Saturday, June 25, 2011

Perjumpaan tertutup MKN bersama NGO-NGO Melayu Johor

Johor Bahru, 24 Jun 2011

PERKASA Johor menghantar 100 orang ahli PERKASA seluruh negeri ke perjumpaan tertutup anjuran Majlis Keselamatan Negara di Tropikal Inn, Johor Bahru yang turut dihadiri 600 ahli NGO-NGO lain. Majlis taklimat ini dihadiri oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Cawangan Johor, pengerusi NGO-NGO Melayu Johor dan penasihat Agama kerajaan Johor YB Dato; Noh Gadut.

Taklimat oleh Setiausaha MKN Cawangan Johor mendedahkan tentang senario politik masa kini disamping menerangkan realiti sokongan rakyat kepada kerajaan dan pakatan pembangkang masa kini khususnya di Johor. MKN mengandaikan dengan perkembangan semasa, jika PRU 13 yang berlaku pada hari ini Johor akan dilanda tsunami politik baik di kerusi Parlimen mau pun DUN.

MKN menjangkakan dengan sokongan 80% sokongan pengundi Cina kepada Pakatan pembangkang dan perpecahan undi di kalangan orang Melayu 15 kerusi Parlimen berpotensi untuk jatuh ke tangan pembangkang sementara 11 kerusi Parlimen saja yang kekal di tangan BN termasuk parlimen Pagoh iaitu kerusi Parlimen Timbalan Perdana Menteri.

Walaupun Johor akan kekal ditangan BN tetapi perbezaan majoriti kerusi sangat tipis iaitu hanya 2 kerusi. Katanya lagi, ianya berdasarkan pertambahan pendaftaran pengundi baru yang galak dilakukan oleh Pakatan Rakyat khususnya DAP. Masih ada 78 000 orang Melayu yang sudah layak mengundi masih lagi belum mendaftar sebagai pengundi. Daripada jumlah itu, 73 000 ahli-ahli UMNO masih belum mendaftar.

Perkembangan ini boleh menggugat kuasa politik Melayu.

Kuasa politik Melayu semakin terancam apabila golongan muda yang masuk ke dalam 'pasaran' pengundi baru majoritinya condong kepada Pakatan pembangkang tanpa mengira kaum. Tuntutan yang melampau dikalangan bukan Melayu terhadap kepentingan Melayu yang sudah tertulis di dalam perlembagaan di pandang sepi oleh orang Melayu. Mereka tidak lagi sensitif lantaran kedudukan mereka yang telah dianggap selesa.

Kesempatan telah diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk meliberalkan pemikiran orang Melayu bahawa Ketuanan Melayu dan hak Istimewa Melayu yang dinikmati oleh orang Melayu merupakan satu sekatan kepada kemajuan orang Melayu. Orang Melayu telah dimomok-momokkan oleh pemerintah dengan perkara ketuanan Melayu dan Hak -Hak Istimewa Melayu sedangkan ianya memberi kelebihan kepada segelintir Melayu bukannya Melayu terbanyak.

Majlis ini juga mendedahkan betapa licik strategi musuh-musuh orang Melayu untuk terus memecahbelahkan orang Melayu. Tragedi 13 Mei 1969 dijadikan pengajaran agar tidak lagi berlaku pergaduhan antara Melayu dan Cina. Mereka telah menukar strategi agar Melayu sendiri akan 'berperang' sesama sendiri. Meraka akan menonton melalui televisyen di rumah masing-masing menyaksikan sendiri bagaimana Melayu akan bunuh Melayu.

Perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 ini adalah satu daripada langkah-langkah awal perancangan mereka. Sama ada sedar atau tidak memang sudah ada pertembungan antara perhimpunan BERSIH di pihak pembangkang dan perhimpunan AMAN di pihak penyokong kerajaan. Majoriti yang terlibat adalah orang Melayu termasuk di pihak keselamatan seperti polis dan FRU.

Amir Hamzah Hj Mohamad
Setiausaha PERKASA Johor

4 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..MOHON IZIN COPY PASTE DI BLOG SAYA

kembara di Kuwait said...

salam,memang kita telah tewas-tp masih ada ruang utk kita bertindak! persoalannya mengapa sokongan terhadap kjaan(baca-UMNO) semakin terhapus,kerajaan perlu membersihkan yakni menunjukkan kesungguhan bahawa KITA masih berkuasa- lihatlah sudah berapa kali isu yang melanggar tatasusila perlembagaan dilanggar/dipertikaikan tp mana tindakan?.. tindakan bukan amaran! menghina raja..dibiarkan, fitnah pembelian aset ketenteraan dibiarkan,mencemar kesucian masjid- dibiarkan-aahh banyak lagilah,tidak boleh diperslahkan pakatan atau glongan muda kerana KITA yang tua gagal menunjukkan teladan-- asyik berpolitik...lagi satu-jangan malu2 nak mintak pandangan Tun mahathir- he'is a DR in THE HOUSE- and still a DR.... SALAM dr MELAYU DI KUWAIT.

zedmagel said...

Salam Bro...,

Dengar banyak yang hadir meluahkan pendapat dan pandangan mereka... Terbarai....

zm.azami said...

asalam,

mohon izin untuk share untuk rujukan di blog saya

wasalam