Monday, August 16, 2010

UMNO Bersendirian Dalam PRU ke 13?


Tidak mustahil UMNO akan bertanding secara bersendirian dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang. Ada kemungkinan juga MCA, Gerakan dan MIC akan meninggalkan BN dan tinggallah UMNO bersama-sama parti daripada Sabah dan Sarawak.

Dalam perkembangan terbaru, MCA telah membuat 12 deklarasi yang diluluskan dalam Kongres Ekonomi Cina kepada kerajaan untuk dipenuhi. Sebelum itu semasa ucapan perasmian, Najib cuma meminta supaya diwujudkan satu kerjasama tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera dalam bisness supaya penyertaan bumiputera bukan setakat ada jawatan di dalam syarikat tetapi boleh memainkan peranan dan berfungsi. Najib mahukan agar bumiputera diberi lebih peranan termasuk dalam mengurus dan membuat keputusan untuk syarikat. Barulah bumiputera dapat belajar mengurus bisness bukan seperti sekarang setakat hanya mencukupkan koata penyertaan bumiputera dengan melantik seseorang individu bumiputera sebagai pengerusi sesebuah syarikat tetapi tidak berperanan. Najib menyifatkan situasi ini sebagai sesuatu perkongsian bisness yang tidak tulen dalam membantu bumiputera.

Najib hanya mahukan satu kerjasama sahaja tetapi dibalas dengan 12 deklarasi daripada pihak MCA. Dengan lain perkataan, MCA boleh bantu tetapi selesaikan 12 deklarasi kami dahulu. Chua Soi Lek berkata, keputusan pilihan raya umum 2008 jelas mencerminkan perubahan dalam pemikiran rakyat. 12 deklarasi ini adalah tuntutan MCA kepada kerajaan jika mahu sokongan masyarakat Cina kembali kepada MCA. Adakah kekalahan besar MCA dalam pilihanraya ke 12 disebabkan kerana mereka tidak berpuashati dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu? Bagaimana pula dengan keputusan 11 pilihanraya sebelumnya? Setahu saya pengundi Cina akan lebih yakin dengan sesuatu kerajaan yang berjaya mengurus ekonomi negara dengan baik seperti mana yang ditunjukkan dalam pilihanraya 1999 apabila Tun Mahathir berjaya membawa negara keluar daripada krisis mata wang tahun 1998.

Adakah benar pengundi Cina yang tidak berpuas hati atau pemimpin-pemimpin politik MCA sendiri yang bermasalah. Adakah masalah dalaman MCA yang berlarutan termasuk masalah peribadi Chua Soi Lek sendiri tidak membantu kemerosotan dan kepercayaan orang Cina kepada MCA?

Sebagai parti komponen BN yang cukup lama bersama, mengapa apabila berlaku satu musibah maka MCA mudah saja berpaling. Malah CSL tanpa segan silu menyokong DAP asalkan ianya satu perjuangan kepada kepentingan orang Cina. Terserlah lah sekarang, siapa yang sebenarnya perkauman jika selama ini tuduhan itu sering dilemparkan kepada orang Melayu jika orang Melayu mempertahankan hak mereka dalam perkara 153, perlembagaan negara.

Hak istimewa Melayu diberikan oleh Undang-undang tertinggi negara dan menjadi tanggung jawab DYMM yang Dipertuan Agung untuk memelihara kepentingan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Tambahan lagi orang Melayu sentiasa tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada British dalam semua perkara termasuk ekonomi dan pendidikan. Orang Melayu jauh ketinggalan sejak sebelum merdeka lagi dan mundur dalam serba-serbi. Sedangkan orang Cina yang tinggal di bandar-bandar sudah menjadi 'anak emas' British 100 tahun sebelum merdeka. Mereka menguasai ekonomi dan mendapat kemudahan pendidikan jauh lebih baik daripada orang Melayu semasa pentadbiran British. Ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

Sebab itu pemimpin-pemimpin politik Cina berusaha sedaya upaya memujuk dan mempengaruhi British agar pemimpin-pemimpin Melayu menerima mereka sebagai warganegara apabila British mahu memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.Jika mereka gagal mendapat warganegara bagaimana dengan harta-harta dan aset mereka yang telah sedia terkumpul semasa zaman British di seluruh bandar-bandar dan ladang-ladang.Maka suka atau tidak mereka harus akur dengan permintaan pemimpin-pemimpin Melayu agar hak-hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan Kedudukan raja-raja Melayu mesti dipelihara dan ditulis di dalam perlembagaan sebagai satu perlindungan dan hak mereka sebagai penduduk asal negara ini.

Setelah mendapat warganegara dan kerakyatan negara ini mereka bukan sahaja dapat mengekalkan harta serta aset-aset yang mereka kumpul sebelum merdeka malah boleh terus menambah dan mengembangkan harta dan perniagaan mereka. Mereka boleh beranak pinak, meneruskan sistem persekolahan Cina, agama dan budaya asal mereka dan boleh terlibat dalam urus tadbir politik negara. Hari ini bukan sahaja mereka ingin menguasai 100% ekonomi negara dengan rakus dan dengki malah hampir pula menguasai politik negara ini. Mereka berhasrat jika berkuasa mahu menghapuskan Raja-Raja Melayu, mengubal perlembagaan baru dan lebih utama mahu memadamkan sejarah negara seperti mana Lee Kuan Yew memadamkan sejarah Temasik. Sejarah Singapura hanya bermula daripada Zaman Stamport Raffle datang ke Singapura. Percubaan kali kedua akan dilakukan di Pulau Pinang dengan mengenepikan sejarah kesultanan Kedah kepada bermulanya sejarah Pulau Pinang daripada kedatangan Francis Light ke Pulau Pinang.

Jika dilihat dari segi ekonomi, kekayaan dan penguasaan ekonomi orang Cina bukan bermula sejak 1957 tetapi telah berlaku 100 tahun sebelum merdeka. Memang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun dalam tempoh 53 tahun kemerdekaan ini . Andaikata, British memberi layanan yang adil kepada orang Melayu dalam pembahagian ekonomi negara ini, masalah perbezaan taraf ekonomi antara rakyat tidak menjadi masalah seperti yang ada pada hari ini dan sudah tentu orang Melayu boleh bersaing kerana mereka bermula daripada garisan permulaan yang sama.

Pembelaan terhadap orang Melayu hanya bermula secara aktif atau istilah masa kini sebagai affirmative action yang diperkenalkan oleh Tun Razak melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Adalah tidak adil dan zalim bagi CSL yang meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera dalam menjayakan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE).

Penganalisis ekonomi dan pensyarah Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia, Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, tuntutan yang terkandung dalam Kongres Ekonomi Cina itu menunjukkan betapa dangkalnya cara berfikir para pemimpin MCA. Menurutnya, para pemimpin MCA tahu selama ini taraf ekonomi kaum Cina jauh mendahului kaum-kaum lain termasuk memperoleh pendapatan perkapita tertinggi, diikuti kaum India dan paling rendah adalah kaum Melayu.

"Mereka tahu tetapi tidak sensitif dan tidak ada semangat untuk membantu rakan-rakan daripada kaum lain untuk sama-sama meningkatkan taraf ekonomi."Mereka juga tahu majoriti orang Melayu masih hidup di bawah paras kemiskinan. Jika mereka sensitif, tentu mereka tidak buat tuntutan seperti itu," katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam meneliti tuntutan itu, Haim berkata ia jelas menunjukkan pemimpin MCA tidak faham maksud keadilan dalam pembahagian kek ekonomi negara.Menurutnya, apa yang mereka faham adalah sektor ekonomi negara mesti digerakkan berasaskan pasaran bebas iaitu siapa yang bagus, dia yang akan dapat."Kalau itu yang dilaksanakan, maka sampai bila-bila pun orang Melayu tidak akan berjaya dalam segala aspek kehidupan termasuk ekonomi, pendidikan dan lain-lain. "Ini kerana majoriti orang Melayu belum mampu bersaing secara kompetitif dengan orang Cina memandangkan hampir seluruh sektor ekonomi dikuasai oleh kaum itu," ujarnya.

Apakah akhirnya atau kesudahannya berkenaan dengan 12 deklarasi MCA itu jika tidak dipenuhi oleh kerajaan? Adakah MCA akan mengambil tindakan drastik dan lebih berani mengugut BN dengan ancaman keluar daripada BN atau MCA kekal di dalam BN tetapi terus menjadi duri dalam daging.

Sama ada MCA berada di dalam atau di luar BN, CSL sudah terlepas cakap bahawa MCA akan menyokong DAP selagi tuntutan-tuntutan itu melibatkan kepentingan orang-orang Cina. Maka 1 Malaysia Najib sudah boleh dimasukkan ke dalam tong sampah dan UMNO bersama bumiputera yang lain akan keseorangan jika semua kaum-kaum yang ada menuntut hak kaum masing-masing ketika keupayaan kerajaan mempertahankan kuasa sudah berada dihujung tanduk.

Amir Hamzah
Batu Pahat

6 comments:

C L J said...

Kalau yang demikian benar benar menjadi nyata apakah Pas akan tetap berdegil untuk tidak sudi merelakan parti yang mewakili orang Melayu menjadi hanya satu ?

Atau mereka tetap mahu mengambil kesempatan untuk menjadi kerajaan biar pun sekadar berstatus pak turut ?

Maka persoalan paling tidak diingini oleh seluruh umat yang prihatin akan sebenarnya terjadilah. Akan terus amankah kita ?

Allahuakbar.

C L J said...

Walau apa pun yang akan terjadi nampaknya UMNO kena mula berfikir untuk bertanding disemua kerusi yang jumlah pengundinya 50% keatas. Begitulah juga di Sabah semua kerusi yang Melayu + Bumiputeranya melebihi 50%. Begitu juga di Sarawak. PBB dan lain lain parti mewakili kaum Bumiputera kena bertanding disemua kerusi.

Inilah pemikiran yang kena secara serius ditimbangkan selepas ujian telah dibuat di Hulu Selangor dan Sibu.

Tam Dalyell said...

Bunyinya macam mca minta cerai tu tuan.

Tetapi Najib sedang mabuk asmara dengan dia orang. Sanggup ke?

Tapi kalau Najib bijak dan berani seperti TDM, yang akan gila talak nanti tentu, tetap, pasti dia orang juga.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Pak cik CLJ,
1. PAS tetap akan bersama Pakatan Rakyat kerana ini saja peluang bagi PAS untuk memerintah negara walaupun hanya sebagai Pak Turut. Sekurang2nya ada kerusi untuk PAS sebagai menteri.

2. Pakatan Rakyat perlu menang dengan kerusi 2/3, jika menang tipis, keadaan menjadi tidak menentu, permainan politik akan berpanjangan dan rakyat yang rugi. Begitu juga sebaliknya bagi BN, perlu menang dengan 2/3 selepas ini jika mahu kestabilan politik di negara ini.

3. Adakah Najib dapat berfikir seperti orang Melayu berfikir sekarang. Adakah Najib masih bergantung harap dan masih percaya undi Cina akan berpihak kepada kerajaannya. Benarkah 1Malaysia dapat membawa kembali undi Cina kepada BN? Bagaimanakah penasihat2 disekeliling Najib menasihatinya?

4. Benar, Bukit Gantang, Hulu Selangor dan Sibu telah membuktikannya bahawa walau berkarung2 dicurahkan undi 'mereka' tetap kepada Pakatan Rakyat. Adakah Najib masih mahu melakukan pembaziran?

Salam Dal,
Pada saya MCA akan terus menjadi duri dalam daging kepada BN. Ugutan dan tuntutan akan terus datang daripada MCA dan Gerakan kerana mereka adalah jurucakap Siqiu. Ada setengah pendapat mengatakan 12 resolusi itu mempunyai serampang 2 mata. Pertama untuk menarik undi Cina kepada MCA. 2. Menimbulkan kemarahan orang Melayu dan sekali gus membuatkan orang melayu bersatu semula bersama UMNO kerana kononnya kedudukan Melayu semakin tergugat. wallahualam bissawab.....

zedmagel said...

Salam Tuan Amir Hamzah,

UMNO dilihat semakin lembap dan parah dari masa ke semasa, ditambah dengan karenah rakan komponen seperti MCA yang dilihat sering mendesak dan lebih mirip untuk bersama DAP. MIC tak boleh nak harap sangat sebab tidak ada akar umbi yang mampu memenangi kerusi tanpa sokongan UMNO sepenuhnya. Begitu juga Gerakan, PPP tak payah nak ulaslah. Lebih baik kerusi yang dia orang tanding bagi kepada calon UMNO sahaja.

Di Sabah dan Sarawak BN boleh kehilangan sokongan pada bila-bila masa. PKR dan DAP serta PAS, bukannya kuat sangat, tetapi pengundi dah meluat dengan BN.

Yang dilihat bertungkus lumus dan bekerja keras bagi menegakan BN hanya UMNO yang terkial-kial sendiri, komponen lain kerja macam HARAMJADAH sahaja. Lihat sahaja di PRK Hlu Selangor dan Sibu, orang UMNO kerja separuh mati parti yang bertanding kerja macam SIAL dan sambil lewa, rakan komponen datang melawa sahaja bukan bekerja.

Nampaknya UMNO boleh memikirkan untuk keluar dari BN dan membentuk komponen baru. UMNO boleh menang 121 kerusi Parlimen penuh jika menyingkirkan parti komponen yang mendapat ikhsannya sebelum ini. Rakan lain akan datang membantu untuk melengkapkan kepimpinan baru negara. Mengapa tak dicuba.

Cuma UMNO hari ini dilihat sangat takut kepada MCA, MICA dan takan komponen yang lain. Sesekali UMNO kena perlu tunjuk beranai dengan komponen, baru mereka hormat dan tidak meroyan lagi.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Hj.Zedmagel,
1. Tn.Hj mencadangkan agar kerusi subsidi UMNO kepada MCA dan MIC atau mana-mana parti yang bertanding di kawasan majoriti Melayu ditarik balik dan diberikan semula kepada UMNO. -satu buah fikiran yang boleh dicadangkan kepada pemimpin peringkat tertinggi parti.

2.Tn.Hj mendakwa tenaga pengerak parti komponen semasa pilihanraya macam HARAMJADAH walaupun partinya sendiri yang bertanding. Rungutan ini sudah lama kedengaran. Kalau UMNO bertanding, 2 kali HARAMJADAH kerja mereka ni. Kita saja yang beriya-iya......kawan setuju

3. Tn.Hj meminta UMNO keluar BN dan membina parti komponen baru. Satu cadangan yang pertama kali kawan dengor. Betul juga kalau 'mereka' masih nak bergayut dan menjadi duri dalam daging kepada BN, lebih baik UMNO yang keluor. Tengok pulak 'mereka' membontoti UMNO atau tidak. hehehe