Saturday, September 11, 2010
Tengku Adnan Tidak Adil Kepada PERKASA
Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan UMNO tidak akan menyokong Ahli Parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas. Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan PERKASA.
1. Satu pernyataan yang jelas bahawa UMNO dan PERKASA tidak ada kaitan langsung seperti mana yang didakwa pembangkang bahawa PERKASA adalah NGO tajaan UMNO. Kenyataan Setiausaha Agung UMNO itu mematikan perangkap pembangkang yang pasti akan memainkan isu ini. Adalah dijangkakan isu PERKASA akan dimainkan oleh Pakaran Rakyat dalam PRU 13 nanti.
2. UMNO adalah parti politik sedangkan PERKASA adalah NGO Melayu. Disebabkan ianya adalah NGO maka ahli-ahli UMNO tidak segan silu menyertainya. Jikalau Ibrahim Ali menubuhkan parti baru yang dinamakan PERKASA, ianya tidak sehebat sekarang. PERKASA adalah pengimbang antara Siqui dan Hindraf. Jika kedua-duanya masih ada .mengapa PERKASA perlu dihalang.
3. Mengapa Chua Soi Lek tidak memberi amaran kepada Siqui ataupun Jiao Zong dan Dong Zong supaya tidak membuat tuntutan-tuntutan melampau melibatkan hak-hak istimewa Melayu bagi mengelak undi Melayu akan lari daripada menyokong MCA di kawasan-kawasan yang ditandingi MCA. Malah Presiden MCA itu sendiri yang membuat cadangan agar kepentingan 30% Bumiputera dalam ekonomi dihapuskan secara beransur-ansur. Mengapa Tengku Adnan tidak menasihati pemimpin MCA itu kerana tindakannya boleh menyebabkan pengundi Melayu akan melakukan protes yang boleh menyebabkan kemerosotan undi Melayu kepada BN?
4. Mengapa Tengku Adnan tidak mengarahkan MCA dan Gerakan menjauhi Siqui yang nyata racist malah membiarkan MCA dan Gerakan menjadi alat kepada Siqui dalam membuat tuntutan?
5. Fasal 4: Tujuan dan Matlamat PERKASA ditubuhkan khas untuk tatapan Tengku Adnan, KJ dan Nazri Aziz.
1. Memperkasakan Islam sebagai agama Persekutuan.
2. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
3. Memperkasakan Kedaulatan Raja-raja Melayu
4. Mempertahankan hak-hak Istimewa orang Melayu
5. Memperkasakan Kaum Pribumi
6. Mempertahankan kedaulatan negara.
6. Bab tujuan dan matlamat PERKASA hanya menyebut dua perkataan sahaja yang kononnya menimbulkan kemarahan banyak pihak iaitu 'MEMPERKASAKAN' dan ' MEMPERTAHANKAN'. Dua perkataan ini tidak bermaksud menyerang malah hanya sekadar mempertahankan serta memperkasakan perkara-perkara yang sememangnya sedia terpelihara. Daripada 6 tujuan tersebut mana satukah yang menyalahi undang-undang negara?
7. Jikalau Setiausaha Agung UMNO membuat kenyataan keras bahawa UMNO akan menjauhi PERKASA, maka rakyat melihat bahawa UMNO juga secara tidak langsung semakin jauh dengan 6 perkara yang disebut itu. Adakah Tengku Adnan membuat kenyataan setelah merujuk perlembagaan PERKASA atau tertekan dengan desakan parti-parti komponen BN? Tengku Adnan berkata PERKASA akan menyebabkan undi bukan Melayu akan lari ke PR, bagaimana pula dengan Undi Melayu yang merupakan majoriti di negara ini? Apa pula jaminan Tengku Adnan bahawa tanpa PERKASA, undi Cina dan India akan kembali kepada BN dalam PRU ke 13 sedang PRU ke 12, tanpa PERKASA pun BN hilang 5 negeri?
8. Jikalau Tengku Adnan bermusuh dengan Ibrahim Ali maka selesaikan di kantin parlimen jangan kaitkan dengan PERKASA yang Ibrahim Ali pimpin. Seperti juga KJ dan Nazri yang bermusuh dengan Tun M maka PERKASA menjadi mangsa oleh kerana Tun M adalah penasihat kepada PERKASA. Jika bukan Tun M menjadi penasihat kepada PERKASA, kemungkinan KJ dan Nazri menyokong dalam senyap penubuhan PERKASA.
9. Jikalau Tengku Adnan, KJ dan Nazri mengecam PERKASA tidak bermakna semua pemimpin UMNO tidak bersetuju dengan PERKASA. Noh Omar dan Zahid Hamidi kelihatan selesa dengan PERKASA.
10. Pendekata UMNO sebagai parti politik sedangkan PERKASA adalah sebagai NGO, kita lain reban.
11. Sepatutnya di Aidil Fitri, umat Islam meraikan kemenangan menahan nafsu di bulan Ramadhan. Namun kehadiran Syawal umat Islam di Malaysia semakin berpecah. Kenyataan Tengku Adnan memperlihatkan betapa kritikalnya perpaduan Melayu itu di tanah airnya sendiri.
Amir Hamzah
Batu Pahat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
ku nan ni, tokeh kelab malam. mana le dia ada perasaan dan nak jaga kepenyingan melayu. yang dia ingat nak kutip cukai kelab malam adelah. dan sibuk tubuh syarikat bas yang dia punya sendiri bagi bawa pelancung sekitar kl. HIiii hooop. itulah bas double deckernya. itu dia pandai dan ambil berat lah. songkok dan baju melayu yang dipakain sepanjang masa itu pun hanya lakonan aje.
ku nan akan dinyahkan dari parlimen putra jaya dalam pru13 nanti. kepada ahli perkasa dipohon jangan undi melayu yang anti perkasa. muktamad
Siapa pemimpin UMNO yang anti PERKASA?Semua orang kenal mereka itu bukannya menpejuangkan 6 perkara mengenai Melayu. Mereka semua itu adalam mengperkudakan UMNO demi melebarkan wilayah kekayaan diri sendiri termasuklah Touke Kelab Malam (SU UMNO), tauke TEKSI(Nazriteksi 5000), dan KJ Jambang(Menantu Doll kuat Tidur,KP UMNO rasuah. Man ada agenda menjaga kepentingan Melayu mereka ini.Satiap penyataan yang dibuat mereka ini tak ada yang boleh memberi harap untuk menjaga kepentingan Melayu yang semakin layu akibat daripada pemimpin UMNO yang seperti mereka. Naib presiden menjadi Menteri Amaran....sentiasa walaupun bontot dah hendak diliwat oleh kaum yang pendatang yang rasis,begitu juga dengan naig presiden yang menjaga pertahanan, apa yang dibuat menteri ni selain mencari kepentingan dalam projek Kem Sg Besi dan dikatakan ada harta tanah di kota London.Nasib baik wujud PERKASA yang memberi sinar dalam menyuarakan hak Melayu yang dapat mebangkitkan semangat di jiwa Melayu yang dilayukan sejak Si Doll jadi Preseiden dengan kepimpinan Boneka oleh KJ Jambang...PERKASA telah memebri harapan BARU BAGI MELAYU pada hari ni. SUARA PERKASA ADALAH SUARA MELAYU mengantikan PERMUDA UMNO yang dah bacul dan layu. UMNO juga dah jadi penakut pada bayangan rakan yang tidak jujur dan ikhlas dalan perikatan barisan.Tak hairan jika PU13 kuasa UMNO kan lenyap jika pertualang ini masih takut bersuara dan menjadi pengecut pada rakan perikatan(MCA dan GERAKAN). Kami MELAYU sedar bahawa MCA dan GErakan ini menghacurkan MELAYU dari dalam Perikatan. Walaupun idea PARTI nampak berbeza tapi egenda KAUM merekan TETAP SAMA (MCA<GERAKAN dan DAP)...jadi apa agenda UMNO?...
SOKONGAN PADU UNTUK PERKASA DARI BLOGGER PEMBELA NEGARA!
HIDUP MELAYU !!!
HIDUP ISLAM !!!
HIDUP MALAYSIA !!!
Fasal 4: Tujuan dan Matlamat PERKASA ditubuhkan khas untuk tatapan ANTI PERKASA
1. Memperkasakan Islam sebagai agama Persekutuan.
2. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
3. Memperkasakan Kedaulatan Raja-raja Melayu
4. Mempertahankan hak-hak Istimewa orang Melayu
5. Memperkasakan Kaum Pribumi
6. Mempertahankan kedaulatan negara.
ADA TAK ELOK LAGI KA ? BENGONG BETULLLLL
Bro,
Ini lah contoh orang Melayu tak pandai main politik..
Salam bro Arif Omar
Tu lah bahayanya apabila tengkuk pemimpin sudah dipegang. Kawan-kawan pun banyak daripada kalangan Cina dan India jadi suara hati dan degup jantung Melayu tak dirasakannya.....
Salam abdul halim:
Harap-harap begitulah....susah apabila SU Agung Parti Melayu tak tahu peranan dan tanggung jawab yang dipikul oleh partinya.
Salam Neikie69:
Jika UMNO mahu melakukan tranformasi, orang-orang seperti ini tidak lagi dilantik sebagai sebagai calon dalam pilihanraya dan tidak memegang jawatan-jawatan penting di dalam UMNO.
Salam Panglima Perang Cyber:
Terima kasih di atas SOKONGAN PADU DARIpada BLOGGER PEMBELA NEGARA! Anti PERKASA sama lah dengan anti Melayu....
Salam Kenn:
Saya sudah baca tulisan di dalam link yang diberi dan satu cadangan dan sindiran sinis kepada PM. Penulis blog berkenaan mahu UMNO kekal seperti mana perjuangan asal. Mana-mana pemimpin yang cuba merubah perjuangan UMNO yang berlandaskan bangsa dan agama dinasihatkan menubuhkan parti baru dengan membiarkan UMNO dengan perjuangannya. Satu saranan yang logik tetapi sukar dilakukan oleh pemimpin sedia ada.
Salam Geng Samudera:
Tak cerdik dan tidak licik memainkan isu....lurus bendul.hehehe
Salam Bro Amir,
Ku Nan dah ada kerusi kat Putra Jaya, Pasir Mas bagi Ibrahim Ali atas tiket PERKASA, tapi UMNO juga akan turunkan calonnya begitu juga PAS. Kalau dikira-kira PAS akan menang di sana.
Ku Nan dicalonkan jugak ke di Putrajaya. Cukup la tu....UMNO perlu SU Agung yang ada jatidiri Melayu. Selepas di tegur oleh PM, nampaknya Ku Nan dah mula cakap berbelit-belit......hehehe
Post a Comment