Monday, July 5, 2010

Khairi Menjangka PERKASA NGO Kerdil.



Khairi Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO begitu mencemburui kelantangan dan keberanian Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dalam memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Melayu dan Islam yang dulunya tugas ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin daripada kalangan Pemuda UMNO. Perasaan malu mungkin datang menerjah ke dalam diri kerana beliau sendiri tidak mampu melakukannya. Dengan berselindung di sebalik gagasan 1 Malaysia, beliau cuba untuk menutup kelemahan diri dengan mengatakan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh PERKASA tidak menepati hasrat dan matlamat 1 Malaysia. Maka tindakan PERKASA dianggap sebagai mengundur ke belakang dan menyelar pemimpin PERKASA sebagai jaguh kampung.

Jika Khairi tidak mampu seperti mana PERKASA lakukan, 'anak omak' ini lebih baik menjadi pemerhati dan tutup mulut. Tindakan seperti ini kelihatan lebih bijak daripada mencari pasal dengan PERKASA. Khairi dan Wee Ka Siong tidak banyak bezanya. Kedua-duanya tidak faham perkara 153 dalam perlembagaan yang berkaitan dengan hak-hak istimewa orang Melayu. Kalau Khairi faham dan tahu, sudah semestinya beliau menasihati rakan sejawatnya di dalam MCA supaya jangan mempertikaikan biasiswa MARA yang menjadi sebahagian daripada hak-hak istimewa orang Melayu itu. Disebabkan beliau sendiri tidak tahu, ditambah lagi dengan perasaan kurang senang dengan PERKASA beliau mengambil tindakan yang merugikan dirinya dengan membela rakannya daripada MCA yang sememangnya sedang mengambil kesempatan atas kelemahan politik orang Melayu dewasa ini.

Akhbar berbahasa Inggeris, The Star memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, ia tidak selaras dengan konsep 1Malaysia.Kenyataan ini, dilihat telah mencabul 'kontrak sosial' apabila pendatang mendapat hak kewarganegaraan tetapi dalam masa yang sama mereka dikehendaki menerima tanpa syarat serta menghormati hak-hak istimewa orang Melayu.

Persoalan yang timbul sekarang ini, bukan Melayu dan Melayu liberal memandang PERKASA sebagai NGO yang merbahaya dan bermain dengan isu-isu perkauman. Apakah dosa PERKASA kepada orang Melayu, rakyat Malaysia dan Khairi sendiri. Jikalau ada pihak yang menuduh PERKASA sebagai kumpulan pelampau dan extremis, tuduhan itu agak meleset. PERKASA tidak mengancam sesiapa tetapi perjuangan dan tindakannya sentiasa bergerak di atas landasan undang-undang dan perlembagaan negara. Apa yang ditentang oleh PERKASA kesemuanya telah melanggar dan mencabul perlembagaan terutama perkara 153, yang berkaitan dengan hak-hak istimewa Melayu.

Berkrisis dengan PERKASA umpama berkrisis dengan orang Melayu. Ini adalah kerana PERKASA di dokong oleh orang Melayu dan Bumiputera di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Bahkan sebahagian besar yang menyokong dan menjadi ahli PERKASA adalah terdiri ahli-ahli UMNO akar umbi yang tidak berkepentingan. Mereka mahu PERKASA mewakili mereka bagi menyuarakan hasrat dan suara mereka kerana PERKASA adalah satu-satunya NGO yang bergerak atas landasan dan kesedaran politik. Jikalau Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairi Jamaluddin itu sehebat dan setangkas PERKASA, kemungkinan besar PERKASA itu sendiri tidak wujud.

Khairi juga harus sedar bahawa PERKASA sudah diwujudkan dikesemua negeri di Malaysia dan sekarang sedang mengembangkan sayapnya ke daerah-daerah pula. Di Johor yang menjadi 'jantung hati' kepada BN dan 'tiang seri' kepada UMNO sudah menubuhkan 8 daripada 10 daerah dalam waktu yang singkat. Sambutan rakyat diseluruh pelusuk negeri sangat menggalakkan walaupun mereka tahu Ibrahim Ali hanyalah seorang yang tidak berparti. Tetapi keberanian, kelantangan dan keikhlasan Ibrahim yang satu ketika adalah pemimpin Semangat 46 menarik perhatian mereka. Orang Melayu tidak lagi memikirkan latar belakang politik seseorang itu asalkan pada masa ini sanggup menyuara dan mempertahankan hak-hak orang Melayu. Berdasarkan sentimen ini, Khairi memang jauh ketinggalan dengan Ibrahim.

Khairi juga boleh menilai kekuatan PERKASA apabila PERKASA menerajui Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang dianggotai lebih 100 NGO Melayu menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputera : Model Baru Ekonomi (MBE) dengan bertemakan 'MEMPERKASA EKONOMI BUMIPUTERA' dengan niat murni untuk memelihara kelangsungan dan menjaga kepentingan umat Melayu dan bumiputera seluruhnya pada 29 Mei 2010 yang lalu. Ini bermakna Khairi bukan sahaja berhadapan dengan orang Melayu dan PERKASA tetapi 100 NGO Melayu lain yang sentiasa bersama PERKASA.

Di dalam perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Pt. Sulong pada 4 Julai yang lalu, Timbalan Presiden UMNO TS Muhyiddin Yassin telah menyelar DAP,“DAP menganggap tindakan saya membela orang Melayu sebagai seorang ultra Melayu, sedangkan Lim Kit Siang lebih bersifat perkauman,” katanya. Beliau turut menyelar sikap segelintir orang Melayu yang sanggup mempertikai dasar kerajaan termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan usaha meningkatkan penguasaan orang Melayu dalam bidang ekonomi. Adakah kenyataan Timbalan Presiden UMNO ini berbaur perkauman atau ianya sekadar satu ingatan kepada orang-orang Melayu seperti Khairi atau satu kenyataan yang menepati kehendak perlembagaan.

Najib sendiri memberi perakuan bahawa Model Ekonomi Baru yang akan dilaksanakan nanti sekali-kali tidak mengenepikan kepentingan orang Melayu seperti mana yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Adakah jaminan ini merupakan satu jaminan yang berat sebelah atau mengenepikan hak dan menafikan kepentingan rakyat Malaysia yang lain?. Tentu sekali tidak jika kita sentiasa terbuka minda dan faham akan sejarah dan latar belakang negara ini.

Khairi dilihat kurang semangat Melayunya walaupun beliau mengetuai salah satu sayap parti Melayu, malah beliau seperti semakin jauh dengan golongan petani dan golongan bawahan. Pada masa yang sama, Ibrahim dan PERKASA diangkat oleh rakyat di serata pelusuk negara termasuk dari ceruk kampung dan pendalaman. Maka sesuailah Ibrahim digelar 'juara kampung' sedangkan Khairi tidak menjuarai apa-apa.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

7 comments:

Geng Samudera said...

Salam bro...
Agak menarik isu nih..
Mmg apa yg bro cakap tuh,ada betulnya.
Kita tak perlu ada pemimpin yg mcm Khairy tuh,luar je nampak gah tapi isi dalam tarak...
Biar pemimpin yg pakai baju singlet apek sekalipun tapi semua penyokongnya nampak gerun dan hormat dgn ketegasannya dan juga strateginya.Itu yg kita perlukan skrg....

Buat Khairy : Lu balik laarr..klau rase diri tuh dah tak diterima,gentle kan diri undur dan kasi pada yg lebih wibawa.Takat ada penyokong tapi dok kasi sorang RM400-Rm500 utk sokong baik bley jalan larr..
Stupid cunt!!..

Megat Alam Gempita said...

Pelik juga aku

Ke mana KJ pergi apabila isu pembinan Istana Negara diserang harbi DAP, PKR n The Star?
Mengapa Ezam Mat Nor n Ibrahim Ali yang kena mempertahankan kebenaran cerita n mendedahkan usaha Harbi mengugat kedaulatan Raja-raja Melayu?
Mano ekau poi anak omak oi bilo isu kununnya 'Felda Bangkrap' timbul?
Ese cumo beri ekau puji sikit jo pasai ekau pakso polis siasat RPK, lain tak do la.
Ekau nak monang kerusi Rembau lae ko tak nak?

harunnursalam said...

Amir,

Khairi ni yang aku tahu menantu Pak Lah. Bintangnya tidaklah gemerlapan. Masih tidak nampak ketrampilannya. Aku tak tahu sejarah politiknya, sejarah keluarganya, sejarah pendidikannya.

Adakah dia ni pejuang bangsa?
Tapi kalau berlaku lagi 13 Mei, aku jamin dia awal-awal dah cabut ke luar negara

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam harunursalam,

Mamat ni beranak atas dulang emas. Tak pernah rasa kesusahan orang kampung dan tak nak pulak rasa susah.Tidak berjiwa rakyat kecuali membuncitkan kocek sendiri.

Orang yang tidak ada semangat Melayu tidak layak mengetuai parti orang Melayu. Mamat ni termasuk dalam kategori Melayu liberal. KP ni jawatan yang paling tinggi beliau sandang. AP Rembau pun bagi kat org lain. Nescaya jika semua ini ditarik balik secepat kilat mamat ni akan berpindah ke Pakatan .......

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Geng Samudera,
Pilihanraya khabonya semakin hampir. Harap UMNO buat pemilihan dahulu untuk buang pemimpin-pemimpin yang tak bagus. Pemimpin-pemimpin spt Khairi ni tidak perlu lagi diletakkan sebagi calon dalam pilihanraya.

Salam Megat Alam Gempita,
KJ kononnya tak puas hati tak dapat jadi menteri. Ketua Pemuda tak ada jawatan dalam kerajaan....tu yang tak buat apa. Kecuali isu yang boleh bagi untung kat dia dia akan menyibuk. Pilihanraya ke 12, Cina tak suka dia atas beberapa sebab tapi hari ini dia sokong Ka Siong untuk dapat undi Cina di Parlimen Rembau dalam pilihanraya akan datang.

Neilkie69 said...

KJ akan menjadi satu bilbliografi dalam sejarah Malaysia yang akan dibaca oleh anak-anak cucu kita nanti.Dia akan dikenali sebagai si kotol yang menjahanamkan nagara,bangsa dan agama.Kini segala kerosakan yang dilakukan sejah babah mentua dia sebagai PM yang ada pada nama tapi mengaut kekayaan atas air mata dan keringat rakyat. Apa yang dibuat dengan RM250 bilion. Apa mercu tanda yang dibina dalam masa 5 tahun dengan RM250 bilion selain daripada mengisi kantunnya dan membayar untuk mendapat jawatan KP UMNO tanpa membuat kerja.Bergaya dengan status KP UMNO dan KP BN tetapi langsung tidak ada kewibawaan umpama ular yang tidak berbisa dan harmau yang tanpa kuku dan gigi.Mana dia kepimpinan yang si anak omak boleh buktikan pada orang Melayu kecuali daripada menyakitkan hati saja. Eloklah KJ berada di pentas PKR or DAP....ada diapun bukan memberi erti apa-apa. Ini lah yang akan dibaca dan dibincangkan oleh anak cucu kita dalam matapelajaran sejarah Malaysia di sekolah-sekolah nanti di bawah tema " Malaysia di bawah era kepimpinan PAK LAH sebagai Presiden UMNO dan menantu sebagai KP UMNO" dengan jelas menjadi KP UMNO melalui belian di pasar haram...INSAFLAH KJ sebelum bala turun daripada Yang Maha Esa pada keluarga kamu...di mana bapak kamu?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Neilkie69,
Memang benar, KJ umpama musang berbulu ayam di dalam UMNO