Friday, October 22, 2010

Ucapan Najib Lebih Keras Daripada Ibrahim Ali.


Sebelum Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Dewan Merdeka, PWTC sebahagian orang Melayu beranggapan bahawa perhimpunan kali ini tidak ada sesuatu yang baru yang boleh diperbincangkan. Ini adalah kerana sejak keputusan PRU ke 13, pemimpin-pemimpin UMNO tidak banyak memperkatakan secara berterus terang terhadap kepentingan orang Melayu, malah sepanjang beberapa tahun ini UMNO dilanyak kiri dan kanan bukan sahaja oleh parti pembangkang malah oleh rakan-rakan komponen sendiri. UMNO sudah tidak kelihatan seperti parti yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu walaupun UMNO adalah parti siasah terbesar yang dianggotai oleh orang Melayu.

Sejak tsunami politik bermula Mac 2008, UMNO kelihatan terperanjat dan lesu serta mengalami kekalahan demi kekalahan dalam beberapa pilihanraya kecil selepas itu. Ketika UMNO sudah tidak berupaya bersuara dan hanya melihat pihak-pihak yang berkepentingan, pihak yang suka mengambil kesempatan dan peluang merobek-robek dengan tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah terhadap kepentingan dan hak istimewa orang Melayu, maka pada ketika itu PERKASA muncul mempertahankan sehingga PERKASA dicap sebagai NGO racist dan pelampau.

UMNO pula ketika itu dilihat sebagai parti yang dicucuk hidung oleh rakan-rakan komponan lain. MCA, Gerakan dan MIC cepat mengambil peluang dengan mengugut UMNO bahawa sokongan kaum mereka sudah beralih arah kerana ketidakadilan UMNO terhadap kaum-kaum bukan Melayu. Bukan Melayu sudah teruja dengan persepsi dan harapan baru Anwar Ibrahim. Maka UMNO perlu mengikut telunjuk kehendak dan tuntutan bukan Melayu bagi menarik balik sokongan bukan Melayu kepada BN.

Setelah mendengar ucapan Muhyiddin ketika merasmikan mesyuarat serentak perwakilan wanita, pemuda dan puteri yang meminta UMNO tidak perlu bersikap apologetik dalam perjuang hak Melayu dan Bumiputera seolah-olah membuka suis bahawa selepas ini tidak akan ada kata-kata berselindung semata-mata demi menjaga hati orang lain dan menagih undi mereka yang belum pasti.

Ternyata benar, Muhyiddin sudah membuka laluan pemanas badan kepada Najib untuk memberi ucapan 1 Malaysia yang sebenarnya. Mempertahankan hak Melayu dan melindungi hak-hak kaum-kaum lain seperti mana yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Maka tidak hairanlah mengapa Presiden UMNO dan Utusan Malaysia tidak membantah PERKASA malah Utusan Malaysia memberi liputan yang sewajarnya kepada PERKASA sejak PERKASA ditubuhkan.

Perjuangan PERKASA telah diterangkan dengan jelas oleh Najib dalam ucapan dasar Najib pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO apabila mengingatkan tentang sejarah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak istimewa orang Melayu dan hal berkaitan dengannya yang kebelakangan ini cuba dipersoalkan oleh pembangkang dan kumpulan tertentu.

Secara berterus terang dan jujur serta berani Presiden UMNO itu meminta mereka sedar polemik yang hangat mengenai isu berkenaan kebelakangan ini hanyalah perdebatan akademik sahaja kerana dari segi perundangan perkara berkenaan tidak boleh dipinda sekalipun mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen TANPA PERSETUJUAN Majlis Raja- Raja yang dianggotai oleh 9 orang raja-raja Melayu.

Katanya, “Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu.

Dalam ucapan bertajuk : Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran – di Dewan Merdeka PWTC ,Najib menegaskan dengan kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.

Menurut beliau ini sebenarnya asas teras kepada kontrak yang telah dimuafakat bapa-bapa pengasas mewakili kaum masing-masing di ambang kemerdekaan.“Ia kemudiannya telah dimaktubkan sebagai kontrak sosial nasional, tertinta dalam perkara dan fasal Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara.

“Mahu tidak mahu, kita sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan kerana itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan,” katanya.

Ucapan Najib ini rasanya lebih keras dan lebih pedas daripada ucapan-ucapan Ibrahim Ali. Jika Ibrahim Ali diselar sebagai pelampau, adakah Najib dengan ucapan berapinya ini tidak boleh dianggap sebagai pelampau?. Apa komen, Nazri Aziz sebagai penyokong tegar 1 Malaysia, di mana Khairi Jamaluddin dan Tengku Adnan yang sering melemparkan tuduhan terhadap PERKASA dan Ibrahim Ali sebagai perkauman? Jelas di sini, ucapan Najib, Muhyiddin dan Ibrahim bukan bersifat perkauman tetapi berdasarkan fakta sejarah dan tuntutan perlembagaan.

Ucapan Najib ini tidak mendapat respon negatif daripada pemimpin-pemimpin kompenan BN seperti MCA, MIC dan Gerakan. Bukankah jelas bahawa mereka inilah yang bermuka-muka dan gunting di dalam lipatan. Mereka lah paling anti kepada PERKASA tetapi apa bezanya ucapan Najib, Muhyiddin dan Ibrahim dalam memperkatakan Perkara 153 di dalam perlembagaan? Mengapa mereka tidak mengkritik Najib dan Muhyiddin?

Pendek kata, teka teki bagaimana PERKASA begitu berani memperjuangkan perkara-perkara yang sudah ditetapkan sebagai hak-hak istimewa Melayu itu sudah dijawab dan terkunci kemas di dalam ucapan Muhyiddin dan Najib. Kekuatan ini yang kita mahu kerana orang Melayu memang berani , adil kepada semua, berterus terang, jujur dan dinamik.

Amir Hamzah
Batu Pahat

11 comments:

Wes said...

Bro, boleh tak adakan post yang bertulisan jawi? Rindu nak baca dalam tulisan jawi..

Melayu Pasir Gudang said...

salam bro.......
TERBAIKKKKKK.....

Part nie aku suka "Ucapan Najib ini tidak mendapat respon negatif daripada pemimpin-pemimpin kompenan BN seperti UMNO ( Nazri Aziz.Khary si kitol, tengku adnan) MCA, MIC dan Gerakan. Bukankah jelas bahawa mereka inilah yang bermuka-muka dan gunting di dalam lipatan. Mereka lah paling anti kepada PERKASA tetapi apa bezanya ucapan Najib, Muhyiddin dan Ibrahim dalam memperkatakan Perkara 153 di dalam perlembagaan? Mengapa mereka tidak mengkritik Najib dan Muhyiddin?"

Let's us majukan Bangsa Kita.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Wes,
Kalau tulisan tangan tak de masalah. Kalau pakai laptop ni tak ada keybord tulisan jawi......insyallah akan datang saya cuba usahakan.

Salam Melayu Pasir Gudang,
Heran juga.....apabila Nazri, KJ dan Ku Nan tak kata Najib racist dan keterlaluan atau bercanggah dengan konsep 1 Malaysia.......hehehe....Kaki bodek mereka ni semua.....

amieiezam said...

pun begitu dalam ucapan ketua pemuda mana berani dia nak "sound" orang2 cina

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam amieizam.

Mamat tu tak faham konsep 1 Malaysia. Najib dah terangkan......dia dengor atau tak? hehehe

mukhtar said...

Amir,

Petua untuk keras. Makan tongkat Ali lah. kah..kah..kah

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Tar,
Sejak bila ko dah berjinak-jinak ngan Tongkat Ali ni....hehehe

zedmagel said...

Salam Bro,

Penat betul, kokok memang berderai, tepai tak berhasil....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Bro Zedmagel:
Kalau tak berkokok mana nak tahu ayam tu jantan ke betina bro....Yang penting berkokok dulu.....hahaha

mukhtar said...

Amir,

Biasanya ayam berkokok waktu nak pagi. Tapi ayam sekarang berkokok tak kira masa. Itulah penangan Tongkat Ali. Tongkat Ali banyak di Galas

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar,
Tongkat Ali banyak di mana-mana asalkan ada ramai lelaki.....hehehe