Tuesday, October 5, 2010

PERKASA Johor Sokong Mustaffa Tolak Azmin


Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah menjelaskan sokongan yang diberikan mereka kepada Mustaffa Kamil Ayub - calon timbalan presiden PKR - bukanlah untuk memecahkan perpaduan dalam parti itu.

"Sokongan Wira PERKASA bukan kerana mahukan perpecahan sesama mereka (pemimpin PKR) tetapi setelah diambil kira antara semua calon, Mustafa Kamil Ayub dilihat calon yang ada jati diri Islam dan bangsa Melayu," kata Arman Azha

PERKASA tidak berhajat untuk masuk campur dalam urusan parti politik khususnya PKR tetapi PERKASA sekadar mencadang dan membuka minda ahli-ahli PKR yang berada di dalam PERKASA. Mustaffa sendiri tidak perlu risau kerana sokongan PERKASA bukan bermakna Mustaffa menyokong PERKASA. Kita pun faham bahawa Mustaffa takut kehilangan undi daripada kalangan ahli PKR daripada bukan Melayu dalam pemilihan PKR bagi jawatan Timbalan Presiden.

Ketika Mustaffa takut kehilangan undi bukan Melayu, beliau juga perlu ambil peduli dengan pengundi-pengundi Melayu. Peranan, tujuan dan matlamat PERKASA mungkin lebih difahami oleh akar umbi dan orang kebanyakan berbanding pemimpin-pemimpin Melayu yang lain. Mustaffa perlu bertanya mengapa masih ada orang PAS, PKR dan mereka yang tidak berparti menyertai PERKASA walaupun tidak seramai ahli-ahli UMNO? Pertama mereka merasakan perjuangan PERKASA adalah betul dan keduanya berkemungkinan mereka kurang selesa dengan kedudukan parti masing-masing dalam memperkatakan isu-isu kepentingan Melayu dan islam.

Jikalau semua parti politik sudah tidak berupaya mempertahankan beberapa perkara di dalam perlembagaan negara, kepada siapakah lagi yang boleh diharapkan untuk menjerit dan membidas jikalau bukan PERKASA.

Apabila PERKASA mencadangkan agar ahli-ahli PKR di dalam PERKASA menyokong Mustaffa bukanlah bermakna ada satu pakatan politik yang akan terjalin antara PERKASA dan PKR pada masa hadapan, tetapi daripada 4 calon popular yang bakal bertanding Timbalan Presiden iaitu Azmin, Zaid, Mustaffa dan Khalid, nampaknya Mustaffa saja kelihatan paling kurang kontroversi.Sebagai Naib Presiden PKR, Mustaffa agak kurang mengeluarkan ulasan dan kenyataan-kenyataan yang kontroversi atau berbentuk provokasi.

Selain kekurangan kontroversi, Mustaffa juga mempunyai latar belakang pendidikan Islam dan mempunyai jati diri Islam dan bangsa Melayu. Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah menyifatkan, Mustaffa adalah calon paling layak bagi jawatan timbalan presiden kerana latar belakangnya dari Abim.

“Mustaffa dari ABIM, beliau mempunyai agenda Islam dan berjuang untuk kebaikan orang Melayu... Azmin di sebelah lain tidak berminat untuk memperjuangkan kepentingan komuniti orang Melayu, Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar,” kata Arman.

Pendekata Mustaffa boleh diibaratkan sebagai lelaki kacak bergaya serta berakhlak yang dikelilingi lelaki-lelaki hodoh di dalam PKR.

Sokongan terhadap Mustaffar oleh PERKASA Johor tidak mempunyai kaitan dengan kecaman Azmin terhadap PERKASA dan Tun Mahathir. Jika dilihat daripada sudut itu, Mustaffa turut mengambil pendirian menyokong Azmin dengan berikrar akan melawan PERKASA habis-habisan termasuk juga individu yang sedang ‘tersungkur’ di Australia bagi merujuk Tun Mahathir yang dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne bagi menerima rawatan akibat jangkitan kuman pada saluran pernafasan. Mustaffa turut berkata, "Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin PKR mengkritik Tun? Kalau Tun seorang negarawan, beliau tidak akan aniaya rakyat dan fitnah bekas timbalan perdana menteri. Mengapa perlu bengis apabila Tun dikritik pada penghujung usianya?" soalnya kembali.Kenyataan Azmin itu mendapat tindak balas dan kecaman daripada pelbagai pihak termasuk PERKASA.

Bagi PERKASA Johor, cercaan, penghinaan dan fitnah kepada Tun Mahathir bukanlah perkara baru malah sudah berlaku ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri lagi. Azmin hanya mengulang-ulang cercaan itu untuk kesian kalinya akibat dendam kesumat yang tidak padam-padam kepada Tun Mahathir. Azmin seperti Anwar juga boleh diibaratkan sebagai spesis 'Melayu Mudah Lupa'.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentam mantan Perdana Menteri ekoran kes liwatnya yang menyebabkan Anwar hilang jawatan timbalan perdana menteri. Padahal Mahathirlah yang membawa Anwar menyertai UMNO sehingga beroleh kedudukan dan kekayaan.

Namun, semua itu dilupakan oleh Anwar apabila beliau berterusan menyerang Dr Mahathir dan cuba menjatuhkan negara melalui gerakan Reformasi.Kini, ibarat pepatah ‘Guru kencing berdiri, murid kencing berlari’, sikap mudah lupa diwarisi anak emas Ketua Pembangkang itu, Azmin Ali apabila menyifatkan Dr Mahathir sebagai pemimpin yang sedang tersungkur. Klik di sini.

PERKASA Johor juga berpendapat bahawa Mustaffa juga disenangi oleh pemimpin-pemimpin dan ulamak-ulamak di dalam PAS. Bagi menjaga hal ehwal agama dan kepentingan orang-orang Melayu kehadiran Mustaffa sebagai orang penting di dalam PKR akan menyeimbangkan tuntutan-tuntutan melampau daripada bukan Melayu khasnya daripada DAP.

PERKASA Johor sekali lagi memberi cadangan kepada ahli-ahli PKR yang juga ahli-ahli PERKASA diseluruh negara supaya dapat membuat pilihan bijak dengan menyingkirkan orang yang bermasalah dengan presiden parti. Ketepikan juga Zaid Ibrahim dan Khalid Ibrahim kerana mereka sudah ada PELAN B

Amir Hamzah
Batu Pahat

2 comments:

zedmagel said...

Salam Bro,

Aku mals nak sokong sesiapa dalam menentukan kepimpinan PKR, kenapa Nuar tak nak jadi Prsiden PKR? Tu pun dia tak boleh nak jawap, apakebendanya jawatan yang lain..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Hj Zedmagel: Kita main-main ajer bro....bukan boleh mengundi pun. Disebabkan Azmin anti PERKASA maka kita carilah orang yang baik sikit daripada dia......