Tuesday, May 12, 2009

Pilihanraya Semula : DAP Melayu Jadi MB Perak?



Apabila saya menulis artikel 'Jangan Bubar- Pilihanraya di 3 DUN Sahaja' ada yang menyokong dan ada juga pandangan yang melihat perkara yang lebih tersirat akan berlaku selepas pilihanraya DUN Perak atau pilihanraya kecil di tiga DUN yang bermasalah iaitu di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Nampaknya jika berlaku pilihanraya di 3 DUN yang tersebut, ramai yang tidak yakin BN akan menang 2 daripada 3 DUN itu kecuali di Jelapang yang pasti akan jatuh kepada DAP.

Apapun ada satu komen di dalam blog saya di mana penulis agak gusar jika berlaku pilihanraya DUN Perak dalam suasana politik Perak yang penuh pelbagai andaian dan persepsi. Berikut ada komen blogger Sahabat-Gunung yang menulis :

'Dua hari aku pening melihat kemelut politik Perak yang hanya akan merugikan rakyat Perak, tidak menguntungkan UMNO, PAS tetapi DAP akan terus yakin menaruh harapan untuk menduduki kerusi MB Perak. Percayalah….. Bukan sahaja UMNO hilang kuasa, malah PAS akan turut diperdaya DAP semata-mata untuk kepentingan politik DAP.

Aku yakin DAP akan tetap dan terus mendesak Nizar untuk minta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. DAP akan terus menekan sepupunya itu (Nizar) untuk terus menderhaka kepada Sultan Perak.Yang sedih nanti, bukan sahaja Zambry bukan jadi MB...malah kedudukan Nizar juga tidak terjamin dengan adanya Pilihanraya Negeri kerana inilah masa yang sesuai DAP menerajui Perak sebagai MB.

Percaya atau tidak, sekurang-kurangnya DAP akan meletakkan seorang calon Melayu Islam untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut, untuk memudahkan mereka menduduki kerusi MB Perak.Jika dalam PRU yang lalu, mereka yang menang besar gagal menduduki kerusi MB sebab peruntukan Perlembagaan Negeri, seorang MB mestilah seorang Melayu Islam. Ini yang menyebabkan mereka terpaksa berputih mata merelakan Nizar diletakkan sebagai MB, tapi hanya sebagai BONEKA mereka di Perak.

Calon yang paling sesuai, ialah Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Dengan pengalamannya bersama Guthrie Corporation Ltd.Yea… MB masih Melayu dan masih Islam, cuma bertopengkan DAP yang pasti akan mengugat keTuanan Melayu dan Kesucian agama Islam.Inilah masanya DAP mendesak Sultan Perak untuk menerima pilihan mereka…. Yang beragama Islam dan berbangsakan Melayu untuk menjadi MB.

Buat rakyat Perak…tidak kiralah yang menyokong UMNO mahupun PAS….fikir-fikirkan masa depan anak bangsamu. Jangan sibuk berpolitik hingga boleh mengadaikan masa depan anak bangsa, agama, bangsa dan tanahair kita sendiri.
'

Blogger Sahabat-Gunung mungkin anak Perak sedar bahawa PAS yang memenangi 6 kerusi pun dibonekakan oleh DAP apatah lagi jika Melayu DAP ini bebas atau tidak mentadbir Perak dengan dikelilingi oleh 6 exco DAP yang lain? Mungkin itu yang dibimbangi oleh pemimpin-pemimpin BN jika andaikata berlaku pilihanraya semula. Sesungguhnya DAP memang mahukan pilihanraya semula dengan keputusan yang sama seperti pilihanraya ke 12 tetapi kali ini DAP akan berjaya menjadikan MB dikalangan ahli DAP sendiri. Pada ketika itu, Nizar dan PAS akan dihumban ke dalam gaung.

Bagaimana pendapat anda?

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

5 comments:

Taminsari said...

Salam saudara Amir..

Telahan ini ada kebenarannya. Di Ayer Tawar, Sitiawan sudah ada kampung Melayu yang membuka cawangan DAP. Saya lihat ini strategi mereka untuk PRU ke-13 nanti.

Andai kata PR negeri Perak diadakan semula memang sah mereka akan mencalonkan Tengku Abdul Aziz sebagai wakil mereka untuk kerusi MB. Dan jika ianya benar-benar terjadi, maka telopong lah PAS untuk dilantik semula wakil mereka untuk kerusi MB ( jika PR menang ).

Manakala PKR tak akan berdiam diri untuk meletakkan wakil Melayu yang berkemampuan sebagai wakil MB nanti. Walau bagaimanapun rakyat Perak masih menaruh harapan agar DUN Perak tidak dibubarkan kerana dengan mengadakan PR negeri memerlukan belanja yang besar di saat-saat kita dengan kagawatan ekonomi sekarang.

Jika satu POL secara kasar memerlukan lebih kurang RM 2~3 juta, bayangkan jumlahnya untuk 59 POL semuanya. Alangkah baiknya jika wang ini digunakan bagi membantu ramai rakyat Malaysia yang menganggur sekarang akibat di berhentikan kerja ataupun kilang terpaksa menutup operasi mereka akibat kegawatan?
Wallahuallam.

Salam perjuangan

zedmagel said...

Bro Amir,

Jangkaan saudara tepat sekali, DAP akan memilih seorang calon Melayu dari kalangan orang Melayu untuk dilantik sebagai MB, seorang ke dua orang ke bagi proses memujuk, lepas tu akan ditunggang le sebagai kerbau landau untuk merobohkan negeri perak dan sekutunya PKR dan PAS.

Formula ni Timbalan presiden DAP Perak dah cakap masa dia orang menang tahun lepas lagi.

zedmagel said...

Bro Amir,

Tahniah kepada UMNO dapat menyekat semula Nizar dari jadi menteri selama 19 jam pulak.

Ikut sahaja keputusan mahkamah, jangan dah putuskan tak puashati pulak.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam yoep Taminsari,

DAP sudah mengatur strategi akibat kekurangan yang lalu. DAP parti multiracial tetapi dominannya Cina. Sekarang mereka lebih terbuka dengan membuka keahlian kepada Melayu dan India. Tetapi minta maaf setakat jadi ahli bukan pemimpin parti.DAP belajar daripada kesilapan, MCA akan terus KO, Sedangkan PAS syok sendiri UMNO semakin dihati rakyat Perak contohnya Bukit Gantang, pengundi Melayu semakin kembali kepada UMNO.

Berkenaan pilihanraya, saya lebih cenderung agar 3 DUN BEBAS dan menyokong BN itu letak jawatan bagi mendapat mandat baru di DUN masing-masing. Mereka menang dalam PRU ke 12 atas tiket PR. Walaupun tidak salah dari segi undang-undang tetapi dari segi moralnya adalah tidak sihat.

Biarlah Anwar yang mengamalkan amalan lompat melompat ini tetapi UMNO perlu kekalkan reputasi yang bersih dari segi membentuk kerajaan.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam bro zedmagel,

Benar bro, Kalau di Johor ni Mat Ton lah yang bakal menjadi MB boneka jika DAP menguasai majoriti DUN.
Jika Melayu Johor berpecah, jadilah kita macam Perak. Sultan kita yang garang pun dah uzur dan sering gering, tak ada sapa lagi yang boleh diharap kecuali perpaduan Umat Melayu.

Berkenaan dengan MB Perak yang tak sudah-sudah tu, saya harap semua pihak terima keputusan mahkamah rayuan. Proses rayuan sedang berjalan. Sabarlah menanti