Tuesday, November 30, 2010

Anwar Dan "Ketuanan Anwar'


Pakar sejarah TS Dr Khoo Kay Kim berkata istilah 'Ketuanan Melayu' tidak perlu dibahas kerana ia tidak wujud dalam Perlembagaan Negara. Dari sudut sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja. Mungkin disebabkan sembilan raja-raja itu adalah Melayu maka ianya disebut 'Ketuanan Melayu'. klik di sini.

Jadi saya berpendapat ianya tidak perlu diperbesar-besarkan berkenaan isu 'Ketuanan Melayu' kerana yang meraih untung adalah Anwar, Wan Azizah dan PKR. Anwar tentu arif benar dengan 'Ketuanan Melayu' kerana berbelas tahun dia berada di dalam kerajaan dan memegang jawatan No.2 dalam parti orang Melayu.

Sama ada Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat hanya gimik orang-orang politik yang bijak menimbulkan isu bagi menutup kelemahan yang lain. Wan Azizah menimbulkan isu Ketuanan Melayu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan PKR baru-baru ini turut mengatakan bahawa Anwar adalah 'anugerah tuhan' kepada rakyat Malaysia. Kedua-dua perkara yang dibawa oleh Wan Azizah ini tidak lain hanya untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat Malaysia kepada isu peribadi Anwar dan kekecohan dalam PKR baru-baru ini.

Pada hari ini, berbagai kenyataan telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak tentang isu 'Ketuanan Melayu' termasuk ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Keadaan ini sangat mengembirakan Anwar anak beranak kerana rakyat tidak lagi membincangkan kebobrokan yang berlaku dalam pemilihan kepimpinan tertinggi PKR baru-baru ini. Tiba-tiba cerita Zaid Ibrahim sunyi sepi dan negara mula hiruk pikuk dengan isu terbaru yang dibangkitkan oleh Wan Azizah.

Stategi ini memang berjaya dan bab ini Anwar memang cukup cekap. Hilang cerita kehadiran ahli kurang 10% dalam memilih kepimpinan parti sedangkan PKR mendakwa mereka mempunyai ahli seramai 400,000 orang. Ada juga kes-kes individu yang dihalang bertanding dalam jawatan-jawatan tertentu. Belum lagi kononnya ada cerita-cerita pengundi hantu atau pengundi yang mendaftar kawasan lain tetapi mengundi di kawasan lain dan banyak lagilah kalau hendak diceritakan. Itulah balasannya jika selama ini PKR yang lantang mengkritik SPR menerima balasan atas dunia lagi secara tunai. Lepas ini sesiapa pun tak peduli jika PKR cuba nak komplen mana-mana PRK atau PRU kerana pengurusan parti sendiri pun umpama 'kapal karam'.

Kes Anwar di mahkamah pun tak selesai-selesai sehingga rakyat dah naik meluat.Kita pun sedia maklum jika perbicaraan ini diteruskan semakin banyak cerita-cerita dalam kelambu akan keluar. Jadi dengan permainan wayang karpal-Anwar hanya pilihanraya adalah peluang terakhir. Harapan mereka PR akan menang dan kes ini akan ditutup apabila mereka menguasai kerajaan.

Kalau ada pun tujuan Wan Azizah membangkitkan isu 'Ketuanan Melayu' ini adalah bertujuan meraih lagi seberapa banyak undi Cina kepada PKR. Ada sebahagian pengundi Cina yang tidak berminat kepada DAP tetapi mereka dijemput bersama PKR. Tujuan ini dilihat sebagai senjata terakhir untuk menarik undi Cina setelah Chua Jui Meng diangkat sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Johor. Ini bermakna Johor ada sasaran Anwar kali ini. Undi Melayu yang sedia ada sudah memadai ditambah dengan undi PAS, Pakatan Rakyat dilihat berupaya bersaing hebat di beberapa buah negeri.

Anwar adalah pakar strategi dalam Pakatan Pembangkang. Tanpa Anwar jangan mimpilah Nik Aziz, Hadi Awang akan duduk semeja dengan LKS, LGE atau Karpal Singh. Mereka umpama minyak dan air. Anwar sedar tanpa undi daripada ketiga-tiga bangsa ini, PKR hanya menjadi parti melukut di tepi gantang. Mereka meniru konsep Barisan Nasional dengan mengabungkan kekuatan ketiga kaum ini bagi melawan Barisan Nasional.

Kehebatan dan pengalaman Anwar ini perlu sentiasa diberi perhatian. Setiap perkataan ,ucapan, kenyataan dan tindakan politiknya sentiasa mempunyai makna dan tujuan. Sesungguhnya Ketuanan Melayu kah atau Ketuanan Rakyat kah atau ketuanan Raja kah bukan sesuatu yang penting kepada Anwar asalkan 'Ketuanan Anwar' dapat ditegakkan di Malaysia ini.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

5 comments:

Jeffry said...

SALAM BRO..SETUJU PENDAPAT BRO. AL JUBUREE DAH MULA GERAKKAN PERANG SARAF DGN MEMAINKAN ISU SENSITIF. BERMULA ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH AGAMA LAIN DAN YANG TERKINI PSL KETUANAN MELAYU. AL JUBUREE CUBA NAK JADI JAGUH MELAYU LIBERAL DGN MENGENEPIKAN KEISTIMEWAAN HAK ORG MELAYU DI BUMI SENDIRI.

DIA LUPE SAPE YG ANUGERAHKAN DIA PANGKAT DATUK TU? DIA LUPE KPD SAPE YG BAGI DIA PELUANG JADI TIMBALAN PM? DIA LUPE BANGSA YG DIA LIWAT?

TP KITA TAK NAFIKAN DIA NI SEORANG OPPORTUNIS DAN STRATEGIS POLITIK. JADI KPD MB2 DI NEGERI2 YANG BELUM PERNAH JATUH KE TGN PEMBANGKANG TU, SILA AMIK PERHATIAN! TAK MUSTAHIL MEREKA AKAN BANGKITKAN ISU2 DALAMAN DGN LEBIH AGRESIF MENJELANG PRU13 NANTI.

JADI CUBA KURANGKAN KONTROVERSI DAN TINGKATKAN PRESTASI DARI SKRG (ALA2 MELODI GITUU)

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Jeffry: Anwar mudah lupa. Sekarang dia betul-betul terdesak. Wan Azizah dipergunakan untuk mengalih pandangan rakyat.

Dalam banyak2 perkara yang dia lupa....seronok didengar bahawa dia lupa bangsa yang dia liwat. kahkahkah....

zedmagel said...

Salam Bro,

Jangan percaya kepada kata dusta dan nista oleh sang pendusta tu. Mampus le kita semua dikencingkannya jika dia betuankan diri dia sendiri. Lencun, hancing dan busuk.... haprak punya kaki, ini orang boleh pecaya ke?

red said...

ANUwar memang giler kuasa, sampaikan sanggup melacorkan bangsa

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Hj Zedmagel dan red:
Apa yang dikatakan oleh Anwar kepada Tun M seperti kronisma dan nepotisme, hari ini semua berbalik kepada dirinya.