Wednesday, July 14, 2010
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin....
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan UMNO bersatu. Ekoran daripada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Razak Idris mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas supaya kerjasama antara UMNO dan PAS terlaksana. Apabila ditanya wartawan, Muhyiddin secara ikhlas menyatakan komitmen serta kesediaan UMNO untuk bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.
Isu kerjasama PAS-UMNO dibangkitkan semula oleh JASA dan ABIM bukannya oleh UMNO. Apabila diminta memberi komen sudah tentulah Muhyiddin sebagai TPM mengalu-alukan cadangan itu. Tidak munasabah sebagai orang nombor dua dalam kerajaan memberi pandangan negatif walaupun beliau faham adalah sesuatu yang sukar untuk berlaku buat masa ini. Ini bermakna cadangan kerjasama ini bukan datang daripada UMNO tetapi ada pihak lain yang mencadangkannya demi kepentingan Melayu dan Islam.
Seperti yang dikatakan oleh PM, UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS. Bahasa mudahnya UMNO bukan teringin sangat tetapi jika ada hasrat mana-mana pihak untuk bekerjasama UMNO tidak menutup pintu malah sentiasa berlapang dada. Kepada PAS, mungkin UMNO boleh berkata begini ' pinggan tak retak, nasi tak dingin, PAS tak hendak, UMNO pun tak ingin'.
Malangnya isu kerjasama PAS-UMNO telah diputarbelitkan oleh naib presiden PAS, Mahfuz Omar seolah-olah ianya dibangkitkan oleh UMNO. Kita pun faham isu kerajaan perpaduan dulu pun dicadangkan oleh Hadi Awang dan Nasharuddin tetapi kumpulan erdogen dalam PAS seperti Mahfuz yang menentang keras. UMNO tidak kisah pun apabila kerajaan perpaduan itu gagal. Namun UMNO sebagai parti terbesar dan telah mengemudi negara ini sekian lama tidak cepat melatah jika rakyat atau orang awam yang tiada berkepentingan menyuarakan pandangan demi bangsa dan agama adalah lebih molek agar parti-parti yang mewakili orang Melayu-Islam ini bersatu. Pada dasarnya UMNO tidak mempunyai masalah untuk berkrompromi.
Justeru itu, rakyat seharusnya sedar siapakah yang menolak jalan kebaikan dan siapakah yang suka kepada permusuhan. Harakahdaily memetik Mahfuz ketika diminta mengulas perkara itu berkata, UMNO juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka. "Kita dah kata dah tak nak, duk bercakap lagi. Orang yang duk bercakap sorang-sorang ni ada problem la. Kita sedia sediakan khidmat pakar psikiatri untuk UMNO dan Muhyiddin," katanya sinis.
Mahfuz bercakap seolah-olah PAS ada 80 kerusi di Parlimen sedangkan hakikatnya hanya ada 23 kerusi sahaja. Lihatlah betapa sombong dan bongkaknya manusia yang bernama Mahfuz ini. Kalau lah PAS berjaya menawan 60 kerusi parlimen dalam PRU ke 13 nanti bagaimanakah lagaknya si Mamat parang kontot ini. Klik di sini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga dengan bongkaknya berkata,orang Melayu sebenarnya akan lebih maju tanpa UMNO kerana selama ini yang merosakkan Melayu adalah UMNO. Saya tidak berhasrat untuk memberi komen dengan kenyataan ini. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai kata-kata si Mamat parang kontot ini dan siapakah sebenarnya yang patut diberi rawatan pesakit mental?
Berbalik kepada isu kerjasama PAS -UMNO, sebagai rakyat tidak ada gunanya kita mengajak orang berbuat baik tetapi dibalas dengan tuba. UMNO pula yang dilabel sebagai tidak siuman dan gila talak. Kalau UMNO hendak bekerjasama pun tentu lebih logik dengan pemimpin-pemimpin Melayu PKR kerana mereka pun pernah bersama UMNO di satu ketika dahulu berbanding dengan PAS yang rata-rata pemimpinnya ada 'besar batu dalam kepala'.
Amir Hamzah
Batu Pahat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
SLM BRO AMIR..MAHPUT DAN ORGANISASI ERDOGEN YG LAIN2 MMG X SUKE TENGOK ORG MELAYU BERSATU. DIORANG CUKUP RISAU KLU RAMAI PENGIKUT PAS MEMILIH UTK BERSAMA UMNO MENYATUPADUKAN ORG2 MELAYU. JIKA INI BERLAKU MAKA TEMPAT MEREKA AKAN TERGUGAT (LEBIH2 LG SI HUSAM KUSAM) KERANA MEREKA2 INI ADALAH PENYOKONG2 TEGAR AL JUBOREE YG DI KETAHUI RAMAI SEBAGAI PENCACAI ZIONIS. MENGIKUT TEORI DOMINO, KLU HUSAM DPT DI ASINGKAN, MAKA PUAK2 YG LAIN2 AKAN IKUT TERASING SAMA. TP BKN MUDAH..WALLAHUALAM
Selagi PAS tak keluar dari Pakatan Reban, selagi itulah PAS jadi pencacai DAP...
salam bro,
dalam PAS memang akan ada yg PRO kerajaan perpaduan...tak perlu pun orang mcm mahfuz bercakap...jangan lupa jerlun "kubu kuat PAS"...apa pasai depa pilih MUKHRIZ...di Pekan sendiri ada yg tutup bilik gerakan...yang penting CALON tersebut BERKETERAMPILAN dan BOLEH BAWA ISU PERMUAFAKATAN ISLAM DAN MELAYU.
Salam Jeffry:
Setuju, klu UMNO dan PAS bersatu mereka takut tak ada tempat untuk diri mereka..... hehehe
salam ahmad,
PAS tak mengaku dia tu pencacai tapi kaatanya PAS sedang mendakwahkan DAP huhuhu
Salam amieiezam,
Yang tak suka lagi ramai. Nik Aziz kepalanya.....hehehe
cukuplah kot dengan yang suka...cuma demer nih takut kena cerai bini jer kot...wallahualam
Salam amieiezam,
Hehehe....lupa lak teman, dema ni ada baiah......memang tu le jugak tujuan diadakan Baiah supaya penyokong tak 'murtad' dan 'tikam belakang' kepada PAS.
Post a Comment