Friday, April 2, 2010

Formula Dan Pungutan Suara di Hulu Selangor.


Jikalau BN merasa denyut nadi rakyat di Hulu Selangor sebagai tanda aras penentuan calon di Hulu Selangor ,seolah-olah PM akan mengenepikan calon MIC dan meletakkan calon UMNO untuk kerusi tersebut dalam PRK yang dijangkakan sengit antara BN dan PKR. Namun semua rakyat tahu bahawa PM dalam keadaan tersepit dan serba salah dalam hendak menentukan calon yang sesuai dan paling penting diterima rakyat seterusnya menang dalam pilihanraya. Slogan 'Rakyat Didahulukan' benar-benar menuntut satu keputusan yang benar-benar mengambarkan hakikat sebenar slogan itu.

Tuntutan antara UMNO dan MIC bagi kerusi ini sebenarnya jarang berlaku tetapi polimek antara kedua-duanya kini didedahkan di dada -dada akhbar. Seperti biasa MIC akan membuat tuntutan dengan alasan itu adalah kerusi tradisi mereka sejak 4 pilihanraya umum yang lalu. Samy bulu awal-awal sudah mencadangkan timbalannya dalam MIC yang juga calon yang kalah dalam PRU lepas untuk ditandingkan semula. UMNO juga sudah berangan-angan untuk meletakkan Muhamad Taib sebagai calon. PKR juga tidak ketinggalan menamakan Zaid Ibrahim bertanding di situ walaupun Zaid bukan anak jati Hulu Selangor.

'Pilih calon Umno atau sokongan terjejas'

PKR senarai pendek 5 calon Hulu Selangor

Sesuatu yang menarik ialah apabila Muhyiddin Yassin menyatakan sememangnya sudah ada satu formula yang diamalkan oleh BN tentang pengagihan kerusi-kerusi parlimen dan DUN bagi setiap negeri di Malaysia. Formula ini jarang diketahui oleh rakyat terbanyak dan ramai yang kurang memahami kaedah pengiraan pengagihan kerusi-kerusi ini berdasarkan parti-parti komponen bagi kawasan di Semenanjung , Sabah maupun Sarawak. Persoalannya perlukah rakyat mengetahui kaedah pengagihan kerusi ini?

Logiknya memang tidak dapat dinafikan baik kerusi di Parlimen maupun DUN di seluruh negara tidak ada satu pun kawasan yang majoritinya adalah penduduk India termasuklah di Parlimen Hulu Selangor iaitu cuma 19% sahaja daripada pengundi yang berdaftar. Mengapa pula Hulu Selangor ditetapkan bahawa MIC diletakkan di situ. Mungkin kita tidak boleh melihat sesuatu kawasan parlimen sahaja tetapi perlu melihat keseluruhan kerusi parlimen di seluruh negara. Jadi di sinilah yang dikatakan oleh Muhyiddin itu sebagai 'formula' yang tersembunyi bagaimana BN selama ini telah menggunakannya sejak pilihanraya yang pertama lagi.

Jikalau kita mengatakan bahawa kawasan majoriti Melayu mestilah calonnya daripada UMNO maka satu kerusi pun tidak dimiliki oleh MIC. Bagaimana pula nasib 3 Juta orang India di Malaysia? Maka satu formula telah diguna pakai iaitu kawasan-kawasan majoriti Melayu tetapi pengundi India yang agak ramai telah diberikan kepada MIC atas semangat 'perkongsian kuasa'.

Perlu diambil perhatian, di dalam pilihanraya ke 12 lalu, walaupun MIC hanya menang 3 daripada 9 kerusi tetapi wakil rakyat berketurunan India meningkat di parlimen. DAP diwakili oleh 7 Ahli Parlimen berketurunan India, PKR mempunyai 4 Ahli Parlimen berketurunan India yang menjadikan keseluruhan Ahli parlimen berketurunan India seramai 14 orang kesemuanya. Wakil Rakyat Parlimen berketurunan Cina pula daripada 8 parti politik berjumlah 53 kerusi dan Ahli Parlimen Melayu daripada UMNO, PBB, PAS dan PKR berjumlah 131 kerusi.

Saya berpendapat, formula pengagihan kerusi yang diamalkan oleh BN selama ini perlu juga diterangkan kepada rakyat dan pengundi khususnya di Hulu Selangor seandainya calon daripada MIC dikekalkan di situ sedangkan 59% jumlah pengundi adalah Melayu. Formula ini jika dijelaskan secara rasional kepada pengundi Melayu yang 'kecewa' mungkin akan mengurangkan sedikit kemarahan di kalangan pengundi Melayu yang mempunyai harapan tinggi agar kerusi Hulu Selangor diserahkan semula kepada UMNO.

Saya yakin, pungutan suara yang telah dibuat di Hulu Selangor baru-baru ini tidak dihebahkan. Kaedah bagaimanakah yang digunakan di dalam pungutan suara tersebut. Adakah pungutan suara itu mengambarkan secara terperinci kehendak pengundi-pengundi di Hulu Selangor? Adakah keputusan pungutan suara itu mempengaruhi Najib dalam membuat penentuan calon dalam PRK kali ini?

Namun yang pasti, Najib sudah umumkan MIC akan mewakili BN dalam PRK kali ini. Keputusan ini hampir muktamad. Jadi apakah pendirian pengundi di Hulu Selangor yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India? Inikah masa yang sesuai untuk mengembalikan kesepakatan parti di dalam BN seperti di zaman Tunku hingga zaman Tun Mahathir ?

Bersediakah para pendokong kerajaan di Hulu Selangor belajar daripada peristiwa perang Uhud, bagaimana Rasulullah memberi contoh tentang pentingnya mematuhi arahan dan menghormati keputusan ketua.

Amir Hamzah
Batu Pahat

7 comments:

Selempang Merah said...

salam bro..

ya,setuju dgn bro.. mmg sepatutnya formula tersebut dimaklumkan kpd umum.

pada saya, lebih baik PM naikkan India muslim anak jati di situ. Sekurang2 nya calon ni mewakili MIC dan UMNO.. mesti ada calon India Muslim yg layak dicalonkan..

wALLAHu a'lam..

Arif Omar said...

insyaallah bn menang. kita kuborkan zaid ibrahim di prk hulu selangor.

mukhtar said...

Sokong pendapat Selempang Merah.
UMNO kena bubuh calon India Muslim.
Kalau India Hindu...bungkus.

zedmagel said...

Salam Bro-bor semua,

Jangan memandang rendah pada PKR dan kekuatan Zaid Ibrahim. Jika BN salah meletakan calon akan kecundang sekali lagi seperti PRU 12. Sepatutnya BN meletakan UMNO disitu bukannya MIC.

Apapun kebijaksanaan pengundi Hulu Selangor akan jadi penentu, jangan kegersangan sekali lagi.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Selempang Merah,
Saya bersetuju dengan formula BN tersebut namun ianya perlu didedahkan kepada umum khususnya kepada pengundi di Hulu Selangor.

Adalah tidak adil setelah 5 penggal Hulu Selangor terus berada di bawah MIC. Maka pada masa akan datang, saya cadangkan MIC dipindahkan ke kawasan lain sebagai 'pertukaran' dengan UMNO. Orang Melayu Hulu Selangor mahukan pemimpin mereka juga sebagai ahli parlimen. Masa yang sesuai adalah ketika berlaku persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Salam bro Arif Omar,
Bagi saya 50-50

Salam mukhtar,
kalau kita letak India muslim, masih ada sentimen agama. Di India, Hindu dan Islam berperang sehingga lahirnya Pakistan. Sentimen agama agak kuat di kalangan orang India.

Salam Bro Zedmagel,
Insyallah jika orang Melayu sentiasa mendesak agar kerusi itu diserahkan kepada UMNO setelah beberapa penggal di bawah MIC, maka masa yang sesuai ialah sewaktu persempadanan semula kawasan pilihanraya.

zedmagel said...

Salam Tuan Amir,

Sebenarnya inilah masanya, tetapi pucuk pimpinan kecut dengan MIC untuk berubah. Mengapa tak dicuba sekarang.

Bak kata pepatah " Kalu bukan hari ini, bila lagi? ".....

Tapi dah terlamat, itu Kris non juga sudah taruk...

mukhtar said...

17 April 2010 - telah disahkan siapa calon BN. CHET..PORAAAAHHHH...