Saturday, August 21, 2010

Pengetua 'Rasis' - Sekolah Dipolitikkan.


Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan 'ucapan rasis' pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar. Beliau didakwa menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Ketua Wira PERKASA Johor Sdr Azlan b Ahmad yang tinggal di Kulaijaya telah dihubungi untuk mendapat gambaran daripada pihak pengetua yang terbabit.

1. Pengetua menafikan bahawa beliau tidak mengucapkan kata-kata seperti yang dilaporkan oleh pihak media dan beliau mendakwa telah diputar belitkan oleh pelajar India yang membuat laporan polis. Sdr Azlan difahamkan bahawa di belakang pelajar India ini adalah seorang guru India yang memang tidak berpuas hati kepada pengetua berkenaan berikutan permintaannya untuk menubuhkan Persatuan Tamil telah ditolak. Pihak pengetua hanya akan memberi kebenaran kepada guru India tersebut jika guru berkenaan berhasrat mahu menubuhkan Persatuan Bahasa Tamil bukannya Persatuan Tamil.

2. Sdr Azlan juga memaklumkan bahawa pelajar-pelajar bukan Melayu telah mula melawan guru-guru Melayu dengan mengatakan bahawa ' Guru Besar pun kita lawan apa lagi guru-guru kecil'.

3. Pengetua berkenaan juga telah membuat laporan polis untuk mempertahankan dirinya. Difahamkan juga akibat desakan daripada MCA dan DAP, pengetua itu telah diminta memohon maaf kepada pelajar di dalam perhimpunan.

Betul kata Muhyiddin:

1.Terdapat banyak kenyataan bertentangan berhubung apa sebenarnya yang berlaku."Ada banyak perbezaan maklumat antara apa yang dikatakan dan apa yang dimaksudkannya"

2.Muhyiddin Yassin mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi menyiasat isu ini adalah langkah yang tepat.

Kesimpulannya:

1. Seandainya pengetua berkenaan didapati ada menyatakan ayat yang dilaporkan kepada pihak polis maka satu tindakan yang setimpal perlu diambil kerana ianya satu provokasi yang tidak sesuai dilakukan oleh seorang penjawat awam.

2. Jika benar pengetua tersebut telah difitnah dan ucapannya telah diputar belitkan maka pelajar yang berkenaan perlu diambil tindakan.

3. Guru India seperti yang dilaporkan pengetua juga boleh diambil tindakan kerana mengikut perintah am perkara 4 berkaitan Perhubungan Dengan Orang Luar menyebut sebagai (4.6)Guru-guru juga dilarang keras membuat sebarang kenyataan akhbar atau menulis artikel tentang sesuatu isu (kecuali dengan kebenaran pengarah) dan melakukan tindakan yang mencemarkan profesion berkait dengan perhubungan dengan orang luar. Apatah lagi guru ini telah menghasut pelajar ini untuk membuat laporan polis.

4. Dengan laporan polis ini juga telah melibatkan parti-parti politik campur tangan dalam perjalanan hal ehwal sekolah. Apakah motif laporan polis dibuat? Sepatutnya ia boleh dilaporkan kepada PIBG sekolah atau biro aduan PPD Kulai Jaya atau pun Biro Aduan Jabatan Pelajaran Johor untuk siasatan.

5. Jika benar pengetua tidak menuturkan 'ucapan rasis' berkenaan maka guru-guru Melayu daripada Guru-guru penolong kanan hingga guru-guru biasa perlulah membuat laporan polis menyatakan sokongan kepada kenyataan pengetua bahawa beliau telah difitnah dan kenyataannya diputar belitkan. Begitu juga pelajar-pelajar Melayu yang berjumlah lebih kurang 800 orang daripada 1100 orang boleh membuat kenyataan menafikan laporan polis tersebut.

Isu ini telah menjadi isu perkauman maka sebarang tindakan perlulah adil supaya tidak ada mereka yang teraniaya.

Terima kasih PERKASA Kulaijaya!



Amir Hamzah
Batu Pahat.

6 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..DAH AGAK DAHH. RAMAI YG DH PUTAR BELIT TERUTAMA MCA DAN DAP. MEREKA SECARA BERSAMA MENGUTUK GURU TERSEBUT TANPA USUL PERIKSA. SUKE2 JEK TUDING KESALAHAN ORG LEBIH2 LG YG TERLIBAT TU ADALAH PENGETUA MELAYU. RASIS TAK KENE TEMPAT!..HARKK PTUIH

Arif Omar said...

saya percaya pengetua itu tak sebodoh lim guan eng dan pembangkang yang nak politikkan segala isu. yang takj rasis di rasisikan. Pg percaya guru tamil itulah kitolnya dan paria dalam kes ini. jika pengetua bersalah, singkirkan aje dari kerjaya guru. jika dia tak besalah, semua murid tamil itu digantung sekolah. guru tamil itu perlu dan wajib dibuang kerja kerana berpolitik dan mengujudkan suasana keselamatan yang tidak baik. Buta aje repot ramai-ramai terhadap guru tamil tersebut. habis cerita....

Melayu Pasir Gudang said...

Aku mengangkat martabat cikgu nie paling tinggi berbanding dengan menteri KDN tu. kalau cikgu nie tak kasi "peluru" dan "bom" itu penuntut yang kurang ajar dan biadap tu tak akan faham soal negara bangsa akan datang. Jangan salah kan institusi sekolah kalau 10 tahun akan datang bangsa nie makin kurang ajar. Inilah beban cikgu mengajar salah tak ajar salah.

Nik Aziz yang kata tuhan mencarut itu pun orang angkat martabat jadi Tok Guru apasalah aku mengangkat martabat cikgu nie sebagai ibu guru.

Aku anggap siapa yang memusuhi cikgu ini dan Datuk Nasir Safar juga adalah musuh ku.......

Siberangan said...

Fahaman ressis yang sedang dibawa oleh Chua Jui Meng untuk menarik kaum Cina supaya menyokong PR saperti yang di arah oleh Lim Kit Siang kapada kaum Cina di Johor dalam masa kita sedang menghadapi PRU13 akan datang di Negeri Johor adalah lebih dahsyat daripada yang kononnya di lakukan oleh Pengetua Sekolah Menengah di Kulaijaya itu.

Cua Jui Meng di arah supaya memainkan perasaan orang Cina di Negeri Johor untuk membenci Kerajaan BN yang di terajui oleh UMNO. Memang iya, BN di Negeri Johor kuat. Oleh kerana itu Anwar Ibrahim mengarahkan Cua Jui Meng menarik seberapa banyak kaum Cina supaya menyokong PR.

Kesungguhan Cua Jui Meng melancarkan gerakan ini di Johor sahingga beliau tidak akan bergerak ka negeri-negeri lain. Beliau akan berhabis-habisan menjalankan tugas yang diarahkan kapadanya itu.

Apa pun UMNO Negeri Johor harus ada kesungguhan mulai dari sekarang melawan arus yang dibawa oleh Cua Jui Meng itu. Jika ianya dibiarkan, kemungkinan kawasan2 Parlimen yang banyak pengundi kaum Cina, contohnya Batu Bahat, Johor Bharu, Kulai, Keluang malah Muar sekali pun BN akan kalah dalam pru13 ini.

Hidup UMNO/BN Negeri Johor.

Anonymous said...

salam.. rupanya sudah bnyk fakta yg telah diputar belit. Semuanya trikut cara bapak rasis la nie. Jika benar pengetua ini tidak bersalah bkn saja anak murid perlu minta maaf mala si kj gak perlu meminta maaf kerana telah trmakan hasutan MCA dlm hal ini..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Jeffry:
Jika ada masalah di sekolah mengapa perlu gunakan parti politik. Jangan bawa politik dalam sekolah. JPN boleh ambik tindakan kepada pelajar India dan guru India yang menjadi dalang itu.

Salam bro Arif Omar:
Itu yang sepatutnya dilakukan oleh guru-guru Melayu dan pelajar Melayu di sekolah itu jika benar pengetua di pihak yang betul.

Salam Melayu Pasir Gudang,
Satu jempol patut diberikan kepada pengetua ini cuma kawan kesal mengapa beliau menurut tekanan MCA dan DAP supaya meminta maaf di hadapan murid dalam satu perhimpunan jika benar beliau tidak bersalah. Mungkin beliau keseorangan pada ketika itu......

Salam siberangan:
Memang benar apa yang ditulis oleh saudara. Johor bukan lagi tiang seri kepada UMNO dan bukan lagi jantung hati BN. Bagi Anwar tumbangnya UMNO Johor bermakna akan tumbanglah UMNO Malaysia.

Salam aha:
KJ sudah lama terbuang dalam isu perjuangan Melayu.....dia lebih mementingkan jawatannya sebagai pengerusi Pemuda BN dan kerusinya di Rembau........