Friday, May 8, 2009

Duit Bukan Segala-galanya.

Salam saudara AnuarAbdulManap
post subject: Mana penulis KCD ?


--------------------------------------------------------------------------------
kata saudara:
Nampak gayanya KCD kekurangan kakitangan untuk menulis artikel. Hanya satu dua manusia saja yang menulis di KCD, kurang subsidi ke kurang minyak motor?????????
--------------------------------------------------------------------------------
Saudara berkata juga:
tak hulur kerja tak jalan la, kurang minyak, kurang licin. cuba hulur lebih, mesti semua pakat tulis tak henti2.
--------------------------------------------------------------------------------
Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya sekarang ini memerlukan duit.

Kemungkinan saudara berfikir bahawa dunia sekarang ini perlu 'membayar' kepada semua perkara dan golongan kapitalis telah menyuburkan pendapat bahawa tidak ada yang percuma di dunia sekarang ini. Bukan sahaja keperluan manusia, tetapi fikiran, pendapat dan undi juga perlu dibayar sebagai galang gantinya pendek kata semua urusan di dunia ini ada jual belinya.

Kerana 'berbayar'juga lah krisis di Perak tak sudah-sudah. Mengapakah susah sangat nak reda krisis politik di Perak . Mudah saja. kerana KUASA dan HARTA. Ada manusia yang tidak boleh terima hakikat bahawa mereka kehilangan kuasa. Hilangnya kuasa akan menyebabkan mereka sudah tidak ada peluang untuk mengumpul harta.

Bayangkan jika semua DUN itu tidak mendapat ganjaran gaji, elaun, peluang mengumpulkan harta, peluang mendapat kuasa, peluang memiliki kereta besar, peluang menduduki rumah besar, peluang ke luar negeri agak-agaknya lah sanggupkah mereka itu membuat onar di Dewan Undangan Negeri Perak yang mulia itu? Begitu besarnya pengaruh duit dan kuasa.

Benarkah kerana prinsip? kerana undang-undang? kerana RAKYAT? atau kerana tembolok diri sendiri?. Benarkah Pakatan Rakyat benar-benar memperjuangkan kerana rakyat? Benarkah mereka berjuang kerana KETUANAN RAKYAT?

Pendekata, masih ada manusia yang tidak mengharap balasan dan menyumbang bukan kerana duit semata-mata tetapi kerana minat, kesedaran dan sayangkan bangsanya, agamanya dan prinsipnya.

Sekalung terima kasih kepada KCD yang sentiasa menyiarkan artikel saya yang tidak seberapa bukan datangnya daripada orang yang berpendidikan tinggi tetapi sekadar insan biasa yang tinggal di pendalaman. Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang sudi membaca .

p/s KCD tu ialah www.kelabchedet.com

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

4 comments:

Geng Samudera said...

Salam,

Depa kat KCD borak jee kot yg lebih...heheee..
sambil minum teh tarik mamak...

Teruskan apa yg telah diteruskan.

Pangeran

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Geng Samudera,

Tak pernah pegi pun sessi teh tarik di tepi Sungai Ampang tu. Sesekali nak join jugak apa yang dibincangkan. Jauh tak larat nak memandu. hehehe

Perjumpaan PERKASA itu hari ada pi, nak dengar sendiri ucapan Tun M

zedmagel said...

Bro Amir,

Betul lah duit bukan segala-galannya, tapi tak de duit satu pun tak boleh di kuit.

Yang Saya pasti duit tak tak mampu untuk membeli nyawa dan budi.
Tapi duit boleh beli cinta dan kehidupan yang sementara

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Betul la kawan tulis, Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit.

Tapi orang yang banyak duit, nyawa, budi dan cinta pun nak disapu semua.Hehehe