Thursday, August 12, 2010

Johor Dah Kena Serang!


Pengerusi Perhubungan PKR Johor dan bakal MB Johor Chua Jui Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti pembangkang itu.Katanya lagi, "Mereka berniat membuat sultan dan orang Melayu marah dengan PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diri saya.”

Sebaliknya beliau mengaitkan seorang bekas MB dan bekas Menteri Persekutuan yang terlibat. "Nama bekas menteri besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-Raja Melayu sehingga imuniti Raja-Raja Melayu dihapuskan.

"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," katanya kepada Suara Keadilan.com.

Akhirnya tanpa segan silu Chua Jui Meng atau Jimmy Chua itu telah membuat kesimpulan, "Saya menafikan PKR terbabit dengan penipuan ini. Hanya Umno mempunyai motif untuk membuat perkara terkutuk seperti ini,” katanya.

Saya juga ingin bertanya siapa bekas MB tersebut dan apa kepentingannya dalam isu sepanduk ini? Mengapa Chua Jui Meng tidak menuduh MB Johor sekarang. Sepatutnya MB sekarang lebih bimbang jawatannya akan dirampas oleh Chua. Sepatutnya begitu lah tuduhannya, baru nampak lebih logik. Tetapi ini semua adalah taktik bijak Anwar Ibrahim. Chua tidak sebijak ini jika tidak berkawan dengan Anwar. Jikalau Chua bijak dan licik bermain dengan isu, sudah lama beliau memenangi jawatan presiden MCA. Jawatan Presiden MCA pun tak dapat, dapat jadi Pengerusi Pehubungan PKR negeri pun sudah memadai. Orang politik memang mengejar kuasa.

Apa tujuan PKR membuat sepanduk sedemikian rupa. Tujuannya adalah dengan mudah mereka menuduh UMNO yang membuatnya. Semua orang tahu bahawa dalam undang-undang tubuh Negeri Johor sendiri MB nya mestilah dikalangan orang Melayu dan beragama Islam ,mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan negeri serta perkenan Sultan. Tambahan lagi Chua baru sahaja ditarik gelaran Datuk daripada istana Johor. Mana mungkin sepanduk ini dibuat oleh PKR. Jadi siapa yang buat kalau bukan UMNO? Senang saja beliau memutar belitkan isu ini.

Chua pun sedia maklum, sebagai seorang peguam tentu beliau tahu dan faham bahawa tidak mungkin beliau dapat menjadi MB Johor dengan begitu mudah berdasarkan undang-undang tubuh negeri yang sedia ada tambahan lagi Johor adalah kubu UMNO yang masih kental. Tentu sekali beliau beranggapan rakyat tidak menuduh beliau tetapi rakyat akan bersimpati bahawa beliau telah difitnah dan dihina. Rakyat akan mula menaruh simpati kepada Chua Jui Meng dan Anwar Ibrahim yang bukan sahaja difitnah tetapi tidak dibenarkan membuat perhimpunan dan ucapan telah diberhentikan oleh FRU ketika ceramah di Rengit tempohari. Pada hal ceramah itu tidak mendapat permit polis tetapi diteruskan juga. Tujuannya sekali lagi untuk memberi persepsi buruk kepada polis dan kerajaan dan sekali gus menarik simpati rakyat.

Berbalik kepada isu sepanduk, Chua Jui Meng telah berjaya menarik kembali sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat berikutan isu-isu ketidak adilan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Beliau berjaya meyakinkan semula pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat di Johor bahawa isu-isu di Selangor dan Pulau Pinang adalah mainan politik sempit pihak media dan blogger. Buktinya isu sepanduk ini telah digunakan oleh UMNO untuk sabotaj PKR yang semakin berkembang di Johor kononnya. Sekali lagi isu ini berjaya meraih simpati rakyat terutama golongan muda, orang tidak berparti dan orang yang berada di atas pagar.

Seperkara lagi, sepanduk ini sebenarnya bukan untuk Melayu Johor semata-mata. Melayu Johor masih lagi majoriti menyokong pada kerajaan sedia ada. Tapi untuk siapakah sepanduk ini? Sepanduk ini hanya untuk pengundi Melayu tegar pembangkang dan kepada pengundi Cina. Pengundi Cina tentunya gembira dengan sepanduk ini jika ianya menjadi kenyataan kerana MCA sudah tidak boleh diharap lagi. Persepsi MCA hanya menjadi seperti lembu dicucuk hidung oleh UMNO sudah begitu meluas penyebarannya sejak PRU ke 12 lagi.Calon-calon MCA di Johor yang menang hanya bantuan undi orang Melayu termasuk Parlimen Ayer Hitam. Maka PRU ke 13, mereka mensasarkan 85% pengundi Cina akan memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Sepanduk ini sudah cukup mengambarkan kesungguhan mereka untuk meraih undi kaum Cina di Johor.

Bagi pengundi-pengundi Melayu yang tegar kepada Pakatan Rakyat, mereka sudah tidak kisah siapa bakal MB mereka. Pada mereka UMNO sudah busuk dan jijik. Sesiapa sahaja boleh jadi MB termasuk Chua asalkan UMNO bungkus di Johor. Sebab itu yang memegang, memasang dan mengantung sepanduk-sepanduk itu orang-orang Melayu.

Kesimpulannya, Johor adalah negeri tumpuan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. Segala isu di Johor selepas ini perlu lah difikirkan berlapis-lapis. Permainan semakin licik. Rakyat Johor tentu bijak menangani setiap isu. Ini adalah permainan pusingan pertama, maka berhati-hati dengan isu seterusnya. Gerakan Tawan Johor jangan dipandang enteng, tambahan pula pengundi Cina sudah tidak memihak kepada BN. Maka PRU ke 13 adalah ujian getir kepada rakyat Johor.

Amir Hamzah
Batu Pahat

10 comments:

Shazreen Hafizee Hayrie said...

salam,baik sekali isinya.....

ieyza said...

semoga JOHOR sentiasa berada dalam lindungan UMNO....

kembara di Kuwait said...

salam,
semkin getir perjuangan ummah melayu.. ini lah akibat kita meninggalkan sejarah, sirah dan sunnah... semoga Allah masih memelihara "tapak ummah terbaik" di zaman ini..
melayu itu islam- islam itu melayu,
dimana semangat Dato Onn dan Kiai Salleh!

Melayu Pasir Gudang said...

Barisan Nasional / UMNO mesti kembali kepada konsep majoriti menguasai minoroty. Kawasan pengundi melayu ramai mesti wakil rakyat dari kalangan orang Melayu, bukan rasis tetapi menuntut yang HAK.

putera said...

KEPADA MELAYU YG MEMEGANG SEPANDUK TU..KNP SAMPAI TAHAP BEGITU BONGOKNYA...SANGGUP MENGGADAI MARUAH BANGSA SANGGUP JADI BALACI CINA NI...

Bingai @ Bangang said...

Yang herannya kain rentang dinaikkan di tempat ceramah PKR oleh orang PKR sendiri.

Dan rentang baru perasan ke?

hehehe

YB = Yang Bingai @ Bangang
Telco & Post - Usahawan Melayu terhimpit

Gelombang Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

TAHNIAH, kerana perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran mengenai kepincangan Pakatan Pembangkang pimpinan Anwar Al Juburi mendapat maklum balas positif dari kalangan pengunjung. Kami juga begitu teruja membaca artikel2 yang disampaikan di dalam blog anda.

Untuk pengetahuan saudara, blog kami yang dahulunya diberi nama UNIT MEDIA WANGSA MAJU telah dibubarkan dan kini telah melakukan beberapa penjenamaan semula. Kami telah membuat keputusan untuk menukar blog kami kepada GELOMBANG WANGSA MAJU.

Nama GELOMBANG WANGSA MAJU ditubuhkan atas permintaan beberapa pengunjung setia yang mahu blog kami dikekalkan di samping semangat perjuangan kami untuk meneruskan agenda menidakkan Anwar Al Juburi serta barisan keparat beliau.

GELOMBANG WANGSA MAJU akan menjadi lebih kritis dan terus mengkritik pihak pembangkang secara konsisten. Pihak pemerintah juga tidak akan terkecuali dari kritikan dan teguran blog ini. Tidak ada satu pun parti politik yang akan terlepas pandang.

Wadah perjuangan blog ini akan menjadi lebih universal dan bebas sekalipun masih tertumpu kepada usaha menyampaikan mesej pada isu isu nasional dan khususnya isu isu tempatan berkisar Parlimen Wangsa Maju.

KAMI juga TIDAK LAGI TERIKAT DALAM MANA2 PARTI POLITIK sebaliknya bebas menumpukkan isu2 yang dirasakan wajar ditegur dan dikritik.

Oleh itu, Kami berharap agar anda dapat MENUKAR NAMA BLOG KAMI DARI UNIT MEDIA WANGSA MAJU kepada GELOMBANG WANGSA MAJU di dalam list blog anda agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dari pihak anda mahupun sahabat2 kita yang lain..


SEKIAN,

UMNO Didahulukan...
BN Diutamakan...

Jeffry said...

SLM BRO..CHUA BELUM NAK RASE KENE PELEMPANK DGN RAKYAT JOHOR LG TU HEHEH

zedmagel said...

Salam Tuan Amir,

Nampaknya usaha sedang mengesan siapa yang membuat kain rentang itu sedang disiasat dan di teliti. Sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Yang jelas semasa sepanduk itu terpampang PKR sedang menjalankan aktivitinya di daerah Batu Pahat.

Saya tak fikir YAB MB dan bekas MB nak buat sepanduk macam tu, sebab mereka banyak kerja lain untuk dilaksanakan demi kepentingan rakyat.Yang tak kerja ialah orang yang tak berjawatan dan free....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Shazreen Hafizee Hayrie,
Terima kasih mampir di blog ni, mungkin saudara pengunjung baru.

Salam ieyza,
Tengok tuah UMNO ada lagi atau tidak. hehehe

Salam kembara di Kuwait
Semangat Dato Onn dan Kiai Salleh serta ayat empat masih subur dan hidup di Batu Pahat ini. Insyallah kekerasan tidak menyelesaikan masalah. Hanya kecerdikan dan kepintaran otak yang menjadi percaturan politik masa kini.

Salam Melayu Pasir Gudang,
BN masih berpegang kepada konsep perkongsian kuasa. Jika prestasi MCA dan MIC masih berada ditakuk lama maka sewajarnya calon-calon BN mesti dari kalangan orang melayu di kawasan majoriti Melayu. Pinjaman kerusi kepada MCA dan MIC wajar ditarik balik bagi menjamin kemenangan.

Salam putera,
Melayu tu ada otak tapi letak kat bontot.....hehehe

Salam Bingai & Bangang,
Sendiri buat kata orang lain bila dah timbul kekecohan.....Kalau tak kecoh, bukan main bangga lagi.....hehehe

Salam Gelombang Wangsa Maju,
Terima kasih mampir di sini. Insyallah boleh kita bertukar-tukar maklumat di masa-masa akan datang

Salam Jeffry,
Bukan untuk Chua saja Melayu yang pegang banner tu pun kena sekel sekali. hahaha

Salam zedmagel,
Banyak keja lain nak buat bro daripada memikirkan kain rentang tu.....minum duluuuuu....hehehe