Walaupun baru beberapa hari lalu mengkritik Najib kerana memuji Namewee yang dikatakan ada kelainan tersendiri disamping dikatakan sangat memahami konsep gagasan 1 Malaysia, tetapi petang 8hb Oktober 2011, ramai yang tersenyum lebar.
Bagi saya, kes Namewee satu cerita lain sementara pembentangan budget satu cerita lain. Sebagai kakitangan awam, sepatutnya mengucap syukur ke hadrat Allah atas nikmat yang diberikan dan berterima kasih kepada Najib dan kerajaan semasa yang sedang memerintah kerana prihatin dan peka dengan permasalahan rakyat khususnya penjawat-penjawat awam.
Walaupun budjet semalam adalah defisit di mana unjuran perbelanjaan lebih besar daripada unjuran pendapatan tetapi ramai pihak membuat komen seperti berikut, SEKALUNG TAHNIAH BUAT YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK DENGAN PEMBENTANGAN BAJET 2012 "DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA" SALAH SATU BAJET TERBAIK YANG PERNAH DIBENTANGKAN NEGARA.
Agak janggal sedikit dengan budjet kali ini dimana cukai rokok dan arak tidak dinaikkan. Maka harga rokok dan arak kekal seperti harga sekarang.
Berita tentang budjet pada 7 Oktober 2011.
1. Membela rakyat, sejahtera negara
2. 1.2j penjawat awam naik gaji
3. Yuran sekolah tahun depan dimansuhkan
4. Pembentangan Budjet 2012 berjalan lancar.
Kalau ada yang nak berkata, ianya adalah budjet pilihanraya......dengan pantasnya aku menjawab...ye, sudah tentu. hehehe
Amir Hamzah Hj Mohamad
Batu Pahat.
Saturday, October 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Aku tak peduli orang kata budget pilihanraya ke, budget apa ke..
yang penting budget itu , PM telah memberi insentif yang baik untuk guru
Walaupun budget tidak seperti yang dibentangkan, saya tetap bersyukur kerana negara aman dan damai, tidak seperti negara-negara lain.Yang buat sibuk-sibuk ni ialah pihak pembangkang yang cakap tak serupa begin, menyusahkan rakyat je. Itu blum lagi memerintah.Kalau dah peganf kuasa, x tahulah macam mana agaknya negara kita.
Mukhtar: Guru kena ucap terima kasih terutama kenaikan gaji tahun depan.
Pakcik KUNTONG: Orang lama bercakap melalui pengalaman masa susah. generasi muda semuanya beranak atas 'dulang emas'. Pengalaman masa susah tak ada......Takkan nak rasai juga pengalaman tu, baik ikut saja nasihat org lama yang dah merasa daripada membazir nak rasai sendiri.
Post a Comment