Tuesday, June 30, 2009

DEBAT Hanya Gimik Nik Aziz


PAS mencabar UMNO bagi mengadakan debat terbuka mengenai dasar parti masing-masing. Pada masa yang sama kedua-dua musuh politik itu bertemu dalam PRK Manek Urai 14 Julai akan datang. Apa pulak muslihat PAS kali ini? Apakah ini gimik Nik Aziz yang membawa isu kekalutan dan UMNO dan PAS. Adakah ini kehendak Nik Aziz seorang atau kehendak kepimpinan PAS.

Semasa isu kerajaan Perpaduan Nik Aziz tidak tahu menahu. Sekarang dalam kes debat Hadi Awang pulak yang tidak tahu. Kata Presiden PAS itu, beliau hanya baca laporan media. “Saya akan jumpa dia dapatkan penjelasan sebelum komen,” Sah! macam kong kalikong Kerajaan Perpaduan juga. Disebabkan Hadi Awang dan Nasharudin yang memandai-mandai akhirnya kerajaan perpaduan masuk longkang. Ini macam tajuk drama baru antara pemimpin Pakatan Rakyat.

Apa tujuan Nik Aziz hendak berdebat dengan PM? Kononnya nak menyelesaikan isu-isu berbangkit antara Pas dan UMNO termasuk dasar kedua-dua parti di mana UMNO dikatakan menolak Islam. Nik Aziz hendak tahu benar kenapa UMNO tolak Islam dan tolak hudud. Berapa kali agaknya kerajaan hendak bagi jawapan. Letih lah hendak melayan soalan-soalan begini. Lagi pun PM sibuk sangat untuk mengurus negara. Bagaimana hendak menangani masalah ekonomi negara dan mengekalkan momentam kestabilan politik negara.

Saya ada satu cadangan. Apa kata kalau saya cadangkan Nik Aziz berdebat dengan Tun Mahathir. Saya rasa ramai yang hendak menaja siaran langsung ini. Bukan saya hendak menyamakan ketokohan Tun Mahathir dengan Nik Aziz tetapi Tun Mahathir lah antara tokoh yang sesuai menjawab semua persoalan. Kalau Nik Aziz hendak menimbulkan persoalan 'PAS kena main dengan UMNO' tahun 1970an, bukan Najib yang perlu jawab, tapi Tun lebih sesuai kerana Tun sudah menjawat Naib Presiden UMNO ketika itu sedangkan karear politik Najib hanya bermula selepas kematian Tun Razak pada 1976.

Kalau kemaruk sangat hendak berdebat, Nik Aziz seeloknya mencabar Tun Mahathir kerana tempoh berpolitiknya yang lama memungkinkan beliau boleh menjawab semua soalan. Kenapa Nik Aziz tidak berani mencabar Tun Mahathir?. Bukankah Kelantan jatuh ke tangan Angkatan Perpaduan Ummah semasa Tun menjadi PM? Sehingga Tun bersara pun Kelantan terus diperintah PAS. Sepatutnya Nik Aziz lebih berani menghadapi Tun Mahathir.

Tun Mahathir pun sudah bersara, masa untuk Tun lebih luas seperti mana banyaknya masa Nik Aziz sebagai MB. Sepatutnya MB tidak ada masa hendak berdebat kerana tugas MB di pejabat, melawat kawasan dan sebagainya tidak memungkinkan beliau membuang masa. Kalau setakat hendak tahu masalah-masalah semasa PAS dan UMNO telefon dengan Najib pun boleh. Tetapi Nik Aziz yang suka glamour suka orang semua melihat kepadanya.

Soalnya sudikah Tun berdebat dengan Nik Aziz sedangkan Tun telah menyifatkan debat itu sebagai membuang masa dan hanya satu bentuk hiburan semata-mata. Seperti mana debat antara Anwar dan Sabery Chik apa faedah yang diperolehi daripada debat itu? Ianya tidak lebih daripada melihat air liur Sabery disamping memberi peluang kepada Anwar bercakap di TV selepas beberapa lama 'digam'.

Debat, muzakarah atau kerajaan perpaduan ke hanya gimik politik pembangkang semata-mata. Rakyat dipermainkan oleh Pakatan Rakyat setelah mereka gagal mempermainkan rakyat dengan tarikh 16 September. Mereka juga gagal dalam mengadakan pilihanraya kecil ber siri sehingga PRU ke 13. Akhir sekali mereka gagal setelah gimik kerajaan perpaduan. Debat dan selepas ini muzakarah juga sedang menuju kegagalan.

Rakyat jangan terpengaruh dengan permainan ini. Jangan buang masa teruskan bekerja. Tidak perlu kita berbincang dengan debat ini. Kalau kita terpesona, kita akan terperangkap. Debat tidak ada menang dan tidak ada kalah. Setiap individu adalah hakim mengikut pendirian masing-masing. Gelanggang sebenar 'debat' adalah di Manek Urai di waktu ini.

Amir Hamzah
Jalan Syed Putra.
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Friday, June 26, 2009

Nik Aziz : Ulamak Yang Terlampau..


Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat, hanyalah satu kiasan atau perumpamaan."Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat," katanya kepada Bernama di Kota Bharu Jumaat bagi menjelaskan ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan UMNO sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan.

Sementara itu Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan telah membuat laporan polis terhadap Nik Aziz mengenai ucapannya di Manek Urai Ahad lalu yang samakan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin, pengganas komunis dan Chin Peng.

Amir Hamzah:

1.Nik Aziz boleh cakap apa yang dia suka. Dia tahu apa yang diperkatakan akan mendapat liputan media dan rakyat. Kenyataan-kenyataannya sedikit sebanyak akan mempopular dirinya dan PAS sendiri.

2. Bagi pengikut-pengikut PAS memang benarlah apa yang diperkatakan kerana UMNO memang tidak mentadbir negara ini berlandaskan al-Quran dan Hadis malah menolak hukum hudud sebagai undang-undang tertinggi negara. Maka sebab itu, UMNO dianggap menolak Islam. Setiap fahaman yang menolak Islam dianggap sebagai ajaran sesat. Begitulah tanggapan mudah Nik Aziz. Malah lebih teruk lagi, Najib itu adalah pemimpin ajaran sesat sama seperti ayah Pin. Mana-mana rakyat yang tidak mengundi PAS pada PRU ke 13 dan sebelumnya adalah pengikut ajaran sesat.

3. Kalau begitu, Najib, Anwar dan Lim Kit Siang adalah dalam kelompok yang sama. UMNO tidak selari dengan PAS. Anwar Ibrahim juga sesat kerana tidak menyertai parti PAS. Apatah lagi Lim Kit Siang sudah tentu dari golongan kafir, sesat lagi menyesatkan. Mengapa pulak UMNO saja yang dikiaskan sebegitu tetapi tidak untuk Anwar dan Lim Kit Siang?. Saya sudah kata, kenyataan Nik Aziz adalah cakap-cakap politik ,bukan tujuan untuk dakwah dan menyeru kepada mendidik.

4. Cakap-cakap politik ini tujuannya untuk mempopularkan diri dan parti. Nik Aziz pun menjadi ketua bagi sebuah negeri yang 98% adalah Melayu tetapi bukan semuanya Islam kerana sebahagiannya yang menyokong BN juga adalah daripada golongan ajaran sesat. Nik Aziz adalah pemimpin bagi penyokong PAS yang Islam dan sebahagian lagi daripada golongan Melayu ajaran sesat.

5. Kenyataan Nik Aziz itu hanya laku di Malaysia saja. Nik Aziz tidak berani untuk menuduh negara-negara lain sebagai negara ajaran sesat termasuklah Arab Saudi, Mesir, Jordan, Iraq, Iran dan lain-lain serta pemimpin-pemimpinnya sekali. Kalau Nik Aziz 'istiqomah' dengan pendiriannya hanya dia dan kelompoknya sahaja yang Islam di atas muka bumi sekarang ini.

6. Oleh itu, perlukah kita mengambil serius kenyataan seumpama ini. Tidak perlu , kerana ianya adalah kenyataan-kenyataan politik belaka. Kita anggap kenyataan Nik Aziz ini sebagai kenyataan populis untuk meraih undi di Manik Urai dan mengulangi di hadapan pengundi di Manik Urai bahawa Nik Aziz dan PAS sahaja yang Islam dikalangan berbillion umat manusia di dunia ini.

7. Selain itu, kita anggap kenyataan ini adalah senda gurau dan usik mengusik dalam politik. Nik Aziz yang sudah lanjut usianya tidak boleh selalu tertekan. Sedih rasanya apabila seorang tua ini dimaki dan dihina oleh musuh-musuhnya kerana keterlibatannya di pentas politik yang serba kemungkinan ini. Sepatutnya Nik Aziz sudah berehat dan menghabiskan masa lapang nya dengan menembak tupai di belakang rumahnya di Pulau Melaka.


Amir Hamzah
Bandar Penggaram,
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Minta Nasihat Tun M, Tidak Jatuh Misai Najib.


Hari ini Tun Mahathir menjawab beberapa persoalan tentang pembatalan Jambatan Bengkok mengantikan Tambak Johor di zaman pemerintahan Pak Lah. Mengapa Tun Mahathir beriya-iya sangat agar projek Jambatan Bengkok ini diteruskan sejak sebelum beliau belum bersara, zaman Pak Lah hingga sekarang?

Mengapa Tun Mahathir menjawab beberapa isu di dalam blognya berkenaan Jambatan Bengkok ketika ini? Ianya tentulah ada kaitan dengan idea Jambatan ke 3 yang dicadangkan di Timur Laut Johor. Ketika LKY begitu gembira dan bersetuju dengan jambatan ke 3 dan mendapat respon yang baik daripada kerajaan Malaysia, rasa-rasanya ulasan Tun di dalam blognya itu tepat pada masanya.

Saya berpendapat dalam banyak perkara pentadbiran kerajaan sekarang tidak wajar mengenepikan terus peranan Tun khususnya isu Jambatan Bengkok. Ketajaman fikiran, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sejarah dan perjanjian-perjanjian, keberanian, kepetahan berhujah Tun sangat berguna bagi menjayakan projek yang amat berguna dan berfaedah kepada Malaysia.

Seperkara yang tercatat dalam ulasan Tun bukan sahaja bersandarkan kepada kepentingan ekonomi dan alam sekitar semata-mata tetapi lebih utama ialah mempertahankan maruah dan kedaulatan negara kerana mengikut Tun, Tambak Johor adalah kepunyaan sepenuhnya negeri Johor.

Adalah molek dan manisnya Tun diberi peranan yang lebih besar walaupun Tun tidak pernah meminta-minta daripada kerajaan tetapi Tun sentiasa bersedia membantu kerajaan sekiranya diperlukan. Bukan jawatan menteri kanan yang dimintanya seperti mana LKY di Singapura tetapi kita memerlukan buah fikiran, nasihat, pandangan bernas dan keberanian bagi merealisasikan jambatan bengkok tersebut.

Najib tidak perlu bimbang kerana beliau tetap sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, cuma rakyat lebih yakin dan percaya dengan penglibatan Tun secara langsung dan tidak langsung dalam isu-isu penting negara.

Sebelum ini pun DYMM Sultan Johor bertitah baginda tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura. Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi. "Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad mengulas titah Sultan Johor itu berkata, apa yang dititahkan itu adalah suara rakyat negeri Johor. “Titah baginda itu adalah aspirasi rakyat Johor keseluruhannya. Titah baginda adalah cerminan Raja berjiwa rakyat dan mewakili suara rakyat,” katanya

Berikut adalah ulasan Tun Mahathir dalam blognya www.chedet.com:

1. Saya siarkan dokumen berkenaan pembiayaan pembinaan Tambak Johor kerana ada Menteri di dalam pentadbiran Tun Abdullah yang mendakwa Tambak Johor milik bersama antara kita dan Singapura. Sebab itu Singapura harus bersetuju sebelum apa-apa tindakan (meroboh) dapat dilakukan terhadap tambak tersebut.

2. Tidak terdapat apa-apa persetujuan mahupun perjanjian yang mengatakan Tambak Johor milik bersama. Jika ada pun 2/3 daripada tambak tersebut adalah milik Johor. Dan bahagian 2/3 tersebut sudah semestinya yang berakhir di Johor Bahru kerana sempadan di Selat Tebrau merupakan laluan air yang paling dalam, kira-kira separuh dari selat tersebut antara Singapura dan Johor. Ini mestilah juga sempadan tambak. Dengan itu separuh tambak di bahagian utara adalah hak Malaysia, satu negara yang berdaulat dan merdeka.

3. Cadangan yang mengatakan kita tidak boleh sentuh tambak tanpa kebenaran Singapura bukan merupakan sebahagian daripada apa-apa perjanjian dengan Singapura. Apa yang kita buat pada bahagian tambak di sebelah kita adalah hak kita sebagai satu negara yang berdaulat. Tidak melaksanakan hak kedaulatan kita samalah dengan menganggap diri kita dijajah.

4. Kenapa kita perlu bina jambatan untuk gantikan tambak? Jalanraya di Johor Baru di mana lalu lintas dari dan ke arah tambak bertemu dengan lalu lintas menghala ke arah timur dan barat seringkali sesak. Di masa hadapan apabila lebih banyak kenderaan menggunakan jalan tersebut, kesesakan tentu akan bertambah buruk.

5. Jambatan akan disambung ke jalan jejambat dari dan ke kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ), dan ini akan benarkan lalulintas dari timur ke barat untuk bergerak lancar.

6. Selain masalah trafik, laluan air di selat juga tidak mengalir. Jika tambak dibuka, air akan bebas mengalir di kedua-dua arah, dan akan membersihkan perairan di selat.

7. Ketiadaan tambak juga akan benarkan bot dan kapal layar belayar pergi balik di kedua-dua arah. Pengangkutan barangan dan penumpang di antara pelabuhan Pasir Gudang dan pelabuhan Tanjung Pelepas juga akan dipermudahkan. Ini akan bantu pertumbuhan kedua-dua pelabuhan - sesuatu yang mungkin Singapura tidak suka lihat.

8. Laluan tanpa halangan bot-bot sepanjang selat juga akan mewujudkan peluang perniagaan. Jambatan akan lebih lebar daripada tambak dan akan mempercepatkan aliran lalulintas. Bangunan CIQ juga direkabentuk untuk menampung jumlah trafik yang lebih tinggi.

9. Saya ditanya kenapa ianya tidak dibina semasa 22 tahun pentadbiran saya, jawapannya ialah keperluan untuk jambatan hanya jadi lebih jelas di akhir jangka waktu pentadbiran saya. Walaubagaimanapun saya telah luluskan projek tersebut sebelum saya berundur. Kerja-kerja pembinaan juga bermula semasa saya masih lagi mentadbir. Jika Abdullah tidak berhentikan, jambatan sudah tentu akan hampir siap sekarang.

10. Oleh kerana Singapura hanya akan setuju untuk membina jambatan lurus jika satu bilion metre padu pasir dijual kepadanya; oleh kerana rakyat Johor membantah penjualan pasir dan kebenaran bagi pesawat pejuang Singapura berlatih di ruang udara Johor, pilihan yang ada bagi Kerajaan Malaysia hanyalah untuk kembali pada pembinaan jambatan bengkok (indah) di perairan wilayah kita. Ini adalah hak sebuah negara berdaulat yang merdeka.

11. Sebaliknya Abdullah putuskan untuk bukan sahaja tidak bina jambatan di perairan kita tetapi juga untuk berhenti berunding berkenaan semua perkara lain termasuk keengganan Singapura meluluskan dana CPF (Central Provident Fund) yang dicarum pekerja dari semenanjung Malaysia, tanah keretapi, harga air mentah 3 sen untuk 1,000 gelen yang dibayar Singapura (Melaka bayar 30 sen untuk 1,000 gelen).

12. Kesemua isu ini memberi keuntungan pada Singapura dan dengan menghentikan rundingan untuk mendapatkan hak yang lebih baik dalam masalah tersebut kononnya kerana orang Johor menolak penjualan pasir yang rugi ialah kita. Yang kalah adalah kita. Saya rasa ini satu cara bodoh untuk hukum Singapura. Ataupun adakah ianya satu hukuman bagi orang Johor kerana tidak setuju jual pasir (ada orang yang akan buat banyak duit) dan menolak cadangan supaya ruang udara Johor Baru dijadikan tempat pesawat pejuang Singapura berlatih berperang dan mengebom.


Amir Hamzah
Bandar Penggaram,
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Thursday, June 25, 2009

Nik Aziz : Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kawin Lain.


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

AmirHamzah64 :

1. Politik Cina tidak bergantung kepada politik kepartian. Politik Cina bergantung kepada politik berpersatuan. DAP, Gerakan dan MCA sama sahaja. Satu parti Cina di dalam kerajaan. Dua parti pelbagai kaum DAP dan Gerakan tetapi didominasi oleh orang Cina berada satu dalam kerajaan dan satu dalam pembangkang.

2. Matlamat parti mungkin berbeza tetapi mereka ada titik pertemuan untuk bersatu iaitu ekonomi, pendidikan ,bahasa dan kebudayaan.

3. Mereka lebih kuat bersatu kerana sudah terdidik sebagai kaum pendatang. Mereka selalu diingat-ingatkan bahawa kaum Cina tidak ada pilihan lain untuk hidup kecuali bersatu, bekerjasama, bantu membantu dan bekerja keras untuk menambah kekayaan. Hanya Tanah Melayu yang sudi menerima kewargenaraan mereka termasuk di tolak oleh negara asal mereka.

4. Kedinamikan Kecinaan dan Identiti Orang Cina di Malaysia sentiasa dibangkitkan terutama dalam bidang pendidikan dan status bahasa Cina. Kesedaran orang Cina tentang pentingnya Mandarin dikekalkan sebagai bahasa pengantar di sekolah menjadi kuat selepas pengumuman Laporan Pendidikan Barnes 1951 (Barnes Report of 1951) yang
menafikan pentingnya mempelajari bahasa ibunda dalam sistem pendidikan. Sebab itu sebahagian besar orang Cina turut menolak PPSMI yang dilaksanakan di sekolah-sekolah SRJK(C) sejak 6 tahun yang lalu.

5. Sebelum penentangan PPSMI, Wacana identiti orang Cina dalam perjuangan bahasa Cina, atau Chinese Education Movement, telah membabitkan peristiwa yang membabitkan
isu status Bahasa Cina termasuklah cadangan penubuhan Universiti Merdeka pada tahun 1964.

6. Selepas pilihanraya ke 12, Orang Cina bukan sahaja setakat berjuang dalam sektor ekonomi, pendidikan, bahasa dan kebudayaan semata-mata tetapi sudah mula menyemarakkan hasrat mereka untuk menguasai politik dan merebut kuasa. Kelemahan politik Melayu yang sudah berpecah tiga adalah satu kesempatan baik untuk mereka mempunyai kuasa tawar menawar demi kepentingan dan keuntungan terhadap komuniti Cina.

7. Sepanjang 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak, DAP telah menggunakan sepenuh kesempatan untuk menguasai pentadbiran Perak di bawah Menteri Besar boneka. Kejayaan DAP mempengaruhi MB Perak dan menguasai exco Perak dalam hal hak milik kekal tanah di kampung baru telah memberi keuntungan berganda kepada penduduk Cina yang terbabit tanpa mengira mereka daripada DAP, MCA atau Gerakan.



8. Saranan dan kenyataan Mufti Perak itu agar orang Melayu mencontohi cara orang Cina berpolitik ada benarnya. Bezanya Mufti Perak menggunakan slogan ' Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh'. Namun Nik Aziz, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim mengguna pakai slogan ' Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kawin Lain'.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tuesday, June 23, 2009

PERKASA : Sandaran Baru Orang Melayu ?


Pertubuhan yang telah 2 kali di haramkan, Hindraf melalui ADUN Kota Alam Shah, Manoharan, seorang daripada lima pemimpin Hindraf yang dibebaskan daripada tahanan ISA membuat kenyataan, kerajaan harus mengharamkan pertubuhan itu kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu.

Sehubungan itu, Manoharan bertanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak - yang mengadakan pertemuan dengan Perkasa, 12 Jun lalu - kini bersetuju bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu.



Jangan salahkan PERKASA, kerana PERKASA adalah payung kepada pelbagai NGO Melayu bagi memperjuangkan hak serta kepentingan Melayu dan pribumi di negara ini termasuk kaum di Sabah dan Sarawak dan mempertahan apa yang ada dalam Perlembangaan terutama Perkara 152 dan 153.

PERKASA bermatlamat memperkasakan Islam, Melayu, Raja-Raja, hak istimewa orang Melayu dan perpaduan kaum. Cogankata PERKASA antaranya adalah ‘perpaduan pribumi tunggak perpaduan negara’. yang bergerak secara berhemah, bijaksana dan berdisplin. Jadi apa salahnya PERKASA?

Hindaf jangan salahkan PERKASA kerana PERKASA tidak mengusik walaupun sejengkal kepentingan orang India. Kalau Hindraf hendak juga salahkan orang lain, lebih sesuai salahkan Samy Vellu atau Anwar Ibrahim. Samy dan Anwar adalah penyokong Hindraf. Samy adalah wakil orang India selama 4 presiden UMNO dan 4 perdana menteri. Anwar adalah bekas TPM selama 5 tahun. Ketika kedua-dua pemimpin ini sedang berkuasa apakah sumbangan mereka berdua kepada orang India? Suruhlah mereka senaraikan.

Kalau begitu mengapa hendak salahkan PERKASA? Sedangkan PERKASA belum pun setahun penubuhannya. Kerana PERKASA kah yang menyebabkan orang India masih miskin? PERKASA kah yang melakukan perbersihan etnik India di Malaysia? PERKASA kah yang menyonglap duit MAIKA holding sehingga menyebabkan Hindraf teramat dengki dengan PERKASA?

Hindraf sebenarnya semakin dilupakan. Mereka belajar daripada tok guru mereka, Anwar Ibrahim. Kata Anwar, Jika orang sudah semakin melupakan kita, buat dan timbulkan isu baru. Apabila isu ini diperkatakan oleh media dan orang ramai, Hindraf akan segar semula. Timbulkan provokasi terhadap orang India supaya sokongan mereka tidak beralih arah dan kekal kepada Pakatan Rakyat.

Sedarlah orang India dan Hindraf, saudara dan saudari semua sudah menjadi kuda tunggangan Anwar. Anwar cuma hendak gunakan orang India buat sementara sahaja sebelum dia berkuasa. Jangan mimpilah mereka akan mengotakan janji-janjinya yang muluk-muluk. Jikalau dia benar-benar hendak tolong orang India, semasa menjadi TPM dulu dia sudah menolong dengan bersungguh-sungguh seperti sekarang.

Hari ini PERKASA dilihat sebagai lidah suara Melayu yang lantang dan berani. PERKASA dilihat memenuhi inspirasi dan harapan orang Melayu. Apa yang terpendam di lubuk hati orang Melayu, PERKASA lah yang menyuarakannya. Apa sahaja yang kabur dan merisaukan orang Melayu, PERKASA lah yang menenangkan. Ini termasuklah isu 1Malaysia di mana perdana menteri memberi jaminan bahawa konsep 1 Malaysia akan tetap memperkasa setiap perkara sama ada tersurat atau tersirat dalam perlembagaan.

Ketika Hindraf meminta kerajaan mengharamkan PERKASA, saya dengan rendah hati menyeru semua orang-orang Melayu menyertai PERKASA dengan mengenepikan fahaman politik yang sempit. Kita mempunyai pemimpin yang berani, boleh dibuat sandaran, boleh kita harapkan untuk berlindung. Apabila ramai ahli PERKASA, ramai penyokong dan pendokong PERKASA akan lebih perkasa. Suara PERKASA akan lebih gah.

Hanya PERKASA yang lantang mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan Raja-Raja Melayu. PERKASA seolah-olah semakin menjadi sandaran orang Melayu. Malah tidak malu untuk mengatakan, Kalau hendak bersatu, PERKASA lah pertubuhannya. Ianya lebih realistik berbanding dengan 'Kerajaan Perpaduan Yang Sampah'.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Monday, June 22, 2009

Kerajaan Perpaduan Sampah : Sekat Anwar Jadi PM


Seperti yang dijangkakan 'Kerajaan Perpaduan Yang Sampah' benar-benar menjadi sampah apabila Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengambil keputusan bahawa semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang serta MENOLAK IDEA PENUBUHAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO / BARISAN NASIONAL.

Saya langsung tidak berkecil hati dengan keputusan ini malah sangat gumbira bukan kerana tidak sukakan kepada perpaduan tetapi tidak gemar dan tidak selesa diklentong oleh mereka yang lidah bercabang. Sejak dari awal idea ini dicetuskan oleh Hadi Awang, sedari itulah saya tidak yakin dan tidak percaya walaupun ianya keluar daripada mulut orang alim dan ulamak.

Hari ini, kenyataan yang berbelit-belit dan klentong yang tidak sudah-sudah menghiasi majlis kenyataan media pemimpin Pakatan Rakyat. Kenyataan media bersama Abdul Hadi Awang,Lim Kiat Siang dan Anwar Ibrahim antaranya:

"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat"

Ayat ini sekali imbas, sudah kenal siapa yang mengarangnya. Kalau ada perkataan 'fitnah' dan 'tohmahan jahat' pastinya ia kata-kata popular Anwar sejak 1998. Kenyataan ini kalau dibaca oleh penyokong-penyokong totok Pakatan Rakyat ianya terus menusuk ke kalbu kerana kepala otak mereka sudah 'mangli'dengan alasan-alasan begini iaitu fitnah dan tohmahan jahat.

Pada hal, isu dan idea kerajaan perpaduan sampah ini adalah idea Hadi Awang. Kalau tidak bagaimana Hadi boleh bertegang urat dengan Nik Aziz?

1. Hadi Awang yang menjelaskan dalam harakah dan media lain berkenaan konsep kerajaan perpaduan, seperti katanya : ‘Unity Government’ ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana ‘Unity Government’ ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

2. Nik Aziz menafikan bahawa konsep 'kerajaan perpaduan' tidak pernah dibincangkan tetapi Hadi Awang mengatakan bahawa ianya telah dibincangkan di dalam dialog dikalangan kepimpinan Pas Pusat.

Nik Aziz menafikan bahawa Pas dan Pakatan Rakyat pernah membincangkan konsep ini tetapi Hadi Awang mengatakan bahawa konsep itu disokong oleh Keadilan dan DAP.

Untuk pengetahuan Anwar, bukan UMNO/BN yang terhegeh-hegeh nakkan kerajaan perpaduan ini. Yang beriya-iya berguling-guling ni sebenarnya Hadi dan Nasharudin. UMNO / BN hanya melayan sahaja kerenah temberang kalian semua. Kita pun sebenarnya tidak tahu siapa yang mengajar Hadi dan Nasharudin ni. Dua orang ini boleh dikira ulamak tetapi takkan lah ulamak hendak berbohong. Tentu ada yang mengajar ulamak ni berbohong.

Kalau kita kata Anwar yang ajar, maka ramai yang marah. Anwar pernah menjadi PM Malaysia selama 3 bulan ketika Mahathir melawat keluar negara. Dia sangat arif bahawa perpaduan antara parti ini tidak mungkin berlaku. Anwarkah yang suruh Hadi dan Nasharudin yang timbulkan idea ini? Tujuannya supaya rakyat akan terus menerus membincangkan hal-hal politik remeh temeh kerana politik Perak sudah kehabisan modal dan menutup 'kemaluan' Pakatan Rakyat di Perak. Sebab itu bermulanya idea ini daripada Hadi tetapi akhirnya kepada Anwar juga.

Krisis politik Perak telah menelanjangi kelemahan mereka maka bagi menutup cerita-cerita malu yang ditimbulkan oleh Nizar dan DAP maka isu kerajaan perpaduan ini ubat yang mujarab untuk meredakan kesakitan.

Mana mungkin kerajaan perpaduan ini direalisasikan kerana kerajaan perpaduan ini akan menutup terus peluang 'big boss ' mereka menjadi Perdana Menteri sekali gus menutup peluang Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah menunggu sekian lama. Semua ini adalah drama dan wayang Anwar Ibrahim.

Episod akhirnya akan meletakkan segala busuk dan hancingnya kepada UMNO juga. Akhirnya UMNO/BN mendapat hadiah perkataan FITNAH dan TOHMAHAN JAHAT sedangkan kes liwatnya telah berjaya ditangguhkan daripada 1 Julai kepada 8 Julai.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Sepandai -pandai Anwar Melompat........(siri Akhir)


KES DOKUMEN ANWAR DITUNDA 1 JULAI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Julai ini bagi mendapatkan lebih 10 dokumen daripada pendakwaan berhubung kes liwatnya.Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini.(22 Jun 2009)

Mahkamah juga menetapkan 8 Julai untuk mendengar permohonan penasihat PKR itu bagi membuang kes tersebut. Jika permohonannya ditolak, perbicaraan kes liwat akan bermula pada hari yang sama.

Kesnya pada asalnya dijadual bermula 1 hingga 24 Julai ini.

Anwar memfailkan permohonan untuk mendapatkan dokumen pada 10 Jun lalu, manakala permohonan untuk mengetepikan kes liwatnya difail seminggu kemudian.

Dokumen yang dimohon, antaranya, rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mantan TImbalan Perdana Menteri itu menghadapi pertuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantunya, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun lepas.

Amir Hamzah 64 :

1. Sekali lagi Anwar diberi peluang melewatkan bermulanya kes perbicaraannya daripada 1 Julai kepada 8 Julai. Mahkamah akur dengan permohonan Anwar membuktikan mahkamah ingin memberi peluang yang seluas-luaskan kepada beliau dan sekali lagi menafikan mahkamah tidak telus dan dipengaruhi.

2. Mahkamah akur dengan permohonan Anwar kerana beliau adalah Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Keistimewaan yang jarang-jarang diperolehi oleh rakyat biasa.

3. Jika 8 Julai permohonan untuk membuang kes ditolak, maka perbicaraan akan bermula pada hari yang sama. Sebaliknya jika permohonannya bagi membuang kes yang berkenaan berjaya maka MAHKAMAH MALAYSIA ADALAH MAHKAMAH TERBAIK DI DUNIA.

4. Kaedah ini adalah strategi serangan mental kepada Saiful dan keluarganya bagi melemahkan segala sendi dan urat saraf mangsa. Perang saraf ini Anwar belajar daripada tok gurunya Yahudi dan Amerika. Anjakan tarikh ini membolehkan Anwar sempat lagi pergi berjumpa tok gurunya di Amerika bagi mendapat tips perbicaraan sebelum 8 Jun 2009.

5. Anwar sentiasa berusaha untuk menangguh-nangguhkan kes perbicaraannya dan dalam masa yang sama berusaha untuk membuang kes yang berkenaan, dipihak yang lain Saiful Bahri tidak sabar-sabar untuk bersemuka dan memberi keterangan di mahkamah. Apakah maknanya itu?

6. Jika benar Anwar tidak bersalah maka kita harus akur bahawa ini satu fitnah dan niat jahat terhadap kerjaya politiknya. Jika mahkamah mendapati beliau bersalah maka segala drama dan wayangnya selama ini boleh diibaratkan sebagai, 'SEPANDAI-PANDAI ANWAR MELOMPAT AKHIRNYA JATUH TERKANGKANG JUGA'.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Sunday, June 21, 2009

Sepandai -pandai Anwar Melompat........(siri 3)


Isu gagasan 'Kerajaan Perpaduan' ini kadang kala menimbulkan banyak persoalan. Pakatan Rakyat telah memenangi 5 buah negeri dan menguasai 83 kerusi parlimen sehingga menafikan kemenangan majoriti 2/3 BN dalam Parlimen. Walaupun BN berjaya merampas balik Perak tetapi kekuatan Pakatan Rakyat di Parlimen adalah luar biasa.

Tujuan Pakatan Rakyat ini adalah untuk menumbangkan kerajaan BN. PKR, PAS dan DAP mempunyai matlamat yang sama. Mereka mempunyai pengundi yang saling bantu membantu seperti mana yang diamalkan oleh parti BN dan parti-parti komponennya. Jika disatu kerusi parlimen atau DUN itu calonnya wakil PAS mewakili Pakatan Rakyat, maka penyokong PKR dan DAP akan menyokongnya dan begitulah sebaliknya.

Bagi saya Pakatan Rakyat sudah mempunyai kekuatan yang cukup untuk memenangi pilihanraya umum ke 13 dengan cara yang sah. Peluang mereka ke Putrajaya semakin cerah dengan momentum sokongan yang masih menyebelahi mereka. Kejayaan terakhir dalam PRK Penanti membuktikan momentum itu terus kekal dan calon-calon Pakatan Rakyat terus popular.

Mereka juga melalui calon PAS mempunyai harapan cerah untuk menang di PRK Manik Urai, 14 Julai depan. Kalau sudah berada di momentum yang betul dengan rakyat nampaknya menyebelah slogan Harapan Baru Rakyat Malaysia' ciptaan Anwar Ibrahim berbanding slogan ' 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan', mengapa agaknya Hadi Awang beriya-iya dengan idea 'Kerajaan Perpaduan'.

Bukankah BN sekarang ini sedang berada dalam moral yang sangat rendah dan jika diadakan pilihanraya umum hari ini, BN boleh tumbang bila-bila masa. Mengapa PAS mahu mewujudkan hubungan dengan kerajaan yang lemah dengan meninggalkan Pakatan Rakyat yang sedang berada di kemuncak?. Dari segi politik dan kuasa, bukankah tindakan Hadi ini merugikan? Dalam PRU yang lepas PAS diperuntukan 66 kerusi Parlimen, sedang dalam kerajaan perpaduan nanti yakinkah Hadi, PAS akan mendapat peruntukan kerusi sebanyak itu?

Sebab itulah banyak persoalan tentang kerajaan perpaduan ini? Yang kuat melutut kepada yang lemah? Definasi dan tujuannya kabur atau sengaja dikaburkan?. Kesemua senario ini dilihat sebagai satu masalah dalam parti PAS dan kemudiannya menjadi masalah dalam Pakatan Rakyat.

Daripada drama ke wayang, isu kerajaan perpaduan ini akhirnya menjadi seperti 'gantung tak bertali'.Bagaimanapun, apabila Mustafa merayu supaya isu polimek itu dihentikan, ada yang bertanya, apa lagi ‘wayang’ bertajuk kerajaan perpaduan ini?. Siapa sebenarnya orang disebalik kerajaan perpaduan ini? Adakah ianya isu yang diciptakan bagi kita melupakan atau mengalih pandangan kepada isu yang lebih besar?

Alasan Mustafa, bekas Pengarah Pilihanraya PAS lalu, isu tersebut tidak relevan buat masa ini sehingga pilihan raya umum ke-13. Namun ada yang anggap PAS terpaksa perlahankan isu itu semata-mata nak jaga hati PKR dan DAP menjelang pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada pertengahan Julai nanti.

Berdolak dalik dan berbelit-belit. Perbincangan tak habis-habis akhirnya berbalah sesama sendiri.

Siapakah manusia yang bermain dibelakang tabir sedangkan Hadi dan Nasharudin adalah pelakon di atas pentas. Seperti kata Muhyiddin, 'perkara yang baik perlu dipercepatkan' Nak cepat macam mana, ianya hanya di pentas sandiwara politik yang saya rasa pemimpin kerajaan yang ada sangat faham dan maklum.

Apa-apa hal dalam rakyat sibuk membincangkan kerajaan perpaduan, rakyat perlu terus mendesak agar Anwar akan turun gelanggang pada 1 Julai 2009 di Mahkamah Tinggi. Suka benarlah Anwar jika kita tak habis-habis bercerita kerajaan perpaduan sedang kan 1 Julai hari kebenaran kita lupakan. Anwar sangat tidak selesa jika rakyat memberikan tumpuan kepada perbicaraannya.



Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Saturday, June 20, 2009

Sepandai -pandai Anwar Melompat........(Siri 2)


Apabila Anwar mengeluarkan kenyataan menyokong kepulangan Chin Peng atas dasar kemanusiaan ianya sekali lagi dilihat bukan datang daripada keikhlasan hatinya tetapi atas kepentingan politiknya. Latar belakangnya sebagai pemimpin ABIM sebuah gerakan Islam memang agak pelik untuk menerima seorang yang berfahaman komunis yang sangat bertentangan dengan Islam.

Itulah Anwar Ibrahim yang kita kenali. Beliau boleh melakukan apa saja asalkan matlamatnya tercapai. Persetankan dengan pandangan orang asalkan motif dan perkara yang tersiratnya tercapai. Apakah motifnya menyokong kepulangan Chin Peng walaupun dia tahu popularitinya akan tercalar terutama di kalangan mangsa-mangsa dan keluarga kekejaman komunis.

1. Anwar tidak risau terhadap penyokongnya kerana Anwar buat apa sahaja, semuanya betul belaka. Penyokong fanatik Anwar akan mempertahankan Anwar .Walaupun satu ketika nanti Anwar akan mengaku dirinya tuhan, penyokong ini akan berdiri di belakang Anwar.

2. Walaupun sebelum ini Anwar adalah pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang keras, malah satu ketika pernah dikatakan bakal pengganti Datuk Asri Muda sebagai Presiden PAS, kini perjuangannya telah berubah. Anwar telah membetulkan kesilapannya bahawa perjuangannya sebelum ini bersama ABIM adalah perjuangan yang salah. Kononnya perjuangan kini berdasarkan kesamarataan dan keterbukaan adalah perjuangan sebenar yang dituntut oleh Islam. Benarkah itu tujuan Anwar?

3. Usaha dan isu membawa pulang Chin Peng itu sebenarnya didalangi oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nan tanpa segan silu, malah dengan bangganya mengusulkan idea berkenaan walaupun mengetahui bahawa tindakannya itu amat memilukan hati rakyat Malaysia khususnya para pejuang dan pahlawan negara yang berkorban mendaulatkan kemerdekaan negara Malaysia.

4. Tanpa segan silunya juga Anwar telah menyambut baik cadangan itu semata-mata untuk membuktikan bahawa beliau bukan lagi pemimpin Islam yang ortodok , kolot dan sempit tetapi pemimpin Melayu dan Islam yang terbuka sesuai untuk semua bangsa , semua agama dan semua fahaman termasuk komunis.

5. Tujuan utamanya adalah untuk menarik sokongan Cina dalam Gerakan dan MCA bersesuaian pula cadangan itu keluar daripada Pengerusi Gerakan Negeri Pulau Pinang. Cina DAP sudah dalam genggamannya. Maka seluruh nyawa dan roh Cina sekarang sudah berada dalam genggaman Anwar.

6. Bagi orang Melayu ianya tidak menghairankan sangat Anwar Ibrahim. Penyokong-penyokong Melayu totoknya dalam PKR kalau disuruh makan taik pun sanggup dimakannya. Bagi orang Melayu tujuannya tidak lain supaya fikiran dan pemikiran Melayu ini dialih daripada menumpukan kepada kesnya bersama Saiful Bahri. Anwar tidak berapa gemar orang Melayu membincangkan dan bercerita kes liwatnya.

7. Anwar mahu orang Melayu sibuk membincangkan isu Chin Peng kerana orang Melayulah yang paling banyak menerima musibah kekejaman komunis. Anwar akhirnya berjaya kerana isu Chin Peng menjadi perbualan hangat masyarakat dan menjadi tajuk-tajuk utama akhbar, perdebatan, diskusi dan sebagainya sehingga orang Melayu lupa tentang kes liwatnya yang tergantung.

8. Dalam waktu yang sama, Anwar akan berusaha berdalih dan membuat kerenah terhadap kes liwatnya sehingga kes ini digugurkan. Usaha ini sedang rancak berjalan sekarang sebelum 1 Julai 2009. Anwar akan mencipta lagi isu bagi mengalih pandangan dan tumpuan segala rakyat jelata terhadap kesnya yang mashyur itu.




Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Friday, June 19, 2009

Sepandai -pandai Anwar Melompat........(siri 1)



Sejak dituduh meliwat Saiful Bukhari dan akan dihadapkan di mahkamah pada 1 Julai 2009, berbagai cara Anwar cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada kes liwat kepada perkara-perkara yang sengaja diwujudkan. Tujuannya adalah supaya rakyat dapat mengalihkan pandangannya serta membutakan mata atas kes liwatnya dan dalam masa yang sama membuka mata rakyat kepada kes-kes baru yang disensasikan.

Anwar juga berusaha keras untuk mengekalkan momentum membenci kerajaan sehingga pilihanraya ke 13 akan datang supaya Pakatan Rakyat menang mudah. Sebijak-bijak Anwar mengatur strategi adakalanya terkena batang hidungnya. Kemungkinan Plihanraya kecil Permatang Pauh memberi imej dan kemenangan moral yang bukan sedikit kepada Anwar. Betapa tidak majoriti yang diperolehinya mengatasi undi yang diperolehi calon Barisan Nasional.

PRK Kuala Terengganu dan PRK Bukit Gantang boleh dikira kebetulan. Peristiwa kebetulan akibat kematian wakil rakyat dikedua-dua parlimen ini juga telah berjaya diexplotasi oleh Anwar.Malangnya Pilihanraya kecil yang disengajakan telah memakan diri sendiri. Pilihanraya yang boleh diibaratkan sebagai pilihanraya syok sendiri itu tidak memberi sebarang makna walaupun memenanginya dengan majoriti yang bertambah. Separuh pengundi Penanti telah boikot pilihanraya paling boring dalam sejarah.

Pilihanraya Penanti membuka pekung Anwar. Pekungnya sudah terhidu oleh Najib. Anwar frust menonggeng di Penanti kerana mereka menelanjang sesama sendiri. UMNO tukang sorak. Menang dengan majoriti bertambah pun tak bermakna. Ianya adalah pilihanraya anti klimak. Kerana tembelangnya dah pecah PKR sudah tidak berani hendak sesuka hati mencipta pilihanraya kecil. Termasuklah 'sijambang serabai' tahanan ISA yang dah tak berbunyi lagi nak letak jawatan wakil rakyat di Selangor.

Fairus budak mentah cucuk hidung tu, dah tak jadi sambung belajor. Senyap aje, apa agaknya jawatan yang diberi oleh Lim Guan Eng kepada budak beringus tu. Atau sekarang ni jadi penggangur terhormat. Maka Anwar, Fairus dan kawan-kawannya adalah seniman politik yang sukar ditandingi. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh terkangkang di Penanti.

Menjelang hari perbicaraannya pada 1 Julai nanti kita akan sorotkan siri-siri kekalahan Anwar dalam percaturan politiknya.

Berkenaan dengan kes yang sensasi dan ditunggu oleh peminat, pemuja dan musuh-musuhnya, kemungkinan untuk menang dan kalah tetap ada. Kalau menang biarlah dengan kemenangan yang bermaruah kalau kalah terimalah ia sebagai sesuatu yang telah tertulis sejak azali lagi. Yang penting Anwar wajib hadirkan diri di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, pada 1 Julai ini. jangan tangguh-tangguh lagi.



Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Thursday, June 18, 2009

Dengor Titah Tuanku!



NUSAJAYA: Sultan Johor hari ini bertitah baginda tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura. Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi. "Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda.

Dengor titah Tuanku, bukan tunduk dengan cakap Lee Kuan Yew.

Kami Rakyat Johor menyokong titah dan perintah tuanku. Baginda lebih perkenan kepada perobohan tambak Johor dengan meneruskan cadangan asal di era Tun Mahathir iaitu sebuah jambatan baru sama ada bengkok atau lurus.

Dengor Titah Sultan Kami
Dengor Titah Sultan Kami
Dengor Titah Sultan Kami

Dengor SUARA RAKYAT JOHOR.
Dengor SUARA RAKYAT JOHOR.
Dengor SUARA RAKYAT JOHOR.

Amir Hamzah
Batu Pahat.
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Tanda sokongan :

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad mengulas titah Sultan Johor itu berkata, apa yang dititahkan itu adalah suara rakyat negeri Johor. “Titah baginda itu adalah aspirasi rakyat Johor keseluruhannya. Titah baginda adalah cerminan Raja berjiwa rakyat dan mewakili suara rakyat,” katanya

Wednesday, June 17, 2009

Nik Aziz : Keluar PAS Masuk UMNO = PERPADUAN


Secara umumnya saya sangat bersetuju tentang perpaduan. Cakap saja perpaduan apa, perpaduan antara kaum kah atau perpaduan Melayu kah kerana perpaduan itu sesuatu yang dituntut dalam Islam. Natijah kepada perpaduan itu ialah keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan , keharmonian atau apa sahaja perkataan yang baik-baik.

Saya mungkin antara blogger yang menongkah arus kerana saya kurang percaya dan kurang yakin dengan 'kerajaan perpaduan' antara PAS dan UMNO. Kenapa? Saya berpendapat usaha ke arah perpaduan yang BERSYARAT melambangkan tidak ikhlas, tidak jujur, ada kepentingan, ada muslihat dan ada rahsia tersembunyi. Tambahan lagi usaha ke arah 'kerajaan perpaduan' ini dipandang sepi oleh penyokong kedua-dua parti, tidak seghairah, tidak bernafsu, tidak bersemangat dan tidak memberahikan seperti bernafsunya pengantin baru. Nik Aziz sebelum ini meletakkan syarat dengan meminta 2 jawatan menteri kanan kepada PAS bagi memulakan rundingan.

Kenyataan kedua-dua pemimpin Islam terbesar di negara ini, Najib dan Hadi hanya kenyataan ala kadar sahaja. Najib menegaskan beliau melihat PAS ikhlas dengan cadangan itu. Kenyataan PM itu disambut Timbalan Presiden PAS, Nashruddin Mat Isa yang menyifatkan ia satu langkah ke hadapan.

Perpaduan yang saya anggap sebelum ini sebagai perpaduan 'sampah 'hari ini sekali lagi diletakkan syarat baru oleh PAS. Apakah syarat baru itu? Setiausaha Agung PAS Mustapha Ali memberitahu parti itu hanya sedia duduk semeja dengan UMNO/BN jika PKR dan DAP turut serta. Katanya jika syarat itu tidak diterima perbincangan itu tidak akan diadakan.

Apa maknanya ?

1. Perundingan telah gagal dalam pusingan pertama.
2. PAS memang dipengaruhi oleh PKR dan DAP. Kerenah berbelit-belit PAS ini adalah arahan PKR dan DAP.
3. Nik Aziz menentang keras 'kerajaan perpaduan' ini.

Apa reaksi Nik Aziz?

Nik Aziz yang selama ini secara terbuka menentang idea kerajaan perpaduan telah melancarkan serangan peribadi pula kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa. Beliau mengkritik Nasharuddin hingga menyentuh mengenai jawatan Timbalan Presiden itu termasuk kedudukannya sebagai Ahli Parlimen sekiranya berhasrat untuk meneruskan idea kerajaan perpaduan.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan Timbalan Presiden dan di Bachok (sebagai Ahli Parlimen). APA BUAT SAMPAH menyusahkan,” kata Nik Aziz selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kelantan di Kota Bharu.

Menurut Nik Aziz, idea penubuhan kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS tetapi cuma lontaran atau pandangan peribadi. “Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang,” ujar beliau.

Saya dah kata dah. Kalau sesuatu perkara yang baik jika dibuat secara jujur dan ikhlas ianya akan menjadi baik. Kalau perkara yang baik tetapi perjalanannya keliru, bersyarat, berkepentingan ianya bukan sahaja tidak baik tetapi hanya menjadi 'sampah'. Saya bersetuju dengan Nik Aziz bahawa jika Hadi dan Nasharuddin hendakkan PERPADUAN masuklah UMNO. Itu lebih baik dan praktikal. Lebih baik lagi, BUBAR PAS MASUK UMNO. Saya sokong 100 persen tetapi malangnya MUSTAHIL.......

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Monday, June 15, 2009

Nurul Izzah : Wajahnya Ayu , Akalnya Pendek


Kata orang tua-tua jika susuk tubuh seseorang itu rendang sahaja, akalnya panjang. Ada juga orang tua-tua berkata kalau kita tak cantik, tak ayu janganlah kecewa kerana orang yang cantik akalnya pendek. Betul atau tidak, tidaklah diketahui tetapi orang tua-tua kalau buat perbidalan selalunya berdasarkan apa yang dilihat berlaku dalam masyarakat dan sekeliling mereka yang berulang kali. Kemungkinan orang yang cantik ketika itu harapkan cantik dan ayunya sahaja tetapi tidak berakal.

Rupanya di zaman moden ini pepatah, perbidalan atau perumpamaan yang dicipta zaman dulu-dulu ada juga berlaku secara kebetulan. Apabila Nurul Izzah berkata, "Ayah akan menang dalam kes berkenaan sekiranya tidak ada campur tangan pihak lain terutama orang politik".

Katanya lagi “Bagaimana hebat pun kita sediakan pembelaan tapi akhirnya kalau kita berdepan dengan satu sistem kehakiman yang berhadapan dengan kepincangan, maka ada risiko tetap berada di situ,”

Paling mengejutkan apabila Nurul Izzah bersama 2 DUN PKR Selangor membuat kenyataan dan memberikan amaran kiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah di atas tuduhan meliwat maka mereka akan mengarahkan penyokong mereka berDEMONTRASI. Kenyataan inilah yang dikatakan tidak berfikir panjang sebaliknya mengambarkan akal yang singkat dan pendek.

Wajarkah kenyataan seperti ini keluar daripada mulut comel 'puteri reformasi' yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai sedangkan perbicaraan kes liwat bapanya belum bermula. Perbicaraan bakal berlangsung hanya pada 1 Julai 2009 ini. Bukankah kenyataan seperti ini akan mengelirukan rakyat dan memberi gambaran buruk terhadap mahkamah sebelum perbicaraan?.

Bagi seorang isteri dan ibu muda seperti Nurul, yang juga puteri sulong Anwar rasa kekecewaan pasti menyelinap di dalam tubuhnya. Siapa yang tidak sedih dan tidak kecewa jika musibah sering datang menimpa ayahanda yang dikasihi. Kekecewaan yang melampau ini akan melahirkan kenyataan-kenyataan bodoh dan di luar pertimbangan akal.

Kenyataan Nurul Izzah mempertikaikan kewibawaan mahkamah sedangkan perbicaraan belum bermula sudah dijawab oleh Saifulbahri di laman blognya. Antara jawapan Saiful berkenaan dengan dakwaan mahkamah yang tidak berlaku adil kepada bapanya ialah:

1.Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa Anwar perlu hadir di Parlimen.
2. Anwar juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan
3. Paspot antarabangsa Anwar Ibrahim tidak ditahan.
4. Bekas Perdana Menteri , Tun Abdullah sendiri telah memberi jaminan kepada Anwar dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya.
5. Mahkamah menerima permohonan untuk mendengar permohonan dari pasukan peguambela Anwar pada 22 Jun bagi mendapatkan keterangan-keterangan saksi dan bukti-bukti asal sebelum perbicaraan bermula.

Adakah keistimewaan-keistimewaan ini akan dinikmati oleh rakyat biasa malah orang ternama sekalipun tidak dapat menikmatinya kecuali diberikan kepada seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Inikah yang dinamakan keadilan?, tetapi ianya adalah keadilan bagi Parti Keadilan Rakyat.

Satu kenyataan yang paling dungu dan paling merbahaya adalah demontrasi akan digerakkan jika Anwar didapati bersalah dalam kes liwat ini. Kenyataan melampau ini menggambarkan sesuatu yang buruk dan hina kepada kerajaan Malaysia, Mahkamah dan Polis.

1. Mereka seolah-olah sudah tahu keputusan hakim .
2. Mereka juga akan menggambarkan mahkamah dipengaruhi oleh kerajaan dan orang politik.
3. Mereka juga akan mengulangi drama 1998 ,ianya satu konspirasi menjatuhkan Anwar antara Perdana Menteri, Polis, Peguam Negara dan Mahkamah.
4. Mereka akan menghidupkan kembali perasaan kecewa dan marah rakyat bahawa Anwar teraniaya dan tidak bersalah.

Maka dengan sebab itu, mereka berani mengeluarkan kenyataan bahawa demontrasi jalanan akan berulang, negara akan tidak aman, politik menjadi tidak stabil, ekonomi akan merudum, rakyat akan terancam . Harapan mereka rakyat akan bangun memberontak menggunakan kekerasan dan keganasan sehingga keadaan negara tidak menentu. Pada ketika itu macam-macam boleh berlaku.

Kenyataan Nurul Izzah dan 2 DUN PKR Selangor itu sangat merbahaya dan sudah ada perancangan ke arah itu. Mereka tahu, kemelut politik sekarang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat. Pilihanraya ke 13 tidak menjanjikan apa-apa. Jika politik negara ini tidak boleh diambil secara bersih maka perlu diambil secara kotor setelah rancangan 16 September gagal.

Apakah rancangan mereka selepas ini? Kalau mereka boleh mendakwa skrip 1998 akan digunapakai oleh kerajaan sekarang untuk menjatuhkan Anwar, maka kita juga boleh mengandaikan bahawa mereka juga menggunakan skrip mereka yang sama iaitu gunakan isu liwat Anwar untuk meraih simpati rakyat semula. Buat huru hara, demontrasi di sana-sini dan rampasan kuasa oleh rakyat seperti mana yang berlaku di Thailand, Indonesia dan Filipina.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Puisi Untuk LKY, Buat Renungan Kita Semua!



Sempena lawatan Si mata sepet H1N1 ke Malaysia selama 8 hari ,satu puisi telah dicipta oleh Dato A.Kadir Jasin buat tatapan kita untuk kita renungi dan fikirkan sejenak.




Buat Baik Biarlah Berperi
A Kadir Jasin

LEE Kuan Yew datang dan pergi
Mengadap Raja, mengunjung Menteri
Bermesra dengan anak dan bini
Semuanya seronok tidak terperi.

Konon dipanggil “Uncle Lee”
Khabar cerita digelar “Daddy”
Satu Semenanjung dia pergi
Melawat negeri BN, Pas dan DAP.

Maka ramailah tunduk tafakur
Kerana “Uncle Lee” orang masyhur
Datang berduyun berbaris beratur
Hendak mendengar nasihat yang jujur

Maka “Daddy Lee” pun berkata
Suami-isteri pasangan bahagia
Malaysia-Singapura jiran tetangga
Marilah kita hidup bersama.

“Uncle Lee” orangnya bijak
Kawan dan lawan semua dipijak
Dari zaman penjajah sudah pun nampak
Kawan baik ke penjara dicampak.

Cina, Melayu, India dia tak kira
Semua berkawan akrab dan mesra
Tetapi bila hendak berkuasa
Satu persatu dihumban ke penjara.

A Samad Ismail jangan dilupa
Lim Chin Siong itu siapa?
Devan Nair dikatakan gila
Kerana di depan “Daddy Lee” berani bersuara.

Tetapi itu cerita lama
Orang muda tak tahu apa
Tentang sejarah mereka buta
Cetek ilmu malas membaca.

Maka mereka pun sangatlah bangga
Dengan “Uncle Lee” dapat bersemuka
Lalu dilayan ibarat Maharaja
Bebaslah dia ke mana-mana.

Inilah kita orang Melayu
Mudah dipujuk, mudah dirayu
Kera di hutan diberikan susu
Anak di rumah letih dan lesu.

Ingatlah kata madah pujangga
Gula yang manis bawa bahaya
Dengan jiran kita bermesra
Tapi jangan tergadai bumi pusaka.

LKY datang dan pergi
Hebohlah kita satu negeri
Buat baik biarlah berperi
Takut tergadai kampung dan negeri.

Di pinggir sawah melakar kata
Ampun dan maaf terkasar bahasa
Nasib petani janganlah dilupa
Kerana merekalah makanan tersedia.


amirhamzah 64 berpantun:

Guna timba mengumbah telaga,
Ambil air membasuh pegaga,
Matanya sepet, otaknya bergeliga,
Penuh rahsia dan muslihat belaka.

Ada sesiapa yang hendak berpantun. Silakan...........
Mari kita sedekahkan kepada Si mata sepet H1N1 ni.

Terima kasih


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Sunday, June 14, 2009

MCA : Kalau Lemah Jangan Berlagak Juara


Kalau lah MCA menyapu bersih semua kerusi yang diperuntukkan kepada mereka, tidak apa lah juga untuk membuat pungutan suara. Tetapi sebaliknya keputusan PRU ke 12 menunjukkan mereka kalah 'melepek' dibaham DAP. Siapa hendak peduli sama ada MCA nak kekal dalam BN atau tidak.

Sebelum ini sahabatnya Parti Gerakan juga buat acah-acah atau mengugut untuk keluar BN selepas mereka kena TKO di Pulau Pinang. Kedua-dua parti ini rasa-rasanya tidak mahu cermin diri sendiri, malah meletakkan kekalahan parti masing-masing kepada kelemahan pentadbiran UMNO. Perlu disedari, sungguhpun UMNO berada ditahap yang lemah semasa PRU ke 12, tetapi UMNO masih majoriti di Parlimen.

Satu pungutan suara bertajuk "Adakah Perlu MCA Keluar BN ?" dalam laman blog Presiden MCA, Ong Tee Keat dalam versi Inggeris bukan saja boleh ditertawakan orang tetapi tidak munasabah bagi sebuah parti yang lemah. Sistem undian itu agak sukar untuk disahkan datangnya daripada ahli-ahli MCA kerana sesiapa sahaja boleh mengundi.

Persoalannya, perlu apakah pungutan suara itu diadakan? MCA tidak mengormati rakan-rakan mereka di dalam BN khususnya UMNO yang sedang meneraju kerajaan. Diwaktu susah begini, kurangkan kontroversi sebaliknya parti-parti komponen merapatkan kembali dan menguatkan parti masing-masing.

UMNO sebenarnya bukan bergantung sangat kepada MCA sebaliknya UMNO lebih risaukan PAS dan PKR kerana kedua-dua parti itu boleh mengurangkan jumlah kerusi mereka di Parlimen hatta di Dewan Undangan negeri. Kalau UMNO boleh sapu bersih kerusi PAS dan PKR, parti ini boleh mendapat majoriti simple di parlimen seperti mana dalam PRU 2004di mana UMNO memenangi 110 kerusi.

Di dalam DUN Negeri Perak, apa sumbangan MCA kepada politik Perak? UMNO mengekalkan 27 kerusi sedangkan MCA 1 kerusi. Di dalam pembentukan kerajaan baru Perak calon tunggal itulah mewakili masyarakat Cina sebagai exco dalam DUN Negeri Perak. Jadi perlu apa bising-bising lagi. Malahan dalam kabinet Malaysia pun peruntukan menteri daripada MCA semakin bertambah walaupun calon-calonnya 'terbarai' di seluruh negara.

Tee Keat mungkin mengambil pendekatan, semua orang benci BN maka MCA pun hendak tumpang semangkuk. Tindakan ini mungkin sealiran dengan momentum undi bukan Melayu beralih arah kepada Pakatan Rakyat. Tee Keat bukan tidak faham, undi Cina bukan ikut parti. Undi Cina ikut kerajaan mana yang boleh bagi mereka keuntungan besar. Cina bergantung kepada duit. Tidak ada duit Cina tidak boleh mati, tidak boleh kawin, tidak boleh raya kerana mati, kawin dan raya memerlukan duit yang banyak.

Pilihanraya 1999, undi Cina kepada BN tidak berubah walaupun undi Melayu kepada UMNO dan BN merosot teruk. Dikala UMNO menghadapi krisis berikutan pemecatan Anwar Ibrahim, undi Cina kekal kepada Tun Mahathir kerana kejayaan Tun menangani kegawatan ekonomi 1998.

Undi Cina terutama peniaga-peniaga dan pedagang-pedagang malah jutawan-jutawan Cina dilupakan semasa pemerintahan Pak Lah. Hubungan dingin ini disebabkan mereka melalui perantaraan antara Pak Lah dan Khairi. Sentimen membenci Khairi sudah bertiup kencang beberapa bulan sebelum PRU. Rakan-rakan perniagaan Cina saya mengeluh dengan kesombongan, berlagak dan lebih sudu dari kuah oleh Khairi yang tidak pernah berlaku di zaman Tun Mahathir. Faktor Khairi ini bukan sahaja dilalui oleh peniaga-peniaga Cina malah dikalangan Melayu sendiri termasuklah orang Melayu terkaya di Malaysia, Mokhtar Al-Bukhary.

Zaman Pak Lah dan zaman Khairi telah berlalu. Sekarang zaman Najib dan Muhyiddin. Keadaan sudah berbeza. Najib telah rapatkan semula hubungan baik dengan tokan-tokan besar ini malah Najib sendiri sudah membuat lawatan ke syarikat akhbar Cina terkemuka. Bukankah ini satu usaha Najib memulihkan kembali sokongan Cina kepada kerajaan khususnya mengembalikan Cina kepada MCA?. Walaupun 1 Malaysia itu tidak sama dengan konsep Malaysian Malaysia tetapi ia satu usaha penyatuan dan pertautan balik usaha-usaha kerjasama yang terjalin sebelum ini. Malah ia lebih hebat daripada 'Harapan Baru Rakyat Malaysia' ciptaan Anwar yang belum tentu berkuasa.

Kesimpulannya bukan MCA yang perlu keluar daripada BN tetapi pemimpin-pemimpin MCA yang perlu ditukar. Atau MCA memang sudah tidak ada atau ketandusan pemimpin-pemimpin lain untuk dibuat pilihan? Kalau MCA nak keluar BN, MCA nak pergi mana?. Kalau hendak keluar juga, silakan. Seperti saya berkata kepada Zaid Ibrahim, buat masa ini MCA , 'Ada pun tidak menambah, Tiada pun tidak mengurang'.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Saturday, June 13, 2009

Zaid - Ada Tak Menambah, Tiada Tak Mengurang


Zaid Ibrahim bukanlah nama besar dalam persada politik tanah air. Penglibatannya dalam politik tidak setinggi mana jika dibandingkan dengan kejayaannya dalam firma perundangan. Pada 1987 beliau menubuhkan Zaid Ibrahim & Co., yang sehingga 2008 adalah firma perundangan terbesar di Malaysia dengan 140 orang peguam. Zaid juga pengasas serta presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1988. Di dalam politik khususnya UMNO beliau boleh dianggap sebagai 'Ada tak menambah, tak ada pun tak mengurang'.

Pada 15 September 2008 ,Zaid meletak jawatan sebagai Menteri Kehakiman Malaysia kerana tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap pengamal media , orang awam dan ahli politik.Sejak itu beliau sering berdolak dalik sekalipun sering kelihatan hadir di majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat, akhirnya hari ini 13 Jun 2009, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu secara rasmi menyertai parti PKR yang diumumkan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di kongres khas parti itu di Bangi.

Walaupun umurnya sudah pun menjangkau 58 tahun, beliau hanya menyertai UMNO ketika berumur 49 tahun iaitu pada tahun 2000. Tahun berikutnya Zaid telah dipilih sebagai Ketua UMNO bahagian Kota Bharu. Beliau juga pernah diberi kepercayaan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan pada tahun 2003. Beliau pernah menjadi ahli parlimen (BN) Kota Bharu dari tahun 2004 - 2008. Dalam sejarah pendeknya di dalam UMNO, beliau bukanlah pemimpin UMNO tulen. Beliau hanya digunakan oleh Pak Lah untuk menyerang Tun Mahathir yang sering mengkritik pentadbirannya.

Apakah sumbangan besar Zaid dalam politik negara ini? Tidak ada, kecuali menimbulkan keputusan yang kontoversi khususnya sebagai alat oleh Pak Lah untuk memalukan Tun Mahathir. Pada 22 Mac 2008, Zaid Ibrahim, yang baru lima hari dilantik sebagai menteri kabinet bertanggungjawab bagi badan kehakiman, mencadangkan agar kerajaan Malaysia meminta maaf kepada mereka yang dikatakan menjadi mangsa dalam Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 yang membawa kepada pemecatan Tun Salleh Abas dan lima hakim Mahkamah Agung — Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Datuk George Seah.

Beliau mencadangkan supaya dilakukan reformasi dalam bidang kehakiman untuk mengembalikan kembali kebebasan kehakiman yang dilihat sudah tercalar akibat krisis 1988. Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh. Bukankah RM10.5juta itu satu pembaziran setelah pemecatan di zaman Tun Mahathir itu mengikut proses undang-undang. Tun Mahathir sendiri bertanggung jawab atas keputusan yang dipersetujui dan diperkenan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.

Selaku pengasas serta presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1988 memang mempunyai hubungan yang dingin dengan kerajaan khususnya dalam era Tun Mahathir. Sama ada ianya satu komplot antara beliau dan Pak Lah berkaitan dengan bayaran ex-gratia itu tidak diketahui secara jelas. Yang jelas Pak Lah dan Zaid mempunyai perasaan marah kepada Tun Mahathir dan bayaran ex-gratia itu adalah kemungkinan satu usaha memalukan Tun Mahathir seolah-olah mengungkit perkara lama sedangkan perkara itu sudah selesai.

Kemasukan beliau di dalam kabinet setelah dilantik sebagai senator hanya untuk selesaikan satu perkara dan selepas itu tindak tanduk, kenyataan dan ucapannya sangat bertentangan dengan dasar kerajaan khususnya tentangan beliau terhadap isu ISA. Pada 15 September 2008 ,Zaid meletak jawatan sebagai Menteri Kehakiman Malaysia kerana tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap pengamal media , orang awam dan ahli politik.

Pada 3 Disember 2008, Zaid Ibrahim dipecat daripada UMNO ekoran beberapa tindakan beliau, termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang dan menyalahi peraturan parti. Zaid dilaporkan menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Melawati, Shah Alam . Sebelum itu beliau juga dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang turut dihadiri anggota Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang. Pemecatan Zaid berdasarkan prinsip dan mematuhi garis panduan parti dan Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara memecatnya.

Beliau juga sangat popular dengan kritikan dan mempertikai konsep ketuanan Melayu. Zaid dikritik oleh ramai pihak kerana beliau sendiri adalah lulusan ITM kini Uitm yang ditubuhkan atas dasar ketuanan Melayu. Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, dalam hal ini Zaid tidak ubah seperti cuba membakar jambatan, tidak tahu mengenang jasa dan budi yang pernah membantunya hingga mencapai kejayaan bergelar pemilik firma guaman terbesar di negara ini.

Lebih keras lagi, apabila Bekas Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu sebagai keterlaluan. “Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu,”

Pendek kata, orang yang keluar UMNO selalu dikaitan dengan kekecewaan di dalam parti. Kemungkinan tidak cukup pencalonan sebagai ketua UMNO Bahagian Kota Bahru adalah satu bibit tercetusnya kekecewaannya di dalam UMNO. Kemasukannya ke PKR menunjukkan belangnya yang sebenar. UMNO harus bersyukur kerana musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan duri dalam daging kepada parti sudah memilih jalannya sendiri dan menjadi musuh yang nyata.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Friday, June 12, 2009

Erti Sebuah Pengorbanan!


Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak .... disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ..... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..." Sejenak kerongkongannya tersekat... "Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain ....... bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno... Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan rasa terharu...

Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .... Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Kisah yang wajar kita teladani... bukan sahaja kepada para suami tetapi juga kepada sesiapa jua yang ingin melakukan pengorbanan ke arah kebaikkan.

Pengorbanan untuk melepaskan kuasa, pengorbanan untuk meletakkan jawatan, pengorbanan untuk melepaskan kemewahan hidup di dunia semata-mata untuk kepentingan yang lebih besar iaitu agama, bangsa dan negara tercinta.

Air mata kita akan bergenangan di kelopak mata apabila kita membaca kisah-kisah masyarakat seperti pengorbanan seorang suami tetapi amat jarang kita hendak menitiskan air mata mengenangkan perjuangan para nabi-nabi dan pejuang-pejuang Islam yang berjuang menegakkan Islam sehingga sampai kepada kita menikmati lelehan nikmat nur Islam itu.

Apatah lagi, tidak tersentap langsung rasa pilu kita mengenangkan pejuang-pejuang bangsa kita sama ada yang berjuang menentang penjajahan, menentang komunis dan perjuangan menuntut kemerdekaan. Mereka itu telah bermati-matian menebang hutan dan membuat lorong untuk kita senang berjalan pada hari ini. Baik pengorbanan sang suami atau pemimpin kecil dan besar, pejuang kerdil dan pejuang ternama, mereka itu adalah umpama lilin membakar diri untuk menerangi diri sendiri dan orang lain.

Terima kasih Teja daripada blog cinta-dan-airmata.blogspot.com atas coretan "Cerita Seorang Suami'.
Semoga cerita yang shahdu itu akan membangkitkan semangat perngorbanan kita untuk bersatu.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Thursday, June 11, 2009

Hadi Awang Membersihkan Longkang Tersumbat



Ketika Nik Aziz mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa pemimpin PAS Erdogan yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan cara hendak mematahkan idea kerajaan perpaduan, Hadi Awang sebuk membersihkan segala parit dan longkang yang berbau busuk dan tersumbat di dalam PAS.

Selepas digandingkan dengan Timbalan Presiden daripada golongan ulamak , Hadi kelihatan selesa sedikit walaupun isu kerajaan perpaduan sedang hangat diperkatakan orang di pasaran. Langkah drastik Hadi ialah mengumumkan lantikan orang kanannya, Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru.Mustafa yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat mengantikan Kamaruddin Jaafar.



Tak pandai kah Kamaruddin buat kerja? Tak bagus kah dia? Bukan tak pandai atau tak bagus tetapi semua orang PAS tahu Kamaruddin adalah 'puppet' Anwar dan ada cop mohor Anwar di dahinya. Kamaruddin adalah bekas PTD dan kemudian menyertai UKM sebagai pensyarah. Beliau amat rapat dengan Anwar dari zaman ABIM. Pernah menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia serta setiausaha politik Tun Ghafar Baba semasa Tun Ghafar Timbalan Perdana Menteri. Patutlah Tun Ghaffar terjongkang ketika mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO 1993 dulu, rupa-rupanya ada orang dalam. Taktik ini nak diguna semula oleh Anwar dalam PAS. Tatkala hampir semua sahabat ABIM Anwar menyertai PKR pada 1999, Anwar mengarahkan Kamaruddin menyertai PAS bagi membolehkan Anwar menguasai parti tu.

Agaknya, Hadi melihat Kamaruddin sebagai seorang yang merbahaya di dalam PAS. Sama bahayanya dengan Husam yang frust menonggeng kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden dengan Nasharudin. Husam pula sangat rapat dengan Anwar setelah Husam kembali ke Kelantan pada pilihanraya 2004 dengan menjawat jawatan Exco kanan di Kelantan. Husam dengan kuasa yang ada pada beliau telah banyak membantu Anwar melalui Saifudin Nasution. Saifudin ketika itu menjawat jawatan Pengarah Eksekutif di Yayasan Tok Kenali, sebuah NGO tajaan Husam sbg Exco Kelantan.

Anwar sering membawa Husam sebagai 'ahli rombongan' ke rantau Timur Tengah menyampaikan pidatonya. Husam juga dibawa bertemu dengan masyarakat perniagaan di Timur Tengah dengan Anwar memperkenalkan Husam sebagai 'orang yang sangat berkuasa di Kelantan'.

Anwar berjanji memberikan Husam jawatan menteri kewangan apabila beliau menjadi perdana menteri. Kamarudin Jaafar diguna Anwar bagi mengawal Husam dari jatuh ke tangan golongan ulamak. (x-pkr.blogspot.com)

Jadi memang patutlah Husam di bungkus hidup-hidup dalam pemilihan Jawatan Timbalan Presiden yang lalu dan wajarlah Hadi menggantikan Kamaruddin dengan sahabat yang dipercayainya. PAS mahukan golongan ulamak meneraju PAS semula setelah PAS kelihatan menyimpang daripada perjuangannya yang asal.



Hadi benar-benar mahu mengajar kumpulan erdogen supaya mendengar cakap presiden terlebih dahulu kerana nampaknya akhir-akhir ini Anwar Ibrahim kelihatan lebih menguasai PAS dari luar. Berikutan dengan itu, Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden pula hanya dilantik sebagai ahli Jawatankuasa PAS Pusat.Para penyokong mereka harapkan keduanya dilantik dalam Dewan Harian Pusat PAS,iaitu badan tertinggi dalam parti itu. Malah Mursyidul Am PAS Nik Aziz secara terbuka bersetuju agar mereka dilantik ke dalam Dewan Harian Pusat PAS.
Cadangan Nik Aziz umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Hadi benar-benar nak bersihkan longkang-longkang dalam PAS.



Tindakan Hadi ini memberi satu tamparan maut ke kiri dan kanan muka Anwar apabila Kamaruddin hilang jawatan dan Husam kalah bertanding. Lubang longkang yang tersumbat sudah nampak cahaya bulan berbalam dihujung sana. UMNO bila pulak nak bersihkan longkang-longkangnya. Bukankah UMNO pun ada orang-orang Anwar di dalamnya terutama di kalangan pemuda......segalanya mungkin.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

'Siapalah Saya Untuk Jumpa Kuan Yew' : Mahathir



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew yang sedang melawat Malaysia selama lapan hari tidak mungkin bertemu beliau kerana "siapalah saya ini".

"Saya tak nampak kenapa beliau akan memohon untuk berjumpa saya. Siapalah saya ini," katanya kepada pemberita Khamis di Kuala Lumpur ketika ditanya sama ada pemimpin kanan Singapura itu berhasrat menemui beliau.



Ketika diminta mengulas mengenai pertemuan Lee dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, Dr Mahathir berkata Lee mempunyai banyak pengalaman sedangkan ahli politik Malaysia "tidak tahu apa-apa".

"Itulah sebabnya kita kena belajar dari Singapura. Singapura adalah sebuah negara hebat, mereka banyak melabur di sini," katanya.

Bernama melaporkan ditanya mengenai cadangan membina jambatan ketiga menghubungkan kedua-dua negara, Dr Mahathir berkata : "Jika kita beri mereka pasir, kita dapatlah jambatan itu."

amirhamzah64: Tidak payah Tun nak bersedih sangat. Dia tu virus Influenza A H1N1 yang sedang pusing keliling Malaysia. Dia sebenarnya hendak berjumpa dengan Lim Guan Eng seorang saja. Maklumlah sudah lama tidak menjenguk 'anak-anak' di Pulau Pinang.

Kalau Tun berjumpa dengannya, virus ini akan takut Tun bertanyakan 'Jambatan Bengkok' yang tak jadi tu. Kalau Tun bertanyakan 'Jambatan Bengkok' yang terbengkalai, apa pulak rancangannya dengan Najib.

Dengor khabornya virus H1N1 ni melahirkan rasa minat pada cadangan pembinaan jambatan ketiga di Johor yang menghubungkan negara ini dan republik itu di bahagian timur Johor.

Mungkin ini lawatannya yang terakhir. Jadi tinggal-tinggalkan wasiat kepada para peminat, penyokong dan pendokong.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Wednesday, June 10, 2009

Kerajaan Perpaduan Yang ' SAMPAH'.


'Unity government'atau 'Kerajaan Perpaduan' adalah istilah popular sejak akhir-akhir ini khususnya di dalam Muktamar PAS kali ke 55 di Stadium Malawati, Shah Alam. Malah kegagalan Nasharudin mendapat undi di bawah 50% pun dikaitkan dengan penglibatannya dalam usaha perbincangan 'kerajaan perpaduan' dengan UMNO. Walaupun beliau menang dengan 480 undi tetapi 542 undi tidak memberi undi kepadanya.

Hadi Awang menerangkan bahawa, "'Unity government' ini adalah kerajaan Perpaduan melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syaksiyyah, ada kepelbagaian dan dia mana-mana parti berhak untuk membangkang."

Mantan Tun Dr Mahathir pula berkata ,pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai "cermin" kepada kerajaan dan "tidak sihat" mewujudkan negara satu parti. Beliau juga berkata idea kerajaan perpaduan yang dimaksudkan Abdul Hadi juga "tidak jelas", sama ada ia dilakukan di antara PAS dan UMNO atau BN dengan pakatan pembangkang.

Sebagai orang lama yang berkecimpung dalam politik dan faham sangat dengan sepak terajang politik PAS menyatakan, "Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP.PAS pun masuk jugak BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan PAS sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN,"


Saya pun malas nak cari apakah definasi sebenar 'kerajaan perpaduan'ini. Bagi saya yang bersungguh-sungguh untuk merealisasi kerajaan perpaduan ini adalah Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa. Mereka berdua sahaja yang sering mengeluarkan kenyataan. Sekejap kerajaan perpaduan, sekejap kerajaan permuafakatan, entah mana satu yang betul.

Orang PAS sebahagian besarnya menolak kerajaan perpaduan terutama kumpulan Erdogan di dalam PAS. PKR dan DAP sudah tentu menentang keras. PAS sekarang nampaknya semakin tersepit. Kenyataan paling keras datangnya daripada pengerusi DAP Karpal Singh yang memberikan amaran keras kepada Hj Hadi dan PAS atas isu Kerajaan Perpaduan. Beliau menganggap kerajaan perpaduan yang digembar gemburkan oleh PAS adalah penipuan kepada rakyat / penyokong PR.

Sebagai ahli UMNO, saya suka dan gembira kepada perpaduan dan penyatuan Melayu agar Melayu kembali kuat dan mengepalai politik negara ini. Kalau 'perpaduan' jenis ini yang hendak dicapai, saya berpendapat lebih baik lupakan saja. Ini adalah kerana:

1. 'Kerajaan Perpaduan 'yang hendak dicapai adalah kabur, binggung dan banyak kerenah.

2. 'Kerajaan perpaduan' yang dicadangkan semestinya mengandungi syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Pastinya ada kepentingan. Setiap pihak akan ada tawar menawar berdasarkan kepentingan khususnya jawatan dan sebagainya.

3. Ideologi PAS dan UMNO berbeza walaupun sebangsa dan seagama. Pada saya PKR banyak persamaan tetapi PAS jauh lebih Islam daripada UMNO. PAS boleh berkokok berderai-derai dengan PKR dan DAP tetapi dengan UMNO, kawinnya tidak lama. Bercerai juga akhirnya.

4. Sebahagian besar ahli PAS menolaknya, sebagai ahli UMNO perlu apa kita nak terhegeh-hegeh? Pakatan rakyat pun menolak.

5. Sanggupkah PAS 'bercerai' dengan PKR serta DAP dan 'berkahwin' dengan UMNO di mana masa depannya belum pasti, kabur dan berbalam-balam.

Siapakah sebenarnya yang perlu bersatu ? Parti UMNO dan PAS kah atau orang-orang Melayu?

Orang Melayu mempunyai tugas besar sekarang untuk memilih parti mana yang terbaik untuk mereka. Berapa ramai ahli UMNO? berapa ramai ahli PAS? dan berapa ramai ahli PKR? dan jangan lupa berapa ramai Melayu yang tidak berparti. Adakah keahlian 3 juta ahli UMNO itu dikemaskini dengan membuang orang yang sudah meninggal dunia atau pun yang tidak dapat dikesan? Kekuatan Melayu terutamanya semasa pilihanraya adalah kepada Melayu yang tidak berparti. Melayu yang berparti inilah yang menarik dan mempengaruhi untuk mengundi parti masing-masing. Adakah 3 juta ahli UMNO itu semuanya mengundi UMNO dan BN? Belum tentu.......

Kalau begitu dalam 12 kali pilihanraya, hanya 2 kali BN hilang majoriti 2/3 di Dewan Rakyat iaitu pilihanraya tahun 1969 dan 2008. Kedua-duanya adalah kerana kelemahan parti-parti kompenan BN seperti MCA, Gerakan dan MIC. Siapakah yang membantu UMNO selama ini? Mereka itu sebahagiannya ahli UMNO, peminat, penyokong dan mereka-mereka yang faham, sedar dan insaf di atas pengorbanan dan jasa-jasa UMNO kepada mereka.

Kumpulan Melayu inilah yang telah beralih arah dari menyokong UMNO kepada PAS dan PKR dan ada yang tanpa segan silu mengundi DAP atas nama Pakatan Rakyat. Dahulunya mereka ada penyokong, peminat dan pemuja tegar kepada parti UMNO. Ahli UMNO yang tegar berapa kerat sahaja berbanding dengan jumlah umat Melayu di Malaysia. Rakyat tidak berpecah. Pemimpin Melayu yang berpecah. Pemimpin Melayu yang bercakaran, Pemimpin Melayu yang berkepentingan.

UMNO perlu menarik golongan muda, peminat, penyokong dan pemuja UMNO ini kembali kepada UMNO. Ianya adalah lebih baik menarik parti PAS yang banyak kerenah, banyak syarat dan banyak muslihat.


PKR umpamanya, adakah ianya bergantung kepada kekuatan ahlinya? Berapa cawangan PKR dan berapa bahagian PKR diseluruh negara?. Belum lagi ditanya berapa yang aktif dan berapa yang hidup segan mati tak mahu. Dengan kekuatan begitu pun berjaya meraih kemenangan 31 kerusi di Dewan Rakyat. Kekuatan PKR adalah kepada Anwar Ibrahim dan peminat, pemuja, penyokong walaupun mereka tidak menjadi ahli PKR.

Oleh itu kerajaan perpaduan yang dicadangkan adalah perpaduan 'sampah'. Tidak ikhlas seperti mana ikhlasnya KuLi membubarkan parti Semangat 46. Kabur ,penuh rahsia dan muslihat. Bersyarat dan berkepentingan.

p/s :Maaf kepada yang tidak bersetuju kerana ini adalah pandangan peribadi saya yang ikhlas.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com