Monday, January 25, 2010

Dari Rakyat Kepada Tuanku!


Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Ampun Tuanku...Sembah patik khas dari rakyat untuk Tuanku Sultan. Pertama-tamanya patik merafak sembah menjunjung kasih dan tahniah di atas pemashuran Tuanku sebagai sultan Johor yang ke 5 dalam Kesultanan Johor Moden. Sebagai rakyat yang menjunjung perlembagaan negara dan mendokong sistem demokrasi raja berperlembagaan, patik mengambil kesempatan di waktu yang bertuah ini untuk menyatakan rasa kasih dan taat setia ke bawah Duli Tuanku berdua.

Atas rasa hormat dan kasih rakyat rasanya tidak menjadi sesuatu yang menjolok mata bagi patik-patik pacal rakyat jelata untuk menyatakan rasa kasih dan taat itu dengan memberi kata-kata harapan kepada tuanku berdua sesuai dengan tanggungjawab Tuanku sebagai ketua Agama Islam dan menjaga hal-ehwal serta adat istiadat Melayu. Bagi patik-patik, masih bermurung dan bersedih di atas kemangkatan Almarhum ayahanda Tuanku yang sangat patik-patik kasihi dan hormati kerana ketegasan, keberanian, keikhlasan serta dekat di hati rakyat. Patik-patik akan kerinduan dan terasa kehilangan dengan suara garau dan tingkahlaku spontan almarhum ayahanda Tuanku.

Namun, yang telah pergi tidak akan kembali. Besar harapan Tuanku, begitu juga harapan patik-patik rakyat jelata sekelian. Sebagai rakyat jelata patik-patik memohon perkenan Tuanku berdua untuk meneruskan legasi almarhum ayahanda Tuanku dan harapan rakyat iaitu:

1. Menyokong pembinaan Jambatan Bengkok dan menolak cadangan pembinaan jambatan ke tiga bagi menggantikan Tambak Johor.

2. Meneruskan hasrat almarhum ayahanda Tuanku bagi mendapatkan semula hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih yang kini dimiliki Singapura.

3. Memastikan agama Islam terus utuh di negeri Johor dengan menafikan sebarang bentuk gangguan, desakan melampau dan provokasi yang boleh menggugat kesucian agama Islam dan pegangan agama penganut-penganutnya.

4. Memastikan hak-hak istimewa, adat istiadat, budaya dan bahasa orang Melayu hidup subur seperti mana yang telah tercatat di dalam perlembagaan.

5. Memastikan perpaduan antara rakyat semakin intim dengan jaminan keselamatan dan keselesaan hidup di kalangan rakyat jelata.

6. Saling nasihat menasihati antara Istana dan Kerajaan Negeri agar peluang dan ruang diberikan kepada individu dan syarikat Melayu dan bumiputera supaya tidak ketinggalan dalam pembangunan negeri khususnya di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar.

7. Saling nasihat menasihati antara Istana dan Kerajaan Negeri / Pusat agar memberhentikan terus penjualan pasir dan memerangi penyeludupan pasir ke akar umbi kerana penjualan pasir ke Singapura walau dengan apa tujuan pun kerana ianya mengancam keselamatan dan ekonomi Johor.

8. Saling nasihat menasihati antara Istana dan Kerajaan Negeri /Pusat agar dikaji semula perjanjian penjualan air mentah ke Singapura mengikut saluran undang-undang kerana amalan sekarang sangat merugikan negeri dan negara.

9. Meneruskan amalan mendekati rakyat dengan meneruskan program 'Kembara Sultan' ke daerah-daerah di negeri Johor seperti mana yang lazim dilakukan saban tahun oleh Tuanku supaya tembok batu Istana Bukit Serene tidak menjadi penghalang menautkan jalinan kasih antara Tuanku dan rakyat.

10. Sebagai ketua Agama Islam, besar juga harapan patik-patik dengan kuasa dan daulat ke bawah Duli Tuanku supaya terus meningkatkan syiar Islam di Johor, meningkatkan kualiti akhlak rakyat, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sekolah agama kerajaan negeri dan menjadikan Johor sebagai pusat Ilmu dan Tamaddun Islam.

Ampun Tuanku, sembah patik harap di ampun kiranya ada sembah derhaka yang menguris hati Tuanku berdua. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah serta inayahnya ke atas Tuanku berdua dan kerabat-kerabat yang lain, pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat sekeliannya.

Amin.

Menjunjung Kasih Tuanku.


Amir Hamzah Bin Hj Mohamad
Setiausaha,
Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Johor.
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

13 comments:

KUNTONG said...

Syabash Saudara Amirhamzah:

Semoga Tuanku sihat walafiat dan Negeri Johor sentiasa aman dan damai.

PD said...

Syabas dan tahniah saudara amirhamzah... kawan setuju 100% atas segala yang saudara telah pohonkan kepada DYMM Baginda Sultan.

Daulat Tuanku!Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

miss pearl... said...

tahniah saudara..saya pon turut bersetuju dan mendoakan kesejahteraan bumi johor ini dibawah pentadbiran Tuanku..Ampun Tuanku..

Anonymous said...

SOKONG 200%!!..ANAK JOHOR AKAN SENTIASA MENJUNJUNG TITAH BAGINDA SULTAN..

DAULAT TUANKU!!

DAULAT TUANKU!!

DAULAT TUANKU!!

YANG GAMBI said...

Salam Amir Hamzah, syabas dengan rasa rendah diri tuan sebagai rakyat Negeri Johor, bernaung di bawah payung Kebawah Duli Tuanku Sultan Johor.....

Arif Omar said...

saya nak dua perkara sahaja. itu jambatan bengkok dan jangan jual apa jenis pasir pun pasir ke singapura. sakit hati tak habis lagi ni.

Geng Samudera said...

Salam,

Ini baru Otai....

Geng Samudera said...

Salam

Arif Omar : Betul larr bro,Singapore nih dah cam Israel dahh....copycat.

Depan cakap camni,belakang mari lain action...

Depa perasan depa dah maju sgt...
Sultan Johor kena tegas dalam soal antara Malaysia (specially Johor) dan Singapore.

Kat Johor Bahru,nama jerk maju...tapi orang kita dok kekadang masih melukut ditepi gantang ekoran kepesatan yang tidak seimbang...

Tgk di Masai...
Tgk di Pasir Gudang....
Tgk di Ulu Tiram...
Tgk di Kampung Melayu...
Tgk di Larkin....
Tgk di Ulu Choh...
Tgk di Bandar...

Harapkan Melayu moden..
Tgk di BBU,Skudai...

Tempat depa...
Tgk di Johor Jaya...
Tgk di Stulang...
Tgk di perumahan-perumahan baru...(dah byk sgt nama baru)

Selalu la tuh layan teh tarik...tgk the real situation...
Sambil tgk rakyat Johor,tgk skali orang kita....

cekodokmasin said...

Salam Tuan,
Kalau aku dapat di aduka tarakguna tu, mau aku jentik2 anunya sampai bengkak besarrrrrrr punya...

mukhtar said...

Amir,

Allah Selamat Johor Darul Taazim

Geng Samudera said...

Salam,

Bengang betul baca suratkhabar hari ini (Sabtu 30hb) pasal Lim Eng Guan!!

Aku dah agak dah,mmg dia ada perancangan macam komunis!!..twat 2010!!

Ayuh orang kita,apa peranan kita nak menentang cara beliau.Mmg dasar Lee Kuen Yew!!...

Kepentingan semata-mata utk mereka sahaja.Dan akhirnya Pulau Pinang akan menjadi Singapore....

Penang - Melaka - Singapore (dulu negeri-negeri Selat).
Apa perancangan mereka nih??!!

Bloody wanker!!

Selempang Merah said...

Salam bro..
Semoga Tuanku Sultan Ibrahim akan mewarisi ketegasan Ayahandanya (Almarhum Sultan Iskandar. Tidak kiralah masalah jambatan bengkok ker.., jualan pasir ke.., pulau batu putih ker.. dan banyak lagi.

Kami rakyat jelata (khususnya rakyat Johor) memang mengharapkan perubahan besar yang bakal berlaku di bawah pentadbiran Tuanku Sultan Ibrahim. Yang paling penting sekali, jangan biarkan Singapura (sekutu kuat Amerika & Yahudi) berterusan membuli negeri kita (Johor Darul Ta'zim).

Mudah-mudahan Tuanku Sultan Ibrahim akan dipanjangkan umur dengan dipenuhi keberkatan, aman bahagia serta negeri dibawa naungan Tuanku bertambah aman dan makmur, kedaulatan Tuanku dan negeri kita bertambah kekal kedaulatannya.

Amin..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Wak Kuntong,PD,miss pearl,Jeffry,YANG GAMBI,Arif Omar,cekodokmasin, Geng Samudera, Mukhtar, dan Selempang Merah.

Hari berkabung 7 hari untuk rakyat sudah pun berlalu, Sultan dan Tengku Mahkota sudah pun dimashurkan. Semoga Tuanku terus menjadi payung dan pelindung kepada rakyat.

Apabila disebut pelindung dan payung kepada rakyat, mungkin sebahagian besar rakyat tidak memahami apa yang dimaksudkan pelindung dan payung itu. Maka dengan itu generasi muda tidak mengetahui peranan Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dan Yang diPertuan Agong yang mempunyai kuasa pemutus kepada kuasa politik di negara ini. Maka atas kuasa ini yang termaktub di dalam perlembagaan menyebabkan DAP, PAS dan Anwar Ibrahim berusaha untuk mempengaruhi rakyat membenci institusi Raja-Raja. Hanya kuasa rakyat yang berupaya mengekalkan atau meruntuhkan institusi ini. Apabila rakyat sudah membenci Raja dan Sultan maka revolusi akan berlaku untuk menghapuskan Raja dan Sultan kepada sebuah negara demokrasi Republik. Akhirnya mereka lah yang menjadi Raja tanpa tengkolok.