Tuesday, September 14, 2010

Siapakah KJ Hendak Membidas Utusan?


Khairy menulis di dalam Twitternya bahawa beliau “berpendapat akhbar tertentu itu perlu diingatkan siapa pemiliknya”. Kenyataan ini berdasarkan kepada akhbar milik Umno itu menyiarkan satu halaman penuh artikel-artikel yang mempertahankan NGO itu termasuk memuatkan bancian yang kononnya menunjukkan kebanyakan orang Melayu menyokong PERKASA.

“Saya penyokong pembaharuan supaya akhbar lebih bebas dan bertanggungjawab tetapi dalam paradigma hari ini, saya tidak boleh menerima bentuk editorial akhbar tertentu,” tulisnya. Meskipun Khairy tidak menyebut sebarang nama, tetapi kenyataannya jelas ditujukan kepada Utusan.

1. Siapa yang menentang PERKASA daripada UMNO? Setakat ini hanya 3 orang penentang tegar PERKASA daripada pemimpin UMNO iaitu Tengku Adnan, KJ dan Nazri Aziz. Adakah 3 orang ini sudah menunjukkan bahawa UMNO secara keseluruhannya menentang PERKASA. Bagaimana dengan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO? Naib-Naib Presiden UMNO, MKT, Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang lain?

2. Berikut adalah petikan RESPON DS Najib sendiri dalam wawancara dengan CNBC terhadap PERKASA:-

NAJIB: Mereka tidak menentang kami. Mereka lebih berbicara mengenai hak Bumiputra. Sebenarnya, kami tidak menarik balik sebarang hak daripada Bumiputra tetapi kami memperkatakan biar kita lakukan dengan cara berbeza. Biar kita dapat hasil yang lebih baik. Biar kita capai sebuah masyarakat yang lebih saksama. Tetapi pada masa sama, berlaku adil kepada penduduk bukan Bumiputra. Kerana kami mahu membina 1Malaysia.

Kesimpulannya : Komen Najib kepada PERKASA masih positif

3. KJ perlu menoleh seketika sejarah penubuhan Utusan Melayu 1939 dan melihat perjuangannya.

4. SAID ZAHARI, bekas pengarang Utusan Melayu menulis bahawa, ``Utusan Melayu'' didukung oleh orang-orang yang berjiwa besar, orang-orang perjuangan yang tidak pernah takut dan gentar. Baik di kiri atau di kanan, mereka adalah anak-anak Utusan Melayu yang berani, penuh dedikasi dan mempunyai perasaan yang amat mendalam terhadap Utusan Melayu. Utusan Melayu lahir dengan semangat yang dibangunkan oleh kemiskinan dan keinsafan. Sesungguhnya Utusan Melayu adalah pusaka bangsa yang termulia yang terus mengharapkan kesetiaan, kejujuran, kemahiran, dedikasi dan ada kalanya pengorbanan yang besar dari pewarisnya sepertimana yang telah diberikan oleh orang-orang yang terdahulu.''

Dalam Utusan Melayu, wartawan tidak sekadar wartawan tetapi mereka adalah juga pejuang. Kebenaran ini tertegak sampai sekarang, keberaniannya tetap terserlah dan terus menempa satu demi satu sejarah dan terus menimbulkan kontroversi di luar dan di dalam parti. Ini jelas terlihat dari Yusoff Ishak, Samad Ismail, Said Zahari, Melan Abdullah, Mazlan Nordin, Zainuddin Maidin, Johan Jaffar dan di era Khalid Mohd.

Kalau sampai masanya Utusan Melayu tidak lagi menjadi kontroversi, maka itulah masanya Utusan Melayu telah kehilangan jati diri. Kerana jati dirinyalah maka Utusan Melayu terus menghantui mereka yang memusuhinya.

Saya rasa sebab itulah Utusan Melayu masih menyokong PERKASA walaupun ada 2-3 kerat pemimpin UMNO yang 'jaki' dengan PERKASA.

Amir Hamzah
Batu Pahat

7 comments:

cekodokmasin said...

La.. biar je dia, tuan..
Layan sikit2 je asal jgn dia menangis sebab tak ada yang nak layan.

AnakGanu said...

anak omak ni aku tempeleng kang tau la...tak sedar diri...kudis dalam umno...demm

mukhtar said...

Mereka 3 orang tu memang takde masa depan dalam politik.mereka darah melayu celup.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cekodokmasin:
hehehe.....kawan pun bukan beriya-iya pun....maklumlah kawan pun tahu dia tu 'kememe'....mudah sangat menangisnya.

Salam AnakGanu:
Hahaha...ganas tu bro. Anak omak tak boleh nak berkasar-kasar sangat. Jangan kata mengadu kat omak dia..habis kat bapak mertua dia pun diadunya nanti. Walaupun dia tau pak mentua dia dah tak leh buat apa-apa.

Salam mukhtar:
Harap-harap tak dicalonkan dalam PRU ke 13 nanti. Kalau tak bontang jer 3 kerusi bertukor tangan.

zedmagel said...

Salam Bro Amir,

Adat le dalam mana-mana organasasi ada yang suka dan ada yang paling menyampah melihatnya. Saya lihat ini pandangan individu. Tak perlu dipertikaikan.

Jangan ngadu dengan omak dah le, " Najib kau nak bunuh anak Omak yehhh..."

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Apa nak ditakutkan dengan KJ seorang. Kita ni umpama seikat lidi sedangkan KJ tu umpama sebatang lidi.....tak gitu bro....

zedmagel said...

Bro,

KJ tu grad Oxford, macam bro jua. Budak ni pandai tapi kurang cerdik dan ada sifat teme'a yang tinggi