Tuesday, February 3, 2009

Selamat Berjuang Saiful Dan DS Anwar!



Mohd Saiful Bukhari bin Azlan telah bersumpah laknat mengaku diliwat Anwar yang dibuatnya di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008.

Ekoran sumpahnya itu, banyak pihak meminta Anwar yang kini Ketua Pembangkang turut bersumpah menafikan tidak meliwat Mohd Saiful yang ketika itu pembantunya tetapi Anwar tidak berbuat demikian hingga sekarang.

Permohonan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen bagi mengekalkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah itu akan didengar pada 5 dan 6 Feb 2009.Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam utama yang mewakili Anwar, Sulaiman Abdullah.

Bercakap kepada pemberita selepas hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 27 November 2008 lalu, Mohd Saiful berkata: "Saya bersemangat menunggu perbicaraan, walaupun terkilan dengan kelewatan tarikh untuk dibicarakan"

"Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat saya," tambahnya. Dalam keadaan Saiful yang sudah cukup berehat dan bertenang anak muda ini kelihatan ghairah untuk bertemu DS Anwar di mahkamah.

Berbanding dengan DS Anwar yang semakin sibuk dengan urusan politiknya khususnya kes yang berlaku di Perak telah mengalih pandangan penyokong-penyokongnya kepada kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Behrang dan Changkat Jering yang secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan menjadi ADUN Bebas.

Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat juga mungkin telah terlupa pada 5 dan 6 Feb.2009, Ketua Pembangkang akan bergelut sekali di mahkamah untuk menentukan survival politiknya. Kalau 1998, nasib DS Anwar dikatakan baik , adakah untuk kali ini DS Anwar sekali lagi dapat membuktikan bahawa ianya satu konspirasi untuk menjatuhnya?

Dalam keadaan Saiful yang tidak sabar-sabar untuk memberikan keterangan di mahkamah, mungkin perbicaraan kali ini akan lebih menarik. Tentu banyak perkara-perkara di dalam kelambu akan terbongkar. Kalau 1998, saksi-saksi pendakwaraya seperti Umi Afilda dan Azizan tidak begitu mengancam, bagaimana pula dengan saksi yang telah sanggup bersumpah laknat di masjid?

Perbicaraan-perbicaraan seumpama ini sudah tentu menarik ramai orang mengikutinya. Mahkamah hari ini kelihatan lebih adil dan ini merupakan satu peluang kepada DS Anwar untuk membuktikan sekali lagi bahawa ini adalah konspirasi DS Najib dan kroni-kroninya. Penyokong pembangkang mendakwa kes kali ini adalah serangan balik DS Najib terhadap DS Anwar yang mengaitkannya dengan kes pembunuhan model daripada Monggolia iaitu Athantuya Sharibu yang dibesar-besarkan terutama pada masa Pilihanraya Kecil Ijok.

Terlalu banyak spekulasi dan khabar-khabar angin yang bertiup kencang dan ulasan-ulasan tidak rasmi daripada blogger-blogger penyokong kedua-dua pihak. Sebaiknya kita serahkan kepada keadilan dan kecerdikan hakim, peguam bela dan pendakwa, saksi-saksi dan tertuduh dan pihak menuduh untuk bersilat di mahkamah.

Kita ucapkan selamat berjuang kepada mereka berdua.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com.

No comments: