Friday, October 29, 2010

Zul Nordin: PKR dan DAP Nak Kencing PAS!


Seronok juga baca pendedahan Zulkifli Nordin ini. Dakwaan ini bukan dilakukan di kedai kopi tetapi ketika beliau membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat. Baca laporan ucapan beliau ini.


ZUL NORDIN DAKWA ADA PERJANJIAN SULIT PKR -DAP DI BELAKANG PAS JIKA TAWAN PUTRAJAYA

Bunyinya memang berat.Kalau ikut cakap Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin nampak gaya PAS kena ‘main belakang’ oleh PKR dan DAP dicelah hubungan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa DAP dan PKR ada membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Ia juga melibatkan pemberian kuasa autonomi kepada Pulau Pinang.

Zulkifli yang membuat dakwaan itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat berkata hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut.

"Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika PKR menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang.

"Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP... saya mohon perkara ini dipandang berat," katanya.

Dalam perbahasannya Zulkifli juga mempersoalkan tindak tanduk yang cuba menonjolkan apa sahaja yang dibuat oleh orang Melayu semuanya salah tetapi tidak apabila dibuat oleh bukan Melayu.

Ini termasuk apabila orang Melayu menyuarakan hal melibatkan hak dan kepentingan mereka.

Sebaliknya tidak demikian apabila bukan Melayu bersuara.

Beliau membangkitkan bagaimana insiden beberapa pemuda Melayu yang membakar gereja di Melawati dikenakan hukuman oleh mahkamah tetapi beberapa remaja bukan Melayu yang simbah cat pada surau di Seremban hanya dikenakan denda.

Zulkifli juga menilai perbuatan Namawee yang cemar lagu Negaraku yang belum dikenakan apa-apa tindakan sangat keterlaluan.

Menurut Ahli Parlimen itu DAP cuba memutarbelitkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai usaha mempertahankan Putrajaya dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO.

Katanya DAP perlu menyingkap balik kenyataan pemimpin parti itu sebelum peristiwa 13 Mei 1969 dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain.

Beliau yang merupakan anggota ke-100 mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang tersebut juga menyarankan lebih banyak bahan bacaan berhubung peristiwa 13 Mei diterbitkan untuk membolehkan rakyat mengetahui fakta sebenar di sebalik peristiwa hitam berkenaan.

"Saya cadangkan salah satu sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah peristiwa 13 Mei 1969," katanya merujuk kepada cadangan kerajaan mewajibkan mata pelajaran sejarah dalam sistem pendidikan negara.

Beliau juga menyarankan supaya kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi membuat siasatan rapi dan mendalam ke atas peristiwa hitam itu dan menerbitkan satu kertas putih agar rakyat dapat mengambil pengajaran daripada tragedi itu.

Menyentuh tentang Gagasan 1Malaysia, Zulkifli mahu kerajaan terus memberi penerangan lanjut mengenai konsep tersebut supaya ia tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata konsep tersebut juga harus meliputi prinsip mendahulukan negara agar tiada pihak yang sanggup mencemuh negara semasa berada di seberang laut.

Beliau juga membidas anggota-anggota Parlimen pembangkang kerana gemar melabel Bajet 2011 dengan nama-nama yang menghina.

"Kita perlu ingat, hendak kritik jangan terlalu melampau, biar berpada-pada, hendak puji juga jangan melampau. Itu yang Islam ajar pada kita," kata beliau.


Baca yang original di sini.

3 comments:

zedmagel said...

Salam Bro,

Zulkifli sendiri dah lencun di kencing oleh PKR dan DAP. PAS sekarang dah lencun kena kencing tapi tak sedor diri lagi...

mukhtar said...

DAP tolak Islam. Maka orang Islam yang berfikiran waras, sepatutnya tidak menjalinkan persahabatan dengan DAP.

Orang-orang politik ni kadang-kadang buat aku pening.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Hj Zedmagel dan Mukhtar:
Semuanya kerana kuasa sanggup jual prinsip perjuangan. Begitu murahnya maruah PAS, sanggup gadaikan perjuangan Islam kerana DAP.....hehehe