Saturday, January 1, 2011

Menggila bersama FB.


Sejak ada FB ni, rasanya blog 'segalanya mungkin' ni begitu terabai. Jarang benar dah nak menulis di sini. Tambahan lagi pengikut di FB berjumlah 1255 orang berbanding pengikut di blog ni cuma 222 orang. Betul kata sahabat ku dulu, kalau dah berhantu dengan FB, blog kita akan punah ranah.

Tambahan pula masa untuk menulis sudah agak terhad sejak aktif di dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara. Kalau di dalam FB tidak perlu menulis panjang berjela, sekadar seperenggan sudah boleh membuka perbincangan.

Apa pun sempena menyambut tahun 2011 ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada pengunjung-pengunjung blog ini, sahabat-sahabat jauh dan dekat. Kehadiran 2011 akan memberi sinar baru dalam kehidupan kita keseluruhannya.

PRK Tenang akan membuka gelanggang politik negara kita. Ramai berpendapat di Tenang akan menguji keikhlasan MCA dan MIC dalam BN. Peluang tetap 50-50. PERKASA sudah ambil pendirian berkecuali di DUN Tenang. Semoga keputusan Pilihanraya Kecil Tenang akan memberi petunjuk baru bilakah PRU akan diadakan. Selamat mengundi kepada pengundi DUN Tenang.

Amir Hamzah
Batu pahat

5 comments:

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Letih menunggu saudara mengemaskini blog...

amieiezam said...

saya juga ada amsalah yang sama spt saudara....

bila nak add.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cekodokmasin dan amieiezam,

Jangan le letih tunggu blog ni, blog lain pun banyak. Siapa yang ada FB rasanya mempunyai masalah yang sama.....hehehe

Geng Samudera said...

Bro...
Satu Cadangan.
Kawan mengikuti blog bro daripada kawan tak pernah jumpa bro,sampai lah berjumpa di Batu Pahat.
Saya nak blog ini diteruskan walaupun slalu jugak nampak bro aktif di FB.Heheee..
Cuma bagi nak memantapkan lagi blog nih,penulisan bro utk sesuatu topik buat aje yang kontot2 dan mantap,toksah berjela-jela.Dapat jimat masa.
Buat secara snippet seperti blog Tun.
Ringkas tapi mantoopp!..

Salam Tahun Baru 2011 dan mohon Allah S.W.T kesihatan bro berada dalam keadaan yang baik.
Amin.

Salam juga utk semua geng2 di Batu Pahat.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Geng Samudera,

1. Lama tak ke udara. Masih di luar negara ke?

2. Blog ini tidak akan dihentikan dan cadangan yang diberi cukup baik.

3. Selamat tahun baru juga untuk Geng Samudera semoga tahun 2011 menjanjikan sesuatu yang baik untuk agama,bangsa dan negara kita.

4. Jika balik ke Batu Pahat, mampirlah di sini boleh ngeteh2 bersama kawan-kawan yang lain.