Monday, March 30, 2009

2 Bukit Dan Batang Ai :KJ jangan Turun.

KJ jangan turun di Bukit Gantang, Bukit Selambau atau Batang Air. Kenapa? Sendiri mau ingat la!.Najib dan Muhyiddin tolong arahkan KJ jangan turun di mana-mana pilihanraya kecil untuk berkempen khususnya pada 7hb April 2009. Bukan apa, takut-takut kalau BN kalah penyokong BN akan menyalahkan KJ sekali lagi. Berilah kepercayaan kepada Razali dan Mukriz berkempen mewakili Pemuda UMNO buat kali ini.



Sama ada KJ ada atau tidak di PRK di Perak, Kedah atau Sarawak, orang akan memperkatakannya juga. Isu kesalahan rasuah tetapi menang Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kalau ada bertambah ghairahlah lagi pihak pembangkang. Kalau tidak turun reda lah sikit serangan mereka disebabkan batang tubuhnya tidak ada. Kalau berdegil juga, maknanya menghulur batang tengkok la jawabnya.




Ambillah iktibar daripada Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Najib harus peka dengan senario terbaru ini. Kepekaan Najib menyebabkan Muhyiddin dapat menjawab perkara-perkara yang lain. Jika tidak, akan membuang masa Muhyiddin menjawab pelbagai soalan berkaitan dengan Khairi. Jika Khairi tidak turun di mana-mana, pemimpin-pemimpin BN khususnya boleh lebih banyak menyerang daripada bertahan.

Khairy harus sedar, reputasinya ketika ini tidak begitu baik. Khairy tidak perlu berkecil hati kerana itulah hakikatnya ketika ini. Bagaimana Khairy hendak berkempen sedangkan persepsi rakyat bahawa bontotnya bergelumang taik walaupun mulutnya manis bagaikan madu. Kalau dalam Perhimpunan Agung UMNO pun namanya di boo apatah lagi apabila berhadapan dengan rakyat terbuka.

Pendek kata, nasihat dan pandangan saya, Khairy harus berehat dan tenangkan fikiran. Masa masih panjang lagi untuk menunjukkan bakat. Insyallah jika Khairy ikut nasihat ini, UMNO akan lebih bebas berkempen. UMNO lebih bersedia menjawab isu-isu semasa di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.



Akhir kata, selamat berjuang dan teruskan menerangkan kepada rakyat perkara-perkara kebenaran, jauhi fitnah dan buruk sangka, berkempen secara berhemah dan berdisiplin, sentuhi rakyat dengan kata-kata bukan dengan wang ringgit. Insyallah Allah akan membantu golongan yang benar.

Amir Hamzah,
Batu Pahat,
www.amairhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Sunday, March 29, 2009

Guru Bernafas Dalam Lumpur !

Saya pernah menulis artikal berkenaan dengan guru-guru yang semakin jauh dan tersisih daripada UMNO. Sekatannya ialah tegahan untuk bergerak aktif dalam politik bagi mereka dalam kumpulan A. Tambahan lagi dengan peluang untuk berbakti semakin tipis, guru-guru kumpulan A semakin condong kepada PAS dan PKR yang mengikhtiraf mereka. Bacalah artikel saya sebelum ini tentang kebimbangan saya terhadap layanan UMNO kepada guru-guru kumpulan A.

Guru Semakin Tersisih Daripada UMNO.

UMNO pernah melahirkan pemimpin-pemimpin dari kalangan guru. Salah seorang daripadanya adalah Tun Abdul Ghafar bin Baba. Tun Ghafar (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993.



Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen.

Tun Ghafar adalah lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 - 1949). Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnya kepada kerjaya politik (1955 - 2004).

Selain Tun Ghafar, bekas guru yang mencipta nama dalam politik yang masih hidup adalah seperti TS Mohamad Taib dan TS Isa Samad.

Semasa zaman Tun Mahathir UMNO semakin kuat dan kukuh. 22 tahun pemerintahan Tun (1981 - 2003)telah menarik ramai tenaga profesional seperti jurutera, doktor, arkitek, ahli perniagaan, kontraktor, akauntan dan sebagainya untuk menyumbang tenaga, buah fikiran dan wang kepada UMNO. Perkembangan ini dilihat sebagai sesuatu yang sihat dan memperkasakan UMNO itu sendiri. Dalam waktu yang sama sedikit demi sedikit kepimpinan di peringkat bahagian sudah mula dikuasai oleh golongan-golongan koparat, ahli perniagaan, peguam dan kontraktor-kontraktor.



Pada peringkat awal penubuhan UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO dipelopori oleh guru-guru kerana kedudukan orang Melayu yang serba kekurangan dan belum lahir lagi tenaga-tenaga profesional Melayu. Guru-guru adalah pemimpin masyarakat yang dipercayai dan berpengaruh pada masa itu.

Apabila Kementerian Pelajaran mensasarkan 2010 semua guru di sekolah menengah dan sekolah rendah adalah terdiri daripada Guru Siswazah (DG41) iaitu kumpulan A yang dilarang aktif berpolitik maka kedudukan guru dalam UMNO semakin terbatas. Hingga kini difahamkan hanya guru-guru yang bukan siswazah yang berani memegang jawatan di peringkat cawangan atau bahagian-bahagian UMNO.

Guru-guru siswazah (DG41) Kumpulan A yang ada diantaranya bekas pemimpin-pemimpin pelajar di Universiti, Pemimpin Persatuan-Persatuan Belia dan sebagainya tersekat untuk menyumbang memimpin UMNO dipelbagai peringkat. Mengikut kajian rambang dan tidak rasmi, guru-guru kumpalan A ini lebih cenderung kepada PAS dan Keadilan walaupun mereka tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti tersebut.

Memang tidak dinafikan, bahawa guru-guru masih lagi popular dan amat diperlukan memimpin di peringkat akar umbi. Guru-guru lah yang mengerakkan UMNO Cawangan dan UMNO Bahagian sekalipun. Golongan-golongan profesional tidak ramai yang bermastautin di luar bandar kerana tuntutan lokasi kerjaya mereka. Misalnya jikalau tiada guru-guru wanita di kampung-kampung yang menggerakkan sayap Wanita UMNO, kemungkinan Rafidah dan Shahrizat tidak seselesa sekarang.



Kemanakah hala tuju guru-guru ini selepas 2010? Bolehkah Najib dan Hishamuddin tidak peka dengan perkembangan ini?

Cadangan saya, Kementerian Pelajaran perlu menyemak semula larangan berpolitik kepada guru-guru kumpulan A supaya mereka tidak terikat dengan peraturan terutama sekali kepada guru-guru yang benar-benar ingin menyumbang idea,tenaga dan kepakaran kepada parti dan negara.

TERBARU :




Guru akan kembali aktif kukuhkan UMNO

Naib presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein akan mencadangkan kepada kerajaan agar golongan guru daripada Kumpulan A dibenarkan berpolitik agar kepakaran mereka dapat digembelengkan untuk menguatkan lagi UMNO.

Beliau berkata, sejak sebelum merdeka, guru sentiasa berada di barisan depan dalam pembangunan politik di negara ini sejak sebelum Merdeka tetapi kebelakangan ini golongan ini semakin dipinggirkan.

"Saya ingin mencadangkan agar golongan guru dan pendidik, terutama dalam Kumpulan A diberikan kelonggaran atau kebenaran untuk membabitkan diri dalam politik agar kepakaran mereka dapat digembelingkan dan dimanfaatkan bagi merapatkan UMNO,” katanya sambil menambah golongan guru lebih dekat dengan masyarakat akar umbi.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di akhir Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, hari Sabtu.

Selain itu, pada pendapat saya guru juga akan membantu membasmikan dan membersihkan politik wang dalam UMNO kerana guru hanya makan gaji. Selain daripada sekatan larangan berpolitik bagi kumpulan A, perjuangan yang bersulamkan 'kepala harimau' ini lah membuatkan guru semakin menyisih. Tempat-tempat guru telah diambil alih oleh para kontraktor, ahli perniagaan dan koparat-koparat. Terima kasih Hishamuddin!

Malangnya jemputan ini datangnya ketika UMNO tinggal nyawa-nyawa ikan. Ketika UMNO sudah rosak dan kotor barulah teringat kepada cikgu-cikgu kat kampung. Sudah nasib cikgu kena 'bernafas dalam lumpur'.Tapi saya percaya dan yakin, ramai guru akan pulang ke pangkuan UMNO semula.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Saturday, March 28, 2009

Nik Aziz Memang Suka Glamour.

Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz
27/03/2009 2:26pm

KOTA BAHARU 27 Mac - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.



Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. — Bernama

Komen amirhamzah64-segalanyamungkin:

1. Nik Aziz memang suka glamour dengan mengeluarkan kenyataan yang bombastik. Sangat menarik kenyataan ini dan tidak dinafikan tentang bahayanya merokok yang membawa banyak mudharat terutamanya kesihatan.

2. Kenapa lembu? Baik dikatakan lebih hina daripada babi. Bukankah lebih berkesan perbandingan merokok dengan babi? Bukankah lembu itu yang menyebabkan Khalid Ibrahim disiasat rasuah? Babi pula bukankah merupakan projek menternak besar-besaran dan moden yang akan diadakan di Selangor, negeri Pakatan Rakyat.Projek ini disokong juga oleh PAS. Babi juga bukanlah asing di Tumpat.



3. Kalau perokok lebih hina daripada lembu, bagaimana status penanam tembakau di Bachok ? Bukankah tembakau itu digunakan untuk membuat rokok. Kalau tidak ada tembakau tidak ada juga rokok. Kalau merokok haram bagaimana hukum pendapatan penanam tembakau? Kalau begitu kenapa 18 tahun Nik Aziz menjadi MB Kelantan kenapa Nik Aziz tidak berusaha mengganti tembakau dengan tanaman lain? Tidak sayangkah Nik Aziz kepada orang Bachok yang memakan duit haram.

4. Kalau begitu, apakah hukumnya MB yang memerintah negeri yang mana hasil negerinya adalah tembakau? Bukankah tembakau adalah sebahagian daripada pendapatan rakyat Kelantan dan sumber pendapatan kerajaan negeri. Tidak perasankah Nik Aziz apabila beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu?



5. Kalau Nik Aziz seorang ulamak boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan sebegitu rupa. Tidak bolehkah saya sebagai rakyat biasa mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang hampir sama maksudnya seperti begini:
Perokok lebih hina daripada lembu
Penanam tembakau lebih hina daripada babi
MB negeri tembakau macam haramjadah.

6. Maaf tok guru, sesekali teringin juga nak memaki, bukankah tok guru kata tuhan pun boleh memaki hamun.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Shahrir : Benarkah Kerana Prinsip?

Datuk Shahrir Samad menegaskan beliau akan melepaskan jawatan menteri selepas tewas pemilihan ahli Majis Tertinggi (MT) Umno semalam. Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, beliau akan mengemukakan keputusan itu kepada mesyuarat Kabinet Rabu depan.

"Keputusan saya adalah muktamad kerana berpegang kepada prinsip parti sesiapa yang tidak lagi dipilih dalam MT beliau tidak layak memegang jawatan dalam Kabinet," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.



Shahril memang terkenal dengan perjuangan politik melalui prinsip. Prinsip yang dipegang oleh Shahril jarang-jarang ada di kalangan ahli UMNO. Menteri ini ketika di zaman payahnya pernah membuka kedai dobi untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Shahril yang diketahui umum adalah penyokong kuat Pak Lah. Perlu diingat barisan kabinet diwaktu ini adalah daripada team B yang didominasikan oleh penyokong Kuli dan Musa Hitam. Kemasukan Shahril dalam arus perdana politik negara adalah atas kehendak Pak Lah.

Saya ingin mengaitkan perletakan jawatan Shahril ini dengan kemenangan TS Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Hubungan Shahril dengan Muhyiddin tidak lah semesra mana walaupun mereka datang dari negeri dan parti yang sama. UMNO bahagian Johor Bahru sendiri mencalonkan Ali Rustam sebagai calon Timbalan Presiden UMNO dalam mesyuarat bahagiannya. Shahril yang terkenal dengan cara menongkah arus sekali lagi melawan arus kepada Badan Perhubungan Negeri Johor yang menyokong TS Muhyiddin.



Kemenangan Muhyiddin menjanjikan zaman gelap kepada Shahril yang berkemungkinan tidak akan dilantik semula sebagai menteri jika berlaku rombakan kabinet dalam waktu terdekat. Sebelum rombakan kabinet, Shahril sudah mengangak kedudukannya sebagai menteri seperti telur dihujung tanduk.

Sebelum apa-apa berlaku, Shahril mengambil langkah bijak dengan meletakkan jawatan terlebih dahulu. Tindakan Shahril ini boleh dibaca jika melihat kepada sejarah Perhimpunan Melayu Johor (PMJ).PMJ diadakan berikutan wujudnya perpecahan di kalangan orang Melayu terutama di Johor apabila UMNO diharamkan pada 1987. Persaingan sengit merebut jawatan pucuk pimpinan UMNO antara Team A di bawah Dr Mahathir dengan Team B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Musa Hitam (Tun). Kekalahan Team B telah mengheret UMNO ke mahkamah.

Golongan yang kecewa ini cuba menyediakan satu alternatif baru kepada orang Melayu dengan menubuhkan parti Semangat 46 (S46). Sebagai parti serpihan UMNO, parti S46 turut menjadikan konsep dan falsafah perjuangannya sama seperti UMNO. Orang Melayu yang berpecah-belah sama ada bertahan di dalam UMNO, atau menyertai S46. Gelora perpecahan Melayu ini semakin parah apabila diadakan Pilihan Raya Kecil Parlimen Johor Bahru dan Dewan Undangan Negeri Parit Raja.

Di Johor Bahru Datuk Shahrir Abdul Samad (bekas setiausaha politik Tun Musa)mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya atas tiket Barisan Nasional pada 1986. Shahrir cuba menguji kekuatan UMNO dengan bertanding semula atas tiket bebas yang ditaja oleh kumpulan S46. Pilihan Raya Kecil Parlimen Johor Bahru diadakan pada 25 Ogos 1986, iaitu hampir tujuh bulan selepas UMNO diharamkan.



Ramai penganalisis politik tidak melihat pilihan raya itu sebagai medan menguji kekuatan UMNO. Sebaliknya mereka berkata ini hanyalah satu ujian populariti. Johor Bahru adalah kubu kuat Shahrir. Beliau menang pilihanraya itu bukan kerana parti S46 kuat dan UMNO lemah tetapi populariti Shahrir sendiri mengatasi faktor yang lain. Peristiwa ini berlaku ketika Muhyiddin sebagai Menteri Besar Johor. Pada ketika itu Muhyiddin adalah berpihak kepada Tun Mahathir sedangkan Shahril lebih condong kepada Tun Musa.

Shahril secara sekilas pandang memang tidak serasi dengan Muhyiddin. Jadi saya melihat, benarkah perletakkan jawatan Shahril berasaskan kepada prinsip atau faktor kemenangan TS Muhyiddin?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Terharu, Sebak dan Insaf.


Satu tepukan gemuruh menyambut kedatangan Tun Dr Mahathir Mohamed dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke hari akhir Perhimpunan Agung UMNO,di Dewan Merdeka PWTC. Ianya adalah satu kejutan kerana Tun Mahathir turut tidak hadir pada hari pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO.

Beliau menafikan ketidak hadirannya disebabkan kekalahan Mukriz tetapi kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah. Ianya merujuk kepada kemenangan Khairy Jamaluddin walaupun KJ didapati terlibat dengan politik wang tetapi hanya diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO. Dalam pada masa yang sama KJ berjaya menjadi ketua pemuda setelah mendapat keuntungan daripada pecahan undi kepada Khir Toyo dan Mukhriz sendiri.

Hari ini Tun hadir untuk memberi sokongan kepada Najib sebagai presiden UMNO yang baru. Tun juga tetap mendesak agar jawatan Perdana Menteri diserahkan dengan segera kepada Najib bagi memudahkan urusan mentadbir negara dan sebagai persediaan mengempur menghadapi 3 pilihanraya kecil di 3 kawasan pada 7 April ini.

Paling menarik, kehadiran Tun pagi ini akan menjawab beberapa persoalan berkenaan kemasukan semula beliau kepada UMNO. Menjawab persoalan berkenaan, Dr Mahathir Mohamad mengesahkan akan menyertai semula UMNO, namun beliau tidak memaklumkan bilakah tarikh keramat itu.

"Saya datang nak ucap tahniah kepada Najib. Ucapannya juga sangat baik. Saya juga telah diyakinkan oleh Tan Sri Muhyiddin bahawa akan berlaku perubahan," katanya mengulas mengenai kehadirannya pada majlis penutup Perhimpunan Agung UMNO hari Sabtu.

Tun juga tidak menafikan pengumuman Muhyiddin dalam ucapan penggulungannya bahawa dia percaya beliau akan menyertai semula UMNO secara rasmi. "Tetapi bukan hari ini. Saya kena isi borang dulu. Nanti saya akan beritahu," katanya kepada agendadaily hari ini.

Saya juga teringat apabila beliau mengistiharkan keluar UMNO kerana kecewa dengan Pak Lah, beliau telah memberitahu para wartawan bahawa beliau akan kembali kepada UMNO setelah Pak Lah tidak menjadi perdana Menteri. Perkembangan semasa ini disambut baik oleh ahli UMNO kerana UMNO sangat memerlukan suntikan Tun untuk sama-sama membantu Presiden, Timbalan Presiden dan saf kepimpinan yang lain menghadapi serangan pembangkang yang tidak putus-putus.

Saya berasa terharu, sebak dan Insaf dengan peristiwa terbaru ini. Segala-galanya diberikan pelbagai tafsiran di atas pentas apabila Tun, Pak Lah dan barisan kepimpinan baru bersalaman dan mengangkat tangan menandakan biduk lalu, kiambang sudah bertaut semula. Melayu UMNO serius untuk bersatu semula. Uniknya UMNO yang sudah berusia 63 tahun semakin menunjukkan kematangan sesuai dengan usianya.

Perkara seumpama ini seperti proses peralihan kuasa yang terancang, sikap keterbukaan, memaafkan, kasih sayang, nilai-nilai persaudaraan yang jarang -jarang ditonjolkan di dalam UMNO. Kekuatan inilah yang menyebabkan UMNO masih bertahan dan akan kembali bertahta di hati orang-orang Melayu.

Selamat kembali Tun kepangkuan UMNO.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Friday, March 27, 2009

Muhyiddin Ada Sejarah Satukan Melayu.

Kemenangan Muhyiddin menyandang Timbalan Presiden UMNO semalam adalah suatu anugerah kepada UMNO. Andaikata Muhyiddin kalah pula ianya dianggap satu malapetaka kepada parti keramat itu. Keadaan UMNO yang seperti telur di hujung tanduk ini memang memerlukan seseorang yang boleh membantu Presiden bagi melestarikan UMNO semula setidak-tidaknya membawa UMNO balik ke landasan yang betul.

Pada ketika ini Melayu yang jarang-jarang bersatu terbahagi kepada 3 kelompok utama iaitu Melayu di dalam UMNO, Melayu di dalam PAS dan Melayu di dalam PKR. Perpecahan terbesar Melayu dalam sejarah ini telah mengakibatkan Melayu UMNO hampir kehilangan kuasa politik di peringkat persekutuan. Perpecahan kuasa politik Melayu ini telah menyebabkan kemerosotan kuasa dan suara Melayu di Selangor dan Perak walaupun kedua-dua negeri itu bermenteri besarkan seorang Melayu.

Apabila menyebut penyatuan Melayu saya teringat kepada usaha Muhyiddin pada tahun 1988. Perhimpunan Melayu Johor (PMJ) yang diadakan di Kompleks Islam Johor Bahru adalah sebuah agenda perpaduan yang dicetuskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu adalah Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

Salah satu resolusi PMJ ialah membenarkan kemasukan semula mereka yang sudah berada di luar UMNO akibat perpecahan 1987 yang berlaku di dalam UMNO apabila wujudnya Team A dan Team B. Tidak ada sebarang syarat dikenakan kecuali perlu mengisi borang. Tindakan ini telah membawa kemasukan beramai-ramai mereka yang pernah menganggotai UMNO, termasuk mereka yang tidak pernah menjadi ahli UMNO.

Agenda perpaduan yang diilhamkan oleh Tan Sri Muhyiddin telah mengubah minda dan persepsi orang Johor terhadap UMNO. Salah satu kejayaan besar PMJ ialah kepulangan Datuk Musa Hitam (Tun) ke pangkuan UMNO. Ini telah mendorong ramai pengikut beliau secara automatik menyertai semula UMNO.

Muhyiddin dengan optimis melihat peristiwa ini sebagai tanda positif terhadap masa depan UMNO. Ramai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional menganggap Perhimpunan Melayu Johor merupakan suatu agenda perpaduan yang amat berkesan dalam usaha memulihkan kembali imej dan kekuatan UMNO.

Tan Sri Muhyiddin menyifatkan orang-orang sudah belajar tentang betap sakitnya bila terjadi pepecahan dan betapa deritanya bila berlakunya pertelingkahan. Perhimpunan Melayu. Johor bagaikan penawar mengubati luka dan derita yang ada.

PMJ adalah satu kenangan paling manis dan bersejarah bagi Muhyiddin. Beliau telah berusaha mengumpul dan menghimpunkan orang Melayu Johor daripada pelbagai latar belakang dan lapisan seperti golongan ulama, cendekiawan, ahli ekonomi, budayawan, sasterawan, seniman, wartawan, penulis, tokoh pasukan keselamatan, usahawan, professional, anggota perkhidmatan awam dan swasta, pendidik, penghulu, ketua kampung, imam, petani, nelayan, pemandu teksi, penarik beca, penjaja kecil serta banyak lagi yang lain.

Mereka tanpa mengira fahaman politik berhimpun dan berkampung dengan satu hasrat dan matlamat untuk kembali ke pangkal jalan demi perpaduan Melayu. PMJ juga telah berjaya memikat hati anak Melayu Johor yang berada di perantauan turut pulang ke Johor bagi menyertai perhimpunan keramat yang bersejarah ini.
(www.malaysia-hariini.com)


Johor sebenarnya adalah tiang seri kepada UMNO bukan kerana ianya bermula di Istana Besar Johor Bahru tetapi kerana semangat dan roh perjuangan kebangsaan sebuah negara bangsa yang diasaskan oleh Dato'Onn itu sudah sebati dengan Melayu Johor.Apabila berlaku perpecahan 1987 ianya juga telah memberi tempias kepada UMNO di Johor. Dengan beberapa siri pilihanraya yang berturut-turut di Johor Bahru dan Parit Raja telah merobek persatuan dan perpaduan Melayu Johor yang utuh dan ampoh sebelum ini.

Insaf dan sedar dengan apa yang berlaku, Muhyiddin mencetuskan idea supaya satu usaha perlu dilakukan agar orang Melayu yang berpecah antara penyokong UMNO dan S46 perlu diadakan.

Sesudah mendapat sokongan daripada pemimpin dan tokoh veteran Melayu Johor, maka persetujuan diambil dengan mengadakan Perhimpunan Melayu Johor (PMJ) yang dipengerusikan oleh tokoh ulama Tan Sri Adul Jalil Hassan dan melantik bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn sebagai penasihatnya.(www.malaysia-hariini.com)

Berdasarkan kepada perpecahan Melayu pada pilihanraya ke 12 lalu, perpecahan Melayu pada hari ini lebih buruk daripada perpecahan Melayu pada tahun 1987 dan tahun 1999. Pada tahun 1988, Muhyiddin pernah merapatkan semula Melayu Johor bertaut dan bersatu semula. Apakah mustahil Muhyiddin tidak dapat mengulangi semula kejayaannya itu dalam konteks perpaduan Melayu yang lebih menyeluruh?

Pada ketika Melayu sedang berantakan sesama sendiri, lazimnya akan muncul tokoh yang menyatukan. Ketika Melayu diracik-racik oleh penjajah, muncul Dato'Onn menyatukan Melayu merentasi sempadan negeri dan suku-suku bangsa. Mampukah Muhyiddin mengulangi semula kejayaannya pada 1988? Bukankah Tan Sri Muhyiddin ada sejarah melakukannya?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Zahid, Hisham Dan Shafie Buktikan Anda Lebih Baik

Keputusan pertandingan Naib Presiden yang diumumkan semalam telah memberikan keputusan yang sudah dijangkakan sejak awal di mana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memperolehi 1592 undi diikuti Datuk Seri Hishammuddin Hussein meraih 1515 undi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengekori dengan 1445 undi. Keputusan ini menunjukkan sokongan popular calon di kalangan perwakilan tetapi belum pasti memenuhi citarasa ahli UMNO keseluruhannya. Walau apa pun, ahli biasa menghormati keputusan yang telah dibuat.

Sungguhpun begitu, tidak menjadi kesalahan untuk ahli UMNO akar umbi memberi sedikit peringatan agar ke tiga-tiga Naib Presiden ini tidak terlalu lama dilambung rasa gembira kerana tanggung jawab besar sedia menanti di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai di mana penamaan calon pada 29 Mac 2009 dan pengundian pada 7 April 2009.

Kekalahan 0-2 BN kepada PR di 2 pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu perlu ditebus semula dengan gandingan MKT UMNO yang baru menjadi taruhan. Ketiga-tiga Naib Presiden ini mempunyai tanggung jawab berat membantu TS Muhyiddin yang telah dipertanggung jawabkan merampas semula Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta mempertahankan Batang Ai. Kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dikaitkan dengan kelemahan Pak Lah, apakah ada alasan lain jika BN kalah lagi dalam pilihanraya kecil mendatang ini.

Zahid Hamidi selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, dan terbaru memenangi undi tertinggi naib presiden jangan hanya menjadi jaguh di kandang UMNO tetapi terkulai di kaki Bukit Gantang. Datuk Zahid setakat ini masih gagal memberi jawapan yang jitu dan tepat kepada rakyat Perak berkenaan isu peralihan kuasa di Perak. Jawapannya adalah bersifat emosional dan retorik bukannya berasaskan undang-undang tubuh kerajaan Perak itu sendiri seperti mana jawapan yang sering diberikannya di media-media massa. Jawapan Datuk Rais Yatim lebih meyakinkan rakyat kerana sifatnya yang rajin membaca dan membuat kajian.

Hishamuddin yang masih lagi terbelenggu dengan isu PPSMI jangan terlalu gembira dengan kemenangan ini. Rakyat mahu melihat perkembangan PPSMI dan kedudukannya selepas Perhimpunan Agung UMNO. Rakyat melihat isu PPSMI ini adakah kerana kelembapan menteri atau kelemahan kerajaan. Rakyat Melayu juga melihat Hisham bukannya jaguh pemuda Melayu yang tegas dan berani kerana rakyat masih teringat dan terbayang-bayang peristiwa beliau meminta maaf di atas isu keris tidak lama dulu. Tidak kurang juga ada yang melihat Pemuda di bawah Hisham begitu lembik dan penakut. Hanya berani di gelanggang sendiri apabila di Perhimpunan Agung barulah hendak menunjukkan jaguh.

Shafie Abdal adalah pemimpin daripada Sabah yang diberi kepercayaan pada kali ini bersama 3 lagi pemimpin Sabah yang lain. Saya harap perwakilan memilih beliau bukanlah kerana hendak memberi peluang kepada orang Sabah tetapi sememangnya perwakilan percaya kepada kebolehannya memimpin. Disebabkan undi yang diperolehinya tidak jauh bezanya dengan undi yang diperolehi oleh Khaled Nordin, maka kita tidak merasakan perwakilan tidak silap memilih.

Kemenangan Zahid dan Hisham mungkin atas faktor pernah menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Shafie sendiri sebagai bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah. Sokongan yang diraih adalah membuktikan perwakilan sedang menyediakan pemimpin-pemimpin pelapis selain memenuhi 'dream team' yang sering diperkatakan orang. Perwakilan melihat UMNO perlu menyediakan pemimpin pelapis lebih awal dengan mengenepikan orang-orang lama dan berpengalaman seperti Rais Yatim, Isa Samad, Syed Hamid maupun Rahim Thamby Chik yang mendapat undi sekitar 400 undi sahaja. Jelas pertandingan Naib Presiden ini bukanlah satu pertandingan yang sengit.

Ada juga yang melihat pemilihan mereka bertiga adalah berdasarkan pemimpin mewakili daerah atau wilayah utara dan timur, selatan serta wilayah Malaysia Timur.Walau apapun analisa perwakilan ianya mungkin yang dirancang atau mungkin secara kebetulan. Kedudukan mereka sebagai Naib Presiden bukan lah satu jawatan yang kekal dan hakiki. Perwakilan dan ahli UMNO akan sentiasa membuat penilaian kerana buat kali ini perwakilan tidak mempunyai pilihan lain.

Sesungguhnya, pemilihan mereka bertiga adalah satu kepercayaan dan harapan orang Melayu dan Malaysia keseluruhannya. Pikul lah tanggung jawab ini dengan sungguh-sungguh. Jadilah pemimpin yang berilmu apabila berbicara dan berani apabila bertindak.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com.

Thursday, March 26, 2009

Inilah yang tersurat, apa pula yang tersirat ?



Debaran 2 malam terjawab sudah. Semasa merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri, DS Najib mahukan perwakilan menyediakan satu saf kepimpinan yang boleh membantu beliau sebagai presiden parti. Hari ini perwakilan telah mempersembahkan satu saf kepimpinan yang tidak menepati pilihan ramai dan popular seperti lazimnya khususnya bagi jawatan MKT.

Saya cuba membaca kehendak dan perkara tersirat yang dilakukan oleh pewakilan tetapi masih belum dapat membaca citarasa dan selera perwakilan kali ini.

Keputusan Pemilihan UMNO 2008-2011

Pengerusi Tetap
Datuk Paduka Badruddin Amiruldin – 2272 undi

Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Mohamad Haji Aziz

Presiden
Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin – 1575 undi

Naib Presiden
1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – 1592 undi
2. Datuk Seri Hishammuddin Hussein – 1515 undi
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – 1445 undi

Ahli Majlis Tertinggi
1. Datuk Mustapa Mohamad – 2259 undi
2. Datuk Noh Omar – 2084 undi
3. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman – 2084 undi
4. Datuk Azian Osman – 2060 undi
5. Datuk Zainal Abidin Osman – 2054 undi
6. Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed – 1854 undi
7. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – 1838 undi
8. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin – 1804 undi
9. Datuk Shaziman Abu Mansor – 1705 undi
10. Dr. Mohd. Puad Zarkashi – 1700 undi
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman – 1685 undi
12. Datuk Idris Haron – 1658 undi
13. Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad – 1624 undi
14. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis – 1622 undi
15. Datuk Saifuddin Abdullah – 1619 undi
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad – 1611 undi
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid – 1580 undi
18. Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah – 1529 undi
19. Datuk Hamzah Zainuddin – 1518 undi
20. Datuk Bung Mokhtar Radin – 1517 undi
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin – 1481 undi
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique – 1431 undi
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek – 1377 undi
24. Datuk Seri Idris Jusoh – 1275 undi
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim – 1265 undi

Maklumat tambahan :

Kalah Timbalan Presiden UMNO
Muhd Taib mendapat 916 undi.

Kecundang Naib Presiden:
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin - 1,397
Datuk Seri Rais Yatim - 491
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad - 432
Datuk Syed Hamid Syed Jaafar Albar - 410
Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik - 192

Tewas MKT:
Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Johari Baharum
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasan Malek.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman
Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.

Inilah yang tersurat, apa pula yang tersirat?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Wednesday, March 25, 2009

Satu Faktor Kemenangan Khairy Jamaluddin.


Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin berjaya menjadi Ketua Pemuda UMNO yang baru dengan mendapat 304 undi mengalahkan Khir Toyo yang mengekori rapat dengan 254 undi. Calon popular akar umbi Mukhriz Mahathir hanya mendapat 232 undi. Inilah keputusan yang dibuat oleh perwakilan pemuda UMNO semalam. Ramai yang kecewa kerana Mukhriz mendapat pencalonan tertinggi daripada bahagian-bahagian UMNO seluruh negara tetapi mendapat undi paling sedikit dalam gelanggang sebenar.

Secara umumnya pencalonan yang banyak bukan jaminan mendapat undi yang tinggi. Jelas perwakilan pemuda pada umumnya tidak terikat dengan keputusan-keputusan yang dibuat di peringkat bahagian.

Faktor utama kemenangan KJ ialah pertandingan 3 penjuru yang memberi kelebihan kepada bekas Naib Ketua Pemuda UMNO ini. Dengan kedudukan Naib Ketua UMNO beberapa tahun, KJ sudah mempunyai penyokong tetap di kalangan pemuda peringkat bahagian. Berbanding dengan KT dan MM yang tidak mempunyai penyokong tetap di kalangan perwakilan. KJ hanya perlu membuat sedikit penambahan undi sahaja untuk menang.

Walaupun pertandingan sudah selesai, tetapi pengajaran daripada pertandingan ini adalah strategi untuk menghadapi pertandingan juga penting bagi sesiapa yang ingin mencapai kemenangan.Ini bukan pilihanraya dalam UMNO iaitu setiap ahli UMNO boleh mengundi. Sistem perwakilan ini jarang difikirkan oleh penasihat-penasihat KT dan MM. Mereka berdua tahu kekuatan masing-masing berbanding dengan kekuatan sedia ada pada KJ. Memandangkan penyokong kedua-duanya jika digabungkan berjumlah 486 yang telah diperolehi nyata keduanya telah melakukan strategi yang silap.

Jika begitu siapa yang sanggup berkorban supaya salah seorang daripada mereka yang akan berhadapan dengan KJ. Masing-masing mendakwa mempunyai peluang cerah untuk menang tetapi di alam nyatanya tidak begitu. Jikalau mengikut pencalonan bahagian sepatutnya antara Khir dan Mukhris, Khirlah yang patut beralah jika benar-benar pemuda UMNO tidak mahu Khairy menjadi ketua pemuda UMNO.

Pada akhirnya kedua-duanya terlepas sedangkan jika pertandingan ini berlaku satu lawan satu kemungkinan keputusan adalah berbeza. Walau apa pun keputusan sudah ada, suka atau tidak, pemuda UMNO sudah ada ketua pemuda yang baru. Mungkin keputusan ini akan memberi kekesalan dan kekecewaan yang mendalam kepada penyokong-penyokong KT dan MM.

Saya bukan daripada kalangan pemuda UMNO lagi. Saya menanti keputusan yang lebih menarik bagi jawatan Timbalan Presiden, naib Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

BERITA DARIPADA AGENDADAILY.COM

Khairy Jamaluddin Abu Bakar muncul sebagai pemenang pertandingan Ketua Pemuda UMNO dengan memperolehi 304 undi menewaskan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo 254 dan Datuk Muhkriz Mahathir 232. Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pula, Datuk Razali Ibrahim diisytihar sebagai pemenang dengan memperolehi 417 undi menewaskan pencabarnya Datuk Reezal Merican Naina Merican. Sejurus diumum menang di lokasi mesyuarat Pemuda UMNO di Dewan Tun Hussein Onn,PWTC Khairy terus memeluk Mukhriz yang hadir sama semasa pengumuman dibuat.Dr Khir tidak ada kerana menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung waktu itu di tingkat 39 Menara Dato Onn,PWTC.Ketua Wanita pula Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diumum sebagai ketua yang baru menewaskan penyandang Tan Sri Rafidah Abdul Aziz dengan majoriti 227 undi. Shahrizat memperolehi 507 undi manakala Rafidah 280 undi. Rafidah juga tidak hadir kerana menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Tetap Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar. Sementara itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid diumum sebagai Ketua Puteri UMNO yang baru apabila memperolehi 245 undi menewaskan lima calon yang lain. Rosnah sebelum ini adalah Naib Ketua Puteri UMNO. Shahanim Yusof pula muncul Naib Ketua Puteri dengan 355 undi tewaskan tiga calon lain.- 25/3/2009

Tuesday, March 24, 2009

Najib Mula Menunjukkan Belang


Mendengar ucapan DS Najib ketika merasmikan Persidangan Pemuda,Wanita, dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, PWTC malam tadi telah membuatkan hati saya berdetik, sememangnya layak DS Najib menjadi Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Ucapan Najib adalah ucapan yang berani, tegas, bersemangat dan ikhlas. Menyentuh pelbagai perkara dan isu-isu semasa serta memberi beberapa 'signal' tentang pertandingan yang akan berlangsung. Namun yang penting bukanlah kejayaan individu dalam parti tetapi adalah survival UMNO menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

Bagi mempastikan survival UMNO dan menarik kembali kepercayaan orang Melayu maka UMNO perlu dan wajib berubah. Rata-rata perwakilan dan ahli UMNO akar umbi merasakan UMNO perlu membuat reformasi dan penambahbaikan kepada parti walaupun terpaksa membuat pindaan kepada perlembagaan parti.

Banyak perkara yang perlu UMNO lakukan perubahan sama ada berbentuk persepsi atau hubungan secara langsung dengan rakyat. Tanggapan bahawa UMNO adalah parti elitis perlu disangkal oleh pemimpin UMNO pelbagai peringkat dengan betul-betul turun padang menyelesaikan masalah rakyat.

Amalan rasuah politik yang seolah-olah sudah menjadi darah daging UMNO kini berada dipenghujungnya. Ketegasan Najib dalam hal ini perlu disambut oleh tangan-tangan perwakilan yang hendak membuat pemilihan jika mereka benar-benar ingin membawa perubahan. Pastikan keikhlasan itu dengan meletakkan kemenangan kepada calon-calon yang bersih dan berkeupayaan mengikut rentak presiden parti yang baru.

Pengalaman Najib sebagai menteri besar, menteri dan timbalan perdana menteri mengingatkan ramai pemerhati bahawa Najib mampu melakukan perubahan. Nyata keyakinan semakin terserlah apabila Najib akan membuka ruang demokrasi yang lebih luas kepada UMNO. Baik dari segi keahlian, aktiviti ,amalan serta penerimaan golongan muda, golongan terpelajar dan tenaga profesional ke dalam UMNO yang selama ini berlaku sekatan dan halangan kepada golongan-golongan tersebut.

Ahli UMNO juga perlu bersedia menerima media baru yang sudah lama diterima pakai sebagai satu medium kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan. Bersediakan ahli-ahli UMNO yang rata-ratanya malas membaca, malas menulis apatah lagi malas untuk menghadiri majlis-majlis ilmu. Bersediakah ahli-ahli UMNO menyahut cabaran Najib bahawa ahli -ahli UMNO perlu ada jatidiri UMNO yang mantap. Mereka perlu menjiwai sejarah UMNO itu sendiri kerana UMNO bukan parti kecil tetapi parti yang berjiwa besar,memberi sumbangan besar,mempunyai sejarah yang panjang dan bermakna serta parti yang bukan dilahirkan di jalan-jalan demontrasi tetapi di Istana.

Ucapan Najib malam tadi juga memperlihatkan UMNO akan menghapuskan sistem koata dan meneruskan agenda PPSMI selepas Perhimpunan Agung ini. Selain itu kemungkinan pegawai-pegawai kerajaan kumpulan A dibenarkan aktif berpolitik.

Najib mengulangi bahawa Orang Melayu akan terus dibela. Perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu akan diteruskan. Cabaran kepada Najib amat berat. Sedar akan tanggungjawab itu tanpa rasa berselindung Najib meminta perwakilan menyediakan pemimpin-pemimpin yang setia dan sanggup mengikut rentak dan lengoknya sebagai Presiden yang baru bagi mempastikan UMNO akan kembali berada di puncak.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Matlamat Dan Lagu PERKASA.


MATLAMAT PERKASA

1. MEMPERKASA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN

2. MEMPERKASA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

3. MEMPERKASA KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU

4. MEMPERTAHANKAN HAK-HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN PRIBUMI

5. MEMPERKASA KAUM-KAUM PRIBUMI

6. MENYATUPADUKAN KAUM-KAUM PRIBUMI DAN PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA

7. MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

Dato'Fuad Hassan
Timbalan Presiden PERKASA
Penulis Lirik Lagu PERKASA

LAGU PRIBUMI PERKASA NEGARA
Maju langkah bersatu
Perkasa darah tubuh bangsaku
Jiwa nan cekal pahlawan dulu
Bina kekuatan baru

Suara aanak Malaysia
Pertahan nilai bangsa mulia
Agama,Raja,Negara tercinta
Pribumi Perkasa Negara

chorus
Musuh mencabar ku gempur
Berangkai kita bersama
Walaupun bungaku kan gugur
Bersambung juang anak merdeka
Merdeka!

Ini tanah bertuah
Warisan kita semua
Makmur bahagia selama-lamanya
Pribumi Perkasa Negara

Pribumi Perkasa Negara
Pribumi Perkasa Negara

Ciptaan dan gubahan : Mirza Abdullah
Lirik : Fuad Hassan

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Monday, March 23, 2009

Siapa lah PERKASA Tanpa Kelabchedet

Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara yang berlangsung pada Ahad 22hb Mac 2009 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur telah meninggalkan banyak nostalgia dan kegembiraan kepada saya.

Saya banyak menghantar artikel di website PERKASA dan website Kelabchedet sebelum datang ke perhimpunan ini. Menulis artikel adalah kegemaran saya berbanding dengan menyertai forum yang dikendalikan oleh kelabchedet. Walaupun jarang menyertai forum tersebut saya sering juga membaca tulisan-tulisan di dalam forum tersebut.

Sudah tentu saya mengenali nama-nama seperti bentayan, supirteksi,kuda hitam, beruang_putih, maruah melayu, pak teh keramat, kadiology, ejoe, idjoe, obey-one,bap4k jin,racist dan beberapa nama lagi di alam maya tetapi di perhimpunan ini saya telah dapat berpeluang berjumpa dan berbual-bual dengan mereka di alam nyata.

Nyata mereka ini adalah generasi muda yang mempunyai semangat membara khususnya untuk meneruskan agenda mantan perdana menteri Tun Dr.Mahathir yang belum selesai. Mereka amat mengagumi kehebatan Tun dan sukar untuk disangkal penghormatan yang tinggi terhadap Tun walaupun setelah hampir 6 tahun Tun bersara.

Anak muda ini kebanyakkannya berumur 20an dan 30an yang hidup membesar dan terdidik di zaman pemerintahan Tun selama 22 tahun. Tidak boleh dinafikan mereka ini banyak terpengaruh dengan pemikiran dan tindakan Tun. Setelah hidup di zaman selamat dan selesa, tentu mereka resah, gelisah dan tidak selesa dengan perkembangan politik di zaman Pak Lah yang jauh berbeza dengan cara Tun mentadbir negara.

Walaupun kebanyakan mereka adalah bekas ahli KMU , akhirnya mereka dengan beraninya menubuhkan kelabchedet 4 bulan yang lalu dengan moto meneruskan amanah Tun Dr Mahathir. Dengan usia website www.kelabchedet.com yang muda itu, sambutan sangat menggalakkan, sehingga kini lebih sejuta pengunjung sudah melayari website ini.

Berdasarkan perbualan singkat saya dengan mereka, sokongan mereka terhadap PPSMI adalah sangat konsisten. Sehinggakan ada di antara ahlinya telah membuat survey berkenaan PPSMI ini. Survey ini diedarkan kepada pengunjung-pengunjung yang datang di gerai mereka. YB Datuk Rais Yatim turut menlapangkan masa singgah dan beramah-mesra di gerai kelabchedet

Apa yang saya lihat ahli-ahli jawatankuasa PERKASA adalah terdiri di kalangan Datuk-Dato' dan orang-orang kenamaan disamping penyertaan 3 orang AJK ahli Kelabchedet. Kebanyakkan Datuk-datuk ini menyumbang dari segi kewangan dan pandangan. Namun tanpa sokongan AJK dan ahli Kelabchedet kemungkinan besar majlis yang besar begini tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Akhir sekali, tahniah kepada PERKASA dan Kelabchedet.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah-segalanyamungkin.blogspot.com

Pengisytiharaan PERKASA


Datuk Ron sedang membaca Pengisytiharan PERKASA

Pengisytiharan
25 Rabiul Awal 1430H / 22hb Mac 2009
PERSIDANGAN KEMUNCAK PRIBUMI NEGARA
KUALA LUMPUR.

Dengan nama Allah Yang Pemurah dan Penyayang

BAHAWASANYA, Persidangan Kemuncak Pribumi Negara yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada - 25 Rabiul awal 1430H / 22hb Mac 2009 yang dianjurkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dengan disertai 1500 orang perwakilan dari 65 pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di peringkat Kebangsaan dengan ini telah bermuafakat untuk menyatakan pendirian bersama :

1. MENGULANGI dan memperkukuhkan pendirian bagi mempertahankan Kenyataan Khas Majlis Raja-Raja Melayu ke 215 pada 16hb Oktober 2008 berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan,kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut perlembagaan persekutuan.

2. MENYERU semua pemimpin kaum pribumi mengambil usaha bersungguh-sungguh bagi memperkukuhkan ikatan perpaduan dan ukhuwah kaum Melayu dan pribumi sebagai teras perpaduan dan keharmonian bangsa Malaysia serta berperanan mengekalkan kestabilan sebagai tanggungjawab bersama.

3. MENGESA semua pihak termasuk parti siasah dan badan bukan kerajaan agar mengakui dan menerima peruntukkan-peruntukkan yang berkaitan hak-hak keistimewaan kaum Melayu dan pribumi serta kepentingan-kepentingan sah kaum lain dan menentang sebarang pindaan yang boleh melemahkan kedaulatan dan kedudukan kaum Melayu dan Pribumi dalam perundangan dan perlaksanaan.

4. MENGESYORKAN agar pihak berkuasa mengambil langkah memperkasakan peruntukan mengenai hal-hal Islam dalam perlembagaan serta menolak sebarang provokasi mana-mana pihak bagi maksud penyamarataan, pencerobohan tauhid dan gagasan pluralisme agama yang bercanggah dengan perlembagaan negara.

5. MENCADANGKAN agar kedudukan Tanah Simpanan Melayu (TSM) dimasukkan di bawah perlindungan Raja-Raja Melayu melalui pindaan kepada perkara 159 fasal 5 dan perkara 10 fasal 4. Ini bagi mempastikan agar tidak berlaku penghakisan dan penghapusan Tanah Simpanan Melayu secara berterusan tanpa sebarang gantian yang wajar.

6. MENGGESA semua pihak supaya menghormati semangat perlembagaan yang mendasari dan menjadi paksi kepada kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta tidak melakukan sesuatu tindakan yang secara langsung atau tidak langsung menjejas dan menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan dan media pengajaran dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

7. MENGGESA pihak kerajaan pusat dan negeri menggubal langkah-langkah strategi dan inovasi serta pengawalan dan pencegahan dalam memastikan Pribumi bukan sahaj mampu menghadapi situasi krisis ekonomi semasa, bahkan pencaapaiannya terus dipertingkatkan bagi mempastikan Pribumi mampu bersaing dalam perubahan lanskap ekonomi dunia yang semakin liberal dan global.

8. MENGGESA pihak yang bertanggungjawab agar merangkan pelan-pelan dan jangkamasa tindakan serta pengukuran kejayaan terhadap usaha-usaha memperkasakan hak-hak istimewa bangsa Melayu dan Pribumi serta Raja Melayu selaku penaung dan penasihat dan melaksanakan semua pelan-pelan tindakan ini sehingga berjaya.

9. MENYERU supaya digabungkan seluruh kekuatan antara pertubuhan-pertubuhan Melayu, Pribumi dan Islam dalam satu saf gerak kerja yang lebih tersusun dan berkesan untuk memperjuangkan suatu pembentukan pemikiran strategik dalam mengekalkan ketahanan dan kelangsungan Kedaulatan Melayu, Pribumi dan Islam dalam perlembagaan dan perlaksanaan.

10. MENGGESA kerajaan mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu-isu sensitif yang telah disepakati bagi tujuan kepentingan politik dan kumpulan. Adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk menjaga kepentingan rakyat terbanyak daripada gangguan-gangguan individu atau kumpulan yang bertindak di luar batas dan peruntukan peruntukan perlembagaan negara.

Bahawasanya perhimpunan ini berikrar akan mempertahankan dan memperjuangkan pengisytiharan di atas demi kepentingan dan kesinambungan generasi Melayu dan pribumi yang akan datang sebagai kaum majoriti asal yang sah menurut sejarah dan perlembagaan. Perpaduan kaum Melayu dan Pribumi adalah teras kepada kestabilan rakyat Malaysia seluruhnya.

Kita Mengusahakan, Semoga Allah menyempurnakan.

Sekian.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Kalau UMNO Tak Boleh, PERKASA Pilihan Terakhir.



Y.Bhg Dato'Ibrahim Azmi, Tokoh Ilmuan Islam dan bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus menyatakan di dalam ucapannya menyatakan jikalau UMNO sudah tidak boleh lagi hendak mempertahankan Bahasa Melayu, Agama Islam, Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, PERKASA akan bersedia memikul tanggungjawab itu walaupun PERKASA hanya NGO's bukannya parti politik.

Ibrahim Azmi, berkata demikian ketika menjadi pembicara ke 10, dalam Perhimpunan Pribumi Perkasa pada Ahad, 22 Mac 2009 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.



Beliau yang membicara tajuk kedudukan agama Islam masa kini dan cabarannya turut menyentuh tentang prinsip Islam sebagai Agama Persekutuan Tanah Melayu yang sudah sedia termaktub di dalam perlembagaan. Islam sepatutnya mempunyai kedudukan yang selamat tetapi semakin tercabar bukan sahaja dicabar oleh rakyat bukan Islam tetapi oleh pentadbir-pentadbir yang dikuasai oleh orang Islam.

Beliau memberitahu, ada surau kecil yang dibina di tepi jalan di Terengganu untuk kegunaan pemandu-pemandu teksi bersolat telah dirobohkan oleh pihak berkuasa sedangkan yang bersebelahan dengannya sebuah tokong Cina yang asalnya kecil, bukan sahaja tidak dirobohkan malah kini semakin hari semakin besar.

Beliau berasa kecewa dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara tetapi kedudukan tempat ibadatnya bukan sesuatu yang selamat.

Apatah lagi di kala ini umat Islam semakin tercabar dengan pemimpin-pemimpin Melayu Islam yang begitu liberal dalam beragama demi hendak mendapat secebis kuasa. Pemimpin-pemimpin PAS yang diharap akan mempertahankan agama berdasarkan nama Parti Islam pun semakin hanyut dengan kegilaan merebut kuasa.



Kalau dahulu, berkawan dengan golongan kafir merupakan satu kesalahan amat besar tetapi hari ini pemimpin-pemimpin mereka bukan sahaja berkawan tetapi berpeluk-pelukan dan sanggup pula berkongsi kuasa seperti yang berlaku di Perak.

PAS dan PKR tidak boleh lagi hendak diharap untuk membela Melayu dan Islam berdasarkan perkembangan terkini di Selangor dan Pulau Pinang. Maka sebab itu dalam pengisytiharan PERKASA disebut sebagai pendirian PERKASA perkara 4.:Mengesyorkan agar pihak berkuasa mengambil langkah memperkasakan peruntukan mengenai hal-hal Islam dalam perlembagaan serta menolak sebarang provokasi mana-mana pihak bagi maksud penyamarataan, pencerobohan tauhid dan gagasan pluralisme agama yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

Kata Ibrahim Azmi, Kalau UMNO tak boleh, PAS pun tak boleh, PKR jauh sekali boleh. PERKASA lah pilihan tempat orang Melayu bergantung.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Sunday, March 22, 2009

Tun Mahathir Pejuang Sepanjang Zaman.




Setelah bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 4 pada tahun 2003,ramai akan menyangkakan Tun akan menghabiskan masa-masa persaraannya dengan berehat, melancong, bermain dengan anak-anak dan cucu-cucunya. Sepatutnya begitulah harapan kita agar negarawan yang memerintah Malaysia selama 22 tahun akan melakukan perkara-perkara rutin bagi orang-orang yang bersara.

Rupanya sangkaan kita meleset kerana Tun bukan sahaja sihat dalam usia 83 tahun tetapi fikiran dan pandangannya masih tajam dan bernas. Dalam keadaan politik negara yang tidak menentu, keadaan politik Melayu yang seperti berada di hujung tanduk, dan hak-hak orang Melayu serta Raja-Rajanya semakin tercabar dan rasuah politik yang melanda politik Melayu. Tun tidak dapat mendiamkan diri.



Semalam Ahad, 22 Mac 2009, Tun telah menyampaikan ucapan perdana yang bertemakan MENANGANI MASA DEPAN PRIBUMI DALAM CABARAN POLITIK SEMASA dalam Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan TNB, Jalan bangsar, Kuala Lumpur.

Berikut adalah ucapan penuh Dr. Mahathir bin Mohamad:

____________________________________________________


Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada penganjur perhimpunan ini kerana menjemput saya dan memberi peluang kepada saya untuk berucap kepada hadirin.

Saya yakin ramai daripada kita yang hadir, terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain, hadir kerana kita berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan terancam.

Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak.

Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang.

Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan.

Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain.

Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi.

Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu.

Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain.

Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist. Mereka harus terima sahaja semua tuduhan/tohmahan ini dan berdiam diri atau bersetuju sahaja. Mereka juga boleh tambah tokok kepada kecaman ini dan mereka ini akan dianggap liberal dan disanjung tinggi oleh orang lain. Sebenarnya orang Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin yang sanggup pertahankan mereka. Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi keadaan dengan memohon maaf walaupun kesalahan dilaku oleh orang lain.

Demikianlah situasi yang mereka hadapi sehingga mereka berasa mereka bersalah, tergamam dan tak dapat berkata apa-apa.

Keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai racist. British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum laim yang berhak membuat apa-apa perjanjian.

Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India. Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja.

Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.

Namun saya memberanikan diri untuk bercakap sedikit berkenaan orang Melayu di Malaysia walaupun akan dituduh sebagai racist. Saya beranikan diri kerana sesungguhnya orang Melayu berada dalam keadaan cemas, dilanda oleh bermacam-macam masalah dan ancaman. Jika orang Melayu tidak dibenar bercakap berkenaan masalah mereka, maka mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak (dispossessed) di negara mereka sendiri. Bahaya ini benar kerana kita sudah lihat tekanan dan kehinaan terhadap bangsa kita apabila mereka dijadikan bangsa minoriti di wilayah yang dahulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.

Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan sahaja kerana orang lain tetapi kerana orang Melayu sendiri. Mereka suka membinasakan diri mereka.

Mereka tidak mahu merebut peluang yang disedia bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi Mat Rempit.

Majoriti daripada rakyat Malaysia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada orang Melayu, yang mendapat penyakit HIV Aids kebanyakan adalah Melayu, kes rogol dan jenayah lain juga ramai orang Melayu.

Yang gagal dalam perniagaan juga Melayu, tidak bayar hutang Melayu, tak selesaikan kontrak juga Melayu.

Gejala jualan AP pun melibatkan Melayu.

Kita tak suka dengar semua ini. Kita malu. Tetapi jika tidak disuarakan masalah tidak akan hilang dengan sendirinya. Orang lain tahu juga. Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan yang salah lagi. Yang lain tak malu tak mengapa. Tak mungkin kita dapat sedarkan semua. Yang kena akan terus kena.

Dasar Ekonomi Baru dibentuk supaya dalam jangkamasa 20 tahun kita akan dapat bahagian kita sebanyak 30%. Tetapi sekarang sudah hampir 40 tahun. 20% yang dikatakan kita dapat pun dapat kerana badan-badan yang mewakili Melayu, bukan orang Melayu sendiri. Kita hendak supaya DEB diteruskan. Apa gunanya jika kita tidak mahu guna peluang yang diwujudkan? Apakah kita mahu DEB kerana nak jual AP, kontrak, lesen dan sebagainya? Lebih baik DEB tidak diteruskan dan kita tidak dapat selewengkannya. Sekurang-kurangnya kita tak akan malu kerana pelbagai ejekan yang akan dibuat kepada kita.

Kita bernasib baik kerana dalam bidang politk kita cekap, kita kuat, kita dapat menguasai Kerajaan selama 50 tahun. Walaupun Melayu berpecah kepada beberapa parti, bermusuh sesama sendiri, tetapi majoriti Melayu masih dapat kekalkan kuasa mereka. Mereka dihormati dan disegani.

Tetapi itu pun sudah terlepas daripada genggaman kita. Sekarang kita tidak kuat lagi. Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12. Parti Melayu yang menangpun berada dalam ketakutan jika parti rakan mereka menolak mereka. Sekarang orang tidak lagi hormat kita. Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.

Sesungguhnya pemimpin kita yang perjuangkan kemerdekaan, yang menebus maruah kita sudah kita khianati. Mereka berjuang bermati-matian supaya kita hidup bahagia. Mereka korbankan apa sahaja yang ada pada mereka. Pemimpin Melayu hari ini, pengikut –pengikut mereka tidak tahu mengenang budi. Mereka khianati pejuang-pejuang dahulu dengan melupakan perjuangan asal kerana utamakan kepentingan diri sendiri. Biar bangsa hancur asalkan dapat kemenangan bagi diri sendiri, dapat jadi Menteri, Perdana Menteri, dapat kontrak, dapat duit.

Kononnya nak jadi Perdana Menteri termuda. Bukan nak majukan bangsa dan negara, hanya jawatan tertinggi untuk diri sendiri seawal mungkin. Dengan apa cara sekalipun, halal atau haram, tak mengapa asalkan boleh jadi Perdana Menteri termuda.

Jika kita sudah sanggup jual bangsa kita, kita jual untuk dapat duit sedikit, untuk jawatan kecil dan besar, untuk isi temolok kita, alamatnya apa? Yang dikejar tidak akan dapat, yang dikilik akan berciciran. Lepas itu kita tidak ada apa-apa yang boleh diraih lagi. Semuanya akan dikuasai orang. Pada masa itu kita jadi hamba sahaja, kita akan meminta-minta sepanjang masa.

Ada pula yang dibawah bertanya, orang yang mereka sokong dapat jadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar – dapat kereta, dipanggil Yang Berhormat, elaun besar, terbang sana, terbang sini.

Kita dapat apa? Duduk di takuk tu juga. Lebih baik kita ambil sedikit bagi diri kita, sementara ada peluang.

Salahkah kalau kita terima duit sedikit? Mungkin kita tidak undi orang yang menyogok. Dia bukan tahu. Tetapi Tuhan tahu. Kamu membuat sesuatu yang haram. Kamu bukan sahaja jual bangsa. Kamu menolak agama kamu yang melarang, yang mengharamkan perbuatan kamu. Kamu berdosa.

Tapi tak mengapa. Masih muda, tak akan mati lagi. Bila dekat nak mati pakai kopiah putih dan sembahyang kuat-kuat.

Tetapi yang haram, haram juga. Kalau makan daging bibi haram, makan duit rasuah lebih haram, kerana ia akan binasakan bukan kita sahaja, tetapi kaum bangsa kita yang semuanya beragama Islam.

Pengundi salah, samada undi penyogok atau tidak. Salah kerana sudah terima jenayah rasuah sebagai budaya kamu. Apabila rasuah dibudayakan, percayalah bangsa dan negara mungkin dijajah oleh penyogok secara langsung atau tidak langsung. Bangsa akan dihina oleh dunia, akan dipandang rendah, akan dipermainkan orang. Akhirnya yang makan suap, mereka sendiri akan jadi mangsa, mereka sendiri akan terpaksa hulur untuk mendapat apa yang sebenarnya hak mereka. Inilah nasib bangsa yang menjadikan rasuah sebagai budaya biasa.

Sesungguhnya Melayu mudah lupa. Kita lupa betapa kita dijajah dahulu, kita terpaksa panggil tuan orang yang menjajah kita, orang yang menghina kita. Tak boleh cakap berkenaan ketuanan Melayu. Kamu jadi hamba dahulu, bukan Tuan, layak hanya untuk tanam padi, tangkap ikan, jadi kuli orang, bawa kereta orang, tukang masak orang.

Selama 450 tahun kita dijajah, hidup sebagai hamba, dianggap tidak layak mentadbir negara sendiri, tidak layak merdeka.

Kita terpaksa letak diri kita dibawah naungan negara-negara jiran yang lebih kuat.

Tiap tahun kita usung bunga emas dan perak untuk dipersembahkan kepada negara penaung-penaung kita.

Kadang-kadang Raja kita pun pergi bersama, untuk membukti kesetiaan diri dan negeri kepada negara penanung.

Kata orang Kedah “Terkerempun-kerempun” apabila berhadapan dengan orang asing. Mungkin ramai yang tidak faham. Tanyalah orang Kedah. Itulah “body language” kita dahulu walaupun hari ini ada juga, tetapi pada Raja yang tak bertakhta.

Saya biasa lihat seorang orang tua Melayu berbasikal di tendang jatuh oleh askar Siam semasa Kedah diberi kepada Siam oleh Jepun. Kesalahan orang tua ini ialah kerana tidak berhenti dan menghormati lagu kebangsaan Siam.

Saya biasa lihat orang Melayu ditempeleng dan disuruh panjat pohon kelapa seperti kera oleh Jepun. Inilah nasib orang yang tidak merdeka, tidak memerintah negara sendiri. Boleh ditendang, boleh ditempeleng.

Dan yang lihat diam sahaja, tak dapat buat apa-apa, termasuk saya. Dalam kehinaan ini muncul kesedaran dan semangat untuk menebus balik maruah bangsa. Dan bergabunglah orang Melayu untuk menangkis rancangan Malayan Union British, untuk mengekalkan perhambaan orang Melayu. Tidak siapa yang bertanya “apa yang saya akan dapat bagi diri saya” pada ketika itu. Yang kita tumpukan ialah untuk membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah dan dihina. Kalau dalam proses ini kita terkorban, atau kita berada seperti biasa, itu tidak mengapa. Yang kita utamakan ialah maruah bangsa kita, tidak lagi akan ditendang, tidak lagi akan ditempeleng – tetapi akan dihormati oleh kawan dan lawan.

Sekarang kita merdeka. Perjuangan pengasas negara telah berjaya. Kita tidak akan ditendang dan ditempeleng lagi. Kita bebas daripada kehinaan. Memang pun keadaan terhormat ini sudah menjadi perkara biasa bagi kita. Bagi ramai dari kita ia datang bergolek. Ia datang melayang. Ia tidak akan dipisah dari kita.

Perjuangan orang dahulu adalah perkara lama, tidak perlu diingati. Yang jelas kita sudah merdeka, dapat pelajaran dan kaya sedikit. Soal tendang, tempeleng, itu cerita lama. Pepatah Melayu berkata sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Apa pun kita buat merdeka tetap merdeka. Sekarang ialah masa untuk kita “enjoy”. Kita kecap sepenuhnya nikmat yang ada pada kita.

Apa dianya semangat ke-Melayuan? Apa relevannya? Bukankah kita sudah berjaya? Hendak semangat buat apa lagi? Masuk parti untuk apa? Perjuangan sudah selesai dengan jayanya.



Tidak bermakna masuk parti jika tidak dapat sesuatu bagi diri sendiri. Kita sokong orang dapat jadi Yang Berhormat, jadi Menteri, dapat peluang raih duit kerajaan dan lain-lain. Kita tak bolehkah dapat sikit bagi diri kita.

Tetapi benarkah kita akan merdeka selama-lamanya? Memang benar. Walaupun kita tidak buat apa-apa untuk mengekalkan kemerdekaan, bukankah sudah 50 tahun kita merdeka? Apa yang hendak dikhuatirkan? Lima puluh tahun, 100 tahun lagi pun kita akan merdeka walau apa pun kita lakukan. Takkanlah kerana kita ambil 100 Ringgit duit sogokan maka akan hilanglah kemerdekaan kita? Kita boleh sembahyang hajat dan terima 100 Ringgit lagi. Orang lain terima lebih daripada kita., katanya satu juta. Masih kita merdeka. Tidak benar kerana sedikit rasuah kemerdekaan akan hilang.

Tetapi ingatlah penjajahan tidak selalu berbentuk penaklukan secara langsung. Penjajahan boleh berlaku walaupun kita miliki pemerintahan sendiri. Ia boleh berlaku apabila pemerintah kita yang dipilih dan diberi kuasa oleh kita sudah menjual diri mereka kepada orang lain, samada dari dalam negeri atau dari luar. Atau takut jiran marah.

Pemerintah yang mengikut telunjuk orang lain bukan bebas lagi. Pemerintah yang menjadi pemerintah melalui rasuah akan benar diri mereka disogok kerana perlu mendapat kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya kedudukan mereka sebagai pemerintah akan kekal.

Untuk mendapat sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan perkataan lain mereka akan jadi alat pada penyogok.

Kepentingan penyogok tidak sama dengan kepentingan kita, atau kepentingan bangsa dan negara.

Kita sudah lihat hanya kerana hendak kekal sebagai pemerintah, ada yang sanggup layan apa sahaja arahan, tuntutan, desakan oleh pihak yang menentukan jawatan bagi kita. Kalau pun apa yang dituntut merugikan orang Melayu, itu tidak mengapa asalkan kita dapat jawatan, walaupun sebagai “figurehead”, patung sahaja, tidak berkuasa pun.

Jika kita terjemah keadaan ini kepada jawatan yang didapati kerana disogok apakah yang tidak sanggup kita buat? Jual bangsa, jual negara pun kita sanggup.

Apabila kita sudah jual bangsa dan negara apakah kita merdeka lagi? Sudah tentu tidak.

Justeru itu tidak benar kepercayaan kita bahawa sekali merdeka selama-lamanya merdeka. Pada permukaannya kita merdeka tetapi pada hakikatnya kita sudah kembali dijajah. Apabila kita kembali dijajah maka kita sudah khianati pejuang-pejuang kemerdekaan kita dahulu.

Itulah kenyataan yang sebenar.

Melayu mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; “Mereka yang lupa akan sejarah mereka akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”.

Inilah hasil daripada mudah lupa. Kita lupa bahkan kita tidak suka diperingati akan sejarah kita. Apa kena-mengena peristiwa 50 tahun dahulu? Apa kena-mengena dengan kita akan kemiskinan Melayu, dengan kedaifan mereka dalam bidang ilmu dan profesyen di masa dahulu? Itu dahulu, ini sekarang. Sudah tentu sejarah penjajahan kita dahulu tidak ada kena mengena dengan keadaan kita sekarang. Tidak ada pelajaran yang akan kita dapati daripada sejarah 100, 500 tahun dahulu. Itu semua cerita dongeng.

Apa yang kita lakukan sekarang, kita lakukan kerana kita sudah merdeka dan selamat. Buatlah apa pun kita tetap selamat, tetap merdeka.

Jadi penagih dadah, jadi pelepak, jadi “Mat Rempit”, jadi penjenayah pun tak mengapa.

Bukankah kita yang memilih dan membentuk Kerajaan? Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kita. Jika kerana amalan buruk kita, sesuatu yang tidak baik menimpa kita, bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan pilihan kita untuk menyelamatkan kita?

Jika kita diserang orang bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan yang kita pilih untuk menangkis serangan ini?

Jika kerana Kerajaan yang kita pilih terdiri daripada orang yang sogok duit pada kita dan mereka pula disogok oleh orang lain dan mereka berasa lebih terikat kepada yang menyogok mereka dan kurang bertanggungjawab kepada kita kerana sokongan kita mereka dapati kerana kita terima sogokan, apakah yang dapat kita buat? Tak banyak. Hanya menerima sahaja.

Akan menjadi lebih buruklah nasib kita sepanjang masa.

Hakikat yang sebenar ialah sokongan kita, undi kita yang kita jual tidak lagi mengikat mereka yang kita pilih untuk jadi Kerajaan.

Mereka akan anggap balasan kepada sokongan kita sudah pun dibuat melalui wang sogokan daripada mereka.

Sesungguhnya nasib kita ada di tangan kita. Jika nasib ini tidak baik kitalah yang harus berusaha untuk memperbaikinya. Ingatlah, Tuhan telah berfirman yang Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubah nasibnya.

Apakah kita sedang berusaha untuk memperbaiki nasib kita? Tidak ternampak satu pun usaha ke arah ini. Yang kita lihat ialah perbuatan merosakkan lagi keadaan nasib yang sudah buruk ini.

Kita tahu yang kita lakukan bukan untuk memperbaiki keadaan. Tetapi kita lakukan juga untuk kepentingan semasa kita. Masa depan soal lain.

Pejuang-pejuang kemerdekaan telah pilih demokrasi sebagai cara kita memerintah. Kenapa?

Sebabnya ialah kerana mereka percaya majoriti daripada rakyat tentulah bijak dalam amalan mereka, tentulah tahu antara yang baik dengan yang buruk, tentulah bijak semasa membuat pilihan.

Pengasas kemerdekaan percaya majorti akan tahu pilih apa yang baik bagi mereka. Sudah tentu mereka akan menolak orang yang hanya bergantung kepada sogokan untuk dipilih.

Tetapi mereka tidak sangka pewaris mereka, sebilangan yang tidak kecil akan tolak kebaikan dan mengutamakan sogokan untuk menentukan siapa akan memerintah mereka.

Pejuang kemerdekaan yang sedar betapa sukarnya bagi orang Melayu mendapat peluang dan bantuan dahulu dan dengan kerana itu Melayu tidak berjaya.

Dengan kesedaran ini mereka merangka untuk mengadakan lebih banyak peluang dan sokongan kepada bangsa mereka supaya bangsa mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain, bahkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka percaya semua peluang dan sokongan akan direbut oleh pewaris daripada bangsa mereka.

Ya, mereka ini kebanyakan sudah tidak ada, sudah tinggal kita. Tetapi jika mereka ada apakah perasaan mereka? Tentulah mereka akan kecewa dan hampa amat sangat kerana segala-gala yang mereka ilhamkan sudah dipermainkan oleh pewaris mereka, tidak dihargai oleh pewaris mereka.

Mereka melihat bagaimana peluang dan bantuan disalahgunakan atau ditolak dengan begitu sahaja. Sepatutnya dengan peluang belajar di semua peringkat bangsa mereka sudah jadi bangsa yang berilmu. Dengan peluang berniaga mereka sudah jadi kaya, atau sekurang-kurangnya tidak miskin.

Tetapi tidak. Peluang bukan sahaja tidak direbut tetapi peluang digunakan secara yang boleh merosakkan bangsa. Mereka lepak, mereka jadi Mat Rempit, yang lakukan jenayah yang kadang-kadang menyebabkan kematian mangsa mereka.

Diberi peluang berniaga, diberi modal, diberi latihan tetapi kerana ingin kaya cepat mereka memperdagangkan peluang, kontrak, lesen, permit dan sebagainya.

Modal mereka guna untuk belanja bagi memenuhi nafsu, hutang mereka tidak dibayar. Kerana kelakuan beberapa daripada mereka, bangsa mereka dicap sebagai bangsa yang tidak beramanah, dan tidak boleh dilayan, tidak boleh diharap dengan duit ringgit.

Dan banyaklah lagi perbuatan mereka yang tetap mengecewakan pejuang bangsa dahulu.

Kata mereka, jangan buka pekong di dada.

Malu kata mereka.

Tetapi tidakkah lebih malu apabila mereka lakukan apa yang telah saya sebutkan. Tak buka pekong pun busuk juga. Biarlah pekong di dada dibuka supaya kerana bau terlalu busuk kita akan cuba melepaskan diri daripadanya. Jika tidak ia akan menjadi lebih busuk di dalam dan akan bunuh kita.

Semua yang disebut ini menjadi pengkhianatan kepada pejuang bangsa dahulu. Kerosakan kerana ini lambat laun akan merosakkan masa depan kita.

Tetapi yang terdahsyat diantara amalan buruk kita ialah rasuah, terutama rasuah politik. Politiklah yang dapat memberi kuasa walaupun pada yang lemah dan miskin. Politik kita sewaktu perjuangan untuk kemerdekaan berjaya memberi kekuatan kepada Melayu sehingga mereka yang daif ini dapat mengalahkan kuasa besar dunia. Hanya dengan bersatu dan bertindak bersama, hanya dengan pendirian yang tegas kelemahan dapat diatasi dan kejayaan dicapai. Sesungguhnya kuasa politik kuasa ajaib.

Selagi ada kuasa ini kepada kita, percayalah kita akan dapat pulih segala-galanya, kita akan dapat mengatasi kelemahan kita, kita akan dapat tentukan masa depan kita.

Tidakkah kita lihat bagaimana daripada bangsa yang dijajah dan dihina, kuasa politik sudah mengubah nasib kita demikian sehingga kita dianggap sebagai contoh kepada bangsa-bangsa lain di dunia.

Bandingkan negara kita 50 tahun dahulu di waktu kita mencapai kemerdekaan dan negara kita sekarang. Negara dagang yang ke-17 terbesar di dunia. Kemiskinan dikurangkan daripada 70 peratus kepada lima peratus. Bandar sebesar bandar di negara maju, penuh dengan pencakar langit. Bekalan air, api dan kenderaan yang terkini.

Pendapatan per kapita yang 20 kali lebih tinggi dari 50 tahun dahulu dan lain-lain.

Semua ini adalah hasil kuasa politik semata-mata. Kerana kuasa politik, negara berbilang kaum, ugama, budaya dan bahasa dapat distabilkan. Dan sesungguhnya kita sudah dapat berdiri hampir sama tinggi dengan kaum-kaum lain dan bangsa-bangsa lain.

Tetapi sekarang kita lakukan perbuatan untuk menghakis dan menghapus kuasa politik kita.

Kerana wang yang sedikit, kerana 100-200 Ringgit kita jual kuasa politik, kita serah nasib kita kepada perasuah, perasuah yang akan jual bangsa dan negara.

Apakah akan jadi kepada kita apabila kuasa politik terlucut daripada kita? Apakah kita akan terus merdeka? Saya fikir tidak.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Perhimpunan Melayu hari ini memang menjadi hak bagi kita kerana kita menghadapi masalah-masalah yang besar-besar, bukan satu tetapi banyak masalah.

Kita semua berasa cemas. Di mana-mana sahaja orang Melayu sedang berhimpun untuk membincang masalah mereka, kecemasan yang mereka rasai.

Jika pada hari ini kita dapat menyedarkan akan musibah yang sedang dan akan timpa keatas kita, jika kesedaran ini akan menyebabkan kita bertindak keras terhadap mereka diantara kita yang mencetuskan masalah ini, jika kita dapat bandingkan gejala rasuah yang menjadi ancaman terhadap kita yang terbesar sekali, maka ralatlah perhimpunan ini, berjayalah perhimpunan ini.

Saya tak salahkan orang lain. Saya salahkan kita sendiri. Tak mungkin orang lain menguasai kita jika kita tegas dan tidak membenarkan mereka.

Maju mundurnya bangsa kita terpulanglah kepada kita. Ingatlah Tuhan tidak akan ubah nasib kita melainkan kita berusaha mengubah nasib kita sendiri.

Oleh itu berusahalah mengubah nasib diri sendiri setelah kita berhimpun di sini untuk membincang masalah yang kita hadapi. Saya percaya perbincangan kita akan membuahkan pemikiran dan tindakan yang boleh menyelamatkan kita.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.


Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com