Friday, May 1, 2009

Anwar Memainkan BERAHI BN.


Biro Politik UMNO akan buat keputusan sama ada bertanding di DUN Penanti atau tidak pada mesyuaratnya Isnin ini. Dalam sejarah pilihanraya sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, BN belum pernah tidak meletakkan calon untuk bertanding. Walaupun persaingan kelihatan BN akan tersungkur awal tetapi untuk menyerahkan kerusi dengan cara mudah bukan tradisi BN sebelum ini.

Bagi pilihanraya Penanti yang bakal mendatang, pihak Pakatan Rakyat memang mengharapkan sangat agar BN meletakkan calonnya. Mereka berasa cukup yakin bahawa BN akan dilapah-lapah sekali lagi di hadapan rakyat Penanti yang terletak di dalam kubu kuat Anwar Ibrahim di permatang Pauh. Apabila mereka mendengar daripada pihak BN yang berjaya menghidu permainan politik pilihanraya ini, mereka mula mengelabah jika BN tidak meletakkan calon.

Jika BN tidak meletakkan calon, strategi mereka akan gagal. Mereka gagal untuk bermain dengan persepsi dan harapan baru yang sangat efision di kala ini. Peluang untuk memalukan BN sekali lagi terutama untuk memalukan gandingan Najib-Muhyiddin akan terhenti jika BN tidak bertanding.

Ura-ura BN tidak meletakkan calon semakin bertiup kencang. Bagaimana caranya untuk mengumpan BN akan berasa ghairah untuk bertanding semula. Umpannya ialah memperlihat mereka di dalam Pakatan Rakyat sedang bercakaran untuk meletakkan calon. Dengan melihat perebutan di kalangan mereka iaitu PAS, PKR, Calon Bebas dan PRM akan mnunjukkan seolah-olah mereka dalam keadaan lemah. Dengan itu akan menimbulkan rasa berahi semula di kalangan BN.

Kini timbul pula cerita PAS Pulau Pinang mungkin akan boikot pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei nanti. Sejauh mana mereka serius tidak mahu membantu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman yang sudah diumumkan sebagai calon pilihanraya kecil itu masih jadi tanda tanya.
Namun mengambil kira kenyataan keras Ketua Pemuda PAS negeri itu, Mohd Hafiz Mohd Nordin dan Yang Dipertua PAS kawasan Permatang Pauh Omar Hassan yang bertegas mahu parti itu letak calon di Penanti.DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar 72.68peratus daripadanya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengumumkan calonnya, Dr Mansor Othman akan menggalas cabaran parti itu pada pilihan raya kecil DUN Penanti , kalangan parti pembangkang lain nampaknya tidak akan membenarkan PKR selesa di DUN Penanti. Ini ekoran perkembangan terbaru apabila parti asal yang sepatutnya dibubarkan untuk bergabung dengan PKR iaitu Parti Rakyat Malaysia (PRM) membuat keputusan untuk meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil tersebut. Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Khamis berkata, parti itu telah memutuskan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Penanti. Menurutnya lagi, penyertaan PRM di Penanti kali ini akan memanfaatkan rakyat dan menurut lunas kewujudan PRM sebagai sebuah pertubuhan berdaftar yang ditubuhkan sejak 1955.

Berlainan pula dengan permintaan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang, Aminah Abdullah nak berentap dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti. Ahad lepas beliau mengadakan sidang akhbar di Subang minta Barisan Nasional tidak letak calon agak beliau dapat berdepan satu lawan satu dengan lawan PKR. Menurut Aminah tujuannya adalah untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Janganlah kita sembunyikan kebenaran daripada rakyat, kalau kita salah, akuilah kesalahan itu supaya ia dapat diperbetulkan," katanya.

Inilah antara sepak terajang politik Pakatan Rakyat. Walaupun riuh seantero dunia mereka kononnya berkrisis tetapi disaat-saat akhir tahulah mereka berdamai. Macam ada 'Imam Mahadi' di kalangan mereka yang akan membetulkan salah faham sehingga akhirnya mereka yang sesat awalnya akan mengikut 'jalan yang lurus' akhirnya. Siapakah 'Imam Mahadi' yang menyatu, membetul, menyusun dan merangka dasar pecah dan perintah dalam Pakatan Rakyat jika tidak lain dan tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.

BN pun sudah tentu sedar dengan permainan ini. Jika tidak, masakan Najib mengeluarkan kenyataan bahawa BN mungkin tidak meletakkan calon di Penanti awal-awal lagi. Bagi saya walau apa pun strategi mereka, saya berpendapat BN wajib meletakkan calon walaupun kalah dalam tangan. Dalam politik segalanya mungkin berlaku. Siri-siri Pilihanraya kecil lepas mungkin ramai yang tidak sempat berfikir tentang sandiwara ini.

Sandiwara ini semakin jelas apabila sudah timbul akan ada pilihanraya kecil lagi sedangkan penamaan calon di Penanti pun belum lagi. 'M. Manoharan sah sedang timbang secara serius untuk letak jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah.Kata tahanan itu melalui isterinya S.Pushpaneela yang melawat beliau di Kem Kemunting petang Sabtu, ini bagi membolehkan pilihanrakaya kecil untuk memilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat kepada penduduk kawasan itu dengan lebih baik.Wakil rakyat mewakili DAP itu memberi alasan berasa serba salah kerana tidak berupaya memberi khidmat dengan berkesan kepada pengundinya sepanjang 14 bulan lalu.Bagaimanapun Manoharan hanya akan membuat keputusan muktamad selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh 19 Mei ini.Kenyataan terbaru beliau sekali gus menolak penjelasan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kononnya cerita Manoharan mahu letak jawatan sebagai khabar angin' (www.agendadaily.com)

Pada hari Isnin, saya mengharapkan agar BN terus berani meletakkan calon sebagai tradisi BN meneruskan agenda membela rakyat. Tujuan bertanding adalah untuk menawarkan diri bagi berkhidmat kepada rakyat. Terpulanglah kepada rakyat, mahu atau tidak rakyat untuk menyahut salam BN akan ditentukan dalam pilihanraya. Kalau BN gagal meletakkan calon, BN akan dilihat kalah sebelum berjuang.

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

4 comments:

PARPUKARI said...

KENAPA MELAYU MASIH PERCAYA PADA ANWAR LAGI NI?

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Seperti komen saya terdahulu, BN mesti bertanding. Tapi jangan terlalu banyak masak mee segera, terlalu banyak tuan rumah, terlalu banyak tunjuk harta, terlalu banyak budi bicara atau terlalu banyak "tepuk bahu". Sama ada UMNO kerja keras atau tidak, bila menang, semua komponen BN mengaku ada "saham" Tapi bila kalah, semua jari tunjuk pada UMNO sahaja.
Permainan bijak PR untuk mengekalkan momentum sokongan sebilangan kecil rakyat Malaysia kepadanya. Bila selalu ada ceramah, banyaklah pula isu2 dibangkitkan. Kalau dah selalu dibangkitkan isu2 yang sama, orang akan percaya juga akhirnya...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam Parpu Kari,

Teman pun tak tahu. Kerja ni dah lama yoep. Dah sebati dan kematu dalam hati dema.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cekodokmasin,

Kawan pun sokong BN perlu tanding. Hehehe...mee segera tak yah lah lagi bro. Mengabih kan boreh je. Kita berkempen macam biasa dan jangan bawak 'projek' satu sen pun dari KL. Kalau kempen ala kadar pun ok gak jangan nampak sangat kita kemaruk sangat DUN Penanti tu. hehehe. Tak gitu bro....