Wednesday, October 13, 2010

Hak Sultan Untuk Memberi atau Menarik Semula.


Hak Sultan Untuk Memberi atau Menarik Semula.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,”. Itulah komen Berahim Ali selepas Istana Kelantan melucutkan gelaran DMSK yang membawa gelaran 'Datuk kepadanya.

Ahli PERKASA jangan melatah. Jangan tanya sebab musabab. Anugerah Datuk itu adalah hak Sultan.

http://www.malaysiakini.com/news/145172

Kentut Brahim Pun Boleh Jadi Isu........

Apabila dah popular lambat bangun bertafakur pun jadi masalah. Kalau Brahim kentut kuat dalam Parlimen pun boleh jadi isu...Orang kata Brahim kurang sopan. hehehe....Tapi Brahim kata, "Jika awak nak serang saya pun, cari isu yang betul. Jika Ibrahim Ali amalkan rasuah, salah guna kuasa atau pun meliwat, maka seranglah saya". Sinis sindiran Brahim...

Suatu yang menarik juga untuk dibicarakan apabila Brahim meramalkan pilihan raya ke-13 yang akan datang adalah yang terakhir PKR akan bertanding.

"Berdasarkan firasat saya yang telah lama berkecimpung dalam politik, pilihan raya ke-13 adalah yang terakhir untuk PKR. Saya tidak jangka ia dapat terus selepas itu,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Brahim juga memperli PKR bukan sebagai parti yang kredibel dan berkata ia hanya alat yang digunakan oleh ketua umum PKR, i Anwar Ibrahim yang bercita-cita menjadi perdana menteri.

"Mereka capai kemuncak pada pilihan raya ke-12, tetapi orang ramai mula menyedari tembelang mereka dan orang Melayu kini mula bersatu. Saya percaya rakyat tidak akan bakar kelambu kerana nyamuk,” katanya


Adakah anda setuju dengan kenyataan Brahim bahawa PRU ke 13 adalah PRU terakhir kepada PKR?

Amir Hamzah
Batu Pahat

6 comments:

amieiezam said...

setuju bro...firasat Datuk Paduka Ibrahim Ali mcm betul la kalau pikir molek2.

kita junjung tinggi perintah sultan tak kiralah mana negeri pun. duli tuanku tetap RAJA_RAJA MELAYU....kami SETIA dibawah naungan duli-duli tuanku RAJA MELAYU.

Unknown said...

Raja dengan rakyat tak dapat dipisahkan bak Irama dan Lagu. Begitulah dengan Melayu, tanpa Melayu akan tertegakkah Kesultanan di Malaysia ini. Siapa yang mendaulatkan Raja selama ini. Adakah bangsa pendatang? Walaupun dikatakan setia, kesetiaan yang boleh di persoalkan. Berapa ramai mereka ini berada di dalam angkatan barisan hadapan seperti Tentera dan Polis. Kalau perang siapa yang berada dihadapan agaknya? Siapa yang melingdungi raja kita agaknya? Sejarah kesultanan samada realiti, dongeng atau fantasi antara Hang Jebat dan Hang Tuah perlu dihayati. Adakah salah untuk menjadi Hang Jebat atau Hang Tuah. Jika di suruh pilih, yang mana agaknya menjadi Pilihan?

Fikirkan lah...

Hariz Hussein said...

bro im linking ur post to my post...thank you

http://mencandat.blogspot.com/

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam amieiezam:
Daulat Tuanku.....Raja Adil Raja Disembah...Raja Zalim Raja Disanggah...

Salam Mohd Naser:
Selepas Perang Dunia Ke 2, Semenanjung Tanah Melayu diserahkan semula kepada Raja-Raja Melayu kerana British faham tentang campur tangannya ke dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Sudah tentu apabila British memulangkan semula Tanah Melayu kepada Raja-raja Melayu maka satu pengiktirafan British bahawa negeri ini ada Negeri Melayu dan sudah wujud kerajaan Melayu dan tamadunnya beratus tahun dahulu.Sejarah ini yang hendak dipadamkan oleh mereka.

Salam SiPikun:
Silakan...terima kasih...

Arif Omar said...

semuga ibrahim selamat jalani pembedahan. amin

Arif Omar said...

semuga ibrahim selamat jalani pembedahan. amin