Saturday, November 6, 2010

Tahniah kepada Wakil Rakyat Batu Sapi dan Galas yang baru


Suasana di Galas biasa-biasa sahaja menyambut YB baharu mereka. Jumaat. Jadual pagi YB Abdul Aziz Yusoff bersolat subuh di surau Taman Kesedar Jaya, kemudian ke rumah Tengku Razaleigh Hamzah di Bukit Cekati untuk bersarapan. Di situ beliau ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada jentera BN yang menjayakan kempen pilihanraya kecil yang mencuri perhatian ramai itu.

Sempoi la YB....Wakil Rakyat Galas yang baru. Kekalkan cara hidup rakyat begini. Wakil rakyat perlu merakyatkan diri, jangan sombong dan takbur, selalu berada di kawasan, cuba selesaikan masalah rakyat dan ada jasa yang boleh dikenang sepanjang YB menjadi wakil rakyat. Insyallah YB akan diterima oleh rakyat.

3 comments:

Unknown said...

Salam, sama2 kita doakan agar sikap ini berkekalan hingga bila2.

zedmagel said...

Dah menang jangan tak kerja pulak YB Aziz Limau ni.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam ddinbunga dan Hj Zedmagel: Tahniah YB...teruskan.