Wednesday, March 16, 2011

Tiada Demontrasi!

YDP Pertubuhan Pribumi Perkasa Johor, Dato' Abd.Rahman b Abu Bakar memberi jaminan bahawa tidak ada demontrasi yang akan dilakukan oleh pihak PERKASA berhubung isu pihak pengurusan JCorp yang dikatakan sedang merancang untuk menjual anak syarikatnya, Kulim (M) Bhd.(Kulim). YDP Perkasa Johor juga telah mengarahkan semua pengerusi-pengerusi PERKASA Daerah-daerah tidak membelakangkan PERKASA Negeri dalam mengambil tindakan yang tidak diketahui kesahihan berita dan sumber-sumber maklumat yang diperolehi.

Difahamkan ada maklumat mengatakan ada perancangan daripada pengurusan Jcorp untuk menjual Kulim Bhd (KFC)kepada Genting Berhad. Sumber itu juga mempertikaikan, mengapa tidak dijual kepada Tabung Haji atau FELDA untuk kepentingan ekonomi bumiputera. Maka satu demontrasi sedang dirancang untuk mengadakan perhimpunan di Johor Bahru.

Memandangkan isu ini melibatkan harga pasaran saham syarikat terbabit maka ada lebih baik jika ianya tidak digembar-gemburkan. Namun PERKASA Johor tetap berpegang kepada kenyataan Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Kamaruzzaman Abu Kasim. Dalam kenyataannya di Utusan Malaysia pada 28/12/2010 yang lalu, beliau menyatakan Johor Corporation (JCorp) tidak berhasrat untuk menjual aset-aset berharga iaitu QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings (M) Bhd. (KFCH), yang dipegang melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. (Kulim). Malah katanya lagi, QSR dan KFCH akan kekal sebagai aset berharga dan strategik bagi JCorp. Klik di sini untuk laporan akhbar berkenaan.

PERKASA Johor mengharapkan Jcorp akan terus mengekalkan aset-aset yang mewakili kepentingan orang Melayu dan dalam masa yang sama, turut menyumbang membantu syarikat-syarikat Melayu yang lain. Di bawah pengurusan yang baru, diharap Jcorp dapat mengikis persepsi buruk daripada 'menelan' syarikat-syarikat Melayu kepada memayungi syarikat-syarikat kecil ini.

PERKASA Johor juga yakin dan percaya, pengurusan Jcorp yang baru akan dapat mencari jalan menangani beban hutang berjumlan 3.5 billion yang menjadi libaliti kepada Jcorp.

Amir Hamzah Hj Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor.

2 comments:

Unknown said...

haiya..negeli sulah mau kena jual pun lu olang masih luluk liam.

itu info lu olang lapat sulah tatak laku.ini balu punya bisnes plan wa bikin bulan february 2011.

lu olang pigi cek dulu.

lu olang manyak outdated.

manyak sedih...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Wa sudah tanya, dia olang sulah bagi jawapan tak tak mau jual......

Dia mau tipu , wa tatak tau....tapi itu lasmi punya.....

Lu punya maklumat bagi la sama gua....jangan cakap ada info tapi habok pun talak.......Lu tulis sini....bagi dia terkejut beluk.....hahaha