Sunday, July 11, 2010

KJ, MCA dan MIC dah satu Regu Hentam PERKASA


Selepas MCA dan KJ, hari ini perwakilan MIC, S Pulligesi dari Batu Gajah telah berkata PERKASA sepatutnya diharamkan sejak awal lagi dan menyarankan agar Presiden Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia, Ibrahim Ali ditahan ISA. klik di sini.. Sudah acap kali saya tegaskan bahawa PERKASA bergerak atas landasan undang-undang dan perlembagaan negara. Mengapa takut dengan PERKASA? PERKASA tidak menyerang tetapi cuma MEMPERTAHANKAN hak-hak bangsanya yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Berbeza dengan kumpulan haram seperti HINDRAF yang membuat perhimpunan, demontrasi dan tuntutan-tuntutan yang mengelikan hati. Barisan Tindakan Hak Hindu (HINDRAF) pernah menganjurkan perhimpunan di hadapan bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang, tanpa permit dan benar-benar mencabar undang-undang negara.

Setelah polis membatalkan permit perhimpunan tersebut, ianya tetap dihebahkan kepada umum bagi menyeru semangat kaum India dengan mereka dibayangkan tuntutan RM3.4 juta bagi setiap seorang India di Malaysia yang kononnya menjadi mangsa penjajahan selamanya.

Perhimpunan anjuran HINDRAF ini antara lain menuntut agar pihak Britain membayar pampasan sehingga RM14,000,000,000,000 kepada kaum India di Malaysia kerana kononnya mereka telah dibawa ke Tanah Melayu dengan keadaan daif dan kebajikan mereka tidak dibela.Selain itu tuntutan itu juga mencakupi pengabaian British atas hak mereka semasa proses merangka perlembagaan negara ini.

Lebih jahat lagi,menurut salah seorang peguam yang terbabit merencanakan tuntutan ini, Waytha Moorthy, dalam web Indian Malaysian Online terbitan 22 November 2007 menyebut,
"Kami menuntut pampasan kerana kami kini selamanya terjajah yakni pada zaman penjajahan British dan kini di bawah kerajaan etnik Melayu". "Kaum India telah mengalami kesengsaraan di bawah pemerintahan majoriti Melayu Muslim dan pemerintahan Inggeris untuk selama 200 tahun".

Mengapa MIC tak melalak waktu itu malah seolah-olah mengiyakan apa yang diperkatakan oleh HINDRAF? Apakah itu satu pembohongan dan perkauman? Memang patut pun pemimpin-pemimpin mereka ditahan ISA.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

7 comments:

Anonymous said...

SLM BRO AMIR..APE NAK DIHERANKAN. KP UMNO SEMCM DH X KISAH LG DGN KEDUDUKAN DIA SKRG. RAMAI PEMIMPIN MELAYU DH PHM KARENAH DIA YG SEBENAR. JD JLN LAIN YG BLH MENGANGKAT DIA KEMBALI KE ATAS ADALAH JOIN SKALI MUSUH DI LUAR DAN JD MUSUH DLM SELIMUT

Wake UP! said...

Bro Amir,

Salahkanlah kerajaan British sebab jadikan India kasta paria sebagai hamba bekerja di ladang getah.

amieiezam said...

salam yop,

jangan khuatir, itu maknanya mereka tau perkasa sememangnya PERKASA...

Arif Omar said...

KJ? ENTAH SIAPA DIA KJ NI. ADA DALAM UMNO BUAT SEMAK AJE. KERJA TAK BUAT. ORANG NAK BANTU DIA PULAK KACAU. KERJA DAH MALAS , ASYIK TABUR DUIT AJE. SINGKIRKAN KJ .............PM , SINGKIRKAN KJ

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Geli hati dengar seorang India yang bercerita bahawa Parameswara adalah seorang hindu dengan nama ParameswaraN (dengan N), selepas memeluk Islam dia menukar nama kepada Parameswara (tanpa N), seperti yang ada dalam buku teks sejarah, Parameswara telah menukar nama kepada Sultan Iskandar Syah apabila memeluk Islam, tulah masa sekolah malas, masa kelas sejarah tido, senang2 jer nak minta RM14,000,000,000,000 dari kerajaan british, sedarlah memang mereka asalnya dari golongan Paria di India, kalau depa orang senang dan berkasta tinggi kat India takkan nak datang Malaysia jadi pekerja Estet, baik duduk kat India... piirahh... perangai KJ pun lebih kurang sama macam paria nih... UMNO, hati2 dengan musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Jeffry,
KP kecewa sehingga kini masih belum ada jawatan dalam kabinet Najib walaupun Timbalan Menteri. KP akan buat kerja jika dia ada jawatan.....hehehe

Salam Wake UP,
Tu yang minta ganti rugi kat kerajaan England. Kalau British tak bawa ke mari bagaimana pula nasib mereka dahulu dan sekarang pula menikmati kehidupan selesa dgn kewarganegaraan dan negara baru? Tak tau mengenang budi.....

Salam amieiezam,
Betul....semakin ditekan...semakin dihimpit semakin itu PERKASA diminati ramai.

Salam bro Arif Omar,
Agaknya ada perjanjian antara pak mertua dia dengan Najib. Lagi pun dia menang KP walaupun dgn rasuah. Nak singkirkan KJ ialah dengan mengalahkannya dalam apa saja pertandingan dalam parti, baru ada point nak ketepikan dia. hehehe

Salam ahmad
Itu namanya mengubah fakta sejarah untuk kepentingan mereka. Sepatutnya jangan salahkan kerajaan Melayu yang memerintah tetapi salahkan diri sendiri kerana membiarkan Samy Bulu menguasai MIC lebih daripada 30 tahun tanpa ada sumbangan berkesan membantu kaum India.