Friday, May 7, 2010

Orang Sendiri Yang Londehkan PKR dan PAS


Mengapa sebahagian lagi Melayu di negara ini masih kurang yakin dengan kedua-dua parti yang diketuai oleh orang Melayu iaitu PKR dan PAS yang sekarang ini duduk sekandang dengan DAP. Ada juga orang Melayu yang inginkan perubahan pucuk pimpinan negara agar UMNO 'memberi laluan' kepada gabungan PKR, PAS dan DAP untuk mentadbir negara ini. Itu dulu. Selepas beberapa siri PRK, nampaknya golongan ini sudah mula 'tarik break' agar perubahan itu TIDAK berlaku dan BELUM boleh berlaku sekurang-kurangnya selepas pilihanraya ke 13 nanti.

Apakah yang boleh digantungkan harapan kepada kedua-dua parti ini untuk menggalas harapan rakyat bagi menggantikan UMNO dan BN jika kedua-dua parti ini bukan saja semakin 'pekung' tapi pergolakan dalaman parti amat membimbangkan. Pendek kata tidak memberi gambaran yang meyakinkan kepada orang Melayu bagi menjaga kepentingan mereka.

Ramai orang Melayu gusar apabila melihat pergolakan dalaman di dalam PKR khususnya apabila pemimpin-pemimpin penting telah keluar parti menjadi wakil rakyat bebas atau menjadi ahli parti lain. Senario ini membuktikan ada sesuatu yang tidak kena terhadap kepimpinan tertinggi PKR. Dakwaan pemimpin-pemimpin yang keluar parti yang selalu kita dengar ialah sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim, dasar-dasar parti yang sudah menyimpang daripada perjuangan asal, pilih kasih dan tiada persefahaman dengan beberapa pemimpin-pemimpin PAS.

Anwar Ibrahim sendiri gagal dalm usaha terakhirnya membuat rayuan (klik di sini)di Mahkamah Rayuan untuk menggugurkan kesnya juga telah menimbulkan rasa meluat dan jelek di kalangan orang Melayu yang tidak berpihak kepada mana-mana parti. Mereka mahu Anwar menang secara 'anak jantan' di mahkamah bukannya mencari helah untuk mengugurkan kesnya tetapi berhujah dan mempertahankan dirinya di mahkamah. Kalau kalah pun ianya adalah kekalahan yang 'bermaruah' dan jika menang tentunya akan melonjakkan semula Anwar dipersada politik tanah air.

Sudahlah kes liwatnya bertangguh-tangguh, perancangan 16 Septembernya juga gagal. Kegagalannya merampas Putrajaya telah mengecewakan banyak pihak sehingga ramai pemimpin-pemimpin PKR meninggalkan parti itu. Lebih memedihkan, pendedahan oleh rakan-rakan karibnya seperti Zahrain dan Zulkifli selepas keluar dan dipecat oleh PKR menyebabkan runtuhnya sedikit demi sedikit kepercayaan rakyat Melayu kepada Anwar. Jelas lah bahawa pemimpin-pemimpin PKR sendiri tidak bersatu, tikam menikam, sekat menyekat dan berebut kekayaan dan jawatan. Semuanya yang berlaku di dalam PKR adalah pendedahan ORANG-ORANGNYA SENDIRI bukan daripada pihak lain sama ada pihak lawan atau media. Apa lagi yang hendak orang Melayu gantungkan harapan kepada PKR?

Begitu juga PAS yang semakin kalut sejak akhir-akhir ini apabila ORANG-OARANG SENDIRI juga yang menelanjangi parti itu. Syed Azidi Syed Aziz@ blogger Kickdefella sudah bersedia untuk menjadikan pemimpin-pemimpin PAS gigit jari seandainya blogger bekas penjilat Husam itu membuka pekung PAS sedikit demi sedikit. Nik Aziz yang bersih dan suci itu pun diseret sama.(klik di sini) PAS tidak boleh selama-lamanya berselindung disebalik identitinya sebagai sebuah parti Islam yang dilihat tidak mungkin boleh berbohong. Mereka menggali lubang yang memerangkap diri sendiri.

Bagi orang kebanyakkan untuk memburuk-buruk pentadbiran Pak Lah tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak sehingga RM 4 juta. Tanpa publisiti yang meluas pun rakyat sudah dapat menghidu kelemahan itu. Husam Musa mengakui “PAS sering dibantu oleh jutawan serta golongan korporat yang ingin mendapat keredhaan Allah di atas apa yang mereka belanjakan,” Kalau itu sumbernya apakah redho si penderma jika duit yang didermakan bukan untuk fisabilillah tetapi untuk menjatuhkan seorang pemimpin Islam lain dengan cara memburuk-burukkannya. Husam pun dah mengaku, lagi pun apa yang hendak dipelikkan sangat, selain daripada derma-derma jutawan dan ahli koporat, Husam berkawan dengan parti yang banyak duit. klik di sini.

Husam yang lebih dikenali sebagai pihak PAS Erdogan yang rapat dengan Anwar Ibrahim semakin kalut dengan dakwaan blogger Kickdefella. Sejak berkawan dengan PKR, terlalu banyak isu-isu di dalam PAS yang membuatkan rakyat menilai bahawa PAS sudah banyak berubah terutama dari segi dasar perjuangan. PAS sanggup 'melacurkan' perjuangan yang telah disuburkan oleh pemimpin-pemimpin mereka terdahulu khususnya di zaman Fadhil Nor. Atas nama persahabatan antara PKR dan DAP, PAS sudah jarang menyebut perkataan Islam kecuali ketika bersama orang-orang Islam yang mereka perdaya. Rakyat sudah melihat tidak ada bezanya antara PKR dan PAS. Elok dibubarkan sahaja salah satu parti itu. Anwar masuk PAS atau Hadi masuk PKR?

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah segala kemelut yang berlaku di dalam kedua-dua parti ini sebenarnya bukan datang daripada anasir luar tetapi oleh 'orang-orang sendiri' yang kecewa. Orang yang kecewa lambat laun akan memberi masalah kepada parti. PKR dan PAS sudah tersasar dan harapan mereka untuk mengantikan UMNO semakin tipis sebab sekarang mereka lebih teruk daripada UMNO.

Lihat lah DAP, mereka bukan sahaja mengurangkan krisis tetapi berjaya menenggelamkan MCA dan GERAKAN. Penangan DAP kepada MCA dan GERAKAN membuatkan parti itu menjadi seperti pengemis kepada pengundi-pengundi Cina. Sejak pilihanraya ke 12, undi Cina sudah beralih kepada DAP dan sekutunya. Bagaimana pula sumbangan PKR dan PAS meraih undi Melayu. Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor telah membuktikan DAP jauh lebih berjaya daripada PKR dan PAS. DAP berjaya meraih 72% pengundi Cina dan menurunkan sokongan undi Cina kepada 27% sahaja kepada BN berbanding 38% pada PRU ke 12 lalu. Pilihanraya Umum akan datang undi Cina dijamin 85-90% akan disumbangkan kepada Pakatan pembangkang di semua kerusi parlimen seluruh negara. Dalam masa yang sama undi Melayu sudah berbalik kepada BN.Yang tinggal adalah penyokong-penyokong tegar mereka sahaja. Siapakah nanti yang lebih 'power' antara PKR, PAS dan DAP?

Pendek kata PKR dan PAS jangan salah orang lain terutama media dan musuh politik mereka. Salahkan diri sendiri dan belajarlah daripada DAP.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

11 comments:

Dal said...

Kalaupun PAS dan PKR nak perubahan kerana kononnya UMNO rosak atau sebagainya tak payahlah bersekongkol dengan DAP laknatullah tu.

Walauapapun bukankah PAS dan PKR itu ada Melayunya. Apakejadahnya bersekongkol dengan cina altra DAP kominis tu. Kan DAP tu PAP jugak. Mereka anti Melayu dan anti Islam. Mereka komited untuk menjahanamkan Melayu dengan negeri-negerinya sekali.

DAP tu jadi gemuk kerana Melayu itu Melayu PAS dan PKR. Tak payahlah jadi Melayu kalau begitu. PKR diterajui oleh Melayu parasit. PAS pula oleh si alim yang keliru. Janganlah kerana hardup sangat akan kuasa maka sepermandian dengan si kolop dan mencuci daki sendiri dengan kencing mereka.

rimaJOHOR said...

Wa betul-betul keliru lah dgn si Pas ni.......pelik. Di satu pihak dgn Dap cakap lain, dgn Orng Melayu ...lain plak....pelik in apek lah .

Arif Omar said...

rugi nasihatkan 2 parti sampah ni. bair mereka terlingkup aje.

amieiezam said...

memang betul kata yop arif omar,

sakit hati dan buat runsing jer...

kalau anwar tuh sayang Islam dan Melayu...dia tak melompat tubuhkan adil @ keadilan skrg... baik dia berjuang dalam PAS...tapi kalau duduk dalam PAS takut panas jubor!! kena perli confirm...kot kena tuam jer nnt..

kawin antara PAS PKR dan DAP mcm persetubuhan haram jer...mana ada akad!!!

zedmagel said...

Salam Bro,

Saya pun pelik, bukankah elok jika PAS bersatu dengan UMNO dan menolak PKR dan DAP kerana mereka ini parti yang ingin menghakis keistimewaan Melayu dan menentang Islam dengan jelas.

Mengapa PAS ingin bersama mereka dan menolak UMNO parti yang seagama dan sebangsa dengannya.

Sebab tulah BN di sekel kepalanya oleh parti komponen yang lain. BN - Seperti buah jambu yang dihonges oleh haiwan perosak.

life is not a fairy tale dude said...

PAS, PKR dan DAP tu tiga-tiga tak guna.

PAS, ally of communist

life is not a fairy tale dude said...

Bila dah berada di dalam PKR, barulah nampak segala kepincangan.

Chauvinist party

life is not a fairy tale dude said...

Berduyun-duyun pemimpin PKR lari meninggalkan Anwar.

racist extremists in DAP is at it again

life is not a fairy tale dude said...

PKR dan PAS sama saja. Pengkhianat negara.

Is MCA a DAP in disguise?

life is not a fairy tale dude said...

Jangan membelakangi orang Melayu yang sokong BN dan melebihkan orang Cina yang tak sokong BN.

Prioritise our own race

s.nizam said...

PAS berdendam dgn umno je...bukan sbb nak tegakkan Islam..PAS boleh independent kalau betul nk perjuangkan Islam.bukan dgn sekongkol dgn DAP..DAP tak pernah tukar matlamat sejak penubuhannya berkiblatkan PAP..tp PAS dgn mudah hilang arah tuju dalam PR..langsung tiada suara..harap jambang ngn janggut je la...senario hari ini, kaum cina tuntut kuasa lebih dalam politik spy segala hak2 org melayu akan terhakis..tiada lg keistimewaan org melayu dalam segala segi..perlembagaan akan ditukar.kesannya pada anak cucu akan dtg..masa tu najib, anwar ibrahim dan nik aziz dah xde...x guna nk menyesal lg..mereka akan disumpah generasi akan dtg..