Monday, October 11, 2010

Semakin Terdesakkah Najib?


Najib Tun Razak berkata rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang sebaliknya merupakan warga setia negara ini. Kata-kata hinaan dan sentimen negatif seperti itu perlu dikikis, kata Perdana Menteri ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke-57 di Wisma MCA di Kuala Lumpur."Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang."Itu mungkin bagi beberapa generasi sebelum ini tetapi hari ini, anda adalah warga Malaysia yang setia," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan.

Yer...mungkin benar apa yang dihujahkan oleh Najib daripada satu sudut. Dari sudut yang lain, MCA semakin berjaya memainkan peranan sebagai mewakili suara masyarakat Cina, ternanti-nanti tuntutan MCA untuk jawatan TPM 2 pula. Tak mengapalah asalkan BN menang dan memang itu pun harapan Najib. Ada orang bertanya, adakah Najib begitu terdesak sekarang?

Walau apa pun ada baiknya kita membaca sedikit kupasan berkenaan isu ini yang ditulis oleh saudara Nordin daripada Kelab Chedet.com:


"Ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke-57 baru-baru ini, Perdana Menteri Dato Sri Najib dengan begitu bersemangat sekali berkata bahawa rakyat Malaysia keturunan Cina bukan lagi pendatang sebaliknya merupakan warga setia negara ini. Kata-kata hinaan dan sentimen negatif seperti itu perlu dikikis. Kata Najib lagi, "saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang. Itu mungkin bagi beberapa generasi sebelum ini tetapi hari ini, anda adalah warga Malaysia yang setia."

Mungkin ramai juga agak hairan bagaimana Najib boleh bersetuju dengan mereka bahawa kaum Cina ini bukan lagi “kaum pendatang” semata-mata kerana “kesetiaan” mereka terhadap negara ini?? Bagaimana Najib dapat menilai “kesetiaan” mereka jika mereka sendiri tidak pernah menzahirkan tanda “kesetiaan” mereka melalui sikap yang mereka tunjukkan terhadap negara ini sekarang?

Jika benar mereka mengaku “setia” terhadap negara ini, sudah tentu mereka tidak mempunyai masaalah untuk menerima sekolah satu aliran yang menggunakan bahasa kebangsaan negara ini untuk semua rakyat. Sudah tentu mereka tidak minta kerajaan menghukum siapa saja dibawah Akta Hasutan hanya kerana mencadangkan hak mereka untuk mengadakan sekolah vernikular itu dimansuhkan.

Seharusnya MCA patut merasa malu kerana masih lagi mempertahankan bahasa dari negara asal usul kaum mereka itu untuk diajar di negara ini secara rasmi walau pun mereka sudah berada disini sejak beberapa generasi yang lalu. Tindakan mereka mempertahankan hak mereka itu hanya membuktikan sikap racist mereka sendiri daripada mendahulukan kepentingan negara, dan jika benar MCA mahu mengutamakan kepentingan negara, sudah tentu MCA juga faham maksud cadangan Prof Khoo Kay Kim yang melihat punca masaalah hubungan kaum di negara ini bermula sejak rakyat di bangku sekolah lagi.

Jika benar MCA mempunyai semangat kebangsaan dan cintakan negara, sudah tentu MCA tidak menganggap sekolah kebangsaan itu tidak sesuai untuk kaum mereka semata-mata kerana sekolah kebangsaan ini menggunakan bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan itu pula adalah bahasa Melayu. MCA tentu sedia maklum bahawa bahasa Melayu sekarang bukan lagi hak eklusif untuk orang Melayu saja tetapi sudah dijadikan sebagai hak milik semua rakyat yang mengaku mereka itu warganegara Malaysia.

Sebab itu nama bahasa Melayu itu sendiri sudah ditukar kepada bahasa Malaysia sebagai menandakan yang ia kini sudah dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. Namun kenapa masih ada rakyat Malaysia yang mengaku kononnya mereka “setia” kepada negara ini tetapi masih tidak dapat menerima bahasa kebangsaan negara sendiri untuk digunakan sebagai bahasa pengantar disekolah-sekolah mereka?

Jika MCA benar-benar mencintai negara ini, lebih-lebih lagi sebagai parti yang menyokong dasar-dasar kerajaan terutama tentang gagasan 1Malaysia ini, sudah tentu MCA sepatutnya tidak menunjukkan sikap ektimist mereka dengan menentang cadangan “satu aliran sekolah untuk semua rakyat” ini kerana gagasan 1Malaysia juga bertujuan untuk dihayati oleh semua kaum bukan hanya untuk kaum Melayu saja.

Namun jika MCA mahu UMNO mengorbankan hak (ekuiti) kaum Melayu seperti mana yang disarankan oleh Presiden MCA itu, MCA juga perlulah bersedia untuk mengorbankan hak kaum (sekolah) mereka demi mengutamakan kepentingan negara dan perpaduan rakyat di negara ini. Sanggupkah MCA berbuat demikian?? Setakat ini ia tidak pernah berlaku kerana hingga kini MCA masih tetap gemar memainkan isu-isu perkauman menyebelahi kaum mereka hanya untuk menarik perhatian dan sokongan kaum Cina kepada parti mereka saja. Ini dapat dilihat bagaimana presiden MCA Chua Soi Lek tetap bertegas tidak mahu mendengar nasihat UMNO/Najib secara mem:)-buta sebaliknya akan terus mempersoalkan peruntukan 30% ekuiti kepada orang Melayu sekarang.

Pemuda MCA sepatutnya menyarankan supaya Presiden mereka ini turut dikenakan hukuman dibawah Akta yang sama jika mereka benar-benar mahu berlaku adil tampa mengira kaum dan darjat kerana Presiden mereka itu juga turut mempersoalkan peruntukan Perlembagaan yang memberi hak istimewa kepada kaum Melayu. Presiden MCA sendiri nampaknya bukan saja membelakangi nasihat Najib kepada MCA tetapi tidak mengindahkan titah raja-raja Melayu yang melarang semua pemimpin-pemimpin politik daripada mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu seperti mana yang dilakukan oleh Chua Soi Lek sekarang.

Kita tentu ingat bagaimana Ketua Wanita parti Gerakan Tan Lian Hoe juga pernah menyamakan asal usul kedatangan bangsa Melayu, Cina dan India ke negara ini. Mungkin Lian Hoe ketika itu merujuk kepada lawatan Najib ke Gowa Sulawesi tidak lama dulu yang disifatkan oleh Najib sendiri sebagai “lawatan balik ke kampong”. Jadi sebab itu agaknya Najib sendiri takut menganggap kaum Cina ini sebagai “kaum pendatang” sebab beliau mungkin juga termasuk dalam kategori “bangsa pendatang” yang mempunyai nostalgia “balik ke kampong” sama seperti kaum Cina yang datang dari China dan kaum Tamil yang datang dari India itu.

Sepatutnya Najib perlu menerangkan kepada semua rakyat bahawa tidak ada istilah "bangsa pendatang" atau "bangsa tuan rumah" yang perlu dirujukkan kepada mana-mana kaum kerana dalam kontek Perlembangaan negara, kita hanya ada dua istilah saja yang merujuk kepada kumpulan kaum iaitu "kaum bumiputra" (Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak) dan "kaum bukan bumiputra" (Cina, India dan lain-lain).

Kedua-dua kumpulan kaum ini sememangnya adalah warganegara Malaysia yang menpunyai hak yang sama rata sebagai warganegara. Disamping itu kedua-dua kumpulan kaum ini juga mempunyai hak-hak keistimewaan tersendiri seperti mana yang dipersetujui oleh orang-orang yang terdahulu daripada mereka.

Sebagai "kaum bumiputra" yang berasal daripada rantau nusantara ini, sudah tentu "kaum bumiputra" diberikan hak keistimewaan untuk berpeluang mengukuhkan ekonomi mereka dalam negara asal usul mereka sendiri, jika hak ini tidak diberikan oleh mana-mana kerajaan yang ada sudah tentu kerajaan itu akan dianggap sebagai mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap kaum pribumi negara mereka sendiri. Jika ini berlaku, sudah tentu ia akan mengundang penentangan "kaum bumiputra" terhadap kerajaan yang ada ketika itu.

Begitu juga dengan kumpulan "kaum bukan bumiputra" yang juga diberikan hak keistimewaan untuk mendapat pendidikan dalam bahasa asing kerana mengakui hakikat bahawa bahasa asing itu adalah bahasa negara asal mereka. Kerajaan hanya menunaikan tuntutan kaum mereka untuk belajar dalam bahasa asing ini kerana kerajaan tidak mahu dituduh sebagai cuba mengassimilasikan kaum mereka ini secara paksaan seperti mana yang berlaku di negara-negara jiran kita. Sebab itu “kaum bukan bumiputra” ini diberi hak keistimewaan untuk mendapatkan pendidikan dalam bahasa negara asal mereka sebagai tndakan timbal balas diatas hak keistimewaan yang diberikan kepada “kaum bumiputra” itu.

Kedua-dua hak keistimewaan kumpulan “kaum bumiputra” dan “kaum bukan bumiputra” ini dianggap sebagai satu “kontrak so:)” yang hari ini telah diterjemahkan dalam bentuk Perlembangaan sekarang. Oleh itu semua kaum haruslah menghormati hak-hak yang diberikan ini supaya tidak ada mana-mana kaum cuba mengungkit apa yang kaum lain dapat kerana apa yang kaum lain dapat itu juga saimbang dengan apa yang kaum mereka dapat walau pun tidak serupa dengan kaum yang lain itu.

Jadi MCA perlu faham apa yang dimaksudkan oleh Najib bila beliau berkata, “Anda mengambil kira tentang saya, saya mengambil kira tentang anda”. Kenyataan Najib ini bermaksud MCA perlu menjaga untung-nasib UMNO supaya UMNO tidak ditolak oleh orang Melayu jika UMNO dilihat mengabaikan kepentingan kaum Melayu sebagaimana UMNO perlu juga mengambil kira untung-nasib MCA supaya MCA juga tidak ditolak oleh kaum Cina jika MCA tidak dilihat sebagai membela nasib kaum mereka.

Ternyata ini bukan masaalah salah faham tentang istilah "bangsa pendatang" tetapi lebih kepada masaalah MCA yang tidak berpuas hati diatas peruntukan ekuiti sebanyak 30% kepada kaum Melayu itu selagi ekuiti Melayu yang kini dianggap sebagai “hak Melayu” itu tidak dimansuhkan sepenuhnya hanya untuk menarik sokongan kaum Cina kepada parti mereka saja.

8 comments:

Mohd said...

Utk menyelesaikan semua sentimen perkauman ini, kita harus adakan sistem SATU SEKOLAH.
Kami yg bersekolah di aliran Inggeris di tahun2 60-an telah belajar di satu sekolah bercampur dgn anak2 Melayu, Cina, India dan Punjabi daripada Darjah Satu. Tak timbul pun sebarang masalah perkauman antara kami sehingga ke usia kami hari ini. Kami masih berbaik2 di antara satu sama lain!

amieiezam said...

salam bro

saya nampak dari sudut pandang yg lain...

kenapa najib guna perkataan setia? sebab ramai ahli MCA tak setia pada BN...dan ia bukan pujian sebaliknya satu cara menyampaikan apa yg ada dalam fikiran UMNO dan pemimpin BN. HAKIKAT SEKARANG SEJAK PRU 12 orang cina tidak lagi setia...

itu pendapat peribadi saya...

ya orang cina kini warganegara MALAYSIA dan mereka bukan bangsa pendatang...MEREKA BERKETURUNAN BANGSA PENDATANG kalau salah juga perkataan keturunan ni memang aku heran

SangGuna said...

hanya org bodoh aje yg panggil org melayu pendatang.
cina dgn keling memang keturunan asli pendatang.
itu aje kenapa nak bising2 hidup le dgn aman dan hormati hak masing2, takde sapa2 nak gaduh.
isu pendatang ni timbul bila ada cina dan keling ni yg tak sedar diri cuba nak mengganggu gugat hak2 org melayu yg sudah sedia ada dlm perlembagaan.

-Sampai skrg ni pun ada lg cina dan keling yg jadi pendatang ke malaysia ni, cina byk jadi GRO haram kat karaoke2 haram, keling kerje kedai mamak dgn gunting rambut.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mohd.
Sokong Sekolah Satu Aliran

Salam amieiezam,
Pada saya bukan setia pada BN sebab selama ini mereka sangat setia kepada BN kerana tidak ada pilihan lain. Sekarang mereka sudah ada Pakatan Pembangkang yang menjanjikan yang lebih baik bagi mereka. Persoalannya adakah mereka setia kepada negara, Raja-Raja Melayu dan perlembagaan Negara?

Salam SangGuna,
Saya setuju, Kalau mereka menjadi rakyat yang 'baik' tanpa membuat tuntutan yang bukan2, keharmonian kaum akan pulih seperti biasa.....

amieiezam said...

nak buat mcmana yop tengah demer ada peluang... teman berdoa dan berharap demer cepat insaf...tapi mau ke demer ni insaf...

lee kuan yew sendiri ada nyatakan yg tak mustahil SINGAPURA kembali ke dalam MALAYSIA...hehhehe bila tuh?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam amieiezam,
Nak kembali masuk Malaysia atau nak tawan Malaysia...hehehe

amieiezam said...

kalau SINGAPURA masuk MALAYSIA balik maknanya kita dah kena tawan la...maklumlah ada "sekor" melayu opps malaun TUA dah tak ngaku melayu...

Unknown said...

salam,
aku setuju mereka bukan pendatang tapi mereka adalah keturunan pendatang yg setia kpd keturunan mereka shj