Wednesday, August 10, 2011

Potret lama....








Kadang-kadang kalau tengok gambo lama-lama ni membawa perasaan yang berbaur antara gembira, geli hati mau pun syahdu......

Gembira mungkin kelihatan masa kanak-kanak dulu kehidupannya tak semewah mana dengan adik-beradik yang ramai kadang kala banyak benda yang kena berkongsi. Tapi kehidupan zaman kanak-kanak sungguh menyeronokkan seolah-olah tak ada masalah yang boleh mengusutkan fikiran.

Geli hati kalau melihat fesyen atau trend pada masa itu yang mengambarkan kehidupan kanak-kanak kampung dalam tahun 1960-an. Pakaian masa tu pun cukup kadar menutup aurat aje, bukannya nak melaram sangat pun.

Apabila melihat potret-potret lama versi hitam putih boleh juga mengusik perasaan dengan rasa syahdu apabila orang-orang tersayang sudah tiada lagi bersama kita di dunia yang fana ini.

2 comments:

ajai62 said...

Assalam Bro

Masa kecik aje dah hensem... mesti sekarang ni bertambah hensem... Selamat Hari Raya Bro Maaf Zahir Batin...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Masa kecik nampak comel.....dah berumur ni, rasanya tak da lagi yang memuji....hehehe....Selamat Hari raya Aidil Fitri daripada saya......