Tuesday, July 13, 2010

Bukti UMNO Tidak Menaja PERKASA


Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf PERKASA yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera ianya satu kelebihan kepada PERKASA. Sudah terang lagi bersuluh bahawa penubuhan PERKASA bukan NGO tajaan UMNO. Sekaligus mematikan dakwaan pakatan pembangkang bahawa UMNO menaja penubuhan PERKASA.

Walaupun Nazri tidak menyokong atau mengiktiraf PERKASA itu tidak penting kerana Nazri bukan orang penting dalam UMNO. Lebih penting daripada itu beratus ribu orang Melayu menyokong PERKASA dan berlumba-lumba mengisi borang keahlian PERKASA. PERKASA terbuka kepada semua orang Melayu dan bumiputera tanpa mengira pegangan dan haluan politik masing-masing. Selagi mana orang Melayu mahu mempertahankan perlembagaan dan undang-undang yang memelihara hak-hak istimewa Melayu boleh sertai PERKASA.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menambah, Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman.Oleh itu katanya, idealisme PERKASA, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan. “Kita harus mengetepikan sama sekali PERKASA. Mengapa saya kata begitu? Ini kerana PERKASA tidak seiring dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib,” kata beliau.

PERKASA bukan perkauman seperti yang didakwa oleh Nazri. PERKASA adalah NGO yang berjuang atas dasar politik yang mempertahankan perkara 153 perlembagaan negara. Malah PERKASA sebenarnya asas kepada gagasan 1 Malaysia yang mempunyai matlamat akhirnya perpaduan nasional. Apabila semuanya kembali mematuhi perlembagaan, saling memahami dan menghormati hak-hak kaum masing-masing seperti yang tertulis di dalam perlembagaan maka negara ini dijamin dalam keadaan selamat dan aman.Lebih-lebih lagi yang melibatkan kepentingan Melayu yang dilindungi oleh undang-undang perlu dihormati dan tidak boleh dipertikai. Ini lah kontrak sosial antara Melayu dan bukan Melayu di mana kewarganegaraan menjadi galang gantinya.

Ianya sama dengan dasar affirmatif seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kelihatan DEB itu bersifat perkauman tetapi matlamat akhirnya adalah perpaduan nasional apabila jurang ekonomi antara Melayu dan Bukan Melayu cuba dirapatkan. Sehingga sekarang pun DEB masih belum mencapai sasaran 30% kekayaan negara dimiliki oleh Melayu dan bumiputera. Adakah DEB dan Tun Abd.Razak itu racist? Sudah tentu tidak kerana sudah menjadi tanggung jawab kerajaan waktu itu untuk memberi hak keistimewaan itu kepada orang Melayu dan bumiputera yang rata-rata daif dan miskin.

Fasal 4- Tujuan dan matlamat PERKASA yang ke 6 adalah mempertahankan kedaulatan negara. Sudah tentu keselamatan negara dan rakyat menjadi keutamaan. PERKASA tidak berniat menghancurkan negara ini dengan membangkitkan isu-isu perkauman sehingga boleh menimbulkan perbalahan. PERKASA cuma mahu membawa rakyat memahami perlembagaan yang melibatkan perkara-perkara yang disebutkan supaya tidak ada lagi perkara-perkara yang dipertikaikan. Jika ianya dipertikaikan maka akan mengundang ketidakpuasan hati PERKASA dan orang Melayu.

Komen Nazri ke atas PERKASA mudah difahami. PERKASA mendapat sokongan penuh daripada mantan PM, Tun Mahathir. Mesyuarat Agung PERKASA yang pertama diselamatkan oleh Tun setelah DYMM Sultan Selangor tidak dapat berangkat ke majlis perasmian. Semua orang tahu hubungan dingin Nazri dan Tun M. Apabila Tun M menyokong penuh PERKASA, mungkin kah Nazri akan menyokong PERKASA? Sudah tentu tidak. Kritikan ke atas PERKASA dalam waktu yang sama seolah-olah menyindir Tun M.

Walau apa pun PERKASA akan meneruskan agenda perjuangannya. Agak membanggakan juga kerana PERKASA semakin popular dan diminati ramai. Semuanya adalah hasil pengiklanan yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang, MCA, MIC, KJ dan Nazri.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

6 comments:

airman_1 said...

pemimpin umno yg tak iktiraf perkasa ia sebenarnya sudak tak relevan utk orang melayu.. bye

Jeffry said...

SLM BRO AMIR..CUMA 1 NGO SEPERTI PERKASA YG SANGGUP MEMPERTAHANKAN HAK ORG MELAYU, TP SUDAH ADA ORG MELAYU LAIN YG BERANI MEMPERTIKAIKAN KETUANAN MELAYU..APE SUDAH JADI??

eyk makda said...

Dihadapan pemuda bangsaku Keris dihunus menderau semangat juang
Baru diacah turunan pendatang, sekilas kilat keris disarung
Kepala diulur mohon maaf
Sedih dan luntur longlai tubuh bangsa mengenang
Dahan dipaut rupaya bergeronggong rapuh
Mujurlah ada pempimpin menilik yang tersirat
lantas memperteranakan PERKASA
Wadah baharu harapan Umat Melayu.

airman_1 said...

dsn kata umno kuat.. betui ka? 20%keadilan 20% pas 20% umno . macam mana nak jadi majoriti? kedah majoriti melayu kenapa umno kalah,
kelantan kenapa kalah, terengganu pun nampaknya nak out pada pru akan datang, nak harap mca, mic,gerakan mereka ni brjuang utk kaum mereka saja , banyak persoalan disini aku tak dpat jawab, sorry beb, salam

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam airman 1,
Kalau tak nak iktiraf atau tak nak sokong pun tak mengapa asalkan tutup mulut dan jangan dengki.

Salam Jeffry,
Ada banyak NGO yang berjuang atas nama Melayu, tapi yang paling menonjol akhir-akhir ini adalah PERKASA. hehehe. Melayu dan Islam liberal ni hanya hipokrit....lepas menang pilihanraya mereka akan kembali kepada kaum masing-masing jugak......

Salam eyk makda,
Asas perjuangan PERKASA selari dengan tuntutan perlembagaan dan tidak pula bercanggah dengan semangat 1 Malaysia. Walaupun kelihatan seperti perkauman tetapi asas politik Malaysia masih kepada kekuatan politik Melayu. Apabila kepentingan Melayu terbela maka perpaduan seperti yang diharap oleh 1Malaysia akan lebih mudah terbina jika setiap kaum menghormati hak kaum-kaum lain dan tiada tuntutan yang tidak munasabah bagi mengikis kepentingan Melayu tidak berlaku.

Salam airman_1,
Mungkin Najib melihat kepada jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO di Parlimen berbanding dengan parti-parti Melayu lain. UMNO ada 79 kerusi berbanding PAS ada 23 kerusi dan PKR ada 26 kerusi(16 Melayu). BN lemah bukan kerana UMNO tetapi kelemahan MCA (15 kerusi), MIC(3 kerusi) dan Gerakan (2 kerusi). BN masih bergantung kepada undi Sabah dan Sarawak.

amieiezam said...

airman..

selangor goyang..kedah dah goncang.. harap kelantan yg kuat semangat asobiah dan penang yg chauvinist jer kekuatan PR... saya akui BN lemah tapi bukan UMNO