Monday, October 25, 2010

Berbaik-baiklah dengan pengundi Melayu!


Saya sependapat dengan Awang Selamat dalam ruangan 'Bisik-Bisik Mingguan' terhadap reaksi kurang wajar oleh Presiden MCA, . Chua Soi Lek dan Presiden MIC , Samy Vellu berhubung Perlembagaan Negara. Semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Presiden UMNO, Najib Tun Razak berulang kali menyebut bahawa isu Perlembagaan tidak perlu lagi disebut-sebut kerana ianya sudah terkunci kemas. Malah Najib menegaskan bahawa jika mana-mana pakatan politik yang berupaya memenangi 2/3 majoriti di Parlimen masih belum mampu meminda perkara-perkara yang berkaitan orang-orang Melayu kecuali dengan persetujuan 9 orang Raja-raja Melayu dan dengan kehendak Allah jua.


Najib dan Muhyiddin telah menyentuh secara jujur dan terang tanpa berselindung sekaligus menunjukkan pendirian UMNO. Ucapan kedua-duanya bukan sahaja diucapkan ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dan perasmian Perhimpunan Agung sayap-sayap UMNO oleh Muhyiddin tetapi diulangi lagi sewaktu ucapan penggulungan.


Apa komen kedua-dua pemimpin parti komponan BN ni. Dalam komennya yang disiarkan oleh sebuah stesen TV tempatan, Soi Lek dipetik sebagai berkata: Ada orang nak jadi hero.


Nada serupa juga disuarakan oleh Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu tentang kontrak sosial: Kalau kita nak bincang juga, kita bincang dalam bilik...


Jelas kelihatan kedua-duanya tidak ikhlas ,bebal dan dungu berhubung kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kaum bumiputera, di samping menjamin hak- hak kaum lain seperti tercatat dan dipersetujui dalam Perlembagaan Negara.


Selepas mendengar ucapan Muhyiddin dan Najib dalam Perhimpunan Agung ini, saya sudah berkira-kira bahawa PERKASA boleh lah menarik nafas lega dan berehat seketika kerana apa yang diperjuangkan oleh PERKASA selama ini telah disambut oleh Presiden dan Timbalannya di dalam Perhimpunan Agung ini. Masa dan tempat dianggap paling sesuai untuk menunjukkan pendirian parti dan kerajaan berkaitan dengan isu perlembagaan yang diperkotak-katikan sejak Mac 2008 yang lalu. Rata-rata ahli PERKASA yang majoritinya ahli UMNO juga berasa teruja dengan pendirian parti dan kerajaan itu.


Namun berdasarkan komen Presiden MCA dan MIC ini, PERKASA nampaknya tidak jadi hendak 'melabuhkan punggungnya 'sebaliknya wajar sentiasa bersiap siaga untuk terus melancarkan 'peluru berpandu' nya sekiranya masih ada pihak-pihak yang benar-benar mahu menunjukkan heronya dengan terus mempertikaikan perkara-perkara yang telah dijelaskan oleh Najib. Kali ini, mungkin PERKASA tidak keseorangan kerana sayap-sayap UMNO, beserta dengan pemimpin-pemimpin yang anti PERKASA sebelum ini seperti KJ, Nazri dan Ku Nan akan turut serta.


Jika KJ, Nazri dan Ku Nan tidak turut serta maka bolehlah dianggap mereka ini telah 'derhaka' dengan amanat Presiden dan Timbalan Presiden. Malah sepatutnya ahli-ahli UMNO khususnya yang hadir di dalam Perhimpunan tersebut akan turut sama bangkit, jika tidak ,apa maknanya mereka memberi tepukan gemuruh dan bangun berdiri sebaik sahaja Najib selesai memberi ucapan penggulungannya.


Soi Lek sepatutnya tidak menjadi barua DAP dan Siqiu. Dia mesti berusaha memperkuatkan MCA dengan menggalakkan orang Cina mengundi BN, bukan dengan memilih cara mudah mempertikaikan hak bumiputera. Ia juga dilihat bertentangan dengan semangat 1Malaysia yang dipromosi oleh Perdana Menteri. Orang Cina patutnya menolak Soi Lek kerana tindakannya boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara. Orang Cina tidak suka kepada suasana yang menyebabkan perniagaan mereka terganggu dan jika negara ini huru hara kemungkinan ekonomi negara bakal lumpuh. Keadaan ini tidak disukai oleh masyarakat Cina.


Samy Vellu yang akan bersara Januari depan sepatutnya menyediakan tempat yang kondusif bagi pengantinya. Sepatutnya jangan sibuk-sibuk lagi dengan politik Malaysia. Samy hanya tunggu waktu nak pencen sahaja.


Kedua-dua parti ni kalah teruk dalam pilihanraya Umum yang lalu. Kemenangan kerusi-kerusi yang dimenanginya rata-rata atas sokongan orang Melayu. Jangan lah seperti melepas anjing tersepit atau tidak tahu mengenang budi. Perlu diingat ada 42 kerusi majoriti pengundi Melayu telah diberi ehsan oleh UMNO kepada kedua-dua parti ini . Bagaimana jika sokongan Melayu akan beralih kepada salah satu calon baik daripada Melayu PAS , Melayu PKR atau calon Melayu bebas yang bertanding di situ?. Apatah lagi MIC yang tidak ada satu pun kawasan majoriti orang India. Tentulah MIC sangat bergantung kepada undi orang-orang Melayu.


Jadi berbaik-baik lah kepada pengundi Melayu.


Amir Hamzah
Batu Pahat

8 comments:

Wake UP! said...

Ambillah hati pengundi Melayu. Ini kerana pengundi Melayu masih lagi rakyat majoriti di negara Malaysia ini.

Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Orang tua said...

Salam Bro.....

Akhirnya apa yang pernah kawan cadangkan dulu telah pun diluluskan oleh TPM. Sejarah jadi mata pelajaran wajib lulus. Sepatutnya bukan sekadar lulus, tapi lulus dengan kredit.. barulah betul.

CSL & Samy tu dulu lulus tak Tawarikh. Kalau tak lulus suruh ambik periksa balik kertas Julai macam BM.... coz sampaiari ni masih menyalak menegakkan benang basah...

Kawan cadangkan sekali lagi Bro bukak kelas Tution utk sesiapa yang masih tak faham sejarah..

Amacam boleh kot....?

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Wake UP:
Setuju dengan kenyataan pengundi Melayu yang masih majoriti. Hormat la sikit....hehehe

Salam Orang tua,
Komen salah tajuk kot. Tapi tak per kawan layan jugak la.....hehehe
Tahniah la bro mempunyai fikiran macam Dato' Onn...jauh melangkaui zaman. kahkahkah.
Yang kawan faham, Sejarah menjadi subjek wajib lulus. Jika tak lulus tak dapat sijil SPM seperti mana kalau gagal subjek Bahasa Melayu. Ianya memberi tekanan baru kepada sekolah tetapi memberi laba kepada negara. saya rasa memadailah dengan syarat itu. Kelas tiusyen sejarah rasanya akan tumbuh seperti cendawan la selepas ini.hehehe

mukhtar said...

Amir,

sepatutnya di kawasan majoriti Melayu hak UMNO untuk bertanding. Tapi kat Johor, kawasan majoriti Melayu bagi kat MCA,MIC.

kena ubah dasar ini, sebab org Melayu sekarang nak pangkah Melayu tak kira parti mana.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar: Kerusi MCA dan MIC di kawasan majoriti Melayu adalah ehsan UMNO. Tapi PRU ke 13,kalau UMNO letak juga MCA atau MIC di situ....hang pangkah Melayu Bebas. Melayu PKR dan Melayu PAS pun bukan leh harap.....dah terlentuk ngan DAP.....Melayu Bebas tu ko tau la daripada mana? hahaha.....

mukhtar said...

Amir,

Melayu bebas tu dari PERKASA

zedmagel said...

Salam Bro,

Lain kali kawasan majoriti Melayu BN kena bagi kepada calon Melayu. Macam di Batu Sapi kenapa BN bagi pada kaum lain. Disini kita boleh lihat keikhlasan komponen parti dalam BN bagi calon BN Melayu ke tidak?

Tapi di Batu Sapi bagi kat nyonya tu juga..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam Mukhtar,
Kawan tak kata tu begitu...tapi mana-mana Melayu pun boleh menjadi calon. Tapi bukan daripada UMNO...nanti kena pecat....kahkahkah

Salam Bro Zedmagel:
Di Batu Sapi, Yong Teck Lee yang menang. hehehe agak-agaknya ler....