Saturday, May 9, 2009

Tajuk Drama Box Office : Hati Mereka Ada Hantu.


'Hati mereka ada hantu'. Itu bukan saya yang cakap. Itu Hee Yit Foong yang cakap mengenai apa yang dialaminya semasa sidang DUN Perak Khamis 7 Mei 2009 lalu. Beliau adalah ADUN Bebas bekas DAP yang cacat anggota.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong kesal dengan tindakan wakil rakyat pembangkang yang bukan sahaja menghina kecacatannya tetapi sanggup mengancam memukul beliau.Malah katanya, seorang wakil rakyat pembangkang telah melemparkan buku Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ke arahnya sebagai tanda amaran selain mereka mengeluarkan kata-kata seperti 'OKU' dan 'Awak tak ada kaki.'

Kecoh betul khabar ceritanya. Berdasarkan gambar-gambar yang disiarkan oleh ramai blogger ,nampaknya pergaduhan dalam parlimen di luar negara dulu seperti di Taiwan misalnya yang dianggap tidak berlaku di Malaysia sekarang sudah dirasmikan di DUN Perak. Sememangnya ini bukan tradisi di Malaysia seperti mana rusuhan jalanan atau demontrasi ganas yang popular sejak 1998. Perkara ini kalau dibiarkan walaupun ianya bukan tradisi, lama kelamaan akan menjadi tabiat yang menyeronokkan.

Percayalah, keganasan-keganasan yang dicipta sejak 1998 itu telah mendidik 11 generasi ganas, biadap dan pemberontak. Walaupun Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara ini satu hari nanti, mereka tidak boleh memerintah dengan aman kerana generasi yang terdidik dengan keganasan dan kebiadapan ini akan menyusahkan mereka seperti 'senjata makan tuan'.

Malaysia hari ini sedang menuju ke arah negara yang sama dengan negara jirannya terutama Indonesia, Thailand dan Filipina kecuali Singapura yang dapat mengawal kestabilan politiknya dengan ISA yang sentiasa berkesan. Saya pun berasa hairan dengan kekalutan politik negara sekarang, seolah-olah kerajaan tidak ada kuasa langsung sehingga membiarkan negara dalam keadaan yang merungsingkan rakyat. Bukankah kebiadapan yang berlaku di dalam DUN Perak itu meninggalkan kesan marah, kesal dan kecewa di kalangan rakyat. Perkara-perkara seperti ini boleh menimbulkan provokasi kepada rakyat dan jika tidak dibendung akan meletuskan pergaduhan antara parti atau kaum.

Mujurlah penyokong BN faham akan tujuan sebenar kekecohan yang berlaku di dalam DUN Perak itu. Sebab itu mereka tidak bertindak balas dan duduk diam di tempat masing-masing walaupun kita tidak tahu apa sebenarnya yang ada di dalam diri mereka. Kalau berlaku pergaduhan di dalam DUN maka persidangan DUN akan ditangguhkan. 'Jerat’ yang dipasang dan taktik ADUN pembangkang untuk gagalkan sidang dewan dengan mencetuskan kekecohan itu ternyata gagal. Bukankah sebelum ini Sivakumar pernah memohon kepada sultan Perak agar Persidangan DUN ditangguhkan tetapi ditolak dan cara membuat kecoh di dalam DUN adalah langkah terakhir.

TUJUAN UTAMA mereka hanya untuk mengagalkan perasmian sidang DUN berkenaan dengan harapan pada 13 Mei nanti sampai dateline DUN Perak kena bubar kerana tidak bersidang walaupun sekali dalam tempoh enam bulan.

Jadi, rakyat jangan keliru dan binggung dengan drama yang berlaku. Drama tanpa skrip ini hanya menonjolkan dan mengambarkan seolah -olah para ADUN pembangkang teraniya, dikasari,ditekan dan hak mereka dinafikan. Untuk menguatkan persepsi tentang itu kebanyakannya menonjolkan gambar Sivakumar seperti dikasari,dicekik dan sebagainya sewaktu hendak diheret keluar dewan oleh para anggota polis. Kalau kita faham niat sebenar mereka, kita akan tenteram. Ianya adalah DRAMA yang gagal.

Para ADUN pembangkang bertindak mencerca bekas ADUN DAP Jelapang yang kini Bebas,Hee Yit Foong. Ada yang melempar wang kertas untuk menyindir seolah beliau dibeli. Memetik rasa marah Hee Yit Foong mengenai apa yang dialaminya semasa sidang DUN Perak Khamis . Kata ADUN Bebas bekas DAP yang cacat anggota itu, “ hati mereka ada hantu ." yang saya pilih menjadi tajuk drama Box Office bagi bulan ini.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

6 comments:

Geng Samudera said...

Salam,

ADUN sekalian...
Nanti kalau ada tourmament boxing jangan lupa jemput yeer..
Boleh saya jemput boxer Philipine, Manny Pacquiao (menang di Los Angeles minggu lepas mengalahkan boxer British) datang sebagai tetamu jemputan....hehehee..
Nak bertumbuk sgt kan....

Petikan dr kata-kata P.Ramlee dalam madu tiga
"Dah tua pun buduhh.."

Geng Samudera said...

Pak Amir,

Heheh..cam menarik jerk tajuk tuh..boleh saya propose kat Rashid Sibir.Suruh dia buat drama guna tajuk itu.

Pangeran

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Geng Samudera,

Tau tak pe.......
Nasib baik P.Ramlee dan meninggal, entah-entah dia pun join Pakatan Rakyat. hehehehe gurau je

Dia orang tak minat boxing, dia orang minat wrestling atau tomoi siam.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Geng Samudera,

Rashid berjiwa seni . Kisah sedih masyarakat leh la. Rasa-rasanya dia tak minat cerita-cerita politik ni.

Pengarah yang sesuai bagi kat Yasmin Ahmad. Dia gila-gila sikit.

zedmagel said...

Bro Amir,

Dalam dewan Perak, banyak hantu le. Nak kena mufti doakan semoga aman perjalanan musyarah.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam bro zedmagel,

Hantu-hantu pun dah jadi MB bro. Camry lelong ambik balik la. Tak apa, yang tak hantu jadi majoriti. hehehe. Politik Perak baru bermula bro.