19.02.2011, Setiausaha Perkasa Johor mendapat sms yang berbunyi ' Gabungan NGO-NGO India Johor akan mengadakan demontrasi bantahan tentang perihal isu buku Interlok pada 20.02.2011 jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di hadapan kuil Sri Arulmigu Rajamariaman, Jalan Ungku Puan, Johor Bahru. Demi pertahankan maruah kaum India, harus kita membuktikan kekuatan kaum India kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kerajaan UMNO/BN ini. Sila sebarkan perkara ini kepada semua kaum India / NGO-NGO- dan sebagainya. Sasaran penglibatan adalah 5 000 orang.
19.02.2011 jam 6.00 petang Setiausaha Perkasa Johor membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Gudang meminta budi bicara pihak polis menghalang perhimpunan haram ini dan menahan pemimpin-pemimpin yang terlibat menghimpunkan orang ramai. Perhimpunan ini pastinya akan menganggu gugat keselamatan rakyat dan ketenteraman awam.
Laporan dibuat di Balai Polis Pasir Gudang adalah kerana Setiausaha Perkasa Johor terlibat dengan Festival Layang-Layang Sedunia yang sedang berlangsung di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang daripada 15hb Feb 2011 hingga 20hb Feb 2011.
20.02.2011 Difahamkan seramai 10 orang yang menyertai demo ini membuktikan rakyat cintakan keamanan. Demontrasi tidak menyelesaikan masalah tetapi menjadikan suasana yang aman menjadi hiru biru. Jangan salahkan Interlok, istilah paria bukan diberi oleh penulis Interlok tetapi ianya adalah kasta yang disebut di dalam agama Hindu.
NYDP2 Perkasa Johor ,Hj Shukri Suratman turut berkata, 'Penulis INTERLOK membukukan fakta ajaran agama Hindu yang menjadi amalan penganutnya. Tetapi ditentang pula oleh penganut ajaran sesat Hindu yang cuba menafikan ajaran Hindu iaitu ajaran agamanya sendiri mungkin kerana mereka malu dengan ajaran anutan mereka selama ini. Mereka tidak suka sistem kasta tetapi mereka terikut2 dengan hasutan parti pembangkang sehingga menggambarkan seolah2 mereka menyokong amalan sistem kasta ini. Dalam Islam - semua manusia adalah sama dan mereka akan dinilai oleh Penciptanya (bukan oleh Nik Aziz kerana Nik Aziz juga akan dinilai) dalam aspek ketakwaannya kepada yang maha Pencipta.'
Amir Hamzah
Setiausaha Perkasa Johor
Pasir Gudang.
Sunday, February 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
SLM BRO..SPATUTNYA ISU NI DH SELESAI DGN CARA BAIK TP PMBNGKNG MCM DENGKI. SELAGI BLH MEREKA AKAN SPARK SENTIMEN KAUM LAIN HABIS2AN.
Kaum India pada umumnya sudah sedar, tanpa sokongan orang Melayu mereka tidak berhak pun dapat kerusi Parlimen atau ADUN kerana mereka tidak ada majoriti dalam mana2 kawasan Parlimen atau DUN di seluruh negara.
Jangan politikkan isu Interlok secara berlebihan. Undi Melayu akan lari kepada calon Bebas bukan lagi kepada MIC pada PRU akan datang.....awas!
Salam Bro,
Saya percaya jika lebih ramai rakyat yang inginkan perpaduan dari yang mahukan sengeketa. Masyarakat India dinegara ini saya kira berada lebih baik kedudukannya jika dibandingkan dengan masa lalu, apa lagi kaum Melayu...
Tahniah PERKASA dan Setiausaha Negerinya dalam meredakan isu ini..
Post a Comment