Monday, May 17, 2010
Nasib Baik Ada Undi Pos
Tidak susah untuk mengagak keputusan dalam PRK Sibu baru-baru ini. Sentimen perkauman selepas PRU ke 12 dulu nampaknya masih berterusan hingga ke hari ini malah akan berpanjangan ke PRU ke 13. Signal keputusan PRK Sibu ini ditujukan kepada Najib untuk PRU 13 dan Taib Mahmud dalam Pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi.
PRK P94 Hulu Selangor telah memberi satu amaran bahawa undi Cina tetap tidak berganjak malah bertambah 37% kepada Pakatan Pembangkang. Apatah lagi jika Parlimen Sibu yang didominasi oleh 67% pengundi Cina.
Di Sibu, Wong Ho Leng daripada DAP telah berjaya meraih 18,845 undi, manakala calon BN Robert Lau Hui Yew memperolehi 18,447 undi. Calon Bebas Narawi Harun hanya mendapat 232 undi. DAP menang dengan majoriti 398 undi.
Dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu, BN telah berjaya mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 3,235 mengalahkan Wong Ho Leng daripada DAP dan juga calon PKR. Kini BN telah kehilangan 2,837 yang menjarakkan kemenangannya dalam PRU12. Undi pos yang berjumlah 2,537 telah mendekatkan lagi majoriti kecil yang diterima oleh DAP. Nasib baik ada undi pos, jika tidak BN akan kalah lebih teruk lagi. BN menerima undi pos sebanyak 2,322 undi, manakala DAP memperolehi 70 undi. Calon Bebas pula hanya mendapat 30.
Apa pandangan rakyat bawahan berkenaan keputusan di Sibu ini:
1. Pengundi Cina telah memberi amaran berkali-kali seperti di PRU Bukit Gantang dan Hulu Selangor bahawa mereka sudah kurang berminat dengan BN. Mereka lebih percaya kepada Pakatan Pembangkang yang diterajui oleh Anwar Ibrahim. Anwar lebih diminati berbanding Najib. Najib tidak sebijak dan secerdik Anwar.
2. Anwar tidak mengeluar modal yang banyak tetapi berbekalkan isu-isu panas yang gagal ditepis oleh pelobi-pelobi BN. Anwar dan DAP bukan lagi memainkan isu bangsa tetapi isu agama Kristian. Perdana Menteri kata jentera BN lembik . Klik di sini.
3. Jutaan ringgit yang ditaburkan Najib tidak mengaburi mata pengundi Cina di Sibu. Mengapa baru ditabur sekarang sedangkan BN sudah 28 tahun menguasai Sibu. Wang ringgit hanya gula-gula pilihanraya. Bagi pengundi Cina mereka lebih meminati Pakatan Pembangkang kerana mereka ada agenda lebih besar. Menguasai Sarawak dan Malaysia.
4. BN perlu mengambil langkah drastik dan berani. Selesaikan masalah dalaman SUPP. Ada makluman berlaku sabotaj di kalangan SUPP sendiri.
5. Tukar Taib Mahmud. Beliau sudah menjadi Ketua menteri terlalu lama dan sudah terlalu kaya. Dalam pilihan raya baru-baru ini, nama Taib Mahmud sudah dimomok-momokkan. Perang saraf yang digendangkan oleh Pakatan Rakyat yang menyebut jika mengundi SUPP samalah juga mengundi 'Taib Mahmud' merupakan satu sindiran tajam terhadap kepimpinan negeri Sarawak yang diterajui oleh Taib Mahmud.
6. BN jangan tabur projek semasa pilihanraya, 18 Juta tidak boleh membeli undi Cina. kalau sudah tau kecenderungan pengundi Cina mengapa perlu membazir sedangkan ramai lagi pendokong kerajaan masih serba serbi kekurangan. Mengapa BN buat-buat buta dan tuli terhadap senario pengundi Cina pada masa ini.
6. BN perlu memberi tumpuan yang lebih kepada kawasan ramai pengundi Melayu dan Bumiputera seperti Sabah, Sarawak, Pahang, Johor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor. Kerusi-kerusi ini menjadi penentu kemenangan BN dalam pilihanraya ke 13.
7. Slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri juga dilihat tidak memberi impak kepada masyarakat Cina. Pilihan raya kecil di Hulu Selangor baru-baru ini telah menjadi bukti betapa pengundi-pengundi golongan ini masih terkeliru dengan wawasan 1Malaysia yang menuntut hak kesamarataan sebagai sebuah 'bangsa Malaysia'.
Sudah terang lagi bersuluh....
Amir Hamzah
Batu Pahat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam Bro,
Itulah hakikat, itulah kedapatanya. Cuma kita mudah sangat percaya dan menurut kata mereka. Nak dikata bal, mungkin juga. Cina dah memang tak bagi undi kepada BN, buat apa kita harapkan lagi.
Berikan projek besar kepada orang kampung-kampung Melayu yang selama ini banyak menyokong Kerajaan dan BN. Melayu pun belum kaya lagi bro, banyak yang merempat di tanahair sendiri...
SUPP ni perasan bagus dan angkuh. Kalau betul pemimpin mereka buat kerja sewaktu BN dulu berkuasa di Sibu, sudah tentu tak jadi begini.
Holocaust
Salam Wake up,
Saya sokong kenyataan tuan. Mereka dah tidur lama sangat, bagi wake up in the May 16.....
Undi pos pun kalau pengundi tau wakil rakyat sebelumnya tak buat kerja, tak jadi apa jugak.
It's a miracle that non of the Israeli commandos was killed by the so called terrorists.
Salam Hj zedmagel: Saya setuju, jangan perabehkan beras....tolong orang yang bagi undi kat kita. Siapa yang bebal sekarang.....Najib dan kuncu-kuncunya.....
Salam Wake UP: SUPP pun bergaduh sama sendiri.....macam UMNO gak...bergaduh tak habis-habis...
Post a Comment