayu ini tidak memberi keuntungan lagi, mereka lebih cenderung untuk berhijrah ke negara lain sebab asalnya mereka juga LARI dari negara mereka.

3. Oleh itu kita harus berusaha dan berdoa agar SEMUA pemimpin melayu kita.. tak kira apa fahaman parti supaya diberi kekuatan dan jati diri MELAYU.. agar perjuangan mereka akan sentiasa dihargai oleh anak cucu generasi akan datang..

zamsalam.sabah.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Sharifahsya,
Saya setuju dengan 'dongeng' yang sdri utarakan. Kita terlalu mengagungkan sangat bangsa itu sedangkan kekayaan dan kejayaan mereka banyak dibantu oleh kegiatan-kegiatan belakang tabir seperti kongsi gelap dan sebagainya. Penipuan pun berleluasa dalam perniagaan mereka. Walaupun begitu, kita akui mereka ada networking yang baik dalam perniagaan. Mereka juga bantu membantu untuk kaya bersama-sama. Sikap ini kerana mereka itu adalah pendatang dan sikap membantu kaum sendiri telah ditanam sejak mereka mula meninggalkan tanah air mereka. Mana yang baik kita ikut yang buruk kita jauhkan.

Salam Mohd Shaifulizam,

Melayu Malas? Ini juga satu metos dan dongeng yang di dendang oleh penjajah sekian lama. Apabila ianya didendangkan begitu lama maka ia akhirnya diterima oleh Melayu sendiri. Itulah perang psikologi penjajah kepada pribumi. Apabila perkataan 'malas', 'bodoh' dan beberapa sifat negatif ini ditanam kepada Melayu dan generasinya maka diharap pribumi tidak akan menuntut kemerdekaan. Bagaimana sesuatu bangsa yang malas dan bodoh boleh mentadbir sebuah negara? Itulah persepsi buruk yang ditanam oleh penjajah kepada anak-anak tanah jajahannya.

Hari ini kita telah merdeka dan dimerdekakan oleh pribumi yang celik dan tahu tipu muslihat penjajah. Setelah 53 tahun merdeka, Melayu masih mahu mengulangi penyakit lama. Perpecahan dalaman mula meroboh benteng jati diri Melayu dan Islam. Hari ini pemimpin2 Melayu mula bercakaran sesama sendiri kerana perebutan kuasa sedangkan agenda pengisian kemerdekaan kita belum terisi lagi. Belumpun 100 tahun kita merdeka kita sendiri mahu dijajah semula.

Melayu tidak boleh dan harus rapatkan semula barisan. Tinggalkan pemimpin-pemimpin yang rakus dan tamakkan kuasa. Buat lah pilihan di mana kita harus berpaut dan bersatu di bawah satu bumbung.

Arif Omar said...

yeaaaaaaaaaaaah. mereka tak sedar dik untung

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Arif Omar....

Bangsa mereka ni setaraf dengan Yahudi......Kalau Israel di tengah-tengah tanah Arab. Tapi bangsa sejenis mereka di Singapura tu di tengah-tengah alam Melayu. Perangai mereka saling tak tumpah......huhuhu

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Kepala kotek dia lah aramjadah tu...dia buang dulu dia punya kontrak dengan TNB baru brutal.Tak tahu terima kasih punya anak haram tu..

Betul kata Tok Yim jangan bagi kontrak pada babi yang tak sedor diri dan tak kenang dik untung sebab kerajaan dah tolong mereka....

Sial laknatulllah lah bangsa mereka ni.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Hj Zedmagel,
Fulamak sekali Pak aji maki hamun berdiri bulu roma kawan.....Sabo Pak Ji nanti kena darah tinggi.

Walau apa pun, memang celaka dan haramjadah cina-cina tak mengenang budi ni. huhuhu....sikit aje tu.

Selempang Merah said...

Salam bro..

Kebanyakan Pelajar Cina yang berada di Sekolah Menegah Kebangsaan adalah pelajar yang lemah dan kurang cerdik. Manakala yang cerdik pandai semuanya berada di Sekolah Cina. Inilah cara mereka melepaskan masalah mereka agar guru-guru Melayu di SMK selesaikan masalah mereka.

Malang seribu kali malang, orang kita ni suka berbuat baik pada keturunan pendatang. Bangsa sendiri di anak tirikan. Macam mana Melayu nak bersatu dan terus maju.

Kenapa orang kita tak ikut contoh keturunan pendatang ? Mereka walaupun berlainan latar belakang parti politik, namun prinsip membantu sesama mereka tetap wujud. Perjuangan mereka untuk membela bangsa mereka sebagai keturunan pendatang tetap utuh dan jitu. Tidak seperti orang kita. Sikap cemburu, iri-hati, dendam kesumat dan seumpama dengannya tak pernah hilang. Mereka kalau berselisih faham pun ibarat seperti lakonan opera mereka. Tapi, fikiran otak mereka semuanya sama walaupun pakaian politik mereka berbeza. Fikir-fikirkanlah...

wALLAHu a'lam.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Selempang merah,
Memang agaknya rasmi 'pendatang' begitu agaknya kerana mereka perlu survival. Islam juga galakkan umatnya berhijrah jika di tempat sedia ada tidak boleh mengubah kehidupan. Lihatlah rakyat Malaysia yang merantau mencari rezeki keluar negara semuanya berjaya kerana mereka tiada pilihan. Bagi yang ada di sini, kebanyakannya hidup dalam zon selesa.....

zedmagel said...

Astagfirlullah...kawan memaki ke? Tak perasan pulak dek kerana marah dan geram kepada mereka semua..He..he..