Sunday, February 28, 2010
Siapakah Yang 'Bajingan' dan 'Balaci' ?
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang kontroversi, Zulkifli Noordin menyifatkan pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul sebagai "bajingan" serta "balaci" yang rela dicucuk hidung seperti lembu.
Kepada siapakah gelaran 'banjingan' serta 'balaci' yang hendak ditujukan oleh Zulkifli Nordin ini? Sudah tentunya ia ditujukan kepada orang yang menyokong percubaan Lim Guan Eng untuk membatalkan perarakan maulidur Rasul di Pulau Pinang baru-baru ini. Soal boleh atau tidak boleh atau patut atau tidak patut bukan isunya. Isunya ialah menyokong percubaan LGE itu bersifat politik kerana sudah ada 'perjanjian syaitan' dalam pakatan pembangkang bahawa perlu saling sokong menyokong walaupun ianya melibatkan soal agama.
Saya teringat, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.
“Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa. Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Maulud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud” Kata Tuan Guru.
Tentu orang boleh berfikir bahawa Nik Aziz tidak upaya mengumpul orang bagi sambutan maulud tetapi boleh pula untuk menghimpun orang sembahyang hajat untuk memohon pertolongan Allah melepaskan seorang manusia daripada tuduhan liwat yang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah.
Tidak menjadi kesalahan kepada Nik Aziz untuk meminta orang mengaminkan doanya supaya pemimpin Islam yang menjadi musuhnya pecah perut. Semua ini boleh dan tidak berdosa bagi Nik Aziz. Perkara-perkara ini mungkin lebih baik dan lebih penting daripada sambutan mengingati kelahiran nabi Muhamad s.a.w.
Suasana Islam yang bagaimana mahu diwujudkan oleh Nik Aziz jikalau sambutan maulud nabi pun dianggap tidak baik. Nik Aziz menyokong pembatalan perarakan maulud nabi itu adalah kerana sokongan politik kepada rakan baiknya di Pulau Pinang. Apa salahnya perarakan itu kerana ianya bukan berlaku di Kelantan tetapi di Pulau Pinang dalam suasana aman.
Nik Aziz pura-pura tidak sedar bahawa cadangan pembatalan perarakan itu adalah percubaan LGE untuk melihat tindak balas orang Islam di atas tindakannya itu. Jika tidak ada bantahan, langkah LGE seterusnya ialah memastikan supaya azan di Pulau Pinang tidak perlu menggunakan pembesar suara dengan alasan menganggu suasana kedamaian penduduk-penduduk sekitarnya. LGE mahu menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura dengan tidak membenarkan azan menggunakan pembesar suara.
Seorang lagi pemimpin PAS, Mahfuz Omar pula berkata,"Bagi saya berarak maulud tak salah tak berarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Ini lah dia Umno berarak berselawat kemudian rasuah. selawat lagi sapu duit rakyat.berarak berselawat kemudian salah guna kuasa".
Mengapa mahu kaitkan perarakan dengan rasuah? Apakah semua yang berarak itu makan duit rasuah? Kenapa pula sebelum ini Mahfuz tidak berbunyi apa pun tentang sambutan dan perarakan maulidur rasul kecuali selepas LGE ingin membatalkan perarakan di Pulau Pinang?
kalau begitu, ramai juga orang yang berserban dan berjanggut buat kerja maksiat seperti membeli nombor ekor, berjudi, merogol dan sebagainya. Kalau begitu semua orang berserban dan berjanggut itu tidak boleh dipercayai.
Bersihkah PAS daripada rasuah? Bersihkan pemimpin-pemimpin PAS daripada penyalahgunaan kuasa?
Yang makan rasuah tu pegawai-pegawai kerajaan pangkat tinggi yang ada kuasa. Apa kena mengena dengan orang yang hendak sambut maulud nabi?
Selagi tidak bertentangan dengan aqidah tidak menjadi suatu kesalahan untuk menyambutnya.
Tetapi pandangan Nik Aziz dan Mahfuz dibidas oleh seorang ulama dari Kelantan juga yang menyifatkan beliau sudah "menyimpang ". Menurut Pengasas Pondok Genting , Tok Guru Hj Lah , maulud merupakan perhimpunan untuk memuji dan memperingati hari kelahiran nabi dan membaca kisah-kisah mengenai nabi .
Selain itu ,beliau juga berkata memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan diri setiap umat Islam.
Sehubungan itu, beliau menganggap sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah.
"Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam empat perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan kias (ijtimak ulamak).
"Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang,"
Mungkin kerana menyokong LGE berkenaan isu perarakan itu, maka agaknya Zulkifli Nordin menghamburkan gelaran 'Bajingan dan balaci' kepada orang-orang yang mengeluarkan kenyataan politik sebelum ini. Agaknya memang kata-kata itu ditujukan kepada Nik Aziz dan Mahfuz yang beriya-iya menyokong LGE. Bukan saya yang kata, tetapi sahabat Nik Aziz dan Mahfuz dalam Pakatan Pembangkang.
Amir Hamzah
Batu Pahat
Friday, February 26, 2010
Maulidurasul Dan Perlantikan Tunku Temenggung
Tunku Temenggung bersama Tengku Mahkota
Tunku Idris dimasyhurkan Tunku Temenggong Johor
Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini mengisytiharkan pelantikan anakanda ketiga baginda, Tunku Idris, sebagai Tunku Temenggong Johor.
Pengisytiharan itu dilakukan Sultan Ibrahim semasa bertitah pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Sultan Abu Bakar, di Johor Bahru.
"Sempena sambutan hari yang mulia ini, pada fikiran saya, adalah molek untuk saya melantik dan menjadikan anakanda Tunku Idris sebagai Tunku Temenggong Johor," titah baginda di hadapan kerabat diraja, pentadbir negeri dan seluruh rakyat yang hadir.
Berangkat pada sambutan itu, isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Idris dan kerabat diraja yang lain.
Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Datin Prof Jamilah Ariffin, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Abdul Latiff Yusof, barisan Exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan, turut hadir.
Tunku Idris, 22, yang berkhidmat dengan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) pernah menempa nama dengan mengetuai lintas hormat enam pesawat udara sempena perarakan sambutan kemerdekaan peringkat negeri Perak pada 2007.
Lintas hormat itu menggunakan helikopter EC120 yang diiringi dua helikopter EC120 lain, sebuah pesawat jenis Socata TB10 dan dua buah pesawat Eagle 150B buatan Malaysia.
- Bernama
Rakyat Johor menjunjung kasih merafak sembah takzim atas perlantikan Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail sebagai Tunku Temenggung Johor oleh DYMM Sultan Ibrahim di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
Amir Hamzah
Batu Pahat.
Wednesday, February 24, 2010
Brutal Ekonomi Jahanamkan Melayu!
Apabila Francis Yeoh meminta supaya dihapuskan subsidi dan perlindungan kepada bumiputera, pewaris YTL itu mahukan wujudmya satu suasana persaingan yang 'brutal' dalam dunia perniagaan Malaysia. Seolah-olah pertolongan kerajaan dan 'tongkat' yang diberikan bagi membantu orang Melayu itu dianggap sebagai menyekat kepada perkembangan ekonomi negara. Terang-terang dasar kapitalis ini menjadikan yang kaya akan terus menghisap darah orang miskin di mana yang kaya bertambah kaya sementara yang miskin bertambah ramai serta hidup melarat.
Dasar ekonomi cadangan Francis ini akan melebarkan jarak dan jurang antara Melayu dan bukan Melayu dalam bidang ekonomi. Tidak adil untuk Francis meminta agar subsidi ditarik balik dan membiarkan orang Melayu terkial-kial mencari punca rezeki. Francis mungkin terlupa dengan kedaifan dan kemunduran orang Melayu yang berterusan sejak kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Orang Melayu ditindas oleh 3 penjajah barat iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris. Ini bermakna, Melayu telah ditindas selama lebih 400 tahun sedangkan kita baru merdeka selama 53 tahun. Hanya pada tahun 1970 apabila Dasar Ekonomi Baru itu disusun sedemikian rupa untuk membasmikan kemiskinan dikalangan orang Melayu disamping menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Itupun DEB hanya untuk tempoh 20 tahun dengan sasaran 30% kekayaan negara dikuasai oleh orang Melayu. DEB gagal mencapai matlamatnya.
Adilkah bagi Francis Yeoh, setelah gagalnya DEB mencapai target yang ditetapkan maka subsidi, pertolongan dan bantuan itu pula dihentikan.
Memang benarlah tuntutan Francis itu kejam, dahagakan darah, tak berhati perut, tak berperikemanusiaan, tak timbang rasa dan tak bertamadun.
Bagi orang Cina pula, walaupun mereka itu hanya pendatang tetapi layanan penjajah terutama Inggeris amat istimewa jika dibandingkan dengan orang Melayu dan pribumi. 100 tahun sebelum merdeka lagi, orang Cina sudah mendapat pelbagai keistimewaan daripada British khususnya dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Walaupun Malayan Union berjaya dihalang namun dasar-dasar British di bawah Persekutuan tanah Melayu 1948 sebenarnya tidak membawa banyak perubahan kepada orang Melayu.
Pada tahun pertama Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden UMNO, bilangan pelajar Melayu mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pelajaran hanyalah 16 orang sedangkan bilangan pelajar bukan Melayu yang mendapat biasiswa ialah 60 orang.
Pada tahun 1951 juga pendapatan digabungkan boleh cukai oleh 5,195 orang Cina ialah RM62 juta berbanding 773 orang Melayu yang mempunyai pendapatan terkumpul RM8.1 juta. Mengulas mengenai ini, ahli sejarah Victor Purcell menulis bahawa angka itu memperlihatkan perbandingan kekayaan antara kaum pada waktu itu.
Orang bukan Melayu yang majoritinya tinggal dibandar-bandar mendapat keistimewaan berbanding orang Melayu di kampung-kampung. Memang benar Perlembagaan 1948 memperakui kedudukan istimewa orang Melayu tetapi kerajaan penjajah British tidak memberi banyak ruang untuk orang Melayu membaiki nasib mereka.
Orang Melayu tidak digalakkan belajar bahasa Inggeris kerana British tidak mahu ”kehilangan kuli-kuli.” Bahasa Inggeris dan pendidikan Inggeris jika diberikan secara besar-besaran kepada orang Melayu akan membuka peluang kepada mereka untuk menjadi tuan dan menuntut kemerdekaan.
Malah pada tahun-tahun tersebut yang merupakan tahun-tahun darurat 1948-1960, orang Cina ternyata mendapat kelebihan yang tidak disangka-sangka berikutan suasana darurat.
Untuk mengelakkan orang Cina tinggal di pinggir-pinggir bandar dieksplotasi oleh komunis, kerajaan British menempatkan mereka di kampung-kampung baru yang kemudian mendapat peruntukan khas daripada kerajaan British untuk dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan penempatan moden seperti sekolah, pusat kesihatan dan jalan raya.
Pendek kata adalah tidak adil bagi orang Melayu untuk bersaing di padang yang sama rata. ianya boleh diumpamakan seperti perlumbaan lumba lari bagi pelari yang cukup sifat sedangkan seorang lagi kudung kakinya. Maka sistem ekonomi laissez-faire mengikut cadangan Francis ini tidak sesuai antara orang Cina dan Melayu.
Beruntung benarlah orang Cina ini yang mendapat kebebasan mengumpul kekayaan tanpa sekatan di bawah kerajaan Melayu. Mereka juga kaya kerana bantuan kerajaan juga. Selain kerajaan menyediakan suasana perniagaan yang kondusif, stabil dan selamat mereka juga mendapat bantuan perniagaan daripada kerajaan.
'Raja Gula' Robert Kuok jadi kaya raya kerana francais gula. Monopoli ni mula zaman bapa dia, Kouk Keng Kang, lagi. Pada zaman Inggeris, beras dan gandum pun mereka monopoli juga. Ananda Krishnan kaya kerana lesen judi dan lumba kuda, telekomunikasi, penswastaan padang lumba kuda Jalan Ampang yang jadi KLCC dan caruman modal kerajaan. Keluarga mendiang Tan Sri Lim Goh Tong kerana lesen kasino dan tanah di Genting Highlands. Tan Sri Tiong Hiew King, tauke surat khabar Sin Chew, kerana konsesi balak di Lembah Baram, Sarawak. Tan Sri Vincent Tan kerana penswastaan Sports Toto, tanah di Bukit Kiara dan Bukit Tinggi. Datuk Tan Chin Nam pemaju Mid Valley kerana kontrak rumah murah zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman dan pajakan tanah Bandaraya Kuala Lumpur.
Malah keluarga Yeoh sendiri jadi kaya raya kerana kontrak bina sekolah dan hospital, konsesi loji penjana elektrik, perkongsian dengan Syarikat Perumahan Negara dan tanah Keretapi Tanah Melayu di Sentul. Malangnya bagi seseorang yang bercakap dalam ekonomi yang kompetetif tetapi YTL sendiri pun mendapat tongkat daripada kerajaan.
Atas sebab itu juga Presiden PERKASA mencabar Francis Yeoh membatalkan semua perjanjian Independent Power Producer (IPP) dengan TNB atau menstruktur semula perjanjian yang dikatakan berat sebelah dan tidak masuk akal. Jangan jadi terlalu tamak dan perlahap sehingga sanggup menginjak-injak kepala orang lain. Inilah yang dikatakan sudah diberi peha hendak pula betis. Dasar pendatang tak sedar diri.
Amir Hamzah
Batu Pahat.
Monday, February 22, 2010
Semuanya Nak Di Punggah Ke Singapura!
Dahulu orang melihat BPR (Badan Pencegah Rasuah)sebelah mata sahaja dan beranggapan BPR hanya berani menangkap ikan bilis sahaja sedangkan jerung-jerung besar terlepas dan bermaharaja lela. Daripada BPR bertukar nama SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan sekarang ini dapat pulak boss baru yang semua rakyat tahu dimana beliau mempunyai komitmen tinggi untuk membenteras rasuah.
Masalah penyeludupan pasir ke Singapura tidak selesai-selesai sehingga mendapat rungutan daripada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Tun merungut tentang mengapa pasir masih lagi dijual kepada Singapura baik pasir darat atau pasir sungai maupun pasir silika.Presiden PERKASA juga berpendirian yang sama agar dihentikan penjualan semua jenis pasir ke Singapura. Sebenarnya masalah ekspot pasir ke Singapura adalah isu poltik yang sensitif kerana melibatkan hubungan dua hala antara kedua negara yang pernah bertelagah di masa lalu kerana sengketa penjualan pasir dan air.
Penyeludupan pasir ke Singapura ,puncanya adalah RASUAH.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 34 orang di lima negeri, termasuk dua ahli politik dan dan penjawat awam, kerana dipercayai menerima rasuah wang tunai dan nikmat seksual, melalui satu tindakan besar-besaran keatas kegiatan haram perlombongan pasir.Dengan penangkapan itu, SPRM yakin telah berjaya membongkar satu sindiket yang terlibat dalam penyeludupan pasir ke Singapura.
Belum reda cerita pasir timbul lagi cerita baru berkenaan penyeludupan tanah dan batu kuari dari Minyak Beku di Batu Pahat ke Singapura. Kisah penyeludupan terbaru ini dibongkar oleh Tv3 yang disiarkan melalui Buletin Utama stesyen tv terkemuka itu. Bagaimana kuari yang telah diarah tutup sebelum ini oleh Jabatan Auditor Negara tetapi lesen perniagaan kuari tersebut dilanjutkan sehingga Julai 2010. Sekali lagi puncanya adalah RASUAH. Ada sesuatu yang tidak kena antara Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor serta Kastam Negeri Johor. Apa nak jadi ni? Tak habis-habis nak jual negara. Pentingkan perut dan tembolok sendiri tanpa memikirkan langsung soal-soal keselamatan, politik dan ekonomi negara di masa hadapan.
Rasuah pasti berlaku di kalangan pegawai-pegawai kedua-dua jabatan ini berdasarkan kes penyeludupan pasir yang terdahulu di mana SPRM membuat tangkapan dan dakwaan ke atas seoarang pegawai Tanah dan Galian Johor serta 2 orang berpangkat Pembantu Superitendent Kastam Johor. Apa lagi yang hendak rakyat taruhkan kepercayaan kepada kedua-dua jabatan ini. Masih adakah lagi integriti di dalam dua jabatan ini setelah berlakunya kes penyeludupan pasir, tanah dan batu kuari secara berleluasa.
Masalahnya yang busuk adalah kerajaan negeri tetapi yang membuat onar dan memalit taik ialah pegawai-pegawai perkhidmatan awam. Apakah mereka ini cuba sabotaj kerajaan yang ada supaya kebobrokan perangai mereka akan dipertanggungjawabkan kepada kerajaan. Kami rakyat marhaen menaruh harapan tinggi kepada SPRM agar terus membersihkan pertualang negara bukan sahaja di Pejabat Tanah dan Galian serta Kastam tetapi juga dijabatan-jabatan lain seperti Pejabat Daerah, Jabatan Polis, Imigresen dan lain-lain. Kita juga amat yakin kepada ketua Pengarah SPRM yang baru .Perlantikan beliau sebagai KP adalah sesuatu yang tepat.
Terima kasih dan syabas SPRM!
Amir Hamzah
Batu Pahat
Masalah penyeludupan pasir ke Singapura tidak selesai-selesai sehingga mendapat rungutan daripada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Tun merungut tentang mengapa pasir masih lagi dijual kepada Singapura baik pasir darat atau pasir sungai maupun pasir silika.Presiden PERKASA juga berpendirian yang sama agar dihentikan penjualan semua jenis pasir ke Singapura. Sebenarnya masalah ekspot pasir ke Singapura adalah isu poltik yang sensitif kerana melibatkan hubungan dua hala antara kedua negara yang pernah bertelagah di masa lalu kerana sengketa penjualan pasir dan air.
Penyeludupan pasir ke Singapura ,puncanya adalah RASUAH.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 34 orang di lima negeri, termasuk dua ahli politik dan dan penjawat awam, kerana dipercayai menerima rasuah wang tunai dan nikmat seksual, melalui satu tindakan besar-besaran keatas kegiatan haram perlombongan pasir.Dengan penangkapan itu, SPRM yakin telah berjaya membongkar satu sindiket yang terlibat dalam penyeludupan pasir ke Singapura.
Belum reda cerita pasir timbul lagi cerita baru berkenaan penyeludupan tanah dan batu kuari dari Minyak Beku di Batu Pahat ke Singapura. Kisah penyeludupan terbaru ini dibongkar oleh Tv3 yang disiarkan melalui Buletin Utama stesyen tv terkemuka itu. Bagaimana kuari yang telah diarah tutup sebelum ini oleh Jabatan Auditor Negara tetapi lesen perniagaan kuari tersebut dilanjutkan sehingga Julai 2010. Sekali lagi puncanya adalah RASUAH. Ada sesuatu yang tidak kena antara Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor serta Kastam Negeri Johor. Apa nak jadi ni? Tak habis-habis nak jual negara. Pentingkan perut dan tembolok sendiri tanpa memikirkan langsung soal-soal keselamatan, politik dan ekonomi negara di masa hadapan.
Rasuah pasti berlaku di kalangan pegawai-pegawai kedua-dua jabatan ini berdasarkan kes penyeludupan pasir yang terdahulu di mana SPRM membuat tangkapan dan dakwaan ke atas seoarang pegawai Tanah dan Galian Johor serta 2 orang berpangkat Pembantu Superitendent Kastam Johor. Apa lagi yang hendak rakyat taruhkan kepercayaan kepada kedua-dua jabatan ini. Masih adakah lagi integriti di dalam dua jabatan ini setelah berlakunya kes penyeludupan pasir, tanah dan batu kuari secara berleluasa.
Masalahnya yang busuk adalah kerajaan negeri tetapi yang membuat onar dan memalit taik ialah pegawai-pegawai perkhidmatan awam. Apakah mereka ini cuba sabotaj kerajaan yang ada supaya kebobrokan perangai mereka akan dipertanggungjawabkan kepada kerajaan. Kami rakyat marhaen menaruh harapan tinggi kepada SPRM agar terus membersihkan pertualang negara bukan sahaja di Pejabat Tanah dan Galian serta Kastam tetapi juga dijabatan-jabatan lain seperti Pejabat Daerah, Jabatan Polis, Imigresen dan lain-lain. Kita juga amat yakin kepada ketua Pengarah SPRM yang baru .Perlantikan beliau sebagai KP adalah sesuatu yang tepat.
Terima kasih dan syabas SPRM!
Amir Hamzah
Batu Pahat
Sunday, February 21, 2010
Bersaing Memberi Khidmat Kepada Rakyat
Saya amat tertarik dengan idea Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor meminta kerajaan negeri memberi perhatian kepada pemilikan rumah mampu milik untuk generasi muda. Idea ini sebenarnya sangat baik, praktikal dan dirasai terus oleh rakyat. Tanpa mengira parti politik mana pun jika ianya memberi kebaikan kepada rakyat harus disokong dan pihak kerajaan pusat atau negeri-negeri yang dipimpin oleh UMNO harus bersaing memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kerajaan sedia ada harus peka bahawa dalam tempoh pendaftaran pemilih bagi suku tahun keempat tahun 2009, menyaksikan 82,668 pengundi baru yang mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Semua sedia maklum bahawa kebanyakan pengundi baru ini adalah dari kalangan generasi muda. Dalam keadaan persepsi generasi muda hari ini lebih memihak kepada pembangkang maka berita baik daripada Kerajaan Selangor ini perlu diambil berat oleh kerajaan bagaimana untuk memberi persaingan sihat bagi memberi sesuatu yang berfaedah kepada generasi muda ini.
Kerajaan perlu mengambil perhatian bahawa 75% daripada jumlah penduduk Malaysia adalah berumur kurang daripada 40 tahun dan kebanyakkan mereka adalah dalam kategori belia dan kerajaan juga perlu memberi komitmen untuk menambahbaik persekitaran kepada pemuda-pemudi serta keluarga yang muda dari segi pekerjaan, peluang pendidikan dan perumahan untuk membolehkan mereka menonjolkan potensi mereka dan seterusnya membolehkan negara berkembang dengan lebih maju lagi.
Generasi baru hari ini tidak lagi boleh disogok dengan pembinaan gelanggang futsal, jersey bolasepak, kompang, T shirt, bola dan sebagainya kerana itu hanya sekadar hiburan dan sukan semata-mata tetapi bagaimana kita boleh membantu kelangsungan hidup mereka yang lebih berkualiti. Seperti kebiasaannya golongan belia/ muda di kampung-kampung mudah dibeli dengan peruntukan-peruntukan yang disebutkan tetapi akhirnya masalah kehidupan seharian mereka terabai. Kita gagal mencari punca permasalahan dan golongan ini kemudiannya akan menambahkan semula bilangan rakyat yang miskin dan melarat. Kita selalu memberi ikan kepada mereka tetapi kita tidak memberi mereka pancing supaya mereka boleh memancing setiap hari.
Kerajaan juga harus sedar dan sila ambil perhatian bahawa ekonomi Malaysia pada masa kini terperangkap dalam kombinasi kemahiran rendah, produktiviti rendah dan gaji rendah di mana 60% keluarga di Malaysia hidup dengan gaji seisi rumah bulanan yang kurang daripada RM3,000. Dengan taraf hidup yang semakin tinggi ianya sesuatu yang membebankan kepada rakyat khususnya kepada orang Melayu. Bagaimana tindakan kerajaan untuk membantu golongan ini kerana pihak pembangkang akan mengwar-warkan bahawa kepincangan dan rasuah di kalangan pemimpin dan kakitangan kerajaan menyebabkan segelintir daripada rakyat yang mengaut keuntungan peribadi dan sebahagian besar rakyat hidup dalam kemelaratan.
Rakyat juga sedang melihat bagaimana kerajaan Selangor berjaya menyiapkan projek perumahan yang terbengkalai sejak tahun 2003 di pangsapuri Taman Ukay Bistari di Hulu Kelang di mana pemilik-pemiliknya sudah tujuh tahun menunggu kerana pembinaannya tergendala. Dalam masa yang sama ada beratus-ratus projek rumah terbengkalai yang tidak dapat disiapkan kerana kerenah birokrasi. Pemaju punya hal rakyat yang teraniaya. Kerajaan perlu segera memulihkan rumah-rumah yang terbengkalai diseluruh negara supaya pemilik-pemilik rumah yang tertipu dapat mendiami rumah mereka sebelum pilihanraya ke 13 nanti. Kalau kerajaan Negeri Selangor boleh lakukan mengapa kerajaan pusat dan kerajaan negeri-negeri lain yang sedang memegang tampuk kuasa masih gagal membantu dan memulihkan rumah-rumah terbengkalai ini.
Hari ini politik persepsi sedang bermaharaja lela. Jika pihak kerajaan gagal tentunya akan dikaitkan dengan kelemahan pengurusan, birokrasi, salah gunakuasa dan rasuah. Suka atau tidak Pemuda UMNO perlu bersaing dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk bersaing memberi perkhidmatan kepada rakyat terutama golongan muda / belia jika mahu mendapat sokongan daripada pengundi baru dalam pilihanraya akan datang.
Sukanya Dalam Hati
Amir Hamzah
Batu Pahat
Saturday, February 20, 2010
Kali Ini Hadi Faham!
Kedaulatan selalu dikaitkan dengan institusi yang bernama “negara”. Kedaulatan sesebuah negara wujud sebagai hak kemerdekaan dan berkuasa untuk mengatur urusan dalaman sesebuah negara. Kerajaan sebuah negara samada demokrasi maupun komunis atau sosialis mempunyai kuasa untuk menentukan keputusan tertinggi dalam mengendali negara, termasuk dalam mengendalikan sumber alam, guna tenaga ,undang-undang maupun manusianya.
Namun kedaulatan sesebuah negara semakin menghadapi cabaran terutama daripada golongan liberal yang mengatakan abad ini konsep kedaulatan akan berakhir. Dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah menerobos masuk ke dalam sesebuah negara dengan kekuatan pasaran ekonomi. Malah dengan kecanggihan teknologi ketenteraan kedaulatan sesebuah negara juga mudah ditembusi. Nilai-nilai norma universal seperti hak asasi manusia telah menenggelamkan kedaulatan sesebuah negara. Ini bermakna dalam hal-hal tertentu agak sukar untuk kita mengawal kedaulatan negara daripada dicampuri oleh kuasa-kuasa asing atau negara luar.
Di dalam kes Anwar Ibrahim, campur tangan 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak kerajaan menggugurkan tuduhan liwat ke atas bekas timbalan perdana menteri itu berkemungkin atas dasar nilai-nilai universal yang kononnya sudah diterima oleh banyak negara. Hubungan homoseksual sudah dianggap sebagai nilai dan perlakuan universal iaitu banyak negara sudah menghalalkan hubungan sejenis ini bahkan ianya sudah dijadikan undang-undang.
Bagi 50 MP negara kanggaroo itu, tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang pelik dan ganjil kerana sebahagian besar masyarakat dunia sudah menerima homoseksual dan lesbian . Malangnya di Malaysia kegiatan yang melanggar fitrah manusia ini belum lagi diterima malah dipandang jijik bukan sahaja budaya Melayu lebih-lebih lagi dari sudut undang-undang Islam. Maka liwat atau hubungan homoseksual adalah salah dari segi undang-undang negara. Adalah tidak wajar, kuasa asing atas dasar liberal dan universal boleh sesuka hati mencampuri urusan undang-undang negara ini. Biarlah Anwar dibicarakan di mahkamah secara adil dan saksama tanpa banyak kerenah.
Dalam hal ini satu pujian harus diberikan kepada Hadi Awang tetapi tidak untuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang cuba untuk memanipulasikan kes liwat ini untuk kepentingan politik sempit dengan membelakangkan kepentingan kedaulatan negara.
Hadi berkata,"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," Kenyataan Hadi ini disokong oleh PM yang mengatakan "negara lain perlu mematuhi proses perundangan dan juga peruntukan perlembagaan di mana keluhuran perlembagaan dan keadilan untuk semua serta pengasingan kuasa adalah merupakan tonggak dalam sistem perlembagaan negara dan semua negara mesti menghormatinya tanpa memperlekehkan kita dengan membuat sendaan yang tidak berasas sama sekali".
Sama ada kenyataan Hadi mendapat sokongan daripada Mursyidur Am mereka tidak penting kerana Hadi berkata sesuatu yang benar. Ini adalah kenyataan daripada Presiden parti, dan ianya tidak memerlukan ulasan daripada penasihat yang sudah diketahui umum sangat berkepentingan dan tidak konsisten.
Pakatan pembangkang kelihatan sudah tidak sederap dan tidak seirama lagi. Apabila Hadi mengecam campur tangan asing, LKS pula meminta satu sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan usul untuk menggugurkan dakwaan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa kena mengena kes Anwar Ibrahim nak dibawa ke dalam Dewan Rakyat? Kalau kepala otak sudah dipenuhi dengan udang maka kes liwat ini cuba dikaitkan dengan politik. Kes ini adalah antara Saiful dan Anwar. Berilah keadilan untuk Anwar dan Saiful dalam perbicaraan di mahkamah.
Kali ini, kenyataan Hadi tepat pada masanya. Harapan kita agar semua pemimpin PAS akur dengan pandangan dan kenyataan Presiden parti. Jika hal kedaulatan negara pun mau dipolitikkan, berkemungkinan ramai pengundi atas pagar dan tidak berparti akan menjauhi PAS kerana mereka ini lah yang banyak memberi undi kepada PAS dalam PRU ke 12 yang lalu.
'Selar' MP Australia: Hadi beri penjelasan
Amir Hamzah
Batu Pahat
Friday, February 19, 2010
PERKASA Sedang Diperhati.......
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) semakin hari semakin mendapat perhatian daripada seluruh umat Melayu dan Pribumi di seluruh pelusuk tanah air. Sama ada ianya daripada kalangan ahli parti politik, orang perseorangan, orang yang tidak berparti, golongan belia ,pelajar universiti dan pendek kata daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kehadiran orang ramai ke setiap majlis Perlancaran PERKASA Negeri-Negeri tidak mengecewakan. Ini membuktikan bahawa PERKASA adalah NGO baru yang semakin diminati dan semakin didekati oleh rakyat walaupun ianya sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan.
Kehadiran yang sangat menggalakkan pada setiap program PERKASA sama ada di Pusat atau di Negeri-negeri digunakan sepenuhnya oleh rakyat untuk mengetahui lebih dekat tentang perjuangan PERKASA. Apakah misi dan visi serta hala tuju PERKASA. Apakah tindakan PERKASA itu memberi kesan kepada tindakan kerajaan akibat tuntutan, kritikan membina, cadangan proaktif untuk kepentingan Melayu, Islam dan Pribumi? Apakah PERKASA mengambil tindakan secara provokatif atau secara berhemah dan musyawarah , semuanya sedang diperhati.
Apabila PERKASA meletakkan kepentingan Melayu dan Agama Islam serta mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu dalam perjuangannya sudah tentu ianya menarik minat untuk rakyat mendengarnya. Apabila PERKASA melebarkan sayapnya ke negeri paling selatan tanah air satu cabaran getir sedang menanti. Pastinya cerita dan isu yang bakal dibawa oleh rakyat negeri ini adalah berkenaan dengan kedudukan orang Melayu dalam pembangunan di Wilayah Iskandar dan juga pembangunan Danga Bay. Tidak ketinggalan pembangunan yang tidak seimbang dan sukar disertai oleh rakyat Melayu terbanyak.
Perlancaran PERKASA Daerah Johor Bahru sekali lagi menarik tumpuan apabila ramai umat Melayu begitu berminat untuk menyertainya tetapi dalam masa yang sama mereka ingin melihat sejauh mana PERKASA memainkan peranan dalam membela nasib orang Melayu Johor selepas ini. Negeri ini bukan diterajui oleh pembangkang tetapi diketuai oleh Melayu beragama Islam.
Sebelum ini memang sudah ada pertemuan antara YAB Menteri Besar Johor dan Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) mengenai Akta IRDA 664 dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mengenepikan hak Bangsa Melayu, menggugat kesucian Agama Islam dan mencabar kedaulatan Raja dan Negara. Keadaan ini diakui sendiri oleh MB Johor itu yang mengatakan bahawa terdapat kemungkinan bahawa Akta IRDA 664 tidak digubal dengan tatacara sepatutnya.
Antara isu-isu yang dibawa oleh pihak ProWaris ialah :
1. Isu kekebalan menteri dan pihak berkuasa WPI daripada mana-mana tindakan undang-undang yang diambil oleh rakyat.
2. Isu keputusan dan ketetapan boleh dicapai tanpa mesyuarat.
3. Isu Ketua Eksekutif IRDA dilantik mengikut sebarang syarat yang difikirkan wajar dan tidak semestinya berbangsa Melayu dan
4. Isu perubahan Akta IRDA boleh dibuat tanpa melalui proses Parlimen Malaysia.
5. Kedudukan Pengerusi Bersama di antara Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Johor itu adalah sama sekali tidak benar menurut Akta IRDA 664. Tindakan untuk mengelirukan Rakyat Malaysia khususnya Rakyat Johor perlu dihentikan segera kerana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Johor akan dianggap menipu Rakyat secara terang-terangan.
6. Akta WPI 664 tersebut tidak sepatutnya menjadi isu lagi kerana ia telahpun diperkenan Raja dan mendapat kelulusan Parlimen tetapi pihak ProWaris mendapat maklumat daripada “beberapa ahli parlimen menyatakan bahawa Akta IRDA 664 itu dibincangkan dan diluluskan dalam tempoh dua jam dengan keadaan yang tergesa-gesa pada 13 Februari 2007”. Menurut ProWaris lagi setakat ini Cadangan Pembangunan WPI dan Akta IRDA 664 juga belum dititahkan lagi kepada Majlis Raja-Raja.
Sehingga kini kita tidak tahu apakah follow up yang dibuat selepas pertemuan tersebut. Kehadiran PERKASA sudah sewajarnya memberi kekuatan tambahan kepada NGO seperti ProWaris untuk bergerak bersama. Pendekata kehadiran PERKASA ke negeri Gapura Selatan ini membawa cabaran yang lebih besar kerana bukan sahaja menanti dengan pelbagai isu tetapi pendekatan PERKASA juga sudah tentu berbeza dengan gerakerja PERKASA di Pulau Pinang.
Baca juga di sini:UMNO Johor Pertahan Agenda Melayu Dlm Iskandar Malaysia
Amir Hamzah
Batu Pahat.
Thursday, February 18, 2010
Ke manakan ku bawa diri- Zulkifli
Ramai orang tidak menyedari bahawa Ahli Parlimen Kulim - Bandar Bharu Zulkifli Noordin adalah bekas ahli PAS. Zulkifli pernah menjadi ahli PAS dan bertanding atas tiket parti itu di Parlimen Kuala Langat dalam pilihan raya umum 2004 tetapi tewas di tangan calon BN, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh. Dalam Pilihanraya ke 13, 2008 Zulkiffli menang di Parlimen Kulim=Bandar Bahru atas tiket PKR.
Zulkifli yang terkenal dengan kelantangannya dalam isu-isu Melayu-Islam kini dihadapkan ke lembaga disiplin PKR kerana membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah. Dalam rancangan soaljawab Tv.3 baru-baru ini Zulkifli dengan keras mengecam tindak tanduk DAP dan menganggap DAP sebagai 'duri dalam daging' kepada pakatan pembangkang.
Keceluparan dan kelantangan Zulkifli bukan sahaja tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin daripada rakan pakatan pembangkang malah turut menggusarkan pemimpin-pemimpin PKR sendiri. Zulkifli pernah ditegur oleh pemimpin-pemimpin kanan PKR termasuk Anwar Ibrahim, timbalan presiden Syed Husin Ali dan naib presiden Azmin Ali. Namun Zulkifli yang sentiasa mencanangkan bahawa pendirian beliau adalah berdasarkan prinsip dirinya walaupun menongkah arus kehendak parti. Akibatnya semua orang tahu dan Zulkifli sendiri pun sudah boleh mengagak dan mendakwa parti itu memang sudah set untuk tendang beliau keluar dari parti. klik di sini.
Jikalau Zulkifli kemungkinan ditendang keluar daripada PKR, parti lamanya, PAS siang-siang sudah menolaknya.Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali membayangkan gelapnya masa depan wakil rakyat kontroversi itu, termasuk tidak berpeluang bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang atas tiket parti Islam itu. klik di sini
Setelah PKR dan PAS menolak Zulkifli ke manakah hala tuju politik Zulkifli selepas ini khususnya dalam pilihanraya ke 13 akan datang. Jalan mudah tentunya beliau akan bertanding sebagai calon bebas di kawasan Parlimennya sekarang. Berkemungkinan besar pilihanraya ke 13 akan menyaksikan lebih ramai calon-calon bebas bertanding terutama mereka yang telah keluar dan diperlekehkan dalam PKR.
Kemungkinan untuk Zulkifli bersama UMNO boleh dikatakan 'jauh panggang daripada api' kerana prinsip perjuangan Zulkifli kelihatan tidak sekufu dengan UMNO. UMNO juga dijangka tidak berhasrat untuk menjemput ahli parlimen kontroversi ini bersama UMNO kerana di mana-mana beliau berada pasti akan menimbulkan suasana kelam kabut di dalam parti. Tindakan mengkritik, memberi pandangan dan membuat kenyataan yang biasa menjadi amalan Zulkifli sebenarnya tidak sesuai bagi mereka yang menyertai parti politik. Seperti kata Mustafa Ali, 'imej pemimpin seperti Zulkifli mungkin tidak terjejas jika mereka mengambil jalan menyuarakan perbezaan pandangannya mengunakan saluran dalaman parti'.
Kalau mengikut trend Zulkifli dalam mengkritik dan membidas serta mempertahankan Melayu-Islam mungkin PERKASA adalah flatform terbaik untuknya. Namun PERKASA bukan parti politik tetapi hanya sekadar NGO. Walaupun bakal menjadi ahli parlimen bebas, sehaluan kah Zulkifli dengan Ibrahim Ali dan pemimpin-pemimpin PERKASA yang lain?. Jikalau perjuangan atas nama Melayu dan Islam rasanya bukan menjadi sesuatu yang pelik untuk Zulkifli bersama PERKASA memperjuangkan sesuatu perkara yang ada kaitan dengan kepentingan Melayu dan Islam.
Di manakah Zulkifli akan membawa diri selepas ini, hanya dirinya yang lebih mengetahui. Namun orang seperti Zulkifli ini bukannya tidak berguna lagi setelah PKR dan PAS menolaknya tetapi siapakah yang boleh mengambil peluang ke atas kelebihan yang ada pada Zulkifli. Yang capek menghalau ayam, yang buta meniup tepung, yang kurap menyiang buluh dan yang pekak membakar meriam.
Mungkin Zulkifli sesuai untuk membakar meriam kerana dia jenis pemimpin spesis 'pekak badak'
Peluang kedua untuk Zulkifli
Amir Hamzah
Batu Pahat.
Wednesday, February 17, 2010
Memorandum Bantahan Kepada Kanggaroo!
Hanya pengamal 'homoseksual' saja yang mempertahankan peliwat. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, kita merasakan kedaulatan negara tercabar jika ada campurtangan kuasa luar dalam urusan dalaman negara. Apabila 50 Ahli Parlimen Australia mendesak kerajaan Malaysia supaya menggugurkan dakwaan ke atas kes liwat Anwar Ibrahim sedangkan proses perbicaraan sedang berjalan memperlihatkan seolah-olah kerajaan Australia tidak menghormati dan sengaja tidak memahami kedaulatan undang-undang negara dan mahkamah Di Malaysia. Ramai yang tidak menyedari bahawa 'Homoseks' adalah halal di Australia. Klik di sini. Di Malaysia, homoseksual, lesbian dan yang sewaktu dengannya masih lagi tidak diterima oleh semua bangsa dan semua agama. Sebab itu, apabila sekumpulan Ahli Parlimen sebuah negara yang menghalalkan homoseks mahu mencampuri urusan undang-undang negara ini, sebahagian rakyat merasakan ianya satu penghinaan kepada kedaulatan undang-undang negara.
Begitu juga dengan kenyataan John Kerry, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat menggesa kerajaan Malaysia memastikan agar perbicaraan yang adil dan saksama terhadap Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya. Bacaan lanjut di sini.
Campur tangan Australia dan Amerika ini menunjukkan Anwar betul-betul terdesak dengan memanggil negara luar untuk membantu menyelamatkan dirinya. Dalam kes yang sedang dibicarakan sekarang ianya hanya bergantung kepada batang tubuh Anwar sendiri. Tidak perlu mendapat bantuan kuasa asing. Kalau Anwar tidak bersalah datanglah perbicaraan di mahkamah bukan untuk melarikan diri daripada Mahkamah. Rayuannya untuk menggugurkan kes liwat di mahkamah rayuan juga telah ditolak. Apa lagi yang boleh Anwar lakukan selain daripada berhadapan dengan Saiful di muka keadilan.
Maka apabila campur tangan daripada sekumpulan Kanggaroo ini yang menyalak supaya kes ini digugurkan sudah tentulah membangkitkan kemarahan rakyat yang mahukan kes ini diadili dengan adil di mahkamah. Apatah lagi tertuduh adalah 'bakal Perdana Menteri'. Rakyat mahukan seorang Perdana Menteri yang sihat, waras dan tidak berpenyakit. Jika Anwar bersedia meneruskan perbicaraan di mahkamah dan berjaya pula membuktikan kes liwat kali ke dua ini sebagai satu fitnah dan konspirasi politik menjatuhkannya sudah tentu jawatan Perdana Menteri akan menjadi miliknya selepas PRU ke 13.
Pada hari ini, kira-kira 250 penyokong Pemuda Barisan Nasional (BN) dan PERKASA serta Blogger-blogger telah berhimpun dan menghantar memorandum membantah tindakan 50 Ahli Parlimen negara kanggaroo itu. Jumlah kehadiran 250 orang itu sudah mencukupi bagi mewakili jutaan rakyat Malaysia kerana majlis penyerahan memorandum ini tidak memerlukan bilangan yang ramai.
Tahniah PERKASA, Blogger-blogger dan Parti Politik khususnya UMNO dan MIC dan tidak ketinggalan Kelab Penyokong Kerajaan BN (BBCBN) yang turut menyerahkan memorandum kira-kira 11.15 pagi diketuai Pengantin baru Datuk Bung Mokhtar Radin.
JANGAN SIBUK NEGARA ORANG, NEGARA SENDIRI LAGI HAPRAK!
Amir Hamzah Hj Mohamad
Batu Pahat
Monday, February 15, 2010
Terima kasih Tok Yem!
Tahniah dan terima kasih kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kerana tetap akan memperjuangkan hak orang Melayu walaupun digelar pemimpin bersifat ultra perkauman. Satu ketika dulu, Tun Mahathir pun pernah digelar sebagai 'Ultra Melayu' dan menjadi satu kebimbingan kepada sesetengah pihak apabila beliau kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Tun Hussein. Namun selepas memerintah 22 tahun ternyata tidak ada apa pun hak-hak bukan Melayu yang dirampas tetapi Tun telah berusaha meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan, membasmi kemiskinan, memberi peluang lebih luas kepada bumiputera dan sebagainya tanpa merampas kepunyaan orang-orang bukan Melayu.
Perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu ini yang menjadi landasan perjuangan PERKASA apabila selepas PRU ke 12, hak-hak keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu semakin terhakis malah diperkotak katikkan oleh sesetengah pihak. Falsafah ketuanan Melayu digantikan dengan ketuanan rakyat, hak istimewa Melayu mahu digantikan dengan hak sama rata, kedudukan raja-raja Melayu tidak dihormati, kedudukan agama Islam ingin diliberalisasikan sedangkan semua itu sudah termaktub di dalam perlembagaan. Keinginan untuk mengubahsuai kedudukan yang ada bukan sahaja melanggar perlembagaan tetapi mencabar undang-undang kerana perlembagaan itu sendiri adalah undang-undang tertinggi negara.
Kesedian Tok Yem untuk terus memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Pribumi adalah satu jihad yang patut disokong oleh seluruh umat Melayu Islam dan Pribumi. Orang Melayu sebenarnya 'rindu' kepada kehadiran pemimpin-pemimpin Melayu yang berani, lantang, tegas dan keras dalam mempertahankan hak-hak mereka. Kelantangan dan keberanian ini dahulunya dimiliki oleh Pemuda UMNO yang berperanan sebagai pendesak dan pengimbang. Allahyarham TS Syed Jaafar Albar, Allahyarham Dato'Harun Idris, Datuk Suhaimi Kamaruddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Ketua Pemuda Umno amat petah menangkis, tegas dan keras, berani dan sentiasa ke depan jika diasak oleh DAP maupun dari Gerakan dan MCA. Tetapi keberanian dan ketegasan pemuda UMNO di zaman Zahid Hamidi, Hishamuddin Tun Hussein dan Khairy Jamaluddin telah hilang kerana diganti dengan sifat kepondanan dan penuh kelayuan.
Sekurang-kurang PERKASA telah membantu orang Melayu mengembalikan 'kehilangan' keberanian dan ketegasan itu dan seluruh kekuatan itu sedang dikumpulkan di dalam PERKASA. Kalau ada sesetengah pemimpin Melayu yang tidak senang dengan PERKASA adalah kerana takut kepada bayang-bayang sendiri. Mereka yang menentang itu tidak ada apa yang dibuat tetapi selalu bersangka buruk dan memberi persepsi yang salah kepada perjuangan PERKASA. Seperti yang dikatakan oleh Tok Yem, “Ingin saya tegaskan di sini, PERKASA tetap berdiri sebagai sebuah badan bebas dan bukannya badan politik,” Sekiranya ditakdirkan menyertai mana-mana parti politik, katanya, beliau tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Perkasa terutama apabila Perkasa cukup kuat untuk memperjuangkan nasib dan hak orang Melayu. Jaminan ini sepatutnya tidak menimbulkan satu kegusaran kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang sedang memegang jawatan di dalam politik. Sepatutnya mereka berterima kasih kepada PERKASA dan bukan menganggap PERKASA sebagai ancaman.
Bagi orang Melayu yang sedang berjuang untuk meliberalisasikan agama, memperjuangkan hak samarata, membuang institusi Raja-raja dan menafikan konsep ketuanan Melayu maka PERKASA sudah tentu menjadi penghalang kepada perubahan yang ingin dibawa oleh mereka. Jika PERKASA mendapat sambutan di mana-mana sudah tentulah majoriti orang Melayu masih mahukan sistem dan amalan yang ada dikekalkan. Keadaan orang Melayu hari ini masih belum bersedia untuk menerima perubahan itu seperti mana mereka menentang Allahyarham Dato' Onn yang ingin membuka keahlian UMNO kepada orang-orang bukan Melayu.
Selepas PRU ke 12, lanskap politik negara telah berubah. Kebanjiran pembangkang di parlimen sentiasa memberi ancaman kepada kerajaan yang memerintah. Setiap masa kerajaan yang ada bila-bila masa boleh bertukar ganti sama ada secara undi tidak percaya atau melalui pintu belakang atau lompat parti. Kerajaan yang diketuai oleh orang Melayu Islam ini tidak lagi selamat dan stabil seperti kebiasaannya. Disebabkan DAP mendapat sokongan daripada Melayu PKR dan Melayu PAS maka mereka mula 'naik lemak' dan bertindak sesuka hati terhadap kerajaan Melayu Islam ini. PKR dan PAS memang memerlukan undi Cina pada pilihanraya ke 13 jika mahu hasrat mereka menjadi kenyataan. Dalam tempoh menjelang pilihanraya ke 13, PKR dan PAS sanggup menjadi 'pelacur politik' dengan mengiyakan apa saja tingkah laku dan percakapan DAP asalkan undi Cina tidak beralih arah daripada mereka.
Keadaan ini tidak boleh dibiarkan.'Pelacur politik' seperti Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Nik Aziz perlu diberi tekanan supaya jangan terlalu mengikut telunjuk DAP yang sentiasa mengambil peluang daripada kelemahan dan perpecahan orang Melayu. Orang-orang Melayu yang telah terpesong dan menyokong secara membuta tuli tanpa melihat kejadian dan isu semasa disekeliling mereka terutama yang berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor perlu bersatu semula di bawah satu payung bagi menyelamatkan Malaysia daripada jatuh ke tangan Pakatan yang tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
PERKASA adalah flatform terbaik untuk memulakan perpaduan Melayu. Perjuangan PERKASA adalah selari dengan kehendak dan keinginan majoriti umat Melayu. Perjuangan PERKASA memenuhi selera dan nafsu umat Melayu yang mahu Melayu itu bangkit menangkis kebiadapan pemimpin-pemimpin Melayu yang menyundal dan DAP yang kemaruk mengejar kuasa. Perjuangan PERKASA memberi nafas baru kepada Melayu yang ketika ini sudah tinggal nyawa-nyawa ikan dan dinjak-injak oleh bangsa-bangsa yang asalnya adalah pendatang.
Sekali lagi terima kasih kepada Tok Yem yang telah berjaya merapatkan kembali Melayu, menyuntik semangat baru dan menjadi dahan yang kukuh untuk Melayu berpaut di bawah satu pertubuhan NGO. Saya akan tetap perjuang hak Melayu - Ibrahim Ali
PENYERAHAN MEMO BANTAHAN
Memo Bantahan Terhadap Kerajaan Australia
Satu Penyerahan Memorandum Bantahan oleh PERKASA melalui Ketua WIRA PERKASA, WIRA NITA dan WIRA WATI akan dilakukan pada Hari RABU bersamaan 17Hb. Feb. 2010 pada Jam 10.00 Pagi.Bertempat di Kedutaan Australia, Jalan Yap Kuan Seng, Kuala Lumpur.Semua warga Melayu Islam yang cintakan kedaulatan negara adalah dijemput.Presiden PERKASA YB Datuk Paduka Ibrahim Ali akan turut serta.
Amir Hamzah Hj Mohamad.
Batu Pahat, Johor.
Sunday, February 14, 2010
Debat DPMMPP Dengan Lim Guan Eng. Bila?
Pemimpin Pakatan Pembangkang Pulau Pinang dalam satu forum 'antifitnah' di Tapak Expo Seberang Jaya telah mencabar UMNO berdebat berhubung tuduhan bahawa kerajaan negeri meminggirkan masyarakat Melayu. Forum tersebut dibuat ekoran dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang menuduh kerajaan Pakatan pimpinan DAP cenderung menghukum peniaga kecil Melayu berbanding orang Cina. Tuduhan dibuat oleh DPMMPP maka sewajarnya DPMMPP lah yang sepatutnya diajak berdebat dan membuktikan tuduhan tersebut.
Cabaran terhadap UMNO itu sebaliknya disahut oleh DPMMPP apabila Yang Dipertuanya, Rizal Faris Mohideen mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng berdebat secara terbuka mengenai sistem pentadbiran kerajaan negeri yang dilihat menindas orang Melayu dalam pelbagai aspek. Rizal juga mahukan debat ini disiarkan secara langsung menerusi televisyen supaya dapat ditonton di seluruh negara.
Cabaran ini bukan kosong kerana beliau sanggup meletakkan jawatan jika beliau gagal membuktikan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Guan Eng yang tidak prihatin terhadap nasib orang Melayu yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.Antaranya tindakan merobohkan gerai peniaga Melayu dan terbaru pembatalan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Sebaliknya jika Guan Eng gagal membuktikan tuduhan itu satu fitnah, LGE juga harus berani melepaskan jawatan Ketua Menteri.
Satu cabaran yang sangat menarik dan sudah pasti agendadaily yang menjadi hosnya. Bagi saya Yang Dipertua DPMMPP harus mengetengahkan bukan sahaja pemimpin-pemimpin DAP yang meminggirkan orang Melayu tetapi juga pemimpin-pemimpin Gerakan juga gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada orang-orang Melayu. Walaupun Gerakan diberi peluang memerintah Pulau Pinang sekian lama tetapi masalah orang Melayu di Pulau Pinang tidak pernah selesai walaupun Pulau Pinang pernah melahirkan seorang Perdana Menteri dan seorang Timbalan Perdana Menteri.
Apa bezanya Cina DAP dan Cina Gerakan dalam membela nasib orang Melayu Pulau Pinang. Berapa banyak harta dan hak milik orang Melayu Pulau Pinang yang tergadai sepanjang berpuluh tahun Gerakan mentadbir Pulau Pinang dan setahun DAP memerintah. Adakah nasib orang Melayu lebih baik di bawah Gerakan atau berada di bawah DAP? Tunjukkan juga KPI Gerakan dalam membantu orang Melayu sejak zaman Lim Chong Eu hinggalah kepada zaman Koh Soo Koon.
Pendekata, bolehkah disimpulkan bahawa orang Melayu Pulau Pinang sebenarnya keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya? Boleh kah pemimpin-pemimpin Cina berlaku adil kepada orang Melayu walaupun mereka adalah majoriti? Bandingkan keadilan pemimpin-pemimpin Melayu terhadap orang Cina di negeri-negeri majoriti Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Adakah orang-orang Cina di tindas dan dinafikan hak mereka di negeri-negeri Melayu tersebut. Tentunya tidak kerana bukan sahaja mereka selamat tetapi boleh mengumpul kekayaan dan harta seperti mana Cina-cina di tempat lain.
Jadi apa silapnya Melayu di Pulau Pinang? Kesilapan yang nyata adalah kerana Cina DAP dan Cina Gerakan tidak mahu membantu Melayu malah sukar bagi mereka untuk bersikap adil kerana mereka terlalu kuat dengan 'kecinaan' masing-masing.
Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya ternanti-nanti cabaran daripada DPMMPP akan disahut segera oleh LGE kerana pastinya LGE juga akan membandingkan apa yang telah Gerakan buat terhadap orang Melayu sekian lama mereka memerintah. Adakah debat ini akan membantu menyelesaikan masalah orang Melayu di Pulau Pinang? Atau debat ini hanya sekadar hendak menunjukkan siapa juara di kalangan juara.
Lim Guan Eng Kelentong
Atau
Utusan Malaysia Tipu?
Amir Hamzah
Batu Pahat.
Sunday, February 7, 2010
Perpaduan Tanpa Syarat!
Saya amat tertarik dengan temubual bersama Datuk Ahmad Talib dalam rancangan Soal Jawab yang disiarkan secara langsung oleh TV3 malam tadi 8.2.2010. Tetamu nya adalah Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang telah membangkitkan beberapa isu yang bukan asing tetapi menjadi menarik kerana ianya dluah dan didedahkan oleh pihak pembangkang sendiri. Pendedahan yang jujur dan telus ini membuka satu lembaran baru bagi politik Malaysia yang rata-ratanya dilihat terlalu banyak bermain politik, mempunyai niat yang tersirat, tidak telus dan bermuka-muka. Namun apa yang ditunjukkan oleh Zulkifli ini memang dinanti-nantikan oleh kebanyakan rakyat yang tidak berkepentingan.
Tindakan Zulkifli ini dilihat sebagai satu dimensi baru bagi memenuhi kehendak majoriti rakyat yang tidak terlalu terikat dengan kepartian tetapi kepentingan rakyat dan negara perlu diletakkan di tempat yang tertinggi. Jika keputusan atau tindakan parti yang merugikan rakyat dan negara maka ianya perlu dihalang dan dicegah. Dalam konteks amalan biasa apabila sesuatu keputusan parti yang mendapat sokongan majoriti kepimpinan utama parti maka ianya akan menjadi dasar parti. Namun begitu jika diikut kaedah Zulkifli ini, keputusan parti bukan lagi muktamad jika ianya belum mendapat sokongan majoriti rakyat. Tindakan inilah yang telah dilakukan oleh Zulkifli yang sentiasa melawan arus dengan mengenepikan keputusan parti tetapi menegakkan prinsip kebenaran Islam yang adil dan syumul. Adakah tindakan seperti ini akan popular di kalangan ahli-ahli politik di Malaysia?
Satu saranan yang menarik dikemukakan oleh Zulkifli ialah tentang penyusutan kuasa politik Melayu Islam sedangkan golongan ini menguasai 60% populasi penduduk dan kemenangan kerusi di Parlimen. Saranannya bahawa penyatuan Melayu-Islam antara PKR,PAS dan UMNO perlu disambut baik kerana kedudukan kerusi Melayu-Islam sebanyak 132 daripada 222 kerusi Parlimen sudah boleh menyekat kebiadapan DAP yang semakin menunjukkan belang nya yang sebenar. Kekuatan lebih 60% kerusi Melayu Islam ini sudah cukup untuk dijadikan tempat berpaut kepada MCA, MIC dan Gerakan. Walaupun Zulkifli menyarankan supaya kerajaan yang ada supaya sentiasa bersangka baik tetapi semudah itukah penyatuan dan perpaduan yang diharapkan oleh majoriti rakyat Melayu-Islam di negara ini?
Bagi mereka yang tidak lupa kepada sejarah, tentu masih ingat dengan ketegasan dan kedegilan Nik Aziz menolak kerajaan perpaduan dengan UMNO. Mengapa tiba-tiba sahaja menjadi lembut hati untuk berbaik-baik. Adalah ditakuti ianya ada muslihat terutama dalam memujuk Kerajaan Pusat menukar wang ehsan kepada royalti dalam kes tuntutan minyak di Kelantan. Taktik Nik Aziz ini bukan terlalu sukar untuk dibaca tetapi itulah strategi bodoh yang sudah mual dikalangan rakyat. Cadangan dan saranan Zulkifli itu nampak ikhlas tetapi ianya lebih mudah jika sebarang perbincangan jangan diletakkan pelbagai SYARAT yang boleh mengagalkan rundingan.
Secara peribadi, saya bersetuju agar PKR, PAS dan UMNO duduk semeja dan bermuzakarah atas nama Islam dengan mengenepikan fahaman politik masing-masing. Insyallah dengan penyatuan Islam banyak isu-isu akan selesai terutama yang berkaitan dengan soal agama, ekonomi, politik dan sebagainya. Zulkifli berjanji akan meneruskan usaha jihad ini secara bersungguh-sungguh dan kita bukan sekadar memerhati tetapi menterjemahkannya dengan sokongan dan penyertaan.
Seperkara lagi yang sangat menarik ialah pendedahan Zulkifli terhadap DAP yang disifatkannya sebagai duri dalam daging kepada Pakatan Rakyat. Perkara ini sudah didedahkan sekian lama oleh pihak kerajaan dan blogger-blogger pro kerajaan tetapi diputarbelitkan oleh pihak PAS dan PKR. Hari ini, Ahli Parlimen PKR sendiri mendedahkan bahawa kemelut politik yang berlaku di Perak, Selangor dan Pulau Pinang adalah disebabkan oleh tindak tanduk DAP. Mengapa kekecuhan tidak berlaku di Kelantan dan Kedah?. Ini kerana kedua-dua negeri Melayu itu melibatkan perkongsian kuasa antara PAS dan PKR. Saya bersetuju 100% dengan Zulkifli dan pendedahan ini memberi impak yang besar kepada sokongan Melayu di Perak dan Selangor terhadap DAP selepas ini.
Andaikata DUN Perak dibubarkan untuk diadakan pilihanraya tidak lama lagi, kenyataan Zulkifli ini menjadi satu tamparan hebat terhadap DAP. Orang Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu tidak berparti dan Melayu atas pagar sudah tentu boleh berkira-kira untuk bergabung membentuk kerajaan negeri yang kuat. Jika UMNO mempunyai 28 kerusi Melayu, PAS mempunyai 6 kerusi dan PKR mempunyai 3 kerusi Melayu sudah tentu Melayu Perak akan mempunyai kuasa dan suara yang kuat dengan memiliki 37 daripada 59 kerusi DUN di Perak.
Jika sifir politik mudah ini diambil kira, tidak menjadi kesalahan untuk PAS, PKR dan UMNO bersepakat dalam masa terdekat. Bukan sahaja DUN Perak boleh dibubarkan tetapi PRU ke 13 boleh dipercepatkan bagi memberi mandat baru kepada PM.
Akhirnya Zul Nordin pecah tembelang...semua angkara DAP
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Wednesday, February 3, 2010
“Can I fuck you today?”
Perbicaraan antara Anwar Ibrahim vs Saiful Bukhari yang dinanti-nantikan telah pun tiba pada 2 Februari 2010. Kalau kita sebagai pemerhati dan rakyat begitu teruja untuk melihat perbicaraan kes berprofil tinggi ini bermula, apa tah lagi tuan punya badan yang menjadi saksi utama kes liwat yang kali ke 2 dihadapi oleh Anwar Ibrahim. Kali pertama ialah tahun 1998. Pada tahun 1998, walaupun 2 daripada 3 hakim membuat keputusan yang menyatakan liwat ada berlaku tetapi kerana kesilapan teknikal, Anwar terlepas. Bagi saya yang paling utama di akhir perbicaraan ini ,kita akan tahu sama ada Anwar seorang PELIWAT atau tidak.
Jikalau ada yang menyatakan bahawa ini satu perancangan atau perangkap untuk mengenakan Anwar, saya merasakan bahawa perkara itu berkemungkinan berlaku. Saya pula tidak melihat perancangan atau perangkap sebagai satu perkara penting kerana yang lebih penting ialah mencari kebenaran sama ada Anwar seorang PELIWAT atau sebaliknya Saiful yang berbohong. Jikalau ini juga dikatakan sebagai perancangan saya yakin Saiful Bukhari tidak mengetahui bahawa dia akan dijadikan 'kambing hitam' sebagai 'mangsa' liwat. Setelah Saiful 'tidak tahan' bekerja seperti di dalam neraka saya yakin berdasarkan kekuatan, keberanian dan yakin bahawa yang bathil akan jatuh dan yang hak akan berdiri. Pembongkaran ini walaupun melibatkan maruah pemimpin besar yang berlatar belakangkan Islam tetapi demi melibatkan kepimpinan dan keselamatan negara maka Saiful bangkit daripada kemurungan kepada berani dan kuat.
Tidak kurang juga yang mengutuk Saiful dan mahu supaya tindakan juga dikenakan ke atas nya. Soal berkenaan Saiful saya ketepikan dulu kerana bagi saya buat masa ini Saiful adalah 'hero' yang sedang berhadapan bukan sembarangan manusia. Saiful sekarang sedang membantu rakyat dan kerajaan bagi memperkenalkan siapakah sebenarnya dirinya dan Anwar Ibrahim. Selama 12 tahun kita berada dalam 'kelabu asap' tentang kes liwat Anwar bersama Sukma, Anees Munawar dan Abu Bakar yang dikatakan 'unfinish business' pada tahun 1998.
Saiful juga sedang membantu untuk menyatakan bahawa tindakan Tun M pada 1998 dengan memecat Anwar daripada parti dan jawatan TPM bukan satu konspirasi terhadap Anwar tetapi kerana masalah moral yang mengamalkan seks songsang. Orang lain tak mampu buat seperti Saiful termasuk diliwat sebanyak 8 kali bagi membuktikan Anwar PELIWAT dan tak boleh jadi PM.
kredit untuk blog http://malaysianstory.wordpress.com/
JB: Panggil kes.
YA: Where is AI?
KS: He’s x here at the moment for the reason that I’ll give now. We met PMR this morning for the review application and YA decision for stay. The PMR indicated will give hearing date on Friday. We just been informed that the RR is ready regarding the decision of striking out the charge. We’re ready with the petition. Oral application for stay denied by PMR. In view of that, we had filed a motion in the Court of Appeal for stay. AI is in the process to get things done now. He’s down there.
YA: He’s not here coz he’s down there?
KS: The appeal is now ready for hearing. The position has changed. We’re asking for stay until the appeal to be heard. AI should be given opportunity to exhaust the appeal.
MY: Until and unless the application is heard, and stay is granted, there is no legal impediment for the trial to go on.
YA: I’ll stand down until AI is here.
[03:13 pm]
[03:30 pm]
Pihak-pihak seperti terdahulu dan SN hadir.
AI hadir.
JB: Kes dipanggil semula.
MY: Memperkenalkan pihak-pihak.
Kes untuk perbicaraan dan pihak pendakwaan bersedia dengan ucapan pembukaan
KS: RR is ready, the motion for stay has been filed in Court of Appeal, appeal is proper. It is not be4 ur YA, this matter be refer to PMR 2mrw. It is important YA dec being heard in Court of Appeal. It is important to know wher the trial is necessary. Court of Appeal shld hv the opportunity. Shld be no rush in the trial. To prove the innocent is for the trial …..
Im x asking too much, to consider for the appeal in Court of Appeal. Nothing can be done in the next hour…
MY: This issue has been … since yesterday, we just go by the law, the law is such that until the appeal is granted the trial shld proceed.
KS: Automatic stay is different… a lot of people involved including the PM, he shld be given all opportunity. MY said in according to the law, it shld …
The trial proceed in according with the law contradicting himself – MY
YA: Im going to make my decision. R u finish with ur submission?
KS: YA shld carefully consider. The impact of ur dec and then make ur dec, not an immediate dec.
YA: I dunt see any further reason for the trial not to proceed now.
MY: Pohon pertuduhan dibacakan.
KS; Can we have the list of witnesses?
YA: My dec has been reversed by the Federal Court. I ordered Public Prosecutor to furnish the def with the list but it was overruled
KS; That is why we’re appealing.
JB Intan: [Bacakan pertuduhan]
AI: Pertuduhan jahat, fitnah dan menggunakan PP, sy pohon bicara.
MY: [Bacakan ucapan pembukaan].
Mohon pertuduhan sebg P1
Ucapan pembukaan sebagai P2
Pohon dipanggil saksi pertama Mohd Saiful bin Azlan
SP1 – Mohd Saiful bin Azlan
Angkat sumpah dlm BM.
Alamat sama seperti KP. Tidak bekerja. Umur : 25 tahun.
MY: En. S, sblm tanya soalan, tlh angkat sumpah utk berckp benar, jika ada soalan yg x jelas sy akan ulangi sml
Q: Ada brp org adik-beradik
A; 2 org sy yang sulong
Q: Sek di mn?
Di Damansara Utama, Darjah 1 di SK Slyg Jaya, 2-3, SK Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur , 4-6 – damansara utama, ting 1-5 – SMK DU
A: Sek men hingga ting brp?
Ting 5
- Ada melanjutkan pelajaran?
Sy ada belajar di Taylor Collage setahun and ditawarkan belajar di Uniten, sy ditawarkan dengan kursus elec power engeneering untuk setahun dan ditawarkan dengan ijazah dalam bidang yang sama.
Q: Adakah kamu tamatkan pelajaran di Uniten?
A; Sy tidak tamat belajar di uniten
Q: Sms di univ. adakah kamu aktif dalam apa-apa pertubuhan?
A: sy aktif dlam bidang sukan dan kepimpinan univ
Q: Apa maksud kepimpinan?
A: Maksud kepimpinan, pd 2006, sy menang pihanraya kampus dan dilantik sbg Presiden Majlis Kepimpinan Pelajar.
Q: Mengapakah tidak menamatkan pelajaran?
A: Sy tidak tamatkan pelajaran kerana keputusan saya teruk dan sy malu dan berkeputusan tidak menamatkan pelajaran.
Q: Bgtau td kamu x bekerja. Pd thn 2008 km bekerja?
A: Sy bekerja pd thn 2008 ,
Q: Blh bgtau sejak bila bekerja pd 2008 dan dengan siapa?
A: pada awal mac 2008 sy dijemput oleh rakan saya Rahimi utk bekerja dgn AI.
Q: Blh cam AI?
Boleh cam
[SP1 tunjuk AI]
MY: OKT dicamkan
Q: Pada mula bekerja dengan DSAI, apa kerja yang kamu buat?
Sy masuk seminggu sblm pilihanraya umum, sy mulakan tugas sbg sukarelawan, sbg sukarelawan byk kerja yg sy buat spt atur jadual perjalanan ceramah pilihanraya. Kdg kala sy ikut beliau ke ceramah-ceramah disekitar negara. Pd yg sama sy bantu rakan sy Rahimi iaitu peg khas AI.
Q: Siapakah beliau yang kamu maksudkan?
A: Beliau yang dimaksudkan adalah AI
Q: Brp lama kerja sbg sukarelawan?
A: Dalam l/k 2 bulan dr awal mac hingga hujung April, selepas itu sy dilantik oleh AI sbg pembantu peribadi (PA).
Q: Perlantikan ini ada surat?
A: Tiada
Q: Apa tugas-2 sbg pem peribadi?
A: Tugas-2 saya merangkumi: 1- mengatur pertemuan sulit AI spt pd ketika itu utk berkomunikasi dgn agen atau ahli parlimen yang terlibat dalam parti. 2- Uruskan dan mbantu en ibrahim yaacob iaitu ketua staff dlm mengatur jadual beliau. 3- Membuat filing doc sulit spt bank-2 a/c. 4- mengawalselia HP peribadi beliau, setiap pagi AI bagi HP untuk cek SMS dan highlight SMS yang penting.
Q: Selain Ibrahim Yaacob siapa lg yg bekerja dgn AI?
A: Tidak ingat sbb sll bertukar
Q: Jika blh ingat di bulan Mac atau April?
A: Hanya saya dan Rahimi Osman, Nathanielle Tan dan Azri – warganegara US
Q: Adakah AI mempunyai pemandu?
A: Ada ramai, yang saya kenal adalah en mokhtar,seorang lagi nama samaran iaitu Botak, Kahar. Sy panggil pemandu AI sbg Pak Sani.
Q: adakah dibayar gaji sbg PA?
A: Ya
Q: Brp gaji?
A: Yang official dibayar oleh kak Jun iaitu RM 1k yang x rasmi spt elaun bergantung kepada trip2 yang sy pergi. Sbg contoh ke spore -USD 1k dan Hong Kong HKD 10k.
Q: Brp lama kerja dgn AI?
A: Dalam sekitar 4 bulan, dari awal mac- 28 jun 2008
Q: Secara rasmi bila berhenti?
A: Pada bulan 6 pada hari sy buat laporan polis
Q: Ada buat surat perletakkan jawatan?
A: Pada pagi 27 Jun 2008 di pej baru AI di Tropicana City Square, ibu pejabat Parti Keadilan, sy telah hantar e-mail melalui black berry saya ke email beliau menyatakan hasrat ingin letak jawatan.
Q: Apa sebab kamu berhenti?
A: Sbb sbnr sy berhenti krn sy x rela diperlakukan spt dlm laporan sy. Dlm email sy katakan 2 perkara, pertama yang sy tidak berdisplin lewat ke pejabat, sll dimarahi oleh AI. Yang kedua sy katakan pejabat baru PKR sy diberikan bilik di ruang pej dan rs tertekan krn kurang kelayakan dr yang lain krn yang lain tiada bilik. Sy nyatakan selagi sy jd PA AI akan jd isu krn sy kurang kelayakan.
Q: Jadi apakah sebab sebenar letak jawatan?
A: Sebab sebenar saya tidak rela diperlakukan spt dalam laporan saya.
Q: Ada bgtahu Mahkamah ada buat laporan polis 28 Jun 2008?
A: Ya.
MY: Rujuk doc ini
Maafkan sy, sy tidak ada salinan lagi.
Lihat tandatangan dibawah. Ini tandatangan siapa?
A: Ini tandatangan sy.
MY: Doc ini tulisan tangan, tulisan siapa?
A: Tulisan sy.
MY: Baca dalam hati dulu doc itu
Bgtau apa doc ini?
A: Ini laporan polis yang sy tulis sendiri pada 28 Jun 2008 di HKL
MY: Ada tandatangan dan IC num kamu?
A: Ada.
Pohon tanda sbg eksibit
Ct: P3
MY: Kamu camkan ini laporan yang kamu buat?
A: Ya
Q: Jika ikut laporan perkara yang ditomahkan itu berlaku di Unit 1151 di Kondo Desa Damansara. Bgmn kamu smpai ke sana pd hr tersebut?
A: Saya diminta datang ke sana.
KS: Obj to P3, in certain part should be expunge. Barisan ketiga menyebut “kejadian kali terakhir pada 26.6.2008”. Ini kerana apa yg dihadapan YA adalah pertuduhan iaitu P1.
MY: Same day but the words “kali terakhir” indicating there were more than one.
KS: We’ll submit on that. Kejadian kali terakhir, impact adalah kejadian-kejadian lain, kita tidak boleh masuk sebagai keterangan, kerana ada satu pertuduhan shj.
MY: YA, ini laporan pengadu, FIR to the police. Tiada apa yg saya blh buat, spt perthn pihak pdkwn akan bw ktrn ikut undang-undang shj. Ini FIR ini bkn ktrg substantif, ini tomahan, laporan utk polis mulakan siasatan. Kita x bergantung pd lapoaran ini, laporan utk explain bgmn polis memulakan siasatan. Isu prejudice x timbul pd peringkat ini.
KS: Wpn ini FIR, ttp dlm FIR ini evi of bad character ada krn dinyatakan ada kejadian lain. Tujuan FIR tidak kira apa yg blh dimasukkan dalam report itu. Merayu agar YA expunge barisan ketiga “kejadian kali terakhir”.
YA: [lihat P3]
KS: Kjdian terakhir maknanya ada kjdian lain.
MY: Kalau kita expunge baris ke tiga, tarikah kejadian akan hilang, maka bila tarikh kejadian itu berlaku? Pihak pendakwaan tidak blh halang ssrg utk buat laporan ttp pendakwaan telah guna budibicara utk tuduh satu sahaja. Tidak ada perkara yg detail, melainkan sedikit sahaja. Melainkan kita ada jury trial. Saya percaya Mahkamah akan bataskan pd ktrgn pd pthdn ttp tidak pd yg lain. Ini mmg laporan yg dibuat, kita x blh mengubahnya.
YA: Obj to words “kali terakhir”?
KS: YA acted as YA and jury. Any doc which prejudicial shoulld be expunge. We dunt nd authority bout that, it is common sense.
CV: This shows that an offence has been committed before, it is prejudicial, the prejudicial value outweights it provative value. If we delete the words “kali terakhir” it can still be read as “kejadian pada 26 Jun 2008.”
YA: Sy setuju dgn hujah def. Terdpt bbrp kejadian berlaku pd hari yg sama. Kerana pendakwaan membawa satu pertuduhan sahaja, maka barisan 4 perkataan “kali terakhir” dibatalkan. Dlm keadaan ini, permohonan batalkan pktn “kali terakhir” adalah dibenarkan.
MY: Bila AI minta kamu ke sana?
A: Ada bbrpa kali ttp kali terakhir adalah pd 26 6 2008 di pej beliau.
Q: Itu kali terakhir?
A: Ya.
Q: Sebelumnya?
A: Hari sblumnya pada 25 06 2008
Q: Pd 25 6 2008 bila masanya?
A: Pada pagi slps slesai mesy staff
Q: Pd 26 6 ?
A: Pagi juga dalam 10.30 pagi.
Q: Ms itu di pej?
A: Ya
Q: Di pej mn?
A: Sek 16, Kelana Jaya.
Q: Jika diingatkan apakah AI bgtau pd 26 6 2008, jam 10.30 pg?
A: AI ingatkan sy kembali untuk datang ke kondo tersebut dan kedua bgtahu tentang mesyuarat dgn prof ariff pada jam 12 di condo desa damansara di rumah en Hassanuddin.
Q: kondo di mn?
A: Unit lain 1152
Q: kondo siapa?
A: En. Hassanuddin sahabat baik AI.
Q: AI ada bgtahu knp AI nak kamu ke sana?
A: Ada, utk bincang jadual kerja
Q: AI akan berada di sana?
A: Ya
Q: Bgtahu patut ada di sana pada pukul brp?
A: Sptnya 2.15 ptg
Q: Kondo desa damansara, tahu di mana letaknya?
A: Ya
Q: Unit kepunyaan Hassanuddin pun tahu?
A: Ya
Q: Bgmana boleh tahu?
A: Sy pernah ke sana bbrapa kali dan diberithu oleh AI bahawa kedua-dua unit tersebut kepunyaan hassanuddin.
Q: msy di unit mn?
A: Unit 1152
Q: pd 26 6, ada pergi ke kondo spt diminta?
A: Ya
Q: pkl brp tinggalkan pej?
A: Sy bertolaj l/k 1.45 ptg
Q: Ms kamu tinggalkan pej, adakah kamu berlenggang atau ada bw apa2?
A: Bw satu doc yg sy x pasti ttp diserahkan oleh ketua staff en. Ibrahim yaacob untuk diserahkan kepada AI.
Q: Doc ini mcm itu sj ke bw atau ada bekas?
A: Sy letak dlm beg fail, warna hitam.
Q: Doc diberikan oleh Ibrahim kepada kamu utk apa?
A: Diserahkan pd AI
Q: Bila Ibrahim Yaacob diberthu utk ddiserahkan pd Ai?
A: Kira-kira 10-15 minit sblm sy bertolak
Q: Bgmn kamu ke kondo?
A: Sy menaiki van fiat dengan no pendaftaran WPK 5925
Q: van@mpv?
A: Sy panggil van, van warna merah, fiat
Q: Adakah fiat ini kepunyaan kamu?
A: Tidak , kepunyaan bapa tunang saya pada ketika itu.
Q: Pkl brp l/k smpai ke kondo?
A: Pd jam l/k 2.45
Q: Smpai sn adakah perlu lalui post pengawal atau terus sj masuk?
A: Perlu lalui post pengawal
Q: Adakah perlu berhenti di post pengawal?
A: Ya, perlu berhenti.
Q: Ada pengawal tanya ke mana kamu nak pergi?
A: Ada, sy tidak jawab ke mana nak pergi tetapi mengatakan “mohktar”.
Q: Mengapa kata mohktar, apakah significant nya?
A: Sy dh dtg bbrpa kali dan diberithu utk ckp mokhtar
Q: Bila kata mohktar, apa terjadi?
A: Guard akan bg laluan
Q: Dr pondok pengawal memandu ke mn?
A: Ke visitor parking di P4. Sy keluar kereta dan pergi ke lif P4, sy naiki lif ke P2. Dr P2 sy perlu berjln ke blok satu lagi, x pasti blok apa. Smpai ke satu pintu.
Q: Pintu ke mana?
A: Untuk pergi ke blok hassanuddin.
Q: bila lepasi pintu ada apa?
A: Ada lif
Q: Pintu ini ke lif, bagaimana keadaannya?
A: Kunci secara magnet, automatik lock
Q: Bgmn kamu nk lepasi pintu?
A: Di sblh knn ada intercom dan dihubungi ke unit rumah, apabila sy tekan no unit, dan dia kata “ya?” dan sy kata “mokhtar”. Terus pintu dibuka dan saya percaya dibuka oleh tuan rumah.
Q: suara yg jwb lelaki atau perempuan?
A: Lelaki
Q: dh bbrp kali pergi ke kondo en hassannuddin, setiap kali perlu kata mokhtar dan tekan 1152?
A: Ya.
Q: Brpa kali dgr suara lelaki yang kata ya? Suara yg sm?
A: Ya
Q: Bgtau mohktar dan pintu ke lif buka dan apa berlaku/
A: Dari pintu lif saya ke tingkat 5.
Q: Keluar lif?
A: Ya
Q: Unit ini dimana bila keluar lif, pergi kanan atau kiri?
A: Keluar lif pergi ke kanan
Q: Ms keluar apa terjadi?
A: Sy berselisih dgn ssorg
Q: Dr pintu lif dgn org itu brp jauh?
A: Pd ms itu org itu br keluar dr unit en hassanuddin, dan berselisih dalam perjalanan.
Q: Kenal dgn org yg berselisih?
A: Tidak kenal
Q: l/p?
A: Lelaki
Q: Igt pakaian?
A: Igt, baju gelap spt coklat, seluar sy x pasti
Q: rupa blh igt?
A: X ingat
Q: Ms berselisih ada kt apa2?
A: Tidak tetapi dia ada senyum.
Q: slps itu?
A: Saya terus menuju ke unit 1151
Q: Diberitahu ke unit hassanuddin knp ke 1151?
A: Setiap kali ke sn, sy diarahkan ke unit 1151
Q: Jd hr itu diarahkan ke unit 1151?
A: Ya
Q: 11-5-1 siapa punya unit?
A: AI bgtau unit hassanuddin tetapi sbg rumah tetamu
Q: Smpai ke unit 1151, apa yg kamu buat smpai ke muka pintu?
A: Tiba di unit tsbt buka pintu, x berkunci, msk letak kasut di sblh kiri blkg pintu
Q: Ms buka pintu, nmpk siapa di dlm?
A: Dari pintu tersebut x nmpk
Q: Bila msk?
A: Nmpk AI ddk di meja mkn
Q: selain ddk di meja makan ada AI buat apa2?
A: Tiada ddk di mj mkn sj
Q: Saya terlupa, beg yg ada doc ada bw?
A: Ada
Q: Apa buat dgn doc bila msk?
A: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan AI dan serahkan doc
Q: Ddk, letak doc, apa lepas itu?
A: Lepas serah doc, km bincang ttg jadual kerja, tidak lm slps itu beliau tnya satu soalan.
Q: Apa soalan itu?
“Can I fuck you today?”
Q: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?
A: Marah dan takut
Q: Ada kamu kata apa2?
A: Tolak pelawaannya
Q: Apa kamu kt bila menolak?
A: Sy kt sy x mahu melakukannya
Q: AI kt apa2,bila km kataxnk melakukannya?
A: Dengan nada marah AI kata “what?”
Q: Apa respon kamu?
A: Sy ulang yang sama
Q: strusnya?
A: AI agak marah dgn itu sy takut. AI arahkan ke bilik tidur utama.
Q: Adakah kamu ke bilik tidur utama seperti diarahkan?
A: Ya
Q: Siapa pergi dulu?
A: Sy pergi dl
Q; Dlm bilik utama apa berlaku?
A: Dalam bilik utama AI pergi ke hujang bilik untuk tutup langsir. Saya ketika itu masih ada di pintu, kemudian AI pergi ke pintu untuk tutup lampu bilik.
Q: Jd gelap la bilik itu?
A: Ada chya dr pintu tandas dan celah2 langsir
Q: Lepas itu?
A: AI arahkan sy membersihkan diri di dlm tandas
Q: Tandas @ bilik air?
A: Bilik air
Q: AI arahkan bersih diri?
A: Ya
Q: Teruskan?
A: Ya, saya masuk ke tandas dengan berpakaian, sy bilas badan tetapi sy x mandi sepenuhnya.
Q: Ms itu dh buka pakaian?
A: Ya
Q: Lepas bilas diri?
A: Sy ambil tuala dlm tandas, sy keluar dgn bw baju kemeja sy kaler putih dan gantung di tmpt pemegang almari.
Q: Kamu bertuala?
A: Sy bertuala.
Q: Ms keluar dr bilik air, nampak di mn AI?
A: Sy nmpk, AI di hujung penjuru katil, dibahagian kaki sebelah kanan.
Q: Apa AI buat pd ms itu?
A: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia lalu dia peluk saya sambil berdiri.
KS: May this evidence be in camera?
YA: R you coming to that part?
MY: Yes, im coming to that part. I leave it to the ct. Read proviso s.50(2) Courts of Judicature Act 1964.
[04:54]
YA: This proceeding should be in camera.
At 9 am?
CV: Can it be 9.30 because Im coming from Rawang.
YA: 1st proceeding 2mrw will be in camera.
Adjourned to 09:30 tomorrow.
Perbicaraan hari ini adalah perbicaraan tertutup. Mungkin tak dapat lagi laporan seperti hari semalam.
Amir Hamzah,
Batu Pahat,
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)