Friday, November 12, 2010

Susahnya Nak Mengajak Orang Keluar....


Sejak mutakhir ini agak sukar nak mengajak orang keluar lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal perjuangan. Bagi setengah orang bila sebut soal perjuangan rasa nak termuntah pun ada. Tak kiralah perjuangan untuk apa. Baik yang disebut itu perjuangan untuk agama, bangsa dan negara kah, perjuangan untuk menegakkan negara Islam kah atau perjuangan untuk menuntut keadilan kah....kebanyakkannya dipandang sinis oleh kebanyakan orang. Pada hal kesemua itu dituntut untuk kita tegakkan.

Namun hakikatnya perjuangan untuk perut dan kocek juga yang menjadi persepsi kebanyakan orang. Walaupun baru 53 tahun merdeka, persepsi ini sudah tertanam di dalam minda rakyat. Sukar untuk mencari pemimpin yang betul-betul memperjuangan agamanya, bangsanya dan negaranya. Kalau kita perhatikan pemimpin-pemimpin baik di pihak kerajaan maupun pihak pembangkang sama saja cara dan stail kehidupan mereka. Jarang kita jumpa dikalangan mereka hidup secara sederhana dan dalam masa yang sama ikhlas berjuang dan berkhidmat untuk rakyat.

Pada masa ini rakyat tidak ada pilihan. Apabila tiba pilihanraya, rakyat terpaksa keluar juga mengundi bukan kerana memang mengharapkan satu kerajaan yang baik, bebas rasuah, cekap, kurang birokrasi atau sebagainya tetapi hanya kerana satu keperluan memilih sebuah kerajaan untuk mengurus dan mentadbir negara. Rakyat nampaknya begitu mengidam dan kepinginkan sebuah kerajaan yang betul-betul bersih, cekap dan amanah.

Saya mengambil contoh pemilihan pucuk peimpinan PKR yang sedang berlangsung sekarang. Kita sendiri pun boleh merasakan betapa sukarnya untuk ahli-ahli PKR keluar mengundi. Sepatutnya bagi saya, sebuah parti yang memperjuangkan keadilan dan ketelusan sewajarnya kesungguhan ahli-ahli parti untuk keluar mengundi berada ke satu tahap yang sangat tinggi. Apatah lagi pemilihan kali ini menentukan siapakah yang memegang teraju utama parti yang akan menghadapi pilihanraya yang sangat penting kepada PKR dan Pakatan Pembangkang.

Berdasarkan laman web rasmi PKR jumlah undi pusingan minggu ketiga yakni hujung minggu lalu Azmin Ali dapat 6,467 undi, Zaid Ibrahim 3,988 manakala Mustafa Kamil Ayub 1,215. Jumlah keseluruhannya hanya 11 600 apabila ditambah jumlah undi yang diperolehi oleh ketiga-tiga calon berkenaan.

Sehingga minggu lepas 87 cabang sudah mengadakan pengundian. Jika dikira purata setiap cabang hanya terdapat 134 orang ahli sahaja yang keluar mengundi. Berdasarkan jumlah keahlian PKR seramai 400,000 daripada 222 cabang PKR seluruh negara, maka setidak-tidaknya 1800 orang perlu mengundi di setiap cabang. Baru lah pemimpin yang dipilih itu benar-benar dipilih secara demokratik berdasarkan konsep kuasa diperolehi daripada 1 orang 1 undi.

Mengikut perkiraan demokratik PKR sewajarnya setiap cabang secara puratanya 1800 orang yang hadir dan sehingga minggu lalu sepatutnya ada 156 660 orang yang patut mengundi jika 1800 di darab dengan 87 cabang yang sudah membuat pemilihan bukannya 11 600 seperti yang diumumkan. Ini mesyuarat cabang yang mempunyai agenda penting iaitu mengadakan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi, bagaimana pulak jika tahun tersebut hanya mesyuarat biasa tanpa pemilihan. Mengikut logiknya jumlah kehadiran tentu akan lebih menguncup. Bagaimana pula sesuatu keputusan atau usul kepada parti hanya ditentukan oleh beberapa kerat di peringkat cabang.

Ketika bersembang dengan kawan-kawan di kedai kopi, ada juga kawan yang terpacul mengatakan itulah ahli sebenar PKR yang ada. Dakwaan 400 000 tu entah benar atau tidak. Gedembong jer lebih, kononnya nak tunjuk ramai ahli tapi mesyuarat sepenting ini yang menentukan kepimpinan parti, hala tuju parti tambahan pilihanraya semakin hampir tak mungkin tidak dapat membakar semangat ahli-ahlinya untuk keluar mengundi. Jikalau sudah dikira purata 134 orang dalam satu cabang......kata sahabat saya tadi , itulah jumlah sebenar ahli-ahli PKR yang ada pun.

Kadang-kadang mengingati kata-kata kawan saya tadi....saya tersenyum sendiri.

Amir Hamzah
Batu Pahat

8 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..PELIK JUGAK TENGOK PUAK PKR NI CONGAK MATEMATIK. FORMULA ALA2 PKR 2 + 1 = 21 KE?..PATUT LA RAMAII..FUYOOOOOO

zedmagel said...

Salam Bro...

Parti baru, memang banyak cabarannya. Ada juga pemimpin parti yang bersederhana YAB Menteri Besar Kelantan, simple jek orangnya, sangat molek pekertinya...

Dot said...

ya ka bersederhana? luaran nampak begitulah tapi dalaman, hanya Allah SWT Maha Mengetahui. makin complicated adalaaa...

pemimpin yg dikagumi hanya seorang itu shj tapi parti didokong oleh haprak2 yg semuanya tak sabar nak manguasai segalanya....

bayangkan jika pemimpin ni dah takdak?

mukhtar said...

Barisan pemimpin PKR tak berkaliber..

shamal66 said...

PELIK SIJUBUR AL SONDOL .. DIA SELALU KATA KEBEBASAN AKBAR TP DIA SEKAT AKBAR DATANG KE MAJLIS NYA...DIA CAKAP PASAL DEMOKRASI DIA SENDIRI PEGANG JAWATAN dE fuCK bUTOH TANPA BERTANDIN KUASA DIA LAGI HEBAT DARI PERSIDEN PKR ITU SENDIRI DAN BAB2 LAIN SEMUA TAK SAMA APA YG DI UCAPKAN.. PARTI ANAK BERANAK.. PENUBUHAN HANYA UNTUK SIJUBUR TU.. PAK LAH AJA YG BEBAL TAK NAMPAK TIPU HELAH SI "RAJA EXZOS SEMALAYSIA" INI

zedmagel said...

Salam anti bohmau,

Begitulah...kerana dia insan biasa yang sangat kerdil dan bukannya malaikat, apa saja boleh berlaku...
Mampukah tuan membaca sifat dalaman insan?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Jeffry:
Kawan rasa PKR ni sembang jer lebih....PKR ni ahlinya kurang, mungkin penyokong tanpa menjadi ahli yang ramai. Penyokong jenis ini boleh datang dan pergi dengan mudah.

Salam Hj Zedmagel:
Baru ape mendanya bro...dah sepuluh tahun. Sepuluh bulan tu boleh la dikira baru. Kalau sederhana dan simple tu kawan setuju untuk Nik Aziz tapi kalau kata dia molek pekertinya kawan rasa nak tergelak la pulok....

Salam anti bohmau:
Hj Zedmagel tu sejak balik Mekah macam mirip dan condong kepada Nik Aziz.....dah kena budu jampi ker agaknya.....hahaha

Salam Mukhtar:
Pemimpin2 nya ramai dah berambus keluar, yang tinggal hanya lah penjilat tegar Anwar....semuanya pemimpin yang dijanjikan menteri...hehehe

Salam shamal66:
Anwar cakap tak serupa bikin.....

zedmagel said...

Salam Bro,

Baru je memerintah Selangor, yang lepas2 cuma menang 1 kerusi je kat Permatang Pauh, tu yang dia orang meroyan sakan... he..he...