Thursday, September 2, 2010

PERKASA Johor Bahru Ambil Berat

Khamis, 2/9/2010, jam 10.15 pg bertempat di Garage Motorsikal Masjid Desa Paya Mengkuang, Gelang Patah.

Perkasa Daerah Johor Bahru (Diwakili Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Ketua Wira, Ketua Zon Gelang Patah , Pasir Gudang dan Pulai, Penasihat Undang-Undang Perkasa Daerah, Naib YDP 1 Perkasa Johor dll) telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan Pelabuhan Tanjung Pelepas (Timbalan CEO, Encik Sufian dll) dan wakil penduduk Desa Paya Mengkuang telah mengadakan perbincangan mengenai isu tuntutan mengosongkan rumah di Mahkamah oleh PTP. Pasukan PDRM turut hadir.

Perbincangan telah berjalan dengan baik, mesra dan aman.

Keputusan:

1. Bayaran saguhati keatas rumah yang dirobohkan (rumah terletak di atas tanah kerajaan dan menumpang di atas tanah bertuan) masih dalam peringkat perbincangan oleh Lembaga Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas(PTP).

2.Rumah.Penduduk-penduduk yang menghadapi pertuduhan di Mahkamah dijemput berunding dengan pengurusan PTP seberapa segera. Menurut wakil PTP, tindakan Mahkamah adalah mengikut prosidur PTP dan tiada tindakan selanjutnya. YB ADUN Nusajaya (melalui wakil) memaklumkan bahawa usaha sedang dibuat untuk mendapatkan pembiayaan dari Sykt Perumahan Negara.

3.PTP memberi jaminan akan mengadakan perundingan dari masa ke masa dengan penduduk melalui wakil yang dilantik iaitu Ibrahim Atan dan Shahrullizam Abd Samad.

4.Penduduk/Nelayan perairan Pendas yang kawasan mereka menangkap ikan telah dijadikan tempat kapal 'parking' memohon agar dapat berkongsi pendapatan sewa dengan PTP dari kapal-kapal tersebut.

Tahniah PERKASA Johor Bahru yang proaktif menjadi orang tengah kepada permasalahan orang Melayu. Terima kasih kepada En.Samat Atan ,YDP 1, PERKASA Johor dan Tn Hj Ghaust b Mohd Yusuf yang mengerakkan usaha ini demi menjaga kepentingan Melayu setempat khususnya permasalahan Melayu di Johor Bahru.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

4 comments:

zedmagel said...

Salam Bro,

Tahniah kepada keseluruhan kepimpinan PERKASA di Negeri Johor dan Johor Bahru khasnya. Inilah pertubuhan yang dicari oleh orang Melayu. Bertindak dan memastikan apa jua bentuk kepentingan Melayu terjaga.

Biarpun dilihat dari satu sudut, pendudukan di tanah tersebut menyalahi undang-undang dengan perundingan melalui NGO seperti PERKASA mungkin sedikit masalah dapat dirungkai demi kebaikan bersama atau kesemua pihak..

TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK ISLAM DI BUMI BERTUAH INI....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel:
Setakat ni PERKASA Daerah Johor Bahru paling aktif....tahniah dan syabas.

Arif Omar said...

TAHNIAH PERKASA. JANGAN JADI SEPERTI KJ DAN PEMUDA UMNO YANG SEMAKIN HILANG TELOR DEK KERANA SIBIJAK PANDAI KJ TU. MENYAMPAH.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro Arif Omar,
Lupakan KJ....kalau ingat dia satu kerja pun tak leh buat......hehehe