Saturday, July 28, 2012

Alhamdulillah

Apa lagi nak diucapkan kalau bukan alhamdulillah dan terima kasih.

Sunday, July 22, 2012

Selamat Hari Jadi DS Najib. Hari ini adalah harijadi ke 59 untuk Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abd Razak. Beliau lahir pada 23hb Julai 1953 di Lipis, Pahang.

Wednesday, March 28, 2012

Kedatangan PM dinanti......

Batu Pahat adalah daerah ke 2 teramai penduduknya selepas Johor Bahru berjumlah 417458 orang.Daerah yang mempunyai 14 mukim dengan 525 buah kampung akan dilawati oleh DS Najib Tun Razak pada 7hb April 2012. Perhimpunan akan diadakan di Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat.

Seingat saya, inilah kali pertama DS Najib membuat lawatan kerja ke daerah ini sejak menjadi PM tiga tahun yang lalu. Rakyat Johor amnya dan rakyat Batu Pahat khasnya mengalu-alukan kedatangan DS Najib ke daerah yang mempunyai 4 kerusi Parlimen dan 9 kerusi DUN.

Daerah yang melakarkan sejarah moden negara ini sangat mengalu-alukan kehadiran PM untuk meninjau sendiri kemajuan dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat jelata. Difahamkan, Pasar Besar Batu Pahat yang telah usang dan uzur akan digantikan dengan pasar awam yang baru bernilai RM6 juta. PM mungkin akan mengumumkan kepada rakyat pada hari berkenaan.

Selain daripada itu, daerah ini memerlukan sebuah dewan besar sebagai tempat perhimpunan rakyat yang boleh menampung sekurang-kurangnya 1500 orang. Dewan Jubli Intan, Batu Pahat yang boleh menampung 900 orang dalam sesuatu masa sudah tidak mampu menganjurkan majlis-majlis peringkat daerah dan negeri. DS Najib mungkin bermurah hati untuk memberi peruntukan bagi pembinaan Dewan baru yang lebih besar dan moden.

Terlanjur DS sudah sampai di Batu Pahat, jenguk-jenguk lah projek SPNB di Jalan Kluang yang telah terbengkalai sekian lama. Rakyat tertunggu-tunggu bilakan projek SPNB yang dipengerusikan oleh Datuk Idris Harun ini dapat disambungkan semula kerja dan dapat disiapkan bagi rakyat berpendapatan rendah. Projek terbengkalai yang bersebelahan dengan Institut Perguruan Tun Hussein Onn ini sudah menyemakkan mata dan sekarang ini sudah ditumbuhi lalang dan semak samun.

Batu Pahat sudah mempunyai sebuah Universiti terkemuka iaitu UTHM, sebuah Institut Perguruan, sebuah MRSM, Sebuah Sekolah Teknik/Vokasional, sebuah Sekolah Sains Berasrama penuh, Sebuah Institut Kemahiran Tinggi MARA disamping 24 Sekolah Menengah Harian dan beratus-ratus sekolah rendah. Kalau DS nak menambah, boleh lah difikirkan sebuah politeknik dan menambah beberapa buah sekolah menengah di kawasan penduduk kepadatan tinggi.



Disamping itu, Stadium Batu Pahat itu sendiri sudah sepatutnya dinaik taraf sesuai dengan kedudukan dan tarafnya sebagai Stadium Utama Daerah. Selain itu, sebuah masjid lagi patut dibina di pinggir bandar iaitu di Jalan Tg Labuh kerana penduduk-penduduk pada masa ini bersembahyang Jumaat dengan menumpang masjid Adtec Batu Pahat.Tempat yang paling strategik adalah bersebelahan dengan Sekolah Menengah Sains yang baru siap dibina.

Bandar Batu Pahat atau Bandar Penggaram serta penduduk-penduduknya mengalu-alukan kedatangan YAB Perdana Menteri.


Amir Hamzah Hj Mohamad
Batu Pahat.

Tuesday, March 27, 2012

PRU punya pasal?



Apabila Harga RON95 kekal RM1.90, secara automatik terpacul daripada mulut sesetengah orang ialah pilihanraya semakin hampir. Ketika PRU 12 2008, ketika hampir pilihanraya harga minyak dan barang naik sehingga kesempatan ini diambil Pakatan Pembangkang (PP) mengelar Barisan Nasional (BN) dengan istilah 'Barang Naik'. Akhirnya semua orang tau apa terjadi.

Ada juga berkata, keadaan ini hanya bersifat sementara. Malah ada yang berani menjangkakan selepas pilihanraya sekiranya BN menang harga RON95 terus naik sebanyak 30 sen.

Namun tidak kurang juga yang percaya dengan janji-janji orang yang belum dapat memerintah bahawa RON95 boleh turun kepada 50-70 sen seliter dengan syarat beri peluang kepada PP mentadbir negara ini.

Apa pun pendapat dan cetusan hati rakyat, hakikatnya RON95 kekal dengan harga lama. Kita wajar ucap terima kasih dan bersyukur dan jangan menaruh harapan tinggi kepada janji-janji yang tidak pasti.

'Here and now' masih yang terbaik....

klik di sini

Amir Hamzah Mohamad
Batu Pahat

Monday, March 26, 2012

Dong Zhong Jahat Dan Dengki


Mutakhir ini, Dong Zhong bukan lagi sekadar pertubuhan yang berteraskan akademik tetapi dilihat mempunyai agenda lain khasnya politik di mana mereka dilihat mengambil kesempatan di atas kelemahan sokongan rakyat kepada kerajaan dan betapa terdesaknya kerajaan untuk mengambil hati pengundi-pengundi Cina.

Peluang ini Dong Zhong gunakan untuk membuat tuntutan yang jika tidak dituruti kononnya akan memberi impak kepada sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan.Secara umumnya masyarakat Cina menganggap Dong Zhong sebagai intitusi ‘agama’ yang tidak boleh ditegur oleh pemimpin-pemimpin politik mereka yang pro kepada kerajaan supaya menarik balik tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah atau tidak rasional. Siapa di belakang Dong Zhong sebenarnya?

Terbaru Dong Zhong mendesak agar tiada guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin yang dibekalkan di sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Apakah maksud tuntutan ini? Maksudnya guru-guru bukan Cina tidak boleh berkhidmat di SRJKC kerana rata-rata guru Melayu atau India yang mengajar Bahasa Melayu dan pendidikan Agama Islam tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin. Sekali gus, kita boleh faham bahawa mereka tidak begitu selesa dengan kehadiran dan minat keluarga bukan Cina menghantar anak mereka belajar di SRJKC.

Dong Zhong menafikan hak 60,000 murid-murid bukan Cina di sekolah Cina di bawah pendemokrasian pendidikan. Kehadiran ramai pelajar-pelajar Melayu khususnya di SRJKC tidak dihalang oleh kerajaan kerana ada ibubapa Melayu yang mahu anak-anak mereka menguasai Bahasa Mandarin dan cekap dalam matematik. Dong Zhong nampaknya 'bengkak hati' apabila semakin ramai keluarga Melayu menghantar anak-anak mereka belajar di SRJKC.

Tindakan perkauman Dong Zhong ini,menghalang kearah perpaduan nasional apabila cadangan sekolah wawasan ditolak mentah-mentah oleh mereka ketika era Tun Mahathir. Mereka seolah-olah mahukan SRJKC hanya terdiri daripada murid-murid Cina tanpa penyertaan kaum-kaum lain. Jika ini yang dimpikan oleh Dong Zhong, maka tidak syak lagi ianya satu pertubuhan kecinaan yang menebal tanpa menghiraukan lagi agenda pendidikan nasional.

Dong Zhong seolah-olah mahu menyekat keinginan dan kehendak keluarga bukan Cina untuk belajar Bahasa mandarin kepada anak-anak mereka. Sesetengah daripada mereka mahu kelebihan menguasai lebih daripada 2 bahasa selain bahasa ibunda. Dong Zhong seolah-olah cemburu melihat semakin ramai anak-anak bukan Cina yang boleh menguasai Bahasa Mandarin. Perangkap mereka yang menjadikan syarat mesti fasih di dalam Bahasa Mandarin dalam pengambilan pekerjaan sudah boleh dipenuhi oleh anak-anak bangsa lain.

Dong Zhong harus sedar, SRJKC ini hanya wujud di Malaysia sahaja dan tidak wujud di negara-negara lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand malah di negara-negera maju yang bilangan penduduk Cinanya ramai. Kewujudan SRJKC di Malaysia ada kerana toleransi pemimpin dan kerajaan awal kemerdekaan bagi menjamin tidak ada halangan bagi negara mencapai kemerdekaan. kewujudan SRJKC ini sekian lama berjalan lancar dan dikawal oleh kerajaan termasuk sukatan pelajaran, murid dan guru-gurunya.

Ianya berjalan dengan baik sekian lama walaupun ada yang menganggap kewujudan SRJKC dan SRJKT tidak akan menyumbang banyak ke arah perpaduan nasional. Sepatutnya Malayshttp://www.blogger.com/img/blank.gifia sudah lama mempunyai sekolah satu aliran yang menggunakan Bahasa pengantarnya Bahasa Melayu. Namun atas dasar setiakawan dan perkongsian kuasa sekolah-sekolah aliran lain yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dibenarkan. Maka sewajarnya Dong Zhong menghormati situasi ini.

Dong Zhong mempunyai agenda tersembunyi dan jahat dalam membuat tuntutan yang boleh menimbulkan kemarahan ramai bukan saja daripada rakyat pribumi dan bangsa lain malah mungkin daripada orang-orang Cina sendiri yang boleh berfikir secara rasional dan matang. Kerajaan seharusnya menolak mentah-mentah tuntutan ini kerana tidak memberi manafaat kepada rakyat keseluruhannya.

Baca di sini....

Amir Hamzah Mohamad
Batu Pahat