Friday, April 16, 2010

Pengundi Cina Tumpuan Anwar Dan Zaid


Semasa PRK Permatang Pasir,PAS serang bagai nak rak peribadi calon BN Rohaizat Osman daripada isu isteri kedua Rohaizat yang menjadi bahan kempen utama di pilihanraya kecil itu sehinggalah isu dakwaan pecah amanah Rohaizat sebagai peguam. Akhirnya Rohaizat kalah kerana rakyat melihat isu moral dan isu peribadi menjadi pertimbangan terakhir pengundi.

Apabila Zaid Ibrahim dipilih menjadi calon PKR dalam PRK P94 Hulu Selangor ianya bukan sesuatu yang mengejutkan. Ini pilihan Anwar Ibrahim dan kerusi Hulu Selangor memang diperuntukan untuk PKR. PAS dan DAP mengikut sahaja. Adakah pemilihan Zaid berasaskan kepada ketinggian peribadi dan kebersihan daripada isu atau skandal?, Tidak, itu bukan pertimbangan Anwar kerana dirinya sendiri bukan seorang yang bermoral. Kesnya masih lagi tidak selesai bahkan bertangguh-tangguh.

Adakah Anwar tidak tahu masalah Zaid? Adakah Anwar tidak terfikir masalah moral Zaid itu akan menjadi isu dan memberi peluru kepada BN untuk menyerang PKR. Sudah tentu Anwar sedar dan faham. Kefahaman Anwar ini boleh diterjemahkan melalui kata-kata MB Selangor, Khalid Ibrahim. Menurut Khalid, 'Zaid pernah diterima sebagai wakil rakyat di Kota Bharu waktu dalam UMNO dulu sedangkan masyarakat di situ konservatif tentang Islam.

“Saya percaya dia tidak sukar di sini ( Hulu Selangor) ..saya percaya dia sukar di Kota Bharu …di Kota Bharu rakyat …saya difahamkan lebih konservatif dari segi pengamatan Islam…tapi mereka pilih saudara Zaid…di Hulu Selangor…saya tak taulah..tapi tak sekonservatif dengan Kota Bharu….oleh itu telahan itu tidak manasabah…untuk kita tidak memilih saudara Zaid'

Kenyataan Khalid ini adalah satu penghinaan kepada pengundi Islam di Hulu Selangor. Adakah masalah moral Zaid itu seperti peminum arak dan rasuah seperti yang dilaporkan di internet itu sesuatu yang biasa di Hulu Selangor dan luar biasa di Kota Bahru. Rendah sangatlah keimanan dan ketaqwaan pengundi Islam Hulu Selangor mengikut kaca mata Khalid.

Jikalau Anwar tahu, isu ini bakal meletup mengapa pula Anwar masih memilih Zaid Ibrahim dan bukan orang lain. Dikhabarkan ramai pemimpin-pemimpin PKR yang kurang bersetuju di peringkat awal termasuk Azmin Ali tetapi atas kehendak bos mereka siapalah yang boleh membantah. Apakah agaknya rasional yang diberikan oleh Anwar sehingga akhirnya semua orang menerima Zaid?

Anwar hampir pasti mensasarkan undi besar PKR akan datangnya daripada 90% undi Cina yang mewakili 32% daripada jumlah pengundi di Hulu Selangor. Pengundi Cina menganggap Zaid tergolong dalam kategori Melayu Liberal seperti mana Melayu yang bernama Anwar Ibrahim atau Khalid Samad. Pengundi Cina tidak kisah Zaid itu anak tempatan atau tidak. Pengundi Cina tidak kisah Zaid itu seorang peminum arak tegar atau tidak. Pengundi Cina tidak kisah Zaid itu kaya atau tidak. Pengundi Cina pun tidak kisah Zaid tu terlibat dengan rasuah walaupun Zaid Ibrahim pernah digantung 18 bulan (tuduhan politik wang) dari aktiviti politik oleh UMNO kemudian dilantik menjadi menteri selepas diberikan status SENATOR oleh Paklah . Namun itu semua akan dipersetankan oleh pengundi Cina kerana mereka akan melihat rekod Zaid.

1. Zaid lebih dikenali sebagai orang yang berjaya memalukan Tun Dr Mahathir dengan bayaran ex-gratia kepada bekas-bekas hakim yang dipecat di zaman Tun ketika beliau menjadi Menteri Undang-undang. Zaid dilihat seorang yang anti Tun Mahathir.

2. Zaid akan membantu merealisasikan kehendak orang-orang Cina untuk menghapuskan ISA atau Akta keselamatan Dalam negeri yang dikatakan kejam dan tidak adil untuk rakyat Malaysia.

3. Zaid pernah mengecam DEB atau Dasar ekonomi Baru. Dasar ini dianggap kuno oleh Zaid walaupun beliau datang daripada dasar ini. Beliau juga memperlekehkan konsep Ketuanan Melayu yang menjadi asas kepada perkara 152 dan 153 Perlembagaan negara. Kehendak Zaid sama dengan kehendak kaum Cina.

4. Zaid pernah mengheret PAS Kelantan ke mahkamah berkaitan hukum hudud di Kelantan yang dikatakan bertentangan dengan perlembagaan negara. Tindakan Zaid ini sangat disenangi oleh Cina dan India DAP kerana DAP memang anti kepada hukum hudud.

5. Orang-orang Cina amat senang dan selesa dengan pendirian Zaid berkenaan isu kalimah Allah, isu 16 September, isu Anwar Ibrahim terlibat dalam organisasi pelobi Yahudi antarabangsa, Hak Keistimewaan Orang Melayu, isu dasar Bahasa Melayu, isu Malaysia Malaysian.

Dengan sokongan besar pengundi Cina di Hulu Selangor ditambah sokongan ahli-ahli PAS dan PKR Melayu dan DAP serta PKR India, Anwar Ibrahim menaruh harapan tinggi untuk kekalkan P94 di tangan PKR sekali lagi.

Apa pula pendirian orang Melayu yang mempunyai majoriti 59% daripada jumlah pengundi di Hulu Selangor? Sanggupkah orang Melayu Islam di Hulu Selangor melihat Zaid ini menjadi wakil rakyat dan akan berlagak sombong di parlimen kelak?

Orang Melayu tidak ada pilihan lain kecuali mengurangkan perpecahan. Khususnya penyokong PAS sanggupkah orang-orang PAS mengundi orang yang telah menyeret hukum Allah ke mahkamah? Ramai orang yang tahu bahawa 'Penyokong Pas Kecewa dengan Zaid Ibrahim'

Seandainya Melayu berjaya mengurangkan perpecahan ditambah dengan sokongan padu daripada pengundi India dan sokongan padu daripada parti-parti India komponen BN, pilihanraya PRK P94 Hulu Selangor akan berpihak kepada BN walaupun dengan majoriti kecil. Memberi undi kepada Kamalnathan bermakna memberi undi kepada Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin. Undi Zaid Ibrahim bermakna memberi undi kepada Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang,Hadi Awang dan Karpal Singh.

10 Sebab
Zaid Ibrahim Mesti Ditolak
Di Hulu Selangor! klik di sini


Amir Hamzah
Batu Pahat

3 comments:

amieiezam said...

yop teman melihat pemilihan zaid ibrahim juga dijangka dapat meminimumkan serangan terhadap masalah dalaman PKR dan masalah peribadi anwar itu sendiri...saya yakin anwar mahu mengurangkan sebolehnya rakyat drpd bercakap tentang skandalnya seksnya!! yer la kes dia pun tgh disejukkan oleh isu apco, pornthip takut dan dakwaan zahrain + zul

zedmagel said...

Salam Bro,

Dengar isu utama, Zaid Ibrahim orang luar, Selangor. Selain dari beberapa isu peribadi seperti minum arak dan lain-lain. Undi Kaum Cina mungkin sedikit kelebihan kepada BN sebab pertukaran pucuk pimpinan MCA dan memberikan impak besar dalam PRK kali ini.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam amieiezam,
Telahan saya hampir tepat. Zentrum yang diketuai pengasas dan presidennya Abu Hassan Hasbullah, dari Universiti Malaya mengumpulkan data secara harian kerana ia merasakan perubahan tertentu boleh mempengaruhi sentimen pengundi. Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.

Namun sokongan kaum Cina kepada PKR berada pada tahap yang tinggi, iaitu 78 peratus.

Salam Zedmagel,
Pertukaran pucuk pimpinan MCA tak banyak membantu. Presiden MCA silap pilih....pelakon video lu_ _ h. hehehe