Friday, August 27, 2010
Memo Bantahan PERKASA Johor Bahru Mewakili PERKASA Johor
Penyerahan Memo Bantahan di Kons Jenderal Indonesia, Johor Bahru yang mendapat liputan TV3 yang disiarkan dalam Buletin Utama TV 3 pada 27.8.2010
Kepada : Konsulat Indonesia, N0.46, Jalan Taat Off Jalan Tun Abd.Razak, Johor Bahru, Johor.
Daripada : Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara, Johor Bahru mewakili PERKASA Negeri Johor.
Memo Bantahan :
1. Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara Daerah Johor Bahru yang mewakili PERKASA Negeri Johor berasa amat kesal dan kecewa prilaku dengan tindakan segelintir rakyat Indonesia yang memijak dan membakar bendera Malaysia dan melemparkan najis ke kedutaan Malaysia dalam satu insiden baru-baru ini.
2. Kami mewakili ahli PERKASA Negeri Johor khasnya merasakan tindakan ini adalah satu tindakan yang biadap, kurang ajar serta tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.
3. Harapan kami agar tindakan biadap ini tidak berulang lagi dimasa hadapan bagi menjaga hubungan baik antara Malaysia-Indonesia yang telah kian lama di pupuk sebagai satu keluargaan.
4. Memperkukuhkan perhubungan antara Malaysia-Indonesia yang tidak diganggu gugat dengan adanya kesefahaman dan keharmonian serta dasar-dasar yang baik perlu diperkukuhkan.
5. Kami berharap semoga dapat menjaga keselamatan kedutaan dan rakyat Malaysia diberi jaminan sepenuhnya.
Sekian. Terima kasih.
Yang Ikhlas,
HAJI MOHD.GHAUTH BIN MOHD.YUSOFF
PENGERUSI,
PERKASA DAERAH JOHOR BAHRU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Mana lagi badan badan lain ?
NGO Bukan Melayu tak nak muncul sama ke ?
Salam pakcik CLJ:
Mungkin kepenatan bulan puasa agaknya....hehehe
Pernah ke dengar NGO bukan Melayu akan ambil bahagian dalam perkara-perkara seumpama ini? Negara ini hanya tempat mereka mencari makan dan mengumpul harta sahaja agaknya.
Post a Comment